إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label cinta hati. Show all posts
Showing posts with label cinta hati. Show all posts

Pilihan Allah untuk...kita


بسم الله الرحمن الرحيم





"bukan semua orang boleh meninggalkan orang yang dia sayang demi tanggungjawab yang di galas. Kerana tanggungjawab tu berat. Amanah tu boleh tarik diri ke neraka"

Perlahan-lahan kata-kata itu menyisip masuk ke dalam hati. Tersentuh. Terasa airmata mula bertakung.

Maaf, mungkin pada ketika tu saya gagal menyembunyikan riak kecewa walaupun saya berjaya sorokkan airmata daripada mengalir.

Bukan lah kerana saya kecewa. Bukan kerana sedih. Saya cuma rasa sayu. Sayu dan terharu. Pertama kali saya bertemu dengan seseorang yang terlalu jujur. Jujur pada kata-katanya, pada perbuatannya, serta pada amanahnya.

"Tuhan, daku jatuh lagi..."

Jatuh yang tidak menjatuhkan.

Kata dia, Tuhan mendatangkan kebaikan melalui ujian, terkadang melalui nikmat. Dan jika kita mengelak untuk satu perkara, boleh jadi Tuhan hadirkan perkara yang lain pula. Boleh jadi.

Dengan setiap sujud, ada doa.
Dengan setiap doa, ada harapan.

Semoga setiap keputusan dan pilihan kita, masih dalam redha-Nya, masih dalam rahmat-Nya. Masih.

"Kekadang pilihan kita banyak. Kekadang tidak. Namun, luruskan hati kepada-Nya. InshaAllah pilihan Dia untuk kita lebih tepat daripada pilihan kita untuk kita"


Allah, permudahkan lah ;''')












~ I drop du'as. Not bombs ~


Saya rasa dia baik. Dan yes, dia baik.


بسم الله الرحمن الرحيم



saya rasa dia baik
saya tengok dia baik
saya dengar dia baik
saya cakap dia baik

yes, dia baik. Dan tiba-tiba sahaja, dia termasuk dalam bicara saya dengan Dia. =)

pernah jumpa orang baik?

tentu pernah, kan.

pernah lihat orang baik?

tentu juga pernah.

kat mana-mana pun boleh jumpa orang baik. walau dalam masjid, dekat tempat belajar, tempat kerja, dalam kapal terbang, dalam tren, dalam bas, dalam shopping complex, semuanya possible untuk kita bertemu dengan orang-orang baik. Hatta, di dalam hutan sekalipun.

tak percaya?

senyum lebar.

-------------------------

ketika dahi rapat ke tanah,
menghadap Dia penuh pengharapan,
empat jasad gagah menyusun doa,
sedang satu hati tercuit dengan kebaikannya.

untuk insan-insan baik yang telah mengukir memori, jazakumullahu khair.
semoga syurga tempatnya untuk kalian.
dan untuk insan yang merentap jiwa dengan kata-kata hikmah, dengan nasihat penuh kesederhanaan, jazakallah. semoga kasih sayang Dia sentiasa bersama kamu.

Aameeeen. InshaAllah.



nota hati: Do you ever wish you had a second chance to meet someone again for the first time? :)











~ I drop du'as. Not bombs ~ 



Mereka yang di sayang Tuhan



بسم الله الرحمن الرحيم




Awan yang berjauhan, masih berlatar belakangkan langit yang sama.

Dalam.

Sangat dalam.

Tambah tolak, dalam perkiraan saya, sudah hampir 3 bulan. Tempoh yang kedengarannya cumalah sebentar tapi ianya agak lama sebenarnya. 3 bulan dalam tempoh probationary period. 3 bulan yang terkadang ketawa terburai, terkadang airmata laju menderas. Namun, 3 bulan ini jugalah penuh dengan cinta.

Mereka.
Menceriakan hari saya.
Menghiburkan hati saya.

Walau terkadang mencabar keimanan dan kesabaran di hati. Walau terkadang teruji keikhlasan di jiwa. Walau terkadang di beban kemarahan yang menggunung.

Tetapi jauh di sudut hati, saya terlalu menyayangi mereka. Terlalu sayang.

"I love all of you. I don't hate anyone of you" -this words. Setulus hati saya sampaikan pada mereka. Walau mungkin mereka tidak percaya.

Mereka telah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Mereka juga sudah menjadi tanggungjawab untuk saya, amanah buat diri ini.

"teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku..agar kami banyak bertasbih kepada-Mu" [20:31-33]

khas untuk mereka yang di sayang Tuhan, semoga jiwa kalian dilembutkan untuk menerima ilmu-Nya, semoga diterangkan hati dengan suluhan iman dan di kuatkan jiwa dengan akhlaq yang mulia.. Aameeeen :))


Allah, ampunkan diri ini T_____T














~ I drop du'as. Not bombs ~


26 Julai - 17 Ramadhan



بسم الله الرحمن الرحيم


dah lama teringin nak kek macam ni :)



Jumaat. Hujan. Ramadhan. Nuzul Quran. Hari lahir. Uiam.

"Ya Allah, yang sedang membaca SMS ini adalah saudaraku yang ikhlas, sempena ulangtahun kelahirannya, berkati dia ya Allah, limpahkan kesihatan dan rizqiMu padanya, bahagiakan dia, teguhkan imannya, beri kenikmatan ibadah..perkayakan dengan ilmu, hiasi hatinya dengan sabar dan kasih sayang, muliakan wajahnya dengan taqwa dan indahkan fizikalnya dengan afiat, mudahkan semua urusan, ampuni dosanya, Amiiiin...=)"

Selesai membaca, airmata bergenang. Terharu. Sebak. Untuk pengirim, jzkk. Entah kenapa your du'as always touched my heart. Terserap masuk dalam hati.

"nak sekarang ke lepas saya balik dari Turkey? hehe" 

Terima kasih atas ingatan. Du'as yang sentiasa kamu kirim itu sebenarnya lebih dari cukup berbanding apa yang ada kat atas dunia ni. Terima kasih kerana tetap ingat walau ke benua mana sekalipun. Terharu.

Hari lahir, ada istimewanya.
Namun terkadang, akan ada sesuatu yang pernah menjadi istimewa dan tidak lagi istimewa kerana perubahan masa. Tapi di setiap ketika, tersenyum lah dengan segala nikmat yang Allah beri.

Senyum bahagia



nota hati: sengaja saya privatekan tarikh lahir di fb. nak tengok sape ingat, sape lupa :)

nota hati 2: ada seseorang dah tak jalankan rutin dia wish birthday saya setiap tahun. senyum saja. 

nota hati 3: saya bahagia dengan apa yang Allah hadiakan pada saya.











~ I drop du'as. Not bombs ~




hujan, lantunkan bicara pada Dia




بسم الله الرحمن الرحيم


hujan turun. damai.

hujan ini mungkin yang terakhir kali yang akan saya rasa nikmatnya di bumi UIAM. Pada dua tiga ketika, saya rasa syukur kerana selama saya berada di bumi uiam ini, Allah pernah hadiahkan saya hujan yang comel. Walau bukan untuk jangka masa yang lama, tapi itu adalah salah satu yang beri dorongan untuk saya berjuang tanpa jemu. Tanpa kenal erti mengalah.

hujan. sayu.

dua tiga saat, pejam mata. lantunkan bicara pada Dia. dengan setiap titis-titis hujan, panjatkan doa. Doa sepenuh hati, sekuat jiwa. Jangan jemu walau kita mungkin sudah berkali-kali memohon perkara yang satu itu. dan saya, sedang tanya pada hati, apa yang saya mahu. Dan saya, sedang tanya pada jiwa, sampai bila harus begini. dan saya, sedang tanya pada nyawa, sampai bila akan terus berdegup.

dan saya tahu, saya tiada jawapannya. kerana semuanya ada pada Dia, cinta hati saya.

setiap kali hujan turun, saya rasa rahmat Allah semakin melimpah ruah. Saya rasa seperti hujan membelai-belai jiwa yang sepi, yang menangis, merintih.

dan hujan selalu membuat saya tersenyum bahagia pada ketika hati saya menangis sayu.

hujan.

terlalu indah.

sehingga saya kelu bicara.









~ I drop du'as. Not bombs ~


She is getting married


always with the same person ;''')


"Faizah, esok kita nak gi cari baju nikah.."

"untunglah..kita pakai baju nikah kakak kita je.."

"kita kena gi cari baju nikah kakak kita la dulu ni, baru boleh pinjam nanti.."

"Oh..haha"

My sister is getting married. The moment she told me this good news, I was like really surprised, excited but a bit sad. Hurm..what to do~

Before sleep, my dad text me. He gave the date of solemnization, reception and majlis bertandang. Then, I fall asleep right after reading a simple sms.

When I woke up, again, there's a text message from my dad. He sent it again to my maxis number. Oh daddy, are you trying to tell me that you're upset or excited? Ehehee

She is getting married. The one I loved is getting married! Soon, after my graduation. Before my convocation. Ahaa, this is a sign that I'm getting old and old and old and olderrrr! Never mind~ :)

Membesar bersama, bermain bersama, share cerita bersama. Dan akhirnya, dia akan mendirikan rumah tangga. Rasa macam tak percaya dan sedih. Sebab tak banyak masa saya dapat spent dengan dia. Mungkin sebab saya selalu merantau. Since the age of 15, I were far away from them. And when the moment comes, (the moment that I will finish my study) and sit back with my family, she's no longer with us. Badly sad! ;''')

I wish the man that she would marry with, will love her and take care of her no matter what. So much so, I really hope this man could guide her and bring her to jannah. ;''') Aameeeen.

And you, my dear sister... I love you! Love you so much! May Allah bless you with your upcoming marriage. Heheee. I will always be your good sister. Promise! :))

Oh, one more thing, don't forget to pray for me. Make du'a for me to be a good muslimah. To get the best spouse one fine day, and will died in the cause of Allah. Will you? ;''')

After all, if she is getting married, next is my turn.

Pray for the best. May Allah ease. :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Hingga Hujung Nyawa

ada cinta
ada sayang
ada kasih
ada rindu
.
mungkin
tiada terzahir
.
ini sahabat
ini kekasih
ini teman
ini jiwa
ini hati
ini diri
ini pendamping
.
selamanya
hingga hujung nyawa
sampai syurga
.
inshaAllah
^__^












~ I drop du'as. Not bombs ~


Hati baru. Peringatan Tuhan

mungkin akan ada yang bertanya,
apa jadi pada tangan kiri itu.
senyum, diam.
jangan cakap apa-apa.
Doktor dah rawat dengan baik.
Alhamdulillah :)



Dari Wabishah bin Ma'bad, ia berkata: "Aku telah datang kepada Rasulullah, lalu beliau bersabda: "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab, "Benar." Beliau bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan menenangkan hati; dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya.
 (HR Ahmad dan Darimi, hadith hasan) 


Hari yang baru, hati yang baru! 

-kerana hati kita Allah yang pegang. Allah minta betulkan niat. Dah banyak sangat keluar track. Dapat penampar sikit, memang sakit. Tapi itu salah satu cara nak ajar hati supaya sedar. Sedar dengan niat yang sepatutnya berlandaskan Dia, bukan manusia.

-kerana hati ini Allah yang jaga. Semahunya nak sujud tak bangun-bangun. Dengan kasih sayang Allah yang begini, hari-hari kena tampar dengan ujian pun bagus juga.

Hari yang baru, hati yang baru!

-kerana hati ini Allah yang ubatkan. Yang ditempuh mungkin seperti mimpi namun, terasa indah bila Allah berjalan bersama kita.

Saya mohon pada Allah hati yang baru.
Yang lebih mencintai-Nya
Yang lebih menginginkan-Nya
Yang selalu merindui-Nya

Alhamdulillah, Dia beri. Hati yang baru. Hati yang sungguh heartless pada yang bergelar dia.
Terima kasih, Allah. :)

Selamat menjaga hati baru. Semoga segalanya, hanya untuk Dia.

-Allah, cinta hatiku-







~ I drop du'as. Not bombs ~






Sesederhana Hujan



cinta aku sesederhana hujan 
turun lewat gerimis halus 
di mulanya diam-diam 
senyap-senyap 
tak terkhabar 

cinta aku sesederhana hujan 
jatuhnya berani, ramai-ramai 
muafakat hasil irama 
denting kocaknya 
mengindah pandang 

 cinta aku sesederhana hujan 
tak tertuang semua dari langit 
dihulurnya satu-satu, perlahan-lahan 
tiada tamak, tiada kalut, tiada riuh 

 cinta aku sesederhana hujan
 ke bumi datang dari Tuhan 
jauh ingin merosakkan niatnya 
hanya menyuburkan 

 aku mahu sederhana 
dalam mencinta Allah, 
Kau sebaik-baik 
pemberi kurnia


-u.s-









~ I drop du'as. Not bombs ~


Untuk 3 tahun

:)


Pernah tak terfikir? Kalau kita daki gunung, part mana yang paling susah? Masa mula-mula nak naik, waktu kat tengah-tengah pendakian ataupun di penghujung nya? 

Bagi saya, yang paling susah adalah bila kita hampir sampai ke puncaknya. Sebab bila kita dah nak sampai ke puncak, kita perlu kemaskan pegangan kita supaya tak jatuh ke bawah. Kita perlu kukuhkan langkahan kita supaya tak tersadung rebah ke bawah. Kita perlu besedia untuk menghadapi cabaran kat puncak sana pula. Sebab kita mungkin dapat puncak yang best dan menarik, kita juga mungkin bakal bertemu harimau dan serigala. Segalanya mungkin. Sebab tu bagi saya, yang paling susah adalah ketika kita hampir sampai dipuncaknya.

Itu adalah analogi sebuah kehidupan. Analogi ketika saya terasa berat untuk meneruskan langkahan pada semester akhir di bumi UIAM ni. Baru sebulan dua tapi airmata yang mencurah-curah dah macam sungai. Saya tahu Allah ada bersama saya. Ketika ujian menyapa hidup, saya tahu Allah sedang mengajar saya untuk jadi tabah, jadi kuat. Saya tahu. 

Kenapa saya nak cepat sangat habis belajar? Kenapa nak buat 3 tahun? Kenapa bersusah payah ambil subjek banyak-banyak? Kenapa korbankan masa sendiri? Kenapa dan kenapa? Semua orang bertanya pada saya. 

Saya pada asalnya tak mahu cerita kalau boleh. Tak mahu cakap pun kenapa sebabnya kalau boleh. Tapi, kerana benda ni jugak lah airmata saya jatuh entah berapa banyak. Nak bertahan setiap semester memang susah dan payah. Dan saya juga tak sangka saya goyah jua pada semester akhir hingga buat saya rasa macam nak lari jauh-jauh. Rasa macam taknak tengok semua orang. 

Berbulan saya kalah pada perasaan sendiri. Saya kalah pada hati saya. 

Masa tu, saya tak tahu macam mana nak pujuk diri, pujuk hati, pujuk jiwa. Yang saya tahu, saya kecewa. Sampai satu saat, saya rasa macam lemas dalam laut yang dalam. Saya rasa macam tak tahu macam mana nak bernafas. Saya tak tahu macam mana nak kuat. Saya tak tahu macam mana nak senyum. Dan akhirnya, saya memang kalah. Saya terduduk dan menangis. 

Saya menyesal.
Kerana bazirkan masa selama 3 tahun untuk tujuan yang sememangnya melukakan hati pada akhirnya.

Dan akhirnya saya bangun semula. Kenapa?

Kerana Allah ada bersama. Dalam setiap langkahan, Allah tidak pernah tinggalkan saya. Walaupun apa yang saya mahu sudah tiada di pandangan, tetapi saya teruskan jua langkah kaki. Kerana saya tidak mahu berputus asa. Saya mahu jadi tabah. Saya tahu itu susah tapi saya nak belajar untuk tabah.


saya bukan jurutera
saya bukan arkitek
saya bukan guru
saya bukan peguam
saya juga bukan doktor
jadi, saya tahu saya memang tidak mampu
terimakasih kerana beri saya peluang
untuk cermin diri sendiri


Akhir kata, terima kasih untuk kenangan selama 3 tahun ini.
Terima kasih untuk tunjuk ajar selama 3 tahun ini.
Terima kasih untuk rasa bahagia selama 3 tahun ini.
Terima kasih untuk perkenalan sejak semester pertama saya di sini.
Terima kasih untuk perhatian yang menggunung.
Terima kasih untuk bantuan yang tiada terhingga.
Terima kasih untuk harapan yang tidak kesampaian.

dan saya mohon maaf kerana mencampakkan rasa pada tempat yang salah

Semoga Allah sentiasa beri bahagia :)








~ I drop du'as. Not bombs ~


Wahai jiwa-jiwa yang luka

Perempuan itu tidak peduli,
untuk berlari membawa hati,
di atas mawar wangi,
yang masih berduri


Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
dan seterusnya...

Terus mendaki...
sedikit sahaja lagi akan sampai  di puncak usaha..

Mulanya susah..
mulanya payah...
jatuh dari langit, patah sayapnya..
ambil masa, rawat.
sudah pulih, bangkit lah..
perlahan-lahan mendaki..
nanti sampai di puncaknya, sayap yang patah itu akan mampu terbang semula..

cantik sungguh hikmah yang Allah susun..
cuma terkadang iman sungguh goyah untuk meyakininya..

Wahai jiwa-jiwa yang luka,
tersnyumlah..
kerana di sebalik derap langkahmu, Allah ada bersama..

Anda kamu tenggelam di laut dalam,
Allah masih bersama dan tidak akan pernah tinggalkan dirimu.
Percayalah.

Wahai hati-hati yang duka,
tersenyumlah..
kerana di sebalik tabir hidupmu, terselit beribu hikmah dari-Nya..

Tabah, okay? :)







~ I drop du'as. Not bombs ~


Saya beri yang saya sayang



Matahari terbit di pagi hari.
Indah.
Walaupun keseorangan.
Sedih jangan sekali.
Sebab tiba suatu saat nanti, kita memang akan bersendirian.

Hati luka. Sungguh-sungguh. Saya tak tipu.
Tambah perit bila kena tahan luka. Menangis sorang-sorang. Dalam gelap. Sebab saya tahu orang takkan tahu. Tertidur jua dengan airmata berlinangan. Mahu sahaja saya usap-usap hati saya supaya terubat. Tapi apakan daya, saya tidak mampu. Luka itu memang perit. Pernah rasa?

Cerita lain, ada seorang kawan saya, dia bercerita tentang kehilangannya terhadap satu barang kesayangannya. Berhari-hari dia sedih. Saya juga punya benda yang sama. Saya juga sayang benda tu sangat-sangat. Dalam-dalam. Tapi saya sedih tengok dia sedih. Jadi, saya decide nak hadiahkan dia benda yang saya punya. Sebagai ganti untuk dia. Untuk saya pula? Tidak mengapa. Saya tahu pujuk hati saya. Suatu masa nanti Allah akan ganti semula. Sebab bagi saya, senyuman seorang sahabat tu lebih bernilai dari diri saya.

"Kalau nak berikan sesuatu pada orang lain,berikan benda atau barang yang paling kita sayang dan suka. Macam mana awak gembira menerima barang tersebut, seperti itulah orang lain bahagia menerima pemberian awak tu."

"Paling terbaik kalau dapat sedeqah harta yang paling kita suka pada orang lain.Tetapi, dalam kehidupan sebenar, siapa yang mampu buat kerja seperti ni seikhlas hati?Saya tanya kamu sambil pandang lekat-lekat pada anak mata kamu yang cantik coklat."

"Kamu sanggup serahkan sesuatu yang paling kamu sayang pada orang lain atas dasar di atas? Sedikitpun kamu jangan membangkit apatah lagi mengungkit. Bila sudah bertukar milik, kamu hanya boleh pandang daripada jauh. Kamu tak boleh minta balik. Sayang macam manapun. Rindu macam mana pun. Kamu kena redha. Sebab sekali kamu dah serahkan.Dua kali saya ingatkan, kamu jangan minta pulang."

"Memberikan yang terbaik kepada manusia sekeliling seperti kita dapat lihat papan tanda di dahi mereka yang tertera perkataan 'Saya penting dan istimewa."

"Personaliti kamu personaliti hebat kalau kamu boleh relakan melepaskan sesuatu yang menjadi hak milik kamu dan kamu sayang hak milik kamu itu bersungguh hati. Tapi, bila terdapat situasi ada insan lain yang lebih memerlukan kesayangan kamu, kamu berikan seikhlas hati. Kamu mungkin menangis. Kamu mungkin sedih. Tapi, diam-diam kamu pujuk hati nanti-nanti Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau bukan di sini. Di sana. Tempat yang tak terbayang dengan perkataan."

Yang di atas itu adalah beberapa quote yang menyentuh hati saya. Yang buat saya berfikir panjang. Yang jadikan saya menoleh berkali-kali pada barang-barang saya yang saya berjuta-juta sayang.

Senyum.
Berkali-kali.
Bergaris-garis.

Tapi biarlah seikhlas hati.

Doakan saya tabah. :)



si baju hijau.
setakat ini, ini yang paling saya sayang.
mungkin.
:)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Hujan Comel

hujan.
hujan comel di uia.
sempat saya snap seketika.
:)
saya suke.
bagaimana harus saya khabarkan pada dunia?




Hujan. Comel.
Bunyi hujan. Bahagia.
Titis hujan. Indah.


-ceriteralamasibajumerah-









~ I drop du'as. Not bombs ~

Si Baju Merah

-si baju merah-


Hujan sedang turun.
Bahagia.

Titis hujan sangat cantik jika kita amatinya.
Titis hujan sangat indah tika dunia meninggalkan kelamnya.

si baju merah datang khabarkan pesan.
si baju merah manis tersenyum menyapa.
si baju merah tegas menutur kata.
si baju merah diam memanjat doa.

sekilas si baju merah tersenyum bahagia, selamanya si baju merah terpana.

Bahagia tidak datang dengan bergolek.
Bahagia juga tidak datang dengan tangisan hiba.
Bahagia itu datang ketika Allah jadi kekuatan hati.


-simpan buat yang halal- :)




"If let say somebody propose you, paling lambat pun sem depan last sem, try la fikir habis-habis. Dah kerja, susah dah nak cari calon"
-pesan si baju merah pada sebulan yang lalu-
-what do you expect? :)-
-so, saya kena tunggu yang paling lambat la kan?hehe-
-si baju merah tak rasa rugi ke bagi nasihat pasal jodoh dekat Nusrah?-



nota hati: si baju merah selalu ada ketika hujan yang comel ;))







~ I drop du'as. Not bombs ~

Take care :)))





Dear you, take care :))






~ I drop du'as. Not bombs ~

Rahsia Hati Nur



Angin... temanilah bintang
Langit... setialah pada bulan
Awan... bersamalah matahari

Kerana ciptaan-Nya terlalu indah. 
Tiada kata dapat mengukir rasa..
Tiada baris dapat membentuk cerita..

Hati... tika engkau berduka, Allah beri pelangi...
Hati... tika engkau bahagia, Allah hadirkan hujan...
Tahukah mengapa?
Kerana Allah begitu sayang padamu..

Yang memberi makna pada sang mentari bukan siapa orangnya tetapi apa maknanya..
Yang memberi makna pada sang mentari bukan berapa banyaknya tetapi di mana letaknya..

Tercoret sebuah cerita hati..
Terlukis sebuah kisah hati..
Tertulis sebuah nota hati..
Terbayang sebuah cinta hati..

Biarkan ianya terus menjadi rahsia hati <3 p="p">


-22 Ogos 2012.
-4 Syawal 1433H.
-12.58 midnite.

[tersimpan kemas dalam draft hp]









~ I drop du'as. Not bombs ~

Rahsia Hati



27 Ramadhan.
16 Ogos.

Ia menjengah lagi. Ia genap setahun. Ia bukan kebetulan tapi ini adalah takdir dan ketentuan-Nya. Baik kan Allah. Dia bagi macam-macam untuk menggembirakan kita tapi adakah kita sentiasa bersyukur? Baiknya Allah. Sangat baik.

Lappy sakit tiada sihatnya.

Lappy saya masih sakit. Saya dah hantar ke hospital tapi cuma sebagai pesakit luar sebab saya belum sedia untuk bagi kebenaran dia masuk operation room. Apatah lagi nak buat pemindahan organ. Sebab saya sayang lappy putih suci ini. Namun begitu, walaupun dia cuma sebagai pesakit luar, saya telah kehilangan segala macam benda juga dalam lappy ni sebab dah format semula. Sedih.

Cuma apa yang hilang adalah kenangan baru. Gambar-gambar baru semuanya hilang. Yang lama sahaja ada. Mujur juga yang lama ada. Kalau hilang juga? Mahu sedih 2-3 minggu. Huhu. InshaAllah saya dalam proses berfikir lagi samaada mahu beli yang baru atau buat pemindahan organ. Fikir-fikir.. Sebab saya cuma ada dua long sem sahaja lagi. Heh

Kuatnya muslimah itu

Ingat tak cerita saya pasal Grand Marriage. Ingat tak entri saya mengenai saya penat tapi ada perkara yang menjadikan saya kuat? Ingat tak? Itu sebuah cerita. kisah pahit manis duka lara saya ketika menjengah Ramadhan. Tersungkur jatuh, bangun sendiri. Nak harap orang tarik tangan kita? Boleh. Tapi kita kena pandai bangun sendiri. Kalau tak, memang susah lah jawabnya.

Kalau nak tahu, apa yang menguatkan saya adalah kisah sirah wanita Syurga. Setiap khamis, saya pergi talk Heroes 2- The Chosen Women. MashaAllah talk ni memang memberi kesan di hati yang amat sangat. Takde satu pun yang saya terlepas. Semuanya saya pergi. Best. Memang best. Saya belajar dari kisah Khadijah, Asiah, Fatimah dan Maryam serta Aisyah.

In fact, saya menangis setiap kali pergi talk tu. Syahdu. Sangat syahdu. Mungkin sebab talk tu hanya untuk sisters. Jadi, penyampaiannya sangat melekat di hati. Paling memberi kesan adalah kisah Asiah. Betapa hebatnya cabaran yang dia hadapi. Nak dibandingkan dengan saya? ;'''')


Cerita Rahsia Hati

"It is the moment when you like someone even you don't know who is he"

 Senyum.
Anggota wuduk dibasahkan.
Sejadah dibentangkan.
Kain putih kemas membalut aurat.
Bersih.
Suci.
Tenang.
Doa dalam rahsia.

Bila saya cerita ia bukan lagi rahsia. Bila saya cakap, ia bukan lagi rahsia. Tapi ia masih lagi rahsia ketika saya menulis ini. Ingat kisah matahari? Ingat kisah istikharah bila kita mula suka orang? Semoga kalian masih ingat. Hari ini 27 Ramadhan. Saya tidak lupa. Saya ingat. Allahu Allah ;'''')

Saya cari jawapan. Saya buntu. Saya keliru. Saya merintih. Saya berharap.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Halim Ya Hakim, tunjukkan saya jalan.


"besides GOD, i'm single but not available..=) 
i've my own plan, tp kita merancang..Dia pon merancang, dan Dia adalah sebaik2 perancang..;)"

-dia cakap ini.bukan pada saya.tapi Allah tunjuk pada saya-



sedih?
hampa?
kecewa?
menangis?

Ya. Saya tak boleh tipu.
Tapi kan saya ada Allah. Saya tak hilang apa pun. Saya ada Allah.

-----------------------------------------

Allah tahu.
Allah faham.
Allah nampak.

bertabah dan bersabar lah hati.
mungkin sebab tu beberapa hari ni Allah beri saya hujan dan sorokkan matahari.
sebab Allah nak bagi saya pelangi.


saya tabah.
saya sabar.
that's my promise.

----------------------------------------


Tutup cerita.
Tutup kalam  bicara.
Mungkin tidak difahami sedih hati ini.
Tapi saya tidak pernah rugi apa-apa.
Tahu sebab apa?
Kan Allah ada ;))


this is so true.
deeply in my heart.
T_____T





~ I drop du'as. Not bombs ~

Cinta 27 Ramadhan



Jauh merenung alam.

Gerimis hujan menitis ke bumi.

Bahagia. Senyuman terukir ketika kali melangkah di dalam gerimis. Indahnya petang itu. Masih saya tidak lupa. Masih tersimpan kemas dalam kotak ingatan. Dan ia telah berlalu.. momen itu telah pergi ketika ini. Saya masih lagi tersenyum. Bahagia hati masih sukar diungkapkan dengan kata-kata.


**********************

Ramadhan menyapa diri.

Terduduk sepi di rumah Ilahi.

Ya Allah, bagaimanakah Ramadhan kali ni? Adakah diri ini mampu melangkah sehingga ke akhir Ramadhan?

Hati sayu.
Terimbau kenangan setahun yang lalu. Oh pantasnya masa berlalu. Hati sebak. Saya masih ingat. Tidak lupa. Saya masih ingat keadaan diri saya setahun yang lalu. Hati saya menangis pada malam satu Ramadhan. Berjuta doa dipanjatkan dalam hati supaya tidak ditarik akan hidayah dari-Nya ini.

"akak kena tulis dalam blog macam mana akhirnya akak pakai tudung labuh. Saya percaya, ramai sangat kat luar sana nak berubah tapi tak tahu cara..saya yakin, kalau akak tulis, mesti sampai mesej tu.." -kata sahabat saya beberapa bulan yang lalu.

Ramadhan yang lalu amat bermakna. Perubahan dalam diri yang banyak. Saat itu baru saya faham apa ertinya "hidayah milik Allah". Sejak semalam sehingga hari ini, hati saya terlalu sebak. Mungkin kerana memikirkan sebulan Ramadhan yang saya bakal lalui ini. Adakah ia lebih baik dari semalam?

"akak ada sebulan saja lagi tau.." -sahabat saya.

Sebulan.

Pejam mata. Saya tidak mahu Ramadhan ini berlalu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu. Saya tidak mahu sebab bila Ramadhan sampai ke penghujung, sebulan saya itu sudah genap...


*******************************

Ya Allah,
permudahkan segalanya.
tabahkan hati kami semua.
kuatkan iman kami semua.
rahmati dan jagai kami selalu.

Ya Allah,
hamba-Mu ini rindu ;'''')







~ I drop du'as. Not bombs ~

Ketika Melihat Kaabah :)

nice.isn't it? ^^


Selamat Pagi, Malaysia! ^___^


"Lovely days don't come to you, you should walk to them. Now, let go of all your worries staying in your heart"

[baru nak tengok result.hee]

[ketika melihat kaabah, saya nampak ... ]

Awak rindu saya tak? =p



nota hati: I need some rest. Nanti saya tulis post panjang2 yea :)






















~ I drop du'as. Not bombs~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...