إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label celoteh. Show all posts
Showing posts with label celoteh. Show all posts

entri tiada tajuk



بسم الله الرحمن الرحيم




Apa khabar hati?
Apa khabar jiwa?

Semoga baik-baik sahaja hendaknya. InshaAllah.

Lama dah kan rasanya tak bercerita dan berceloteh kat sini. Sibuk. Busy. Banyak kerja. Memang macam tak cukup tanah nak berjalan rasanya. Dan memang penat sangat. Kekadang tu rasa macam sedih. Sedih sebab terlalu penat. Sampai menangis juga terkadang.

Tapi selalu juga saya ingatkan diri bahawa dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Jadi, tarik nafas dan cekalkan hati. Dunia ini sementara sahaja.

Terkadang rindu juga nak jadi student balik. Rindu akan kesibukan sebagai seorang pelajar. Rindu nak buat assignment banyak-banyak. Rindu nak stay up malam-malam sebab nak exam. Student's life memang best. Huhu.

Tapi kita hidup ni memang kena move on kan. Takkan selamanya berada di tempat yang sama.

Doakan saya. Semoga satu hari nanti, dapat lagi saya bergelar pelajar. InshaAllah :)

Alhamdulillah kehidupan di sini agak baik. Cuma penat dan letih sahaja. Tapi alhamdulillah saya dah ada kawan baru. Hihi. Nama dia Mu'izzah. Ha nanti saya tulis entri khas pasal dia. Sebab cerita tentang dia memang takkan habis. Haha.

Okay lah, just to let you guys updated je.

Take care all.

Semoga dalam jagaan-Nya sentiasa.
InshaAllah :)







~ I drop du'as. Not bombs ~


Kelakar dan malu sendiri



بسم الله الرحمن الرحيم


gambar tiada kaitan :)



Masih lagi rasa kelakar. Tersenyum-senyum sendiri.

Cerita semalam sebenarnya. Semalam ada sesuatu yang terjadi. Hal ni sebenarnya buat saya malu sendiri. Malu yang sampai hari ni saya gelakkan diri saya.

Alkisahnya tak ada sapa yang tahu pun. Hanya saya dan Allah.

Tapi bila fikir-fikir semula, memang malu sungguh rasanya. hehe

But Alhamdulillah saya belajar sesuatu dari situ. Banyak sangat yang saya ambil ibrahnya walaupun hal tu simple je. Terkadang rasa juga tu satu jawapan dari Tuhan yang selama ini saya nantikan.

Walaupun berkali-kali gelakkan diri, terasa juga lega. Seolah-olah sudah lepas satu beban yang berat.

Tarik nafas.

Kita ini manusia yang suka sangat meletakkan persepsi sendiri terhadap sesuatu perkara. Malah, cepat pula kita membuat konklusi sendiri sedangkan hal sebenar tu jauh seperti langit dan bumi.

Masih. Saya mahu ketawakan diri sendiri.

:D







~ I drop du'as. Not bombs ~


coretan tiada tajuk


بسم الله الرحمن الرحيم




kata dia, "nusrah sekarang kelihatan bahagia sekali"

kata si dia pula, "kenapa lama sangat menyepi?"

dan dia pula menutur kata, "umur itu cuma angka, tempat itu cuma lah jarak"

Bagaimana kita mendefinisikan bahagia itu bukan terletak banyaknya gelak tawa senyum manja seseorang itu. Bukan juga terletak betapa kurangnya dia menangis. Kerana terkadang, boleh jadi menangis adalah sesuatu perkara yang membahagiakan diri kerana di situ wujudnya sebuah ketenangan yang diberi oleh Dia. Pemilik hati.

Ada ketika, senyum tidak lekang dari bibir.
Ada ketika, airmata jatuh tanpa henti.

Dan itu sebenarnya menjadikan diri kita tabah.
Mendidik diri untuk kuat dan cekal.

semoga kita terus-terusan mampu mendidik diri untuk merasa manisnya ujian.

senyum segaris untuk semua.















nota hati: bila la boleh dapat gambar 10SS1 ni..huhu












~ I drop du'as. Not bombs ~


Update: Saya selepas GRAD =)


بسم الله الرحمن الرحيم


program agm terakhir sy di uiam.
senyum.
bacaan doa yg masuk terserap dalam hati.
pertama kali ada rasa sentuhan dalam doa.
suatu rasa ikhlas yg saya mampu rasa dengan hati.
moga Allah redha.



ketuk kepala banyak kali.
ada orang rindu.
eh....

senyum dalam-dalam.

"nusrah da grad tapi kat mane sekarang eh?"

"kenapa diam je sekarang ni, nusrah?"

"ramai tanya, awak kat mana sekarang ni nusrah"

alahai.
diam sebentar.
hmm. fikir.
nak bagitahu tak kat kalian semua ni ye? huhu

okay lah, ni saya nak bagi update sikit dekat my blog reader yang setia, yang selalu doakan saya sejak dulu sampai sekarang. huhu. So far, saya ni masih lagi di Malaysia. Ehemm.. gaya macam soon akan fly, kan? haha.

Sebenarnya lepas grad hari tu, saya having adjustment dengan keadaan diri. So a bit kelam kabut dan sengaja la tak online. After two weeks duduk rehat dekat somewhere (which is for sure agak jauh, bukan di sini, eheh), saya ke UIAM yang saya cinta dan rindu.hihi.

Dua hari berada di uia, untuk menyelesaikan beberapa perkara tapi lain juga yang jadi. but Allah knows best. Isn't it? *tunduk.senyum*

Dan setelah beberapa interview, saya akhirnya sudah dapat kerja. Still, somewhere in Malaysia. Syukur dengan rezeki yang tak terduga. Menganggur pun dua minggu je. Right after result keluar, saya dapat kerja terus. Alhamdulillah. Errr tapi kan, saya tak check result lagi la. Ini serius tau. huhu *teruknya*

So macam tu lah, kiranya sekarang ni saya sedang kerja. Doakan lah saya, semoga pekerjaan ni penuh berkat dan masih dalam redha-Nya. Aameeeen.

dan berkenaan Holland, itu kita cerita esok lusa ye. hihi

--------------------------------

Ramadhan dah tiba. Saya rasa Julai kali ni agak istimewa. hehe. kenapa? sebab........ tunggu ye. nanti saya bagitahu. hehe. okay itu itu sahaja update dari saya. nanti saya cerita lagi esok lusa (kalau ada masa). heee




nota hati: saya tak tahu nak rungkai ayat yang bagaimana untuk mengatakan bahawa betapa baiknya para akhawat melayan saya setiap kali saya ke uiam.

nota hati 2: tergamam jugak diri bila duduk makan semeja dengan blog reader saya.huhu. *segan*

nota hati 3: teringin nak sambut Ramadhan kat uia. cuma tak tahu sempat ke tak.

nota hati 4: semoga kita masih terus saling mendoakan. senyum

nota hati 5: terima kasih kerana memahami bahasa hati saya.






tak sabar nak dapat t-shirt APG.huhu










~ I drop du'as. Not bombs ~


Hari-hari terakhir sebelum grad


mungkin kerana terlalu banyak simpan diam
simpan sorang
simpan jaga
kongsi rasa
dengan Pemilik Hati
:)



Hari ini. Tiada sejarah yang luar biasa untuk disampaikan. Tiada cerita yang baru untuk di khabarkan. Cuma sebuah kenangan yang teselit dalam lipatan rutin harian di hari-hari terakhir di sini. Tak tahu nak senyum atau bersedih. Banyak perkara yang macam buat diri ini terdiam terkaku. Tiada tahu bagaimana nak bereaksi. Senyum lagi dalam hati. Supaya jadi penawar diri.

Perjalanan hari ini. Pagi hari sebelum ke kelas, menyiapkan video yang saya render sejak malam tadi. Kemudiannya bergegas ke kelas. Duduk dalam kelas, terasa seperti lain macam. Tapi saya tak tahu itu perasaan apa. Belum pernah saya rasa macam tu. Tak lama kemudian, madam bagi midterm paper. Terkaku seketika. Betulkah ini markah saya?

Diam.

Lama.

Istighfar dalam hati. Berkali-kali. Ya Allah, lindungilah aku dari sebarang dukacita yang tidak semena-mena. Diam-diam hati berdoa.

Sahabat-sahabat di sebelah kanan saya, kelihatan ceria dengan markah yang diterima. Sempat menjeling pada kertas jawapannya, saya mengucapkan tahniah di dalam hati. I'm proud of her. Sahabat-sahabat di sebelah kiri pula kelihatan murung. Saya cuba mengukir senyuman pada dia. Sedangkan saya sendiri tidak tahu perasaan saya pada ketika itu.

Entah.

Saya tidak tahu mahu bergembira atau mahu menangis. Atau mungkin kerana kerja-kerja yang masih bertimbun membuatkan saya tidak sempat langsung untuk melayan perasaan sedih. Dan hari ini, saya belajar satu perkara lagi. Pertama, mungkin di kala kita gembira, kita juga perlu sedar dengan rakan-rakan sekeliling. Kerana bimbang di sebalik tawa kita, ada yang diam-diam sedang menangis kecewa. Dan mungkin ada yang ketika itu perlukan semangat dari kita di saat dia di rundung rasa lemah dan dukacita.

Kata kawan saya; "Nusrah, you perlu bodek madam"

"itu yang nusrah tak reti"

"but you should do it"

"masalahnya nusrah memang tak tahu bodek orang, apatah lagi lecturer"

"you kena buat baik dengan madam dan buat madam tahu you"

Hurm. Saya diam. Tak tahu dah nak jawab macam mana. Madam bukan tak kenal saya. Tapi saya sejujurnya memang tak reti bodek orang. Maka, bagaimana lagi harus saya lakukan? Dapat markah tinggi sebab bodek madam? Sungguh, saya tak reti. Sedangkan saya punya dua minggu sahaja lagi. Dan diam-diam hati saya berkata, "nusrah, just be yourself!"

Petang hari bersambung dengan kelas dan discussion. Sesungguhnya terasa sangat penat hari ini. Tapi mohon hati sabar sebab saya tahu, ini mungkin bernilai di mata Allah. Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran dan ketabahan. Aaameeen.

Malamnya pula, sebelum pergi meeting, sedang duduk makan-makan, ada seorang teman bertanyakan saya tentang mushrif saya. Dan tidak saya sangka, dia tinggalkan secebis nasihat yang berguna. Mungkin. Kata-kata dia, membuatkan hati saya diam kaku. Terasa seperti nafas berhenti dan jantung berehat sebentar. Perlahan-lahan menghadam kata-katanya, akhirnya saya akur. Dengan sebuah senyuman, saya mengucapkan terima kasih pada dia.

Lepas ni, saya tak boleh balik dengan mushrif saya dah. Tak boleh.

I'm pretty sure that my mushrif doesn't read this. Kalau dia baca pun, saya rasa...mungkin tiada kesan langsung kot kat dia. Kot lah. Entah.

Kemudiannya, saya pergi meeting. Setengah jam menanti, barulah anak-anak PC Taaruf Week ni muncul. Itu pun cuma beberapa orang. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi sejak maghrib lagi. Setelah berbincang itu ini dengan mereka, maka terhasil lah Reunion versi Potluck. Mohon ampun maaf buat sesiapa yang tak berkenan atau rasa menyusahkan. Kami di pihak PC sendiri sudah cuba memberi yang terbaik. Semoga semuanya dalam redha hati kalian. Aaameeeen.

Dan tadi, saya balik dalam hujan. Berseorangan. Mungkin itu kali terakhir untuk saya bermain hujan yang agak lebat. Indah. Mungkin mushrif saya pun tidak perlu untuk risau kerana ada Allah menjaga saya dan bila saya keluar UIA nanti, saya juga perlu berdikari.

Sampai di bilik, saya berasa lelah. Rasa seperti, ya Allah malam ni pasti tak tidur sebab perlu finalized video lagi sekali. Mohon hati kuat dan tabah. Perlu. Ini perlu.

Saya menulis ini cumalah sebagai kenangan saya di masa hadapan. Mungkin suatu hari nanti, coretan ini akan menjadi penguat semangat saya. Mungkin juga tidak. Tapi, coretan hari-hari terakhir sebelum grad ni tetap akan bersemadi walau mungkin ada yang pahit dan ada yang masam. Tetapi saya percaya, pastinya terselit kisah-kisah indah dan bahagia. InshaAllah :)

Saya berani jamin, malam ni, airmata saya akan menitis. Mungkin diam-diam sebelum tidur atau mungkin dua tiga saat lagi.

Senyum.

Doakanlah saya kuat.

Kerana untuk menjadi kuat di hadapan manusia, diri akan menjadi lemah ketika bersendirian.

Hati, redha lah dengan segalanya.










~ I drop du'as. Not bombs ~


masa yang berbaki, sebelum grad




Saya baru sahaja sedar bahawa masa saya dah tak banyak. Saya dah tak punya masa yang lama untuk itu ini. Jadi, mungkin di sini saya bisa untuk mencoretkan sesuatu. Sebuah kenangan. Mungkin. Untuk bacaan sahabat dan sesiapa sahaja yang tak jemu membaca blog ini saban hari. Terima kasih banyak-banyak.

Sebenarnya hari ni, saya banyak menghabiskan masa dengan berfikir macam-macam. Berfikir itu, berfikir ini.  Yang khususnya, saya fikirkan masa depan saya. Yang pelbagai. Mungkin dalam banyak perkara, saya tidak suka untuk berkongsi.

Duduk diam, fikir dalam-dalam. Saya tahu, saya ada perancangan. Saya ada pilihan cuma terkadang, saya tidak tahu apa betulkah pilihan saya itu, betulkah jalan yang saya pilih ini. Betulkah tindakan yang akan saya lakukan ini.

"nusrah, kalau tak tahu nak buat apa lepas ni, istikharah  lah"

Terkesan. Pesan sahabat saya itu buat saya berfikir lama. Bimbang jika diri tersilap menafsir petunjuk dari-Nya. Bimbang jika diri tersilap dalam mengambil langkah untuk masa hadapan.

"nusrah, nanti lepas ni sambung la belajar kat UIA lagi. takpun kerja kat UIA."

Saya senyum. Geleng kepala. Tidak. Rasanya saya tidak akan meneruskan 'masa hadapan' saya di sini, iaitu di UIA. Sebabnya, saya mahu merasa berada dalam zon yang macam-macam. Kat sini, saya duduk dalam zon yang selamat. Yang selesa. Maka, bagi saya adalah lebih baik untuk saya keluar dari zon selesa. Percaya pada diri, percaya pada yang memegang hati. Masih ada yang memerlukan kita di luar sana.

Dua minggu yang berbaki buat saya tak keruan.
Dua minggu yang berbaki buat saya bimbang.

Dua minggu. Sudah tidak lama. Bersediakah hati untuk segala yang bakal terjadi? Untuk segala yang mungkin tidak terjangkau oleh akal fikiran? Bersediakah?

Teringat pesan seorang sahabat sebelum dia mendirikan rumah tangga. Katanya;

 "waktu last sem ni, kalau ada orang approach, try la fikir habes-habes. dah kerja nanti susah dah nak cari calon".

Terfikir. Saya perlu terkesan dengan kata-katanya atau tidak? Terfikir lagi, jika benar susah nak cari calon lepas habis belajar, maka cukupkah masa dua minggu yang berbaki ini? Terfikir lagi, mudah benarkah untuk menerima seseorang dan manjadikannya sebagai suami pilihan dunia akhirat kita?

Perkara-perkara ini terlalu dewasa bagi saya. Dan kesibukan menyiapkan tugasan juga membuatkan saya lupa untuk memikirkan diri sendiri. Mungkin belum tiba masanya. Walaupun terkadang terganggu jua melihat kawan-kawan semakin lama semakin ligat mengundang diri ke walimah. Apatah lagi berduyun-duyun yang sudah memiliki anak. Lebih tepat lagi, anak-anak. Mungkin suatu masa nanti, ketika diri ini bakal mendirikan rumah tangga, anak-anak mereka sudah lincah berjalan dan berlari. :)

Jalan hidup setiap manusia itu tidak serupa. Berbeza-beza. Semuanya adalah dalam aturan-Nya. Saya yakin dengan yang di atas sana. Saya tahu bahawa Dia sedang menjaga saya dengan baik. Saya tahu dan sedar itu. Boleh jadi, esok lusa saya berkahwin. Boleh jadi juga, Allah ambil nyawa saya dulu. Segala-galanya mungkin. Jadi, persiapkan diri dan kejarlah cinta Allah. Dekatkan diri kepada-Nya. :)

cinta manusia tu, nanti-nanti pun takpe :))

Untuk masa yang masih berbaki, saya mahu menikmatinya bersama sahabat-sahabat yang saya kasihi. Bimbang suatu masa nanti, saya sudah tidak punya masa dengan mereka.

Semoga diri terus tabah meneruskan sisa-sisa masa di sini. Semoga terus kuat untuk meyiapkan esaimen yang masih berbaki. Dan semoga Allah tetap dalam hati setiap masa dan ketika.

Have faith.

Allah ada bersama.

:)











~ I drop du'as. Not bombs ~


Hari ini..saya........



"Hari ini saya tertanya-tanya, apakah boleh rumput yang melata di bumi pergi duduk berkumpul dengan bintang yang bergemerlapan di langit?"


Hari ini, saya sangat sangat sangat sangat sangat rindukan Nur Nadhila Mohd Robi ;'''''''')

Hari ini, ada orang pesan dekat saya "take care"

Hari ini ada orang suruh saya activate semula facebook.

Hari ini ada orang pandang saya sambil senyum-senyum sehingga habis kelas.

Hari ini saya semakin lambat masuk kelas sebab hujan.

Hari ini saya nampak orang bahagia.

Hari ini ada orang tegur saya kat tepi jalan disebalik hujan.

Hari ini ada orang cakap, "Nusrah dah kawen"

Hari ini ada orang mesej saya kata-kata semangat dengan tiba-tiba.

Hari ini ada orang salah tulis nama saya.

Hari ini ada orang cakap dia sedang bahagia.

Hari ini mood saya sangat baik.

Hari ini saya makan aiskrim sorang-sorang, malam-malam.

Hari ini saya jatuh cinta yang terlalu dalam pada nota cinta dari-Nya.





nota hati: ...speechless....heartless...hopeless....nusrahless...erk =.="








~ I drop du'as. Not bombs ~





Sebatang Pensel



Saya sedih.
Pensel saya hilang.
Sedih sangat-sangat.
Bukan biasa-biasa.

*menangisssss*

Pensel itu bukan sebarangan. Ia terlalu bermakna buat saya. Mungkin bagi mereka tiada harga, tapi bagi saya ia bernilai yang amat. Sabarlah, wahai hati. T____T















~ I drop du'as. Not bombs ~


Kotak dan Learning

a text book.
i love it so much.
but i do love cognitive psychology much more ^^

Alhamdulillah.

Take a deep breath.

So challenging today.

Tired.

Psychology of Learning done.

pagi tadi.
indahnya langit diiringi awan.
SubhanaAllah
indah sungguh.

Seperti yang saya duga, seperti yang saya agak. Soalan-soalan yang saya spot semuanya masuk. Alhamdulillah. After all, what I can say is that, the exam is easy. Truly! The question is easy for me though I'm not really confident with my answer. Heee.

Perjalanan saya hari ini sangat penat. Habis je exam, saya terus menyelesaikan beberapa kerja. Sampai di bilik, saya terus mengemas barang-barang. Kata roomate saya, semua barang kena bawak balik. Haduhai~ Jenuh juga cari kotak tapi tak jumpa. So, terpaksa saya menyusahkan adik bongsu saya yang dah habes exam tu. Awal betul dia habes exam. Jeles! =p Saya mintak dia bawak 4 kotak tapi katanya dia dapat 1 je. Tak ape lah kan~

Lepas tu saya pun tunggu la dia datang ke Mahallah. Lama betul saya tunggu dia. Hampir sejam jugak. Budak tu bukan nak cakap pun bila dia betul-betul otw. Pening kepala saya. Sepanjang tunggu dia, saya sempat berangan pandang langit. SubhanaAllah. Sejak dua menjak ni saya tengok langit dan awan terlalu cantik. Terlalu amat cantik. Tak lama lepas tu, dari jauh saya nampak kereta adik saya tu. Eh, dia masuk Mahallah Aminah. Aduhai budak tu. Konfem tersalah masuk tu. Saya dah gelak-gelak dari jauh. Tentu orang ingat saya gila sebab gelak sorang-sorang. Haha.

Sesampainya adik saya, dia cakap, "sebenarnya ada 3. Bukan 1." Saya tengok kotak-kotak tu. Mak ai, gedabaknya! Saya musykil. Dari mana lah adik saya ni ambil kotak-kotak ni. Jangan kata dia gi cari kat luar sebab dapat satu je kat Bilal tu. Huu~ Dan untuk pertama kalinya saya bagi dia something ^^ Upah sebab tolong saya. Tapi dia cakap tu rasuah. haha merepek! =p

Ini adalah pertama kali saya minta tolong dia untuk urusan peribadi. Biasanya saya susahkan adik saya yang dekat Faruq tu. Tapi sebab dia kat Shah Alam, so, saya pun carilah orang lain. Minta tolong rumet adik saya tu tapi dia tak mahu. So, adik bongsu saya tu jugak lah yang muncul dengan kereta kuning penuh bergaya. Haha. Semoga Allah permudahkan hajat adik saya yang telah membantu saya. Semoga Allah beri kebaikan dalam hidup dia. Aameeen.

langit indah petang hari.
ketika sedang asyik menunggu adik saya.

Lepas selesai amik kotak, saya naik ke bilik dengan mengemas segala harta pusaka tu sebab ayah nak datang ambil semua barang. Pembetulan. Bukan ayah nak datang ambil tapi saya yang suruh ayah datang ambil. Hehe. Penat sangat hari ni. Dan baru saya perasan yang barang saya terlalu banyak. Kenapa banyak yea? Oh, sebab dah lama kat UIA kot. Tapi baru dua tahun. Huu~

Dan dalam berkemas-kemas tu, saya terjumpa sesuatu. Surat-surat cinta yang saya terima tak lama dulu (memang dah lama sangat3). Surat-surat tu semua saya belum baca pun lagi. Terus sahaja saya ambil dan buang. Langsung tak tengok. I don't have a reason to read all those letters. Kata nak jaga hati kan? Kena lah buktikan. Jangan baca. Jangan simpan. Siapa jamin kalau saya baca nanti saya tak terusik langsung hati? Nasihat saya, jangan cari pasal dengan hati sendiri. Bukan ada ubat khas kalau dah 'terusik'. Sendiri fikir~

Itu sahaja secebis kisah saya hari ni. Saya tengah study HR tapi saya terlalu mengantuk. Mungkin patut tidur dahulu. Bangun awal pagi baru study. Otak dan badan terlalu penat. Saya ada 4subjek yang berderet. Risau. Takut tak sempat nak jenguk semua subjek tersebut sebab banyak nak kena baca. =,="

Satu perkara unik hari ni apabila saya belajar motivate diri sendiri untuk pergi exam dengan tenang. Pesan saya pada diri, "all the best, Nusrah. Allah kan ada"



betapa indahnya.
Ya Allah, nusrah jatuh cinta!
thanks to my adik sebab biarkan saya menunggu dengan lama
dan dapat menikmati alam ciptaan Allah.
;''''')
tak tergambar nikmat yang Allah beri


nota hati: adik saya ni pernah beri hadiah yang tak ternilai dalam hidup saya. Terima kasih atas surat cinta dari Allah itu. Sangat amat bermakna. Semoga syurga ganjarannya nanti untuk dia, saya, dan kalian semua. Allahumma aameeen ^____^






~ I drop du'as. Not bombs ~

Tiba-tiba sahaja

indeed :)

بسم الله الرحمن الرحيم 

Apa khabar?

Saya dah habes exam. Lega. Errr...lepas cuti ada lagi berderet-deret dan saya amat yakin bahawa saya akan stress yang amat sebab yang tu semuanya subjek yang agak tough gitu. Penatnya lah saya hari ni. Bukan hari ni tapi minggu ni. Memang sangat amat penat. Banyak perkara nak kena uruskan. Tambah lagi bila pegang biro PrepTech. Penatnya memang tak tergambar. Ni baru permulaan. Esok lusa punya kerja lebih dahsyat lah nanti. Huuu~

Saya ada cerita comel. Tapi nak simpan dulu cerita tu. Heee. Saya nak share benda lain lah. Boleh?

**********************

Ok. Tak jadi. I just realize something. So, nak bagi nasehat sikit. Untuk semua dan untuk diri sendiri khususnya. :))

"Jangan suka sangat dekat orang sampai baik buruknya dalam agama pun kita dah tak nampak. Bimbang tak terjawab depan Allah nanti"


Saya sedang muhasabah diri.



*tiba-tiba sedih*





~ hamba yang hina ~

Facebook


Facebook.

Dah lama tak aktif dengan fb. Bukak pun sangat jarang. Entah.

makin lama makin banyak perkara yang buat saya tak suka dengan fb. Yang mana baik, Alhamdulillah. Yang tak baik tu....

facebook ni kekadang boleh buat saya gembira. Kadang-kadang macam sedih pun ada. terkilan pun yea jugak...

Makin lama saya semakin rasa tak secure dengan fb. Bukan soal privacy but for so many other thing. Dan yang banyak perkara merunsingkan itu bermain di fikiran saya. Kerap kali.

Pernah baca entri blog Dr.Cinta tak? berkenan fb. Saya suka baca post tu. Kejap eh nak bagi link. Nanti dah baca, harapnya adalah manfaatnya yea :)

"Mencari calon suami yang tiada facebook"  <----- klik!


Saya yang bakal meninggalkan fb dalam masa terdekat,
Nusrah Adib ^^,






nota hati: Kamu memang suka like post or status orang yang kamu suka,kan? Setiap post dari si dia pasti kamu like. Walaupun orang lain menulis yang sedemikian rupa, kamu tak pulak nak like kan? Like apa yang disampaikannya atau orangnya? ~muhasabah diri~
nota hati 2: Butang pause dan play memang takkan pernah sama. ~pesan diri~
nota hati 3: Kalau boleh memang nak delete terus facebook. ~rasional diri~




~peace no war~

Saya Jatuh Cinta ^^


Sunyi.

Sepi.

Jam 4:15 pagi.

Senyum. Waktu ditunggu tiba. Oh saya sudah jatuh cinta. Entah yang ke berapa kali perasaan ini menjelma. Tenang dan damai. Kerana di situ letaknya hati saya. Kerana di situ letaknya jiwa raga saya. Kerana di situ dapat menghamburkan esak tangis. Kerana di situ adanya cinta. Dan kerana di situ adanya rahmat. Terima kasih, Allah ;''')

"Untuk saya, ketenangan hati itu bermula dengan hubungan kita terhadap Ilahi. Baik hubungan dengan Allah, tenang dan kuatlah hati ini."

Wedding Plan :)


Saya kan pernah cakap sebelum ni bahawasanya saya tak nak fikir soal nikah kahwin buat masa terdekat ni. Saya taknak fikir langsung dalam semester ni. Tapi...... takpelah, mungkin Allah tak izin saya begitu. Saat dan ketika saya taknak fikir, ada yang menyapa bertanya tentang perancangan saya tahun ni. Ada yang bertanya itu ini. Saya masih lagi dengan tekad saya iaitu tak mahu fikir.

Tiba satu hari seorang teman 'membebel-bebel' dekat saya tentang urusan nikah ni. Yes, ini kali pertama ada orang seberani dia untuk bagi lecture kat saya. Sentap jugak lah dengan ayat-ayat dia. And a bit sad. The truth is, I feel sad for so many things. Dan dia buat saya terfikir, apa yang buat saya susah sangat nak bukak hati untuk orang dan benda-benda macam ni. Dia buat saya berfikir terlalu banyak. A big thanks to you! Kamu memang sahabat dan teman yang baik.

Saya baru je habis kelas Parenting. Saya dapat individual task. Hurm tahu kena buat apa? Kena buat WEDDING PLAN. Betul-betul rasa teruji. Saya yang nekad taknak fikir pasal kawen tetiba kena buat wedding plan. And the worse is dat, madam ask us to put a REAL wedding card with the NAME of spouse. =.=" Dan madam tak kira samada dah ada calon ke tak, yang pasti dia nak jugak nama pengantin dalam tu. Saya?? Susah hati.

Madam cakap lagi, letak je nama orang yang awak admire pun. Mana tahu nanti malaikat mengaminkan. Beruntunglah kamu nanti. Hadoi. I think I've a big problem with this task. Pertama, saya kena belajar fikir pasal kahwin untuk semester ni. Dan saya rasa saya patut siapkan wedding plan tu betul-betul as I can use it for my future. Later or sooner tu belakang kira. Kedua, saya nak letak nama sape as my husband? Ini part paling susah. I wish I know who is the one so that he can help me with this plan and I can put his name undoubtedly. But.... :( Ya Allah, bantulah daku. Buntu sangat. Sebab kalau boleh, saya taknak letak sebarang nama. I want it for my husband only. Special for him. ^___^

Saya perlukan pertolongan ramai pihak kot since banyak nak kena fikir soal wedding plan. Dan orang itu tentunya kamu dia awak mereka :)) Boleh kan? Tapi nak letak nama husband tu di kalangan kamu dia awak mereka jugak ke? Haha =p

Amanah wajib dijaga


Tadi kan, madam mintak class representative atau dalam bahasa melayunya wakil kelas. Kerjanya kena ambil kunci kelas dan tutup juga. Senang cerita, wakil kelas ni kena datang paling awal untuk ambil kunci dan bukak kelas. Saya pun rasa saya tak boleh buat. Sebab kelas jam 8pagi. Kalau kena datang awal, means dat 7:50 dah terpacak depan office CCAC. Dan bermaksud, 7:35 dah kena gerak dari Mahallah. Hoho. =,="

Tapi sayangnya, takde sorang pun sanggup jadi volunteer. Jauh dari sudut hati, saya berasa kasihan dengan Madam. tapi saya sendiri macam tak yakin dengan diri sendiri. Tak lama lepas tu, tiba-tiba ada satu tangan terangkat. Dan madam bertanya, sanggup jadi wakil kelas? You need a partner to work with you? Errr.. dan madam bertanya, "whats your name?" Dan jawapannya, "Nusrah". Senyum. Nusrah itu bukan Nusrah orang lain tapi saya. Saya tak percaya saya boleh angkat tangan. Kenapalah berani mati pikul amanah yang berat ni. Waktu tu juga rasa macam sebiji batu besar jatuh kat bahu saya.

Amanah sama macam batu tapi ia bukan sebuah beban. Ketika saya mengangkat tangan, saya telah berfikir 3-4 kali. Dan saat saya menerima amanah ini, saya telah berjanji pada diri yang saya akan tunaikannya since saya dah makin dewasa. Saya sudah tahun ke-3. Saya sudah bergelar senior. Saya sudah bakal berumur 24 tahun. Jadi, saya perlu ada perubahan dalam diri. Jadi, lepas ni saya kena jadi lebih berdisiplin. Lepas subuh tak boleh lending atas katil, kena terus bersiap. Anggap sahaja bangun awal pagi untuk siapkan breakfast buat suami dan anak-anak. Sebagai satu persediaan. Kan? Kata kelas parenting. Hehe ^^

p/s:: anak ayah mama ni dah makin matang,kan? :D

Jatuh Cinta

Di pengakhiran kelas tadi, Madam menegur dress code. Dia bagitahu begitu begini. Mula-mula dia tegur brothers, kemudian sisters pulak. Tiba-tiba saya rasa kagum yang amat. Ini adalah lecturer pertama yang berani tegur soal lengan itu aurat, pakai tudung tutup dada, pakai stoking dan kasut bertutup. Saya sangat impress bila dia cakap, "This is not university dress code. You know that, right?" Yes, saya faham maksud Madam tadi. Kita bukan ikut hukum universiti. Ramai yang tak faham dan tak sedar itu.


Dan Madam cakap, sebelum saya betulkan awak, saya perlu betulkan diri saya dahulu dan saya perlu tunjukkan contoh yang baik kepada awak kalau saya nak tegur itu ini. Dan dalam saya memerhati, saya berasa sangat bersetuju. She is saying the truth! Penampilan dia sempurna. Seorang muslimah yang menutup aurat dengan baik. Saya respect sangat dengan Madam ni. Tiba-tiba saya rasa sebak. Dan saya sedar, saya sudah jatuh cinta dengan cara penyampaian Madam ni. Jatuh cinta dengan segala yang dia tunjukkan. Ok, saya sudah jatuh cinta dengan kelas ini. Cuma wedding plan itu masih menjadi masalah besar buat saya. haiyaaaa *___*

Bahagia itu indah

Saya terima kad kawen pada hari Selasa lepas. Saya rasa bahagia. Bahagia sebab kawan saya bakal mendirikan masjid. Bakal menuju ke syurga-Nya bersama yang tersayang. Tahniah! Saya akan sedaya upaya untuk pergi ke majlis tersebut. Semoga Allah memberkati kalian. Jodoh itu rahsia Allah tapi sebagai manusia kita perlu berusaha. Bukan duduk dan tunggu sahaja. Saya? Mungkin masih dengan tekad yang sama. Cuma saya sedang belajar untuk bukak hati secara perlahan-lahan. Saya akan belajar. Doakan sahaja. Selagi Allah izin ^___^

Seorang teman yang pernah berkongsi bahagia dengan saya akan dibedah pada jam 2petang ini. Saat itu tentunya di tikar sejadah adalah yang terbaik. Saya ada rasa berdebar dan risau. Sebab dia bukan sakit biasa-biasa sahaja tapi brain tumor. Sebelum ni saya dah pernah bersama dengan pesakit ini juga. Hari ini kita tengok dia senyum tapi esok kita seolah-olah sudah kehilangannya. Dan itu adalah saat paling menyedihkan. Semoga Allah melindungi sahabat saya yang ini. Saya akan tetap terus berdoa.

Baik buruknya sahabat saya ini, dia tetap sahabat saya. Saya memaafkan semua salah silap dia dan berharap pembedahan nanti berjalan lancar. Semoga dia terus kuat melalui hidup walau apa pun terjadi. ;'') Semoga Allah redha.



nota hati: Kadang-kadang kita boleh belajar banyak perkara daripada kisah lalu dan juga kisah orang lain. Senyumlah kerana ada pelangi yang menanti.


nota hati 2: Putus tunang itu pahit. Tapi selagi ada Allah, kita takkan sunyi. :))


nota hati 3: Kamu perlu belajar hidup tanpa saya. Okay? takpe, Allah kan ada. :)




~ kerana Allah sayang saya ~

Semester Baru, Cincin di Jari





NEW SEMESTER BEGIN !!

Warning ! Please focus and do come to class. Study earlier and do not plagiarize the assignment. Or maybe you should stop involving any co-cu activities. ;D

Semester II 2011/2012

Saya officially dah bergelar pelajar tahun ke-3. Rasa macam cepatnya masa berlalu. Teringat kali pertama melangkah masuk Kulliyyah. Teringat kali pertama belajar subjek major. Perasaan kali pertama itu sangat indah. Sekarang dah tiada lagi kali pertama yang begitu. Belajar untuk menjadi dewasa dengan pemikiran yang matang.

Tengok confirmation slip. Senyum je tengok subjek-eubjek yang saya register. Tanpa ragu, takde langsung subjek yang saya drop or tukar section. Kalau sem-sem sebelum ni, mesti akan ada yang saya tukar. Mungkin sebab dah tak banyak pilihan kot. Al-maklumlah, dah makin menjadi seorang senior. Hehe.

Paling best, saya sesat cari kelas. Sesat kat Celpad. Tak padan ngan jadi komiti taaruf Special Task 2x, banyak deal ngan Celpad, tapi masih sesat lagi. Hadoi la~ Sesat cari Ibn Al-Jauzi Lab. Kalau kalian tau tempat tu, memang no wonder la kan saya boleh sesat. Pelik sangat locatio nya. Heee.

Sem ni saya bakal busy yang lebih kot dari sem sebelum ni. Kalau sebelum ni dah busy, sem yang ni mungkin double triple busy. Tambah lagi, bertambah dah surah nak kena hafal. Kalau surah dalam juzuk amma lain cerita la tapi ini surah-surah panjang. Nampak gaya, saya perlu manage masa betul-betul. Huu~ Pastu banyak pulak subjek application. Lebih rasa berat bila banyak berunsurkan matematik =,=" I'm not so good in math as my mum and dad. Sedihnya rasa. ;')


Ada cincin di jari manis tangan kanan. Yea, di jari saya. Cincin ni sebenarnya dah lama. Dah bertahun. More than 2years to be exact. Cumanya saya dah lama tak pakai. Sejak dua menjak ni, adalah yang menegur. Yang tidak rapat akan cakap, "Eh, kenapa Nusrah pakai cincin? haaaa!" "Nusrah dah bertunang ei?" Manakala, yang rapat pula akan cakap, "semoga takde yang kacau-kacau dah" Sebenarnya memang berbeza reaksi dan respon dari yang rapat dengan yang tak rapat. Jelas sekali, yang rapat itu lebih faham dan tahu hati kita. ;))

Tadi, waktu orang tanya pasal bertunang, saya cakap kat kawan sebelah, "tunang la sangat..dah la orang ni tak laku..nanti orang tengok ada cincin, lagi bertambah-tambah tak laku.hehe" Kawan saya itu tergelak sahaja. And I really mean it actually. ;D

Nanti jangan la ditanya tentang cincin di jari. Untuk semester ni, jangan di tanya soal kahwin. Tolong. Please, buat semua, jangan tanya saya soal urusan kahwin ni untuk semester ini. Kerana saya masih belum mahu memikirkannya. Kerana saya masih belum bersedia ke arahnya. Kerana saya masih belum berpuas hati dengan tahap kesolehahan diri. Kerana saya masih kurang dengan ilmu agama. Kerana saya masih masih masih masih masih tidak bersedia bertemu dia. Saya cakap ini betul-betul.

Februari telah tiba di pertengahan. Allahu taala, sempat ke saya nak beristikharah dan beri jawapan seperti yang dijanjikan? Ya Rabb, cepatnya masa berlalu. Sepantas masa yang berlalu, semakin hampir kematian dengan kita. Amal dan iman bagaimana? Syurga atau neraka? ;''')


Cincin di jari terhias manis,
Tanda diri telah dipunyai,
Bukan dimiliki oleh si dia yang bermulut manis,
Tetapi tanda diri ini kepunyaan Ilahi.



~When life seems tough, refer to Him and you'll find your journey worthwhile.~

Bakal exam



Ehem..

Syhhhhhhh....Syhhhhhhhh...Syhhhhhhhhhh.....

.........................

.........................

.........................

.........................

.........................

.........................

.........................

.........................


Ok EXAM bakal berlangsung.

Jadi, sila fokus pada exam wahai diri.

Tapi...

Ada report yang kena siapkan lagi.

Huuu~

Ok.

Pen off~ :)



nota hati: sebelum Dhila bagi bebelan 80 guni, lebih baik tulis pasal exam sahaja.hehe =P

Cerita Hati Nur :)



Hari ini ramai yang buat saya tersenyum lebar-lebar dan lebar ^_______^


Bermula waktu oral test Arab.

“ustaz jangan tanya saya susah-susah tau. Saya takde basic.”

Ustaz gelak. ~haish~

“ustaz, saya cakap betul-betul ni. Saya sekolah secular”

Ustaz senyum lagi..

“kaifa haluki?”

“Alhamdulillah bi khair”

“ma ismuki?”

“ismi T. N. Nusrah”

“min aina enti?”

“ana min Kelantan…eh…”

Lepas tu banyak lagi soalannya..

“ma ya’malu abun?”


“ya’malu abi al-muhandis”


“wa ummi?”


“ta’malu ummi tobibatun”


“aina tadrusu?”


“adrusu al-kulliyyahhh ulumul…er..er…(manusia ape dah eh.hadoi~~) er….”


“AINA??!!!??”


“eh..aina? hehehehe..” (malu je!)


“al-jami’atu al-islamiyyah al-alamiyyah”

Bla..bla..bla..sampai la part umrah ditanya oleh ustaz. Huu~ Syukur Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Markah oral pun okay. Tapi kenangan oral ni akan saya ingat sampai bila-bila. Heee. Berangan juga bila lah agaknya dapat speaking arab dengan baik sekali :)


Suatu cerita beberapa kali berlaku =)

“lawanya…”


“eh..makin comel lah…”


“sekarang lagi cantik dari dulu..”


“cemane reaksi kalau orang cakap nusrah cantik?”

Senyum.
Penulisan saya ni macam puji diri-sendiri pun ada.
Ok. Ini jujur dari hati nurani saya yang kadang-kadang rapuh.heee~

Saya sejujurnya tak suka dengan pujian. Apatah lagi kalau nak puji rupa luaran. Jujur lagi, setiap kali tengok cermin, saya tak pernah rasa diri cantik ke, comel ke or apa-apa lah. tapi saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya. Kerana saya biasa-biasa sahaja. Semuanya milik Allah. Bukan saya punya. Nak lagi jujur, kalau boleh, tolong jangan puji saya depan-depan saya sebab saya malu. Bila saat kalian memuji saya, saya berasa sangat malu.

Dan saya juga bimbang pujian tu akan melalaikan saya. Bimbang kalau ia jadi riya’ dan macam-macam penyakit hati yang tersembunyi. Jadi, kalau terasa nak puji tu, jangan lah puji depan saya. Puji belakang-belakang, kutuk depan-depan. Okay? =)


Kisah hati yang tersembunyi…


ini gambar feverer saya



Bila saya jalan-jalan sorang-sorang, banyak perkara yang bermain di fikiran saya. Cuma satu benda nak kongsi, bila jalan sorang waktu malam, kekadang terpalit rasa sedih. Terasa takut, bimbang akan keselamatan diri. Dengan segala apa yang dihafal dalam kepala, semuanya saya baca. Dengan besar pengharapan dan keyakinan bahawa Allah jaga saya. =) maklum sahaja, hidup masih solo. Kalau dah ada yang jaga, lain cerita. Kan?

Kekadang balik dari kelas, hari hujan. Jujur, saya sangat suka hujan. Yes, I don’t need an umbrella to accompany me! Errr..tapi time hujan rintik-rintik lah.hehe. time tu saya akan ambil peluang untuk berjalan dalam hujan. Saya terasa keadaan sangat tenang, hati sangat damai, cuaca sangat romantis. Hehehe ^^ again, saya suka hujan!

Tapi bila hujan lebat, dan saya tak bawak payung, saya akan digamit rasa sayu. Saya tak punya payung (payung dah hilang). Kalau nak tahu satu perkara, saya sangat suka dengar bunyi air hujan menitik kat payung. Sangat suka. Saya rasa bunyi tu macam sweet dan romantis. Heee. Tak percaya? Cuba lah hayati. Mesti korang setuju ngan saya. Dan bila meredah hujan lebat, saya berharap akan ada yang sudi bagi saya pinjam payung. Sekurang-kurangnya dapat ‘menjaga’ saya waktu hujan tersebut. Saya akan hargainya. Percayalah. =) saya memerlukan seseorang yang dapat memayungi saya dan menembusi jiwa saya ^____^

romantis ^^


Celoteh dalam kelas…

“nusrah, tadi orang baca blog awak..”


“ala…malunya!”

Senyum.

Yea. Itu memang saya. Saya suke promote blog saya kat orang tapi bila orang yang kenal saya cakap dia baca blog saya, saya rasa malu. Sebab tu saya selalu pesan, kalau baca blog saya, boleh je nak tinggalkan komen or pa pe tapi jangan bagitau saya secara depan-depan. Nanti saya segan.

“suka la baca blog nusrah…”


“nusrah ni jiwang jugak yea…”

Ha! See! Malu kan? Hehe. Blog ni adalah tempat untuk saya meluah segala rasa. Kadang-kadang serius, kadang-kadang hepi, kadang-kadang sedih but most of the time? Heee~ saya cuma manusia biasa. Sangat biasa. So, tidak ada apa-apa yang pelik kan bila saya tulis macam jiwang-jiwang sikit? Lagipun, saya sangat yakin, korang semua memang tak faham pun maksud tersiratnya. Hanya saya. Dan Pemilik Nyawa tentunya :)

Ok itu sahaja cerita untuk hari ini. Selesai dua meeting di malam hari. Masih perlu menyiapkan text emcee dan macam-macam lagi. Doakan saya. Jujur lagi, saya sangat perlukan doa dari kalian semua.

Moga Allah redha.

Dengan izin-Nya. =)

but i'll continue writing coz i'm pretty sure you are going to read it one day! ;)


nota hati: sangat mengantuk. mahu tidur, tak mengapakah? oh kerja-kerjaku~ :(

..I love when you called me Nusrah..


Ok really! seriously! I can't wait to write down at least one entry! argh, gian sangat nak tulis blog. Hehe should I say this entry is dedicated for my 'hero'? haha! Never mind, just read this!


10 Things I hate about you!


1. I hate when you ask me, 'dah lama tunggu'?

2. I hate when you say to me, 'Thank you!'

3. I hate the way you smiling to others but not to me!

4. I hate when people keep talking about you.

5. I hate the way you laugh to me.

6. I hate the way you advise me.

7. I hate when you are in red shirt!

8. I hate when you seriously working without considering others.

9. I hate when you being polite to me.

10. But the most important is, I hate when you called me, 'Nusrah'!


Ok. Enough. Full stop.
The truth is, what I have mentioned above is NOT true! hahahaha

I hate all those thing just because I love the way you are.Honestly!

I love when you being polite.
I love when you say Thank You.
I love when you called my name.
Yeah, it's true!

I love when you called me 'Nusrah'!

Ok DONE!


nusrah walfath: agak2 post ni jadi kontroversi tak? haha! ok tak kisah pun. I know what I'm trying to say though some of you might think that it is nonsense! haha. The most important, this post of coz bukan tuju kat korang yang membaca. Ia untuk orang yang tak baca blog ni. hahaha!




..Photography Contest..

Hehe. Short entry tonight since dah lama bebenor tak update blog. Ok tadi ayah call. Kakak saya baru bersalin dalam kul 8 malam tadi. Cuba teka baby boy ke girl? Alhamdulillah akhirnya saya dah bergelar I.B.U. Seronoknya! Tak sabar saya nak pegi melawat esok. Heh~ :)


Hari ni last date untuk submit gambar untuk Photography Contest yang dianjurkan oleh EMSS. Saya pun agak keliru macam mana mereka menilai gambar-gambar ni semua tapi saya pun tak berharap sangat lah untuk menang sebab saya tengok gambar-gambar orang lain semua sangat cantik dan menarik. Sekadar mencuba je. Nak tau ada bakat ke tak je. Haha


Setiap participant dibenarkan menghantar 2 keping gambar sahaja. Pening jugak saya nak pilih gambar. Jenuh fikir nak submit yang mana. Akhirnya dua gambar ni yang jadi pilihan saya. Lagi satu, cara nak submit pulak, kena melalui facebook di wall EMSS dan kena tulis nama penuh, num matrik dan tema gambar.


Segan dan malu betul nak tag kawan-kawan kat gambar tu. Habis lah kantoi nama penuh saya. Haha! Sebab tu saya tak selitkan nama ayah. Biar orang kenal ngan nama Nusrah je cukup lah kan. Jadi, kat sini saya nak share lah dua gambar yang saya submit petang tadi. Sesape nak komen pun boleh sebab saya pun belajar lagi bab-bab edit gambar ni. Tengok masa jugak lah.


(theme: "you will never walk alone")



(theme: "keeps on du'a")



Ok itu saja.Esok kena tasmi'. Banyak nak kena practice dan ulang menghafal lagi ni. Nanti saya sambung lagi kalau ada masa (tapi macam agak busy je esok lusa ni). Ok itu sahaja. Selamat malam, sahabat! ;-)





..Blog sudah pulih..

Alhamdulillah. Lega. Blog saya telah sihat kembali. Seminggu masuk hospital sebab sakit. Kesian betul blog saya ni. Memang salah saya la sebab merosakkan blog ni. Macam mana boleh jadi rosak? Memang sah tangan saya ni gatal sangat nak ‘renew’ blog kononnya.


Mula-mula tu saya edit blog projek kelas. Sebab dah rasa seronok sangat blog tu nampak cantik, so saya ngada-ngada try kat blog sendiri. Lepas lebih 5 kali tukar macam-macam, lepas tu jeng jeng jeng. Hancus!!


1. Body content bertindih ngan gajet.
2. Gajet lintang-pukang.
3. Langsung tak boleh view blog walaupun boleh sign in.


Mujur saya ni celik IT. Kalau rabun IT macam mana? Setelah di cuba-cuba akhirnya selesai juga. Sebab dah rosak, gajet semua dah delete, so, blog saya jadi kosong. Terasa macam nak buat blog baru tapi sayang sangat ngan entri-entri lama. Rugi la beb.


Lepas tu setelah difikir-fikir,Click Me~ saya pun wat keputusan nak pakai layout kosong je. Biar kaler putih je. Suci murni gitu. Tapi lepas ditilik-tilik, saya perasan blog saya ni terlalu kosong. Lepas geledah punya geledah setiap folder kat laptop, terjumpa la backup gajet-gajet lama (tapi tak sume la). So, boleh la guna balik sesetengah tu.


Lepas tu fikir-fikir balik takkan lah blog saya ni nak biar kosong ke? Header pun tak de, konfem orang tak mau baca. Last-last geledah gambar pulak. Akhirnya berkenan dan upload. Lepas tu masih tak puas hati. (err..saya memang agak cerewet), akhirnya terpaksa merajinkan diri edit gambar tu dan akhirnya, ini lah dia!


Oh yea, yang peliknya, waktu blog saya buat hal dulu, saya siap delete Mozilla firefox ngan google chrome kat laptop ni. Ape kes? Sebab saya tension tak boleh view blog. Haha! Sekarang ni tengah guna flock je. Nampaknya kena download benda alah tu balik sebab penting nak surf web UIA. Hehe.


Masa tengah fikir nak pakai layout apa kat blog, teringin la jugak nak buat sesuatu yang baru. Benda pertama yang terfikir, nak guna templates Chelsea. Wahh..tapi lepas fikir balik, tak jadi lah. kot nanti peminat MU, Liverpool, Arsenal dsb nya tu boikot blog saya pulak. Haha.




Dan plan minggu ni nak balik rumah. Dah berminggu hajat tertangguh. Wajib saya balik minggu ni sebab nak amik report dan pergi interview. Tak sabar dah ni nak jumpa Sulaiman kat rumah. Buah hati pengarang jantung tuuu.


Hari selasa lepas pergi talk ‘Dean’s list or Deen’s list’. Balik-balik bilik, ingat nak study lah sebab ada exam keesokannya. Tiba-tiba bila bukak pintu, terselit kertas. “Aih, surat compound ke ni?”Click Me~[mana ada orang nak saman malam-malam buta ni] apa punya pandai la saya ni. Bila tengok-tengok, tertera kat situ "Invitation to attend Mahallah Asma' Leadership Training Day on 5th march from 8:00am till 4:30pm" Hancur luluh hati saya. Baru je ingat nak balik rumah.


Sape nak ikut saya pegi zoo? Sejak dua menjak ni ramai lak yang ajak saya gi zoo negara. Aiyok..muka saya ni macam pegawai haiwan ke? ke ade macam spesis kat dalam tu? kot lah ade tapi saya tak perasan ke kan..heh~ tapi kan, dah banyak haiwan saya jumpa dalam uia ni, macam boleh buat zoo dah. Tak yah pegi kat ampang tu pun tak pe.


comel je zirafah ni. kat zoo negara. pegi jalan-jalam. tahun 2009


Esok ade kelas, ade forum, ada macam-macam. Tapi yang sangat penting, esok kena tasmi’. Sudah lah tu saya pepandai pegi cakap saya nak tasmi’ semua esok. Padahal banyak lagi tak hafal. Ok, tu je., niat nak introduce blog baru je. Ini blog lama sebenarnya tapi saya upgrade and renew sikit je termasuk url baru. Bukan suka-suka tukar tapi terpaksa. Sakit otak jugak pikir nak guna url ape. Akhirnya, ini lah hasilnya.


insyaAllah next entri saya cerita lah sikit kenapa saya guna url ni, tajuk blog macam tu, pilih surah an-Nasr dan macam-macam. Sejak blog bermasalah ramai pulak request macam-macam untuk diulas dalam blog. Tengoklah kalau saya rajin. Heh~ ;p ok itu saja. Nak komen apa yang tak kena ngan blog baru ni pun boleh juga. Terima kasih ;-)



p/s: Click Me~nusrah skema bukan lah nerd sangat. Otak gila-gila, muka serius tapi suke senyum sorang-sorang. Tapi jangan bagi nama nusrah sewel pulak. ;p




..Jatuh hati dengan Cikgu Statistik..


Dulu waktu berblog walking, terjumpa satu blog ni. Hehe. Menarik pulak tajuknya. “Siapa kakak kau?” kalau nak baca, leh klik kat tajuk tu. Saya dah letak link. Hahaha agak lawak jugaklah sebab saya sendiri pun tak suka sangat orang panggil saya kakak. Kekok. Seriously rasa kekok nak bahasakan diri kak. Orang yang muda 3 tahun dari saya pun tak kecoh-kecoh nak panggil kakak. So, agak2 kita ni takde la beza mane pun, tak yah lah panggil kakak. Pelik dan cam mencipta jurang pulak. Hehe. Sebab saya rasa closed sikit ngan sahabat2 bila tak de pun panggil kakak2 ni. Unless kalau first time kenal dah panggil kakak. Tu belakang kire.


Dah 2-3 minggu tak balik. Setiap minggu tu jugak ayah saya kol dan tanya, tak balik ke minggu ni, setiap minggu jugak mesti jawab, ‘nak balik ni tapi ada bla bla bla…’ Haisy.. tadi ayah saya call lagi. dia kat Terengganu. Bila dia tanya lagi sekali, betul-betul buat saya homesick! Heh rasanya kalau tak kerana program esok, dah lama saya capai tudung dan terus blah dari hostel ni. Heeee… Opss, lari tajuk dah.


Ok kembali kepada topic utama saya. Haha saya dah jatuh hati ngan cikgu statistik. Confirm kawan-kawan sekolah saya dulu tak caye ni. Sejak darjah dua sampai tingkatan lima, memang cikgu math saya semua garang-garang. Dan memang sebab tu agaknya saya sangat popular time kelas math sebab tak pandai math. Jujur sekali, saya sangat tak suka math. Darjah dua lagi dah kena denda berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir. Kena cubit pun ada. Dah lah cikgu laki. Uisy..


Darjah 3 pun sama. Dapat cikgu perempuan yang sangat suka mencubit. Kalau dia cubit tu, boleh biru lengan. Tapi saya tak de lah kena sampai macam tu, mungkin takut kena saman ngan saya kot. Anak tettt ni..berani ke? Haha!


Yang bestnya bila popular tak pandai math, sekali dapat markah tinggi time exam, mesti dapat tepukan gemuruh punya. Macam artis popular terima anugerah. Haha. Sampai lah saya naik form 1, saya dapat cikgu math yang ok lah..tapi saya tak ingat dah nama dia sebab lepas tu pindah sekolah. Masuk sekolah baru ni, dapat cikgu cina sebagai guru kelas dan guru math. Hehe tapi dia ngajar best. Betul ni tak tipu. Heee..


Tapi tahap tak pandai saya tu, bukanlah tahap kritikal sangat. Mungkin sebab math ni subjek yang senang bagi kebanyakan orang, so, bila saya ni kurang menyerlah dalam math, tu yang boleh jadi popular tu. Haha. Tapi ada lah subjek lain yang saya terror. Contohnya? Cuba anda teka.


kenangan zaman sekolah (form 5 rasenya)

Naik form 4 pindah sekolah lagi. This is the best school ever. Cewahhh.. Waktu form 5, saya bertambah-tambah menyerlah tahap tak pandai math tu. Haha sampaikan setiap kali jawab exam math, mesti saya tulis kata-kata hikmah kat exam paper tu. Subjek matematik moden je berani wat cam tu sebab cikgu add math saya muka takde perasaan, so, saya takut ngan dia. haha.


Nak tau ayat apa selalu saya tulis? Jeng3… saya akan tulis cam ni, “Mahatma Gandhi pernah berkata,…………..bla…..bla…bla…….” dan setiap kali dapat balik kertas exam, setiap kali tu lah cikgu tu akan menjawab. Tu yang lagi seronok saya tulis macam-macam. Haha.


Tapi yang paling saya ingat, saya tulis cam ni, “Mahatma Gandhi pernah berkata, kepuasan bukan terletak kepada pencapaian tetapi kepada usaha..” lebih kurang cam tu la saya tulis. Konon nak buktikan kat cikgu bahawa walaupun saya dapat markah sikit, tapi saya dah usaha. Heheheh. Lepas tu cikgu tu tulis balik, “habis tu, ko nak jadi Gandhi ke?” hahahahaha. ^^


Hari tu sekali pernah jugak tulis, “something is better than nothing” konon nak sampaikan kat cikgu, walaupun saya buat formula sendiri, tapi lebih baik lah daripada dibiarkan kosong. Keh keh keh., tau cikgu tu jawab apa? “but sometimes nothing is better than got everything but useless.” Hahahaha.


Tu semua zaman nakal-nakal saya kat sekolah. Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi kembali kepada main point saya di sini, saya sebenarnya terkejut bila kena belajar statistic dalam kos Psychology ni. Ingatkan boleh lah nak lari dari calculation. Huhuu..kesian betol rasanya.


Nak dijadikan cerita, saya ni panic sangat lah sebab nak exam statistic. So, ramai lah orang yang saya mesej mintak ajarkan. Memang ramai tak terbilang. Tapi sangat terkilan. Dalam ramai-ramai yang saya mesej, dua orang saja yang reply. Dua-dua budak Econs. Heh. Sedih nya waktu tu tak payah cakap lah kan. Last-last, sahabat baik sorang ni jugak yang sanggup tolong. Dia budak engineering.


Saya kenal dia dah 8 tahun la lebih kurang. Dia ni memang genius sangat. Kalau dok dalam kelas tu, memang rasa malu lah sebab dia terror sangat math, add math, fizik, saya pulak sebaliknya. Waktu saya mintak tolong, dia tak pernah cakap ‘tak boleh’. Sedangkan waktu saya mintak dia ajarkan stat tu, dia ada dua test. Tapi dia langsung tak cakap tak boleh. Dia langsung tak guna perkataan ‘tak’. Saya sangat kagum! Serius!


Saya jatuh hati ngan dia. Dia langsung tak cakap pun takde masa, tak boleh, tak reti. Semua tu tak terkeluar langsung dari mulut dia. Paling dahsyat, dia bukannya budak engine kat UIA ni tapi kat UTM sana. Boleh bayangkan tak macam mana kami study? Boleh imagine tak cam ne dia ajar saya? Saya emelkan soalan-soalan saya. Pastu, saya mesej dia dan bagi num soalan yang tak faham. Pastu dia akan call saya atau saya yang call dia.


Bayangkan belajar math melalui telefon. Ia bukan benda mudah. Sangat susah! Bayangkan waktu tu jam 2 pagi. Sampaikan waktu saya call tu, dia tertidur. Kesian sangat. Dan masa tu peluang saya nak kena maki hamun sangat besar, yelah bayangkan kalau ada orang call semata-mata nak tanya soalan math pagi-pagi buta cam tu, mahunya kena maki hamun, tapi sahabat saya ni langsung tak. Dia boleh jawab fon ngan sopan lagi. Bersalahnya saya!


Memang sampai jam 3 pagi dia ajar saya malam tu sebelum pergi exam. Handphone je la jalannya. Waktu ni saya sedar, kawan masa senang sangat ramai tapi bila kita minta tolong orang, bukan sebarangan orang yang sanggup tolong kita. Saya jatuh hati, jatuh sayang pada sahabat saya ni. Dia punya seribu satu alas an untuk beralasan dengan saya kalau tak nak ajar tapi dia langsung tak buat macam tu.


Mungkin sebab saya kawan ngan dia dah 8 tahun. In fact, dia muda setahun daripada saya sebab dia ni budak lompat. Genius sangat. Bulan depan, habis lah degree engineering dia kat UTM tu. Pastu nak sambung master katanya.


Akhirnya, jumpa jugak saya ngan cikgu math yang boleh buat saya jatuh hati ngan dia. haha! Kalau sahabat saya ni lelaki, dah lama saya ambik dia buat jadi suami. Heeee.. sayangnya, dia perempuan. Haha!


Saya memang suka pada cikgu math saya yang ni, Nur Amalina Alias.


sejak zaman sekolah lagi, Amalina jadi 'cikgu math, add math, fizik'



p/s: minta maaf pada sahabat-sahabat yang terima mesej saya secara mengejut. Takpe, saya faham masalah anda.



..DEMAM PRK..


Salam musim mengundi. Hehe. Lama sungguh blog tak ter-update. Mula-mula fikir nak tunggu lepas habis election baru nak tulis semua benda ini. Tapi macam rajin sangat pula nak menaip malam ni. Sempena Pilihan Raya Kampus (PRK) ini, terasa macam bersemangat pula saya promote orang. Semua calon saya promote without bias.


Kadang-kadang rasa macam nak cabut telinga letak kat dalam almari dulu sepanjang PRK ini. Berdesing telinga dengar soalan yang sama setiap masa. Saya yang bernama Nusrah Skema di facebook memang tersangat skema. (err..macam tak je). HEHE!


Saya ni bukan lah seorang yang sangat extreme with each of the candidates. Tapi sebagai seorang yang prihatin dan neutral, saya rasa senang hati untuk mendengar, menilai dan mempromosi setiap calon. Saya senang menjadi neutral supaya saya tak merasa prejudis dan berat sebelah. Tetapi tanggungjawab mengundi tetap saya akan tunaikan. Tetap akan mengundi salah dua orang daripada mereka. Undi adalah rahsia yea.


Nusrah Skema ni popular ke? Haha apa punya soalan lah. confirm orang yang baca ni mencebik dan cakap, ‘aku tak kenal ko pon’ HAHAHA! Mana-mana saya pergi kan, semua tanya saya, tak bertanding ke? Kenapa tak bertanding? Sampai saya rasa saya lebih popular dari calon-calon yang ada. (hahahaha perasan sekejap).


Teringat zaman saya diploma dulu, waktu tu ada PRK, kawan saya yang sorang ni tegur, “Tengku tak nak masuk election ke? Kami nak calonkan Tengku. Kami nak vote”. Hah! Tahu apa jawapan saya? Mula-mula tu gelak dulu tapi bila mereka serius, saya pun cakap, “kalau calonkan nama saya, sampai bila-bila saya taknak kawan ngan korang” ~kesian kan kawan saya tu. Sampai macam tu sekali ugut dia. hehe.


Waktu zaman jadi sub-com src tenure 2009/2010, ada juga yang tanya. Waktu tu SRC pun tak dissolve lagi. Memang saya sangat rajin buat kerja (perasan) tapi kalau tak caye boleh tanya bos saya dua orang tu. Haha! Tapi pada masa yang sama, saya suka memerhati dan meninjau cara mereka bekerja. Jujur, banyak benda saya belajar daripada mereka. Saya sangat puji mereka (bukan bodek yea). Mereka sangat boleh dijadikan contoh teladan.


Tadi, ada yang datang jumpa saya. Tahu sebab apa? Sebab nak minta pandangan mengenai election. Ada yang minta pandangan nak undi siapa walaupun saya ni tak sama kulliyyah dengan mereka. Saya memang bagi pandangan peribadi saya TANPA memburukkan calon yang ada. Saya bagi pandangan yang neutral. Bagi saya, saya tidak ada hak untuk memaksa sesiapa mengundi sesiapa sebab masing-masing sudah bijak untuk menilai sendiri termasuk saya. Saya tak suka orang pengaruhi saya dengan macam-macam tetapi saya lebih suka untuk duduk menilai secara rasional.


Siapa saya? Hehe sebenarnya saya ada dengar-dengar orang tertanya-tanya siapa Nusrah Skema kat facebook ni. Untung juga tak letak nama penuh. Heee.. saya cuma mahasiswa UIAM yang sangat prihatin dan sangat peka (yea ke?) Sesiapa yang TENGOK saya semuanya ingat saya ni seorang adik junior yang berumur 19 tahun. Sesiapa yang sering menDENGAR saya bercakap, semuanya ingat saya ni seorang kakak senior tahun ketiga/keempat. Hakikatnya, bukan dan bukan.


Saya ni memang jenis suka bagi nasihat kat orang. Sampai teringin nak jadi penceramah pun ada. Hehe. Eh jap, macam lari topic pulak. Takpe lah, blog saya, saya punya suka nak tulis apa. Heee..


Sambung tadi, pasal PRK. Kebanyakan yang dah menang tanpa bertanding tu adalah orang-orang yang saya kenal. Yang agak ‘kamceng’ pun ada. Haha. Tapi bagi saya, mereka memang terbaik lah. Memang selayaknya menjadi barisan SRC 2010/2011. Semoga mereka terus menjaga amanah yang telah diberikan (ayat skema jer)..


Apa lagi yea? Ha pasal berkempen. Sempena kempen PRK ni, memang terasa cam penat je. Penat dengar orang ketuk pintu bilik sebab nak promote kan. Haha kekadang tu sama-sama malas nak bukak pintu. Lebih-lebih lagi bila tengah khusyuk study (rajin ni tau). ;p tapi saya puji habis lah kesemua calon. Macam tak penat je diorang ni. Semoga usaha mereka berhasil hendaknya (lagi skali ayat skema).


Oh yea, kekadang saya rasa kat dahi saya ni macam ada cop “Pro-SRC” sebab orang selalu je tanya saya pasal SRC. Sah-sah lah ada cop kat dahi yang saya tak nampak ni. Hehe tapi saya tak kisah lah sangat. Mujur selalu tengok diorang wat kerja dan selalu amik tahu setiap aktiviti src (selalu ke? Haha). Tapi kekadang best juga tau jadi low-profile bila mana orang tak tahu pun saya ni ada link (subcom je pun) ngan src. Banyak (terlalu banyak) saya dengar komplen, kritikan dan macam-macam lah. Bagi saya sendiri, setiap kritikan tu sangat membina. Suka untuk saya kongsikan nasihat daripada penulis kegemaran saya yang berbunyi “kritikan adalah perkara yang sia-sia kerana apabila mengkritik, kita meletakkan orang itu dalam posisi defensif dan orang itu hanya akan mempertahankan dirinya. Kritikan hanya akan menjatuhkan maruah, membentuk perasaan benci dan melukai hati orang lain. Jadi, apa-apa pun kerja orang itu, jangan mengkritiknya selagi mana kerja orang itu halal” mungkin kita boleh renungkan sekejap.


Sebelum saya lebih jauh melalut, baik saya stop menulis. Esok saya ada kuiz. Perlu study sekarang. Sekadar saja-saja suka tulis ni. Semoga calon-calon terus berkempen dan berjuang. Jika menang itu baik, maka kemenangan itu jalan terbaik, namun jika kekalahan itu lebih baik, maka kalah lah baik. Ingat, menang tak beerti juara dan kalah tak bermakna gagal. Teruskan berjuang duhai mahasiswa!


Dan akhir sekali, kepada sahabat-sahabat, saya TIDAK bertanding. Sudah-sudah lah tanya soalan tu. Penat saya nak jawab. Saya masih nak jadi sub-com src (dah cop pun sape ketua saya) hahahaha. Jangan risau, tak rugi amik saya bekerja. Tak caye? Tanya my two bosses. Heeeee….sebab saya sebenarnya budak 1st year. Tak caye jugak? Tanya a&r tu. Haha apa kaitannya. Ok dah stop. Mahu study. Saya doakan calon-calon semua terus bersabar dan berjuang. All the best, sahabat! DOA ;-)



p/s: malas nak upload gambar. Esok lusa lah yea ^__^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...