إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..bersabarlah duhai teman..

..meniti sifat sabar..


Sabar ni... banyak tafsirannya. Terserah pada individu tu nak tafsir makna sabar.. tapi sebenarnya sifat sabar ni sudah terpupuk dalam diri setiap manusia sejak dia di dalam rahim ibu lagi. betul tak? Seorang bayi perlu sabar menunggu dirinya keluar ke alam dunia selama 9 bulan di dalam perut ibunya.. Si ayah dan ibunya juga begitu sabar menanti kelahiran anaknya dengan membeli pelbagai persediaan rapi untuk menyambut kelahiran bayi tersebut...

Kemudian setelah dia lahir, ibu bapanya menjaga dan mengasuh anak itu dengan penuh sabar. Biase la budak kecik kan, banyak ragam.. Kadang-kadang kencing malam, kembung, demam dan macam-macam lagi dan betul-betul menguji kesabaran seorang ibu dan seorang bapa....... Begitulah uniknya sifat sabar ini kan.

Selain dari itu, Allah s.w.t sentiasa menguji kesabaran hamba-hambaNya... Dia menurunkan ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran hambaNya dengan setiap ujian-ujian itu. Adakah seseorang manusia itu marah dengan ujian yang menimpanya? ataukah sabar dan redha dengan apa yang berlaku atas dirinya? sejauh mana kesabaran itu?

Jika kita tanya jauh dari lubuk hati kita, kenapa Allah s.w.t menguji kita? Kenapa tidak uji orang lain saja? Kenapa ujian itu ditimpakan atas kita? Kenapa tidak orang lain? Pernahkan anda terfikir kenapa? Jawapannya senang saja, sebenarnya Allah sayang pada kita. Allah begitu mengambil berat tentang kita. Jika Allah tak sayang pada kita, Dia tidak menduga kita begitu dan begini. Ujian itu sebenarnya memberi kita kesedaran atas kesalahan yang kita buat sebelum ini dan memperbaiki diri kita menjadi yang lebih baik. Jika Allah tak sayang pada kita, Dia pasti membiarkan kita melakukan apa-apa saja yang kita suka, Dia akan membiarkan apa sahaja yang kita hendak lakukan samada baik atau tidak, tetapi apabila tiba hari pembalasan, Dia akan memberi balasan yang setimpal dengan perbuatan kita.

Dalam Quran juga ada menyebut.......
" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah:153)

Begitulah Allah telah berfirman, bahawa Dia berada bersama-sama dengan orang yang sabar. Jangan lah kita menganggap, diri kita ini berseorangan dan Allah pasti menjadi penolong kita. Hanya padaNya lah kita memohon pertolongan.

Tujuan Allah memberi ujian atas kita adalah kerana Dia mahu kita mencari redhaNya, Dia mahu kita setia padaNya, Dia mahu kita mencari SyurgaNya... Tapi sesetengah manusia tidak pernah sedar. Ada yang marahkan pada Allah di atas ujian berat yang menimpanya. Ada yang sudah tidak percaya pada Allah. Masya Allah. Janganlah kita berburuk sangka dengan Allah, sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Allah tidak menguji kita dengan ujian yang berat kecuali yang bisa tertanggung oleh kita. Dia lebih tahu tentang hamba-hambaNya dan sesabar manakah hambaNya menerima ujian dan cobaan.

Lihat pada petikan ayat di bawah ini...

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ''inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). (Al-Baqarah:155-156).


Begitulah ujian Allah bertujuan menguji kesabaran kita. Jika nak berhujjah tentang makna sabar ini, pasti panjang sangat kan. Cuba kita merenung sejenak kisah-kisah nabi dan rasul yang diutus oleh Allah s.w.t untuk membangunkan agamaNya. Macam-macam ujian Allah timpakan atas rasul-rasulnya.. Ujian yang lebih hebat daripada Dia menguji manusia biasa, betapakah rasul-rasul yang dimuliakan itu sabar dengan ujian Allah? Lihat lah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.. Bagaimana baginda Rasulullah dihina, diherdik, dibaling dengan batu hingga berdarah dahinya, rumahnya dilemparkan dengan najis, bagaimana baginda begitu sabar menahan ujian yang betul-betul menguji kesabarannya.. Ya Allah, begitu sabarnya Rasulullah, patutlah baginda adalah nabi yang terbaik. Nabi yang paling banyak ditimpa ujian dan paling banyak bersabar. Hebatnya akhlak Rasulullah. Jika sifat sabar tiada dalam diri baginda, sudah tentu Islam ini tidak akan berkembang di seluruh dunia sekarang.


Jadi pengajaran daripada kisah ini, apa-apa pun ujian yang Allah timpakan pada kita, sentiasalah ikhlas, tawadduk dan redha. Mungkin Allah menguji dengan ujian yang lebih berat kepada orang lain kan. Fikir-fikirkanlah........




nusrah walfath:
bersabar menanti hikmah disebalik dugaan.. Tuhan tidak akan mempersiakan ketabahan seorang insan.. yakin lah dengan janji Allah.. =)

..alumni TEJA..

salam kaseh buat semua.. selamat petang.. alhamdulillah saya sekarang dah makin tenang.. dah makin sihat pun.. ape khabar kalian semua? harap sihat la yea.. ok hari ni dah 19hb.. dan saya ade terima jemputan sebenarnya.. tapi sayangnya, saya tak dapat nak penuhi undangan tu.. atas sebab2 yang munasabah.. cewah.. hehe.. sekarang ni saya nak sibukkan diri dengan bermacam2 perkara.. supaya saya dapat lupa cket masalah yang ada dalam fikiran.. yea, kita tak boleh lari dari masalah tapi saya nak biarkan masalah tu pergi buat seketika..

tadi seorang kawan2 tiba2 je msg.. saya pon call la dia.. cakap punya cakap, dia dah sampaikan berita yang sorang kawan saya berkahwin hari ni.. alhamdulillah moga kekal ke syurga.. hari demi hari makin banyak kawan yang mendirikan rumah tangga.. saya terasa gembira sebab bukan semua orang bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar tu.. dan kalau orang tanya saya pun, saya sendiri rasanya belum mampu untuk menjadi seorang isteri yang baik.. (muda lagi ni taw).. heheh.. tapi hari ni saya tak nak menyentuh soal pernikahan tapi saya cuma nak cerita pasal undangan yang patut saya penuhi hari ni..

kalau tak silap, sebelum bulan Ramadhan hari tue, saya terima satu kad jemputan.. kebetulan saya pulang bercuti di kampung halaman.. sekali tengok macam kad kahwin je tapi bila bukak.. lain pula.. hehe... kad tu agak menarik juga.. tapi ntah kenapa saya tak rasa tertarik nak hadirkan diri ke sana.. macam tak de feel je orang cakap.. kad undangan tu sebenarnya untuk majlis makan malam alumni TEJA.. semua butir2 macam dah ok.. bayaran pun kira dah berbaloi tapi tu lah kan.. memang problemnya datang dari diri saya.. saya sendiri yang tak nak pergi..

....MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI TEJA....

TARIKH : 19 DISEMBER 2009 – 20 DISEMBER 2009
HARI: SABTU & AHAD
TEMPAT: MERCU BEACH RESORT, CHERATING
TEMA MAJLIS : BIRU
KOS PEMBAYARAN: RM100*



kalau ikut tarikhnya, hari ni la sebenarnya.. dengar cerita ianya kurang mendapat smbutan.. betul ke? saya menyokong dari belakang je la eh.. tak nak pergi tak bermakna tak suka... cuma yelah.. ade la sebab2 tersendiri yang Tuhan je yang tahu.. hehe..itu je yang saya nak cakap.. moga2 kawan2 saya yang pergi tu rase gembira..(ayt skema je).. k la dah tak de ape.. ada masa nanti saya tulis lagi.. dan kalau ada lagi majlis alumni ni, insyaAllah akan saya penuhi kalau saya tak de ape2 hal.. k tu saje.. semoga ceria2 di sana.. assalamualaikum..



nusrah walfath: sayang smtj sangat2..

..pesan seorang akhi..


salam sayang buat semua.. wah ngantuknya.. ni dah habis kelas.. huhu seksanya rasa.. tiap2 hari kena alih bahasa.. saya kena ada kekuatan nak survive dalam kelas ni.. tapi best juge.. saya dah ada kawan dari merata negara.. hari ni berkawan ngan orang Somalia dan Afghanistan.. hehe.. k hari ni nak post benda baru plak.. tadi saje dok tengok2 kat facebook.. sedih je rase.. sebabnya kawan saya bertunang tapi tak ajak pon.. dulu dia ada cakap nak bertunang n nak jemput saya tapi tengok lah.. huhu merajuk ni.. dulu kat asrama dia sebilik ngan saya.. sekatil pulak tu..sealmari.. cuma tak sebantal je.. huhuk.. tak pe lah.. mungkin dia terlalu busy dan lupa.. agaknya die tak nak susahkan saya yang jauh ni.. huwaaa.... (isy, over plak dah).. hehe k la jom kita baca entri di bawah.. semoga bermanfaat untuk semua..


• PESAN SEORANG AKHI


(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhawat di Dunia)


Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.



Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,
Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas
Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,

Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.





nusrah walfath: biar takdir menentukan segalanya..

..mati jua...

salam sayang buat semua.. sedar tak sedar dah lama juga saya kat sini.. dan masih ramai yang tak tahu di mana saya sekarang.. ala tak penting pun.. asalkan saya masih di bumi Tuhan.. hari ni saya rindu pada kawan2 saya.. dah lama benar tak dengar cerita kawan2 saya.. ape khabar cik mus? ape khabar angah? ape khabar amalina? ape khabar cik izyan? tak lupa juga pada cik qalbi.. ape khabar semua? moga sihat selalu... sekarang saya tengah plan nak pergi ziarah ummi saya kat jerantut.. rindunya kat ummi.. nanti saya nak pergi umah mus kat lipis.. lama tak makan sambal itam.. huhu..

malam ni saya nak share satu cerita.. jom baca.. best cerita ni.. selalunya amalina yang suka share cerita ngan saya.. seronok sangat.. jom la kita baca sama2 cerita ni.. cerita ni short je.. harap suka.. maaf lah bahasanya 'aku'.. ni cerita dari sasterawan..hehe.. dah jom baca..




Akhirnya Kawan Baik Aku Ini Mati Juga


Akhirnya kawan baik aku ni mati juga. Dia ni aku respect sangat. Lepas ni, tak tahulah sama ada dapat bertemu dengan kawan seperti dia lagi atau tak. Kalian mungkin tak percaya kalau aku cakap kawan aku ini tak pernah sekalipun menipu aku. Kawan aku ni juga tak pernah marah pada aku. Tapi aku yang selalu marah pada dia. Dia terlalu lembut. Macam sotong. Dan baik sangat pada semua orang sampaikan orang pijak kepala dia. Tapi... satu petang tu dia lain sekali. Satu petang tu aku berjalan-jalan dengan dia dekat Jaya Shopping Complex seksyen 14 PJ. Macam hari-hari biasa kami akan beli goreng pisang di kedai makcik Mimah di atas pasar seksyen 14 tu. Aku suka makan pisang tanduk goreng cicah dengan sambal kicap. Dia pun suka jugak. Dia jenis tak cerewet pasal makan. Apa aku makan dia makan jugak. Kadang-kadang aku terpikir... dia ni tak ada citarasa sendiri ke? Ataupun saja nak ambil hati aku? Tapi apa yang aku tahu, dia seorang yang baik. Baik sangat. Lepas makan, kami masuk ke Jaya. Masa nak naik tangga untuk ke entrance, ada dua orang pakcik buta minta sedekah. Seorang di tangga bawah sebelah kiri dan seorang lagi di tengah-tengah tangga sebelah kanan.Semasa melepasi pakcik buta yang di bawah, kawan aku berhenti. Dia minta aku sedekahkan beberapa ringgit pada pakcik tu. Akupun bagilah seringgit. Dan sempat ambil satu bungkus tisu daripada tangan pakcik tu. Kemudian kami terus meniti tangga sehingga melepasi pakcik buta yang kedua. Dia berhenti lagi. Dia mintak aku bagi seringgit pada pakcik buta tu jugak. Tapi aku tak nak bagi. Sebab aku dah bagi tadi. Dia berkeras. Dia marah aku. Kali pertama dia marah aku. Aku beralah. Aku beri lebih kurang 60sen pada pakcik tu dan ambil 2 bungkus tisu dari tangan pakcik tu tanda protes aku pada dia.Tiba-tiba kawan aku tu terus lari ke bawah. Entah macam mana dia terjatuh dan kepalanya terhentak di satu bucu simen tak jauh dari situ. Dia menemui ajalnya di situ juga.

Sampai sekarang, aku belum jumpa kawan macam dia ni.




nusrah walfath: kawan saya 1 dalam sejuta...

..jangan adatkan ibadah..

salam assalamualaikum buat semua.. mengantuknya saya saat ni.. tadi kononnya nak ponteng kelas tapi pegi jugak akhirnya..huhu... asyik kena kawan ngan foreigner je.. sian saya..saya sorang je budak pompuan msia kt dalam claz tu.. erm.. petang tadi..kawan saya cite kat saya pasal adik dia.. saya suka dengar cerita orang sebab dari situ saya boleh belajar banyak benda.. tadi kawan saya cerita yang abah dia sedih ngan adik perempuan dia.. mama dan abah dia kecewa dan malu ngan ank dia tue.. taw kenapa? sebab ada orang mengadu pada abah dia pasal adik dia dan boy fren dia.. habis orang2 masjid taw dan abah dia malu sangat..

sayu je saya dengar.. kasihan pada si ibu dan ayah yang selama ni susah payah mendidik sejak kecil lagi.. paling tak tahan, adik dia ni budak maahad.. budak yang belajar agama.. betullah kata orang, fitnah memang berpunca dari perempuan.. tak kira walau macam mana pun perempuan tue.. saya sendiri rasa kasihan dengar cerita tu.. akhirnya, abah dia wat keputusan nak tunangkan dulu budak berdua tue.. biarlah kena langkah bendul pun sebab abah dia tak tahan dah dengan ape yang dia dengar.. saya jadikan cerita ni sebagai pengajaran tuk saya..sebagai peringatan juga tuk saya.. ha tadi saya dapat artikel ni.. dari ustaz ni..die suruh sebarkan..jadi, saya sebarkan.. sebab artikel yang ditulis olehnya sangat menarik.. sangat bagus.. mari kita baca..



Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat




“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10”

Ayat-ayat yang biasa didengar. Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari-‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.


JANGAN ADATKAN IBADAT


وَأَنْكِحُوا الأَيَمَى مِنكُم وَالصَّالحِينَ مِن عِبادِكُم وَاءِمَائِكُم اءِنْ يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama.

Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama. Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri.

Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani. Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan.

Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan.

Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN




Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain. Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk ber-couple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu ber-couple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia.

Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara (virgin) setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini.

Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.




nusrah walfath: jaga lah maruah ibu dan ayah.. dan ibu bapa pula patut peka dalam soal mahar hantaran..

..Allah ada jawapannya..


khas untuk nusrah yang sedang kecewa...



bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..

bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu..

bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu..

bila kau telah mencuba segala tapi tak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaiannya..

bila tiada yang bererti buatmu keliru dan kecewa,
Allah adalah jawapannya..





nusrah walfath: terima kasih kepada sahabatku dengan kata2 yang telah di beri.. hidup ni mesti berani terima kenyataan..

...langit dan laut...

assalamualaikum.. ni saya tak dapat nak lelapkan mata.. petang tadi dah tido banyak.. hehe..hari ni sahabat saya cik kelisa hijau menjalani pembedahan.. kesian dia.. kul 2ptg td dia operate tapi saya tak sempat pon nak msg die sebab saya tertido.. sorry yea..sorry sesangat.. erm ni saya nak share cerita langit dan laut.. cerita ni best jugak..saya amik dari blog kelisa hijau la ni..hehe.. jom sesama membaca..


cinta sejati langit dan laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.




nusrah walfath: semoga kelisa hijau cepat sihat.. =)

...LOVERS IN PRAGUE...

salam di malam hari..hehee... erm ni saje je nak share video yg di petik dari drama korea yang saya minati selain WINTER SONATA.. saya tengok cite ni masa form three ngan adik saya tiap2 petang kat rumah..best..huhu... dan saya suka sangat ngan lagu dia.. ni saje2 letak.. tajuk cita ni lovers in prague... jom tengok..







nusrah walfath: satu hari nanti saya nak gi korea selatan.. bestnya la kan..

...kembali...


salam rindu untuk semua.. dan untuk diba jugak.. hehe.. dah lama saya tak update blog.. kononnya nak update 30hb tapi ni dah 5 dec pon.. erm actually saya busy this week.. lepas berehat dan bercuti, banyak hal pulak yang saya kena hadap.. ini pun sebab curi masa untuk tulis je..huhuu... hari tue test arab.. ingatkan senang je tapi aduhhh...macam nak tercabut mata tengok soalan.. essay pun tulis mengarut.. lain yang soalan mintak, lain pulak yang saya jawab.. kaw2 punya kawan2 gelakkan saya dengan essay yang saya tulis tue.. huhu.. lucu sangat ke? erm..tapi memang pon.. mesti teruk pemeriksa tu gelakkan saya.. haha...

petang ni pulak saya ada tilawah test.. hope dapat wat yang terbaik.. banyak hal lagi yang belum settle sejak saya kat sini.. (oh yea! saya belum beritahu saya kat mana kan).. nanti2 lah saya cerita k.. dah tak taw nak tulis ape.. tu saje lah.. hehe... nanti saya akan tulis banyak3 lagi... k assalamualaikum..




nusrah walfath: jawapan kepada entri 'saya keliru' akan di post malam ni.. insyaALLAH..

...adakalanya...


"adakalanya kita perlu menangis
agar kita tahu hidup ini
bukan sekadar untuk ketawa,
dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya
nilai airmata.."

"..bersyukur pada orang
yang menyakiti kita
kerana dia
yang menabahkan kita,
bersyukur pada orang
yang tak mengendahkan kita
kerana dia yang
memupuk kita berdikari,
bersyukur pada orang
yang menjatuhkan kita kerana
dia orang yang memperhebatkan kemampuan kita,
bersyukur dengan orang yang menyiksa kita kerana
dia yang menguji
kesabaran dan ketabahan kita.."

__________________________________

kadang2 kite x sedar,
orang yang kita x pduli,
sayang yang amat kat kita...
kadang2 kita x sedar,
kita terlampau sayang
kat orang 2,
sedangkan dia selalu
sakitkan hati kita...
dan kita x pernah sedar,
kita bukanya sempurna,
untuk menempatkan orang,
yang sangat2 sempurna,
dalam hidup kita...
dan kita bukan sape2,
untuk buat orang menyayangi kita macam kita sayang kat dia...

sebab kita cuma
seorang manusia biasa...

__________________________________



nusrah walfath:
saya akan bercuti selama seminggu.. this blog will be updated on 30 november. insyaAllah..

...syahid kerana cinta...

selamat malam...salam sayang buat semua.. esok hari ahad.. saya kerja.. tapi best.. esok bukan kena kerja kat sekolah tapi pergi masjid favourite saya.. kat sana nanti hari last jumpa student2 saya..huhu sedih sangat... hari isnin last day saya kat sini.. dah nak balik hometown dah.. tapi balik sekejap sahaja.. banyak benda yang dalam kepala yang saya nak post sebenarnya tapi ntah sempat ntah tak.. erm... tapi untuk hari ni, saya nak tulis ni la dulu..



..syahid kerana cinta
..



erm dah lama saya nak wat entri ni tapi keadaan tak mengizinkan.. beberapa minggu lepas, saya terima sms dari seorang rakan..dia cakap kat saya mati kerana meraih cinta manusia dikira mati syahid..kalau tak percaya tanya ustaz or imam katanya.. saya pun kurang jelas jugak.. tak taw lah nak tanya sape.. jadi, orang pertama yang saya tanya adalah cik muslimah.. dia pun kata tak pernah dengar pulak.. macam ajaran sesat je.. hehe.. pastu saya tanya pulak cik qalbi.. dia pun kata tak pernah dengar jugak.. katanya kalau macam tu, senanglah nak mati syahid...saya pun masih konfius..

saya tetap tak puas hati.. pastu saya tanya la seorang ustaz ni..(ustaz kat blog).. tapi dia tak jawab..tak taw la kenapa.. mujur juga ada seseorang yang respon pada soalan saya tue.. namanya puteri.. dan dengan penuh ringkas dia menjawab persoalan saya.. ini lah jawapan kepada syahid kerana cinta manusia..


salam.sedikit perkongsian dgn pe yg dityekn nusrah..uztazah ana penah ckp, mati syahid krn cinta itu ialah apabila seseorg yg diuji dgn rasa cinta.. ttp,dia menahanny dmi utk m'jaga hbgn dgn Allah n tdk mahu mggu insan yg dia cintai itu, dia mnahan diri dr mengikut perasaan..jk dlm tempoh itu, dia sakit teruk krn menahan perasaan itu, krn mardhatillah..n dia m'jgny shingga sakit teruk n mati tnpa sedikit pun dia memberitahu ttg perasanny pd org yg dia cintai itu, itu sebenarny yg dikira sbg mati syahid..n m'dpt syahidfillah krn dia sakit n mati krn menahn diri dr nafsu.krn takutkn Allah, demi redhaNYA n juga dmi utk tdk mggu hati org yg dia cintai itu.. itulah yg ana faham dr yg uzh ana penah terangkn pd ana n shbt2 sewaktu kuliah muslimat dlm pengajian asasi di kelantan..


ok sekarang sudah jelas mengenainya? ia jelas bermaksud bukan mati bila cintakan seseorang tapi kerana menahan perasaan itu kerana takutkan Allah dan tanpa sedikitpun memberitahu tentang perasaannya itu pada orang yang dicintainya.. itu baru dikira mati syahid.. zaman sekarang ni, manusia sangat pentingkan cinta.. asal sahaja jatuh cinta, mesti mengaku dan menyatakan terus pada orang tersebut.. jadi, bagaimana nak mati syahid kalau macam ni? saya tak kata ianya salah cuma kita sebagai manusia kadang2 tersalah menafsir hukum.. nampak macam remeh tapi hakikat sebenarnya?...

itu sahajalah kawan2 sekalian.. kalau sesiapa yang lebih tahu, lebih arif, sila2 la kongsi ilmu dan perbetulkan mana yang silap.. saya pun masih belajar.. masih mencari ilmu.. dan masih mengejar ilmu...insyaAllah..ameen... k semoga bertambah pelajaran kita hari ni..hehe.. k assalamualaikum.. =)



nusrah walfath: simpan cinta untuk suami..

...kerana dia manusia biasa...

salam petang hari.. dah beberapa hari saya tak post kat blog ni.. saya tak sihat.. lepas je maghrib, mesti terlelap.. pastu bangun kul 12 tuk isyak.. entah la.. sehari dua ni saya kerap sakit kepala.. pagi2 je muntah.. setiap pagi macam tu.. mesti kawan2 saya gelakkan saya sebab dulu bukan main berlagak antibodi kuat.. haha.. sekarang ni cuma batuk2 je.. pagi esok harap tak loya dah.. erm macam morning sickness lak..ehee.. hari ni saya ada jamuan kat sekolah.. tapi ada la hal tak berapa tak elok terjadi.. huhuhu... popular sekejap satu sekolah..hehe...

k tak nak cite hal tue.. nanti len kali saya cite ape jadi kat sekolah tadi k.. ni ada lagi cerita best nak share.. saya suka sangat nak post entri kali ni.. mungkin ada yang dah taw tentang cerita ni terutama cik kelisa hijau.. tapi tak pe.. saya nak sebarkan jugak sebab ia benda baik kan..cerita yang boleh membuat kita berfikir tentang hidup kita ni...sungguh saya kagum dengan lelaki yang bertuah itu.. =)


...kerana dia manusia biasa...

Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........

************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.



nusrah walfath: ~semoga masih ada yang biasa itu~

...istikharah dalam memilih jodoh...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam sayang buat semua.. hari ni saya tak sihat..Click Me~ ni dah ok dah cket sbb dgr nsht kawan..
Click Me~sdap air limau tadi..heheh.. hari sabtu lepas, rakan sekerja saya bercerita tentang masalah dia..dia minta pendapat saya..Click Me~ sjak dari dulu, selalu sangat saya dengar masalah orang..best bila dapat tolong orang tapi bila masalah sendiri, tak reti pula handle..isy3..teruk betul..huhu.. yang latest, officemate mengadu pasal memilih pasangan.. erm sy pon bukan lah pandai sangat..Click Me~teringat pula pada cik qalbi..dia pernah ajar saya pilih calon suami/isteri.. banyak juga perkara yang kena selidik dulu.. huhu..



Click Me~tengah2 memberi pandangan saya pada officemate tu, saya tekan kan pada dia soal solat istikharah..  Click Me~ seorang rakan sekerja saya juga kata, setiap kali ada orang nak kawan ngan dia, dia akan wat istikharah.. sebab yakin dengan petunjuk la sampai sekarang dia tak kawen lagi.. bukan memilih tapi sebab dia tahu hikmah disebalik semua tue.. bercakap pasal istikharah ni, ada cite saya nak share..ni saya baca dalam blog orang. sangat menarik ceritanya. apa la salahnya kita amik iktibar dari pengalaman orang. jom tenang2 baca ni.. -->
Click Me~




Istikharah Dalam Memilih Jodoh



Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.

Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini. Habis~


bagi saya, dalam setiap ape yang kita lalukan, selidiki lah dulu.. zaman sekarang ni lebih banyak tersirat dari yang tersurat.. dan sebab tu sampai sekarang saya masih menjadi penasihat kepada masalah orang..haha..Click Me~ k la itu saja.. assalamualaikum..




nusrah walfath: saya kena tabah supaya dia juga tabah.. saya kena senyum supaya dia juga mampu tersenyum.. =)
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [al-baqarah:216]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...