إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label psychology. Show all posts
Showing posts with label psychology. Show all posts

We did it! :)

malas nak rotate
haha,
lepas habes berlakon ni
:)



Alhamdulillah.

I did it!

Lega sungguh. Banyak-banyak lega. :)

Jam 4.30 pagi berjaya siapkan video untuk kelas petang nanti. Rasanya video ni kali ke-11 saved and edit. Syukur banyak-banyak ya Allah. :)

thanks to all my groupmates. We did it! =)

Semoga Allah permudahkan urusan kita pada petang nanti. Aameeeen.

Mudah-mudahan inshaAllah :)












~ I drop du'as. Not bombs ~


bertahan



tangan laju menepis titis jernih.
wahai diri, kenapa terlalu lembik.
sikit sahaja lagi.

kerja-kerja bertimbun.
kesemua 7 subjek perlu disiapkan minggu ni.
saya baru selesai dua.
maka hati berasa parah.

"Ya Allah sabarkan diri" 


Psychology ini macam Medic. Tapi ramai yang tak tahu. Jadi, kalau ambil 7 subjek tu memang teruk. Saya jealous tengok mereka-mereka yang boleh balik tiap-tiap minggu. Kos diorang belajar macam mana agaknya? Mesti tak ada experiment, tak ada report, tak ada discussion macam ni kan. Huu~

wahai diri, belajarlah bersyukur kerana kamu yang memilih jalan ini.

Mohon bertabah. jangan goyah.




ada kad kawen menjengah diri.kosong saja rasa hati.
apa tandanya itu?saya sudah berjaya.mungkin.
semoga berbahagia.sampai  syurga.









~ I drop du'as. Not bombs ~


Bila exam tiba



Bila musim exam
benda ni mesti terjadi.
menangis sambil baca buku.
depan buku tu menitik2 airmata sebab tekanan.
apatah lagi bila tak suka dengan subjek tu.
kalau dah taksuka, baca pun susah nak masuk.
lagi parah bila banyak lagi kena khatam.
mula susah hati
sampai rasa tertekan

Bertanya pada diri
ke mana hilangnya semangat lalu
ke mana perginya semangat lama

Malam tadi sukar saya mahu memahami apa yang di baca
Sukar juga untuk hadam nota-nota saya
Lebih sukar lagi nak fokus baik-baik dengan buku
Ambil hp
tulis msesej
hantar pada adik
lambat dapat jawapan.
hantar pada kembar
dia juga sedang mengalami rasa yang sama
akhirnya saya yang beri semangat pada dia buka dia yang beri semangat dekat saya
macam-macam kan

Baca buku
Kena rajin
Bagi faham
Semuanya

:(


saya buat ni untuk cik Sakinah yang disayangi
kerana dia juga hilang semangatnya
inshaAllah nanti ada la datang semangat untuk saya pula
:)














~ I drop du'as. Not bombs ~




Islam & Psychology


On my way.

To study Islam & Psychology for tomorrow morning.

And my last exam would be on the day after tomorrow.

I can see how time flies.

With sweet memories in here and there.

With he, she, you and them.

********************

Me.

In love.

with

......................................

********************


Lets study hard and smart and pretty =p

Islam & Psychology would not be easy

coz, this is one of the subject that I can't falling in love

So,

Lets study and fall in love with it.

You won't regret ^^









~ I drop du'as. Not bombs ~

Developmental Psychology


reverse psychology.
dengan saya selalu berhasil.
^^


Buku-buku ditutup.

Kertas-kertas nota disimpan.

Developmental Psychology selesai.

Berakhir pada petang 4 Jun 2012.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

**************************

Secebis kenangan lalu pendorong impian.

Saya kan, sejujurnya memang lah tak berapa gemar dengan subjek ini. Entah kenapa sejak awal, saya langsung tak tertarik dengan subjek ni. Walaupun pada mulanya saya pernah buat teori bahawa saya akan lulus dengan cemerlang subjek ni berbanding subjek Learning. Tahu sebab apa? Sebab kedua-dua subjek ni adalah sama dengan subjek masa saya belajar zaman Diploma dulu. Yang bezanya adalah tajuk dan contents nya lebih mendalam dan banyak.

Dulu subjek saya tu namanya Learning in Young Children dan lagi satu Child Development. Masa zaman diploma saya, child development ni adalah subjek yang paling digeruni oleh para pelajar. Malah, seniors semuanya cakap subjek ni susah. Jadi, saya cabar diri saya untuk skor subjek ni. Lagi orang kata susah sesuatu subjek tu, lagi la saya suka nak berusaha untuk skor. Dan dengan izin Allah, saya memang sangat cemerlang dalam subjek ni. Sejak midterm, kuiz, assignment, memang markah penuh je.

Untuk subjek Learning in Young Children pulak saya kurang minat. Memang lebih menarik dan best tapi tak tahu lah kenapa subjek tu kurang masuk dengan jiwa saya. Akhirnya, bila dapat result, memang dapat A- sahaja. Berbeza dengan zaman saya di UIA ni, saya lebih berminat dan tertarik dengan subjek Psychology of Learning berbanding Developmental Psychology. Apa yang saya rasa hairan, selalunya bila saya tak minat dengan mana-mana subjek, mesti saya dapat markah banyak dalam subjek tu. Termasuklah Developmental ni. Hehe

Dugaan belajar Develomental.

buku dan reward :)

 Tak tahulah kenapa. Semester ni, subjek Development paling banyak dugaanya masa saya study. Sejak midterm sampailah final exam. Dahsyat rasanya perasaan belajar subjek ni. Kalau masih ingat post saya pasal cerita coklat yang lepas, haa time tu saya study subjek Development lah. Subjek ni terlalu banyak benda nak kena baca. Memang sangat banyak. Tak dapat nak menafikan kebanyakkan silibus subjek ni. Huu~ Sampai lah saya paksa diri saya dengan reward untuk subjek ni.

Kalau habes study, saya dapat coklat. Saya beli coklat yang sama masa belajar time midterm dulu. Kononnya nak reward lepas habes cover beberapa chapter, tapi sebab saya tak puas hati dengan prestasi saya, so, saya tahan je dulu reward tu. Sampai la keesokan harinya. Sampai khatam semua chapter saya memang tak usik langsung coklat tu. Sebab saya tahu, saya baca without understanding and it's not good for me. Sampai lah siang sehari sebelum exam..

Tengahari tu, saya nak turun belikan makanan kat rumet saya (nak pujuk dia), tetiba sakit kepala menyerang. Terlalu sakit sampai terus terbaring kat katil. Nak amik hp, tapi ada atas meja belajar. Beberapa minit lepas tu, terus saya tak sedar apa-apa dah. Sampai lah lepas asar, saya terjaga. Bangun dan solat. Malamnya pula, kepala masih berdenyut-denyut. Sakit. Sangat. Saya paksa jugak diri tuk study sebab esoknya dah nak exam.

Malangnya, saya tak mampu duduk kat meja study. So, terbaring lesu di katil bersama buku-buku dan nota-nota. Dalam keadaan macam tu, saya dah tak mampu nak study cara biasa, so, terpaksa tukar cara baru. Mujur lah saya belajar banyak teknik belajar dalam subjek Learning tu. Dapat jugak saya praktik. Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak agak membantu, walaupun saya terpaksa belajar dalam keadaan berbaring. Dengan izin Allah, saya baru dapat faham subjek ni dengan baik. Baru saya dapat pecahkan point-point penting ke dalam notes. Dan sebanyak 12 chapters tu, saya dapat buat mind map dalam 4 muka surat sahaja. Syukur sangat pada Allah yang mempermudahkan urusan saya.

physical changes at all stages of dev ^^

social changes.
yang jadi 4pages sebab lagi dua tu untuk cognitive and personality.
it is soooo easy when we divided it into sub-cat :)


Malam tu juga, disebabkan kepala masih berdenyut, saya amik wuduk dan solat. Sujud dengan lebih lama supaya sakit kepala tu berkurang. Nikmat. Nikmat ketika sujud dalam keadaan kepala sakit, memang tak tergambar rasanya. Bangun dari sujud, usai solat, saya mampu nak sambung study dan akhirnya saya dapat reward diri saya dengan coklat tu. =) Dan oh yea, malam tu juga, saya terima hadiah special dari seseorang. Comel sangat. Eheh~ tapi tak snap picture la pulak. Hehe

Tiba hari exam

Tengahari tu perut berbunyi-bunyi. Memang silap saya tak makan dulu. Agak kuat juga perut berbunyi-bunyi. So, saya buat air je lah. Dah malas sangat nak turun beli makanan. Tiba-tiba selesai solat zohor, tengah kemas alatulis, saya baru perasan yang matric card saya tak de. Ya Rabb, cemasnya saya time tu memang tak tergambar. Saya dah panik yang amat. Macam mana lah nak jawab soalan exam dengan keadaan takde matric card. Time tu risau pula takut termasuk dalam kotak buku yang ayah saya dah ambil.

Cari punya cari, akhirnya saya jumpa juga matric card tu kat dalam pocket jacket. Baru teringat, saya pakai jaket tu masa pergi office Mahallah beberapa hari lepas. Huu~ memang terasa cemas betul. Pergi exam, masuk hall, duduk, tengok kertas soalan. Senyum. Tengok lagi sekali, cuak. Dalam hati, "ok, soalan nya memang agak susah" -walaupun ada yang kebanyakannya di dalam jangkaan saya. Kalau sesape tak baca, memang confirm lah tak dapat jawab.

Dan sampai lah habes masa menjawab, saya masih beriak tenang. Nak kata yakin 100% memang tak. Tapi saya tahu saya dah letakkan usaha di tahap yang maksimum. Saya dah curahkan segala yang saya belajar, segala yang saya tahu, segala yang saya usahakan pada kertas jawapan tersebut. Selebihnya, berserah kepada Allah. Doakan semoga lecturer saya lembut hati masa tanda kertas jawapan saya dan kawan-kawan yang lain. Doakan.

Apa yang saya belajar.

Daripada pengalaman saya sepanjang study Development tu, saya sedar dengan beberapa perkara. Iaitu;


"lapang sebelum sibuk"
"sihat sebelum sakit"


Sangat amat penting untuk kita menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Jangan cuba delay atau bertangguh dalam study atau apa-apa pun. Masa free yang banyak tu, silalah penuhi dengan perkara yang bermanfaat. Dan ketika kepala saya sakit tu, saya teringat akan masa saya sihat. Masa kepala sakit tu lah saya sedar akan pentingnya kita hargai masa sihat kita. Lakukan segala perkara ketika tubuh badan sihat sebab bila dah sakit, susah kita nak buat benda lain. Tu belum Allah tarik nikmat kaki, tangan, atau yang lebih teruk or severe. Kan?

Cuma, nasihat saya, andainya kalian diuji seperti itu atau lebih dari itu, jangan sesekali berputus asa. Jangan mencipta alasan. Sakit kepala macam mana pun, usahakan lah sehabis daya. Yakin dengan yang di atas sana. Dia akan bantu kita, inshaAllah. Sebab tu penting untuk kita ingat Allah dalam setiap keadaan. tak kira susah atau senang. Kena ingat Dia selalu. Dan jangan lupa usaha. USAHA.

Sekian.

Hari semalam berakhir dengan baik. Dengan kad undangan perkahwinan yang sangat menarik. Malamnya, saya terus sambung study subjek Arab yang telah pun saya selesai jawab pagi tadi. Nanti saya cerita kisah Arab ni pulak yea ^^

Saya masih ada dua subjek lagi untuk ditempuhi. Semoga dipermudahkan :)


nampak?
Jemputan.
dari Tengku Masyitah.
yang bakal bernikah dengan Hilal Asyraf :)
~to be continued~



nota hati: Family datang 'beramai' hari tu. Meninggalkan kisah indah dan semangat kepada saya. Mama cakap anak dia dah makin kurus. Errkk =,="











~ I drop du'as. Not bombs ~

Social vs Developmental



Saya.

Rindu.

Dengan.

Social Psychology.

:'''')

Penat.

Baca.

Developmental Psychology.

Asyik mengantuk sahaja.

Developmental, tolong behave boleh tak?









~ I drop du'as. Not bombs ~

Psychometric dan sekalung doa


sepintas lalu.
beberapa jam sebelum exam.

"tak pernah tengok Nusrah nangis. Kalau nangis ni, mesti betul-betul teruk keadaannya"

Psychometric done.
Susah.
Geleng kepala.

Saya tahu. Memang exam susah. Lebih-lebih lagi final  exam. Tapi tak pernah pula saya rasa sesusah ini exam nya. Bermula dengan LB Stat, memang saya menitis airmata jugak sebab soalan tu seriously susah. Para senior yang dah amek subjek tu pun cakap susah dan kata diorang, "kalau aku jawab ni pon konfem failed." Hurm..memang sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan saya jugak lah time tu. Tapi saya pasrah.

Beberapa jam sebelum exam Psychometric saya sudah nervous. Berdebar semacam sahaja. Ini memang subjek senior. Malah, saya adalah paling junior dalam kelas tu. Seat saya adalah paling belakang. Paling last (ikut num matric). Saya berusaha hadam dan jawab soalan. Yea, saya akui memang saya sedar soalan itu killer tapi saya masih berusaha sampai ke saat terakhir. Lepas hantar kertas jawapan, saya tertunduk lesu. Susah. Sangat susah. Pertama kali saya keluar dari tempat exam dengan perasaan yang berkecamuk. Keluar sahaja dari situ, kawan-kawan berkerumun;

"Nusrah jawab apa soalan number dua tu?"

"Nusrah buat method yang mana?"

"Nusrah, soalan kedua tu dia nak apa?"

"Nusrah, soalan kedua tu cemana?"

"Nusrah..bla bla bla...."

"Nusrah, .....bla....bla....bla....."

Gayanya macam saya tahu semua jawapan pula. huu~ Tidak dapat dinafikan memang soalan number dua tu la yang membunuh keyakinan saya. Yang buat saya down macam apa entah. Saya memang tahu jawapannya cuma saya tak tahu nak buat macam mana sebab Sir tak de ajar pun. Memang ada dalam buku tapi jalan pengiraannya memang takde langsung. Ah, saya stress!

"Sir, saya mintak maaf. Saya tahu saya mengecewakan sir sepertimana saya kecewa tengok soalan tu tapi saya saya dah cuba sedaya upaya.."

Balik exam, muka saya penuh dengan tekanan. Kepala sangat berkecamuk. Sampai bilik, saya terperasan bahawa saya tersilap formula. Soalan number satu yang sangat saya berharap dapat markah kat situ. Oh, sadisnya rasa. Saya hanya tersilap bahagi dulu baru tolak. Sepatutnya tolak dulu baru bahagi. Tiba-tiba sahaja saya menangis. Menangis kerana tertekan. Menangis kerana careless, menangis kerana soalan yang susah, menangis kerana exam yang sungguh mendera jiwa saya petang tadi. Allahu Allah~

sepintas lalu.
formula psychomet.
hadam tapi careless.
Allahu Allah ;'')


Tunduk.
Pasrah.
Saya tahu, mereka tidak faham apa yang saya rasa.
Cuma kadangkala saya memerlukan seseorang untuk melegakan hati saya.
Yang menarik tangan saya ketika saya terjatuh
Yang mengingatkan saya tentang kuasa Allah ketika saya terlupa
Yang menasihatkan saya ketika saya gelisah
Yang tidak jemu menaikkan semangat saya ketika lelah

Dan saat itu juga saya sedar, yang bersama untuk ketawa riang sangat ramai. Yang berjanji akan bersama susah senang sangat ramai. Yang berkata yang indah-indah sangat ramai tetapi bila saatnya terjadi, ia tidak seperti itu.

But thanks to my roommates dengan kata-kata semangat. Thanks to Ruhiyah sebab she is the only one who understands my conditions and keep on reminding me about HIM. Luckily I have her. Alhamdulillah ;))

Sampai satu saat saya sedar bahawa hanya budak Psychology faham budak Psychology.
Sama seperti hanya perempuan faham perempuan.

Saya kan dah usaha.Allah tengok pada usaha, bukan hasil. Saya mungkin terlupa tentang ini. Semua tu sistem. Saya masih punya senjata. Iaitu doa. Sedangkan sir belum marking pun lagi paper tu. Saya masih boleh berusaha berdoa tawakkal pada Allah. Semua itu sistem sahaja.

Nusrah, jangan putus asa. 

Kepada pembaca blog, yang membaca ataupun terbaca, saya minta kalian semua doakan saya dan classmates yang lain lulus untuk subjek ni. Takdapat A takpe, asalkan lulus. Kalau dapat A, kira Alhamdulilla, syukur. Boleh kan doakan saya. Doakan saya tenang dan lulus dengan baik untuk semua subjek pada semester ni. Doakan saya dalam sujud kalian. Ketika usai solat, ketika berbuka puasa, ketika hujan dan pada setiap keadaan bila mana kalian rasa mahu berdoa untuk saya.

Terima kasih dari saya buat kalian. Semoga Allah redha ;))



nota hati: Drop comments here kalau sudi. At least beri kata-kata semangat buat saya walaupun sebagai anonymous. Kalau tak mahu, drop your du'a :)





~ I drop d'ua. Not bombs ~

LB Statistic exam :)

jam 12noon.
ketika otw ke HS.
final revision with my friends before the exam.

Alhamdulillah.
I'm done!
with my first paper.

ehem..kamu memang degil kan? saya kan dah pesan jangan wish all the best. heee

Hujan turun.
Renyai-renyai.
Agak lebat.
Tapi tak berguruh kilat petir apa semua tu.
Masa midterm subjek ni pun hujan juga.
Saya ingat lagi. Masa tu saya terima sms,

"All the best. My du'a dan hujan mengiringi akak menjawab exam =) "

ketika hujan turun.
me? berada di koridor.
sebelum masuk Lab untuk exam.

Senyum.
Berjalan dalam hujan yang indah.
Dan masa final subjek ni, hari hujan juga.
Kata kawan saya,


" Hujan suka dekat Nusrah. Ada istimewanya hujan dengan exam yang ni. "



saat-saat exam nak bermula.
"you can on your PC now but the exam will start at 3" -sir

Cuma siapa sangka, subjek ni punya exam sangat susah.
Terlalu susah.
Sampai di bilik, air mata menitis.
Pertama kali saya menangis sebab soalan exam yang susah.

" Sir, Nusrah nak lulus " - Hati berkata-kata ketika menghantar kertas jawapan.
" Semoga Allah lembutkan hati sir.. " - Hati yang penuh pengharapan.

Malam ini saya ada interview Stabaz. Nak pergi ke taknak? Entahlah =.="
Esok ada study group dengan Lala. Untuk subject Psychometric.
Nervous pula nak exam ni.
Dan saya tulis blog ni sebab nak hilangkan rasa sedih saya dengan subjek tadi.

" Oh kesedihan, pergilah jauh-jauh. Saya sudah cuba yang terbaik. "


Doakan saya.
Doakan dia.
Doakan mereka.
Doakan kami.

Saya, dia, mereka. Kami semua ada exam Psychometric.






~ I drop du'a. Not bombs ~

Cognitive Psychology 3


Selesai.

Lega.

Penat? Tidak.

Saya mahu senyum.

10 January 2012.

Akhirnya tiba jua tarikh yang saya nantikan. Penat tunggu gap exam yang panjang. Penat. Amat lah. Alhamdulillah gap yang panjang ni memberi masa yang sangat banyak untuk saya study the most toughest subject. Rasa macam ni first time study awal-awal. Awal seminggu pulak tu. Sampai malam sebelum exam, saya dah tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak baca apa.

Resah gelisah. Walaupun semua dah hadam, semua dah faham tapi saya masih resah gelisah. Risau takut tak dapat jawab exam. Sebab madam dah pesan, ni soalan critical thinking. So, sebanyak mana say abaca dan mengulang pun, kalau saya tak berfikiran kritikal, memang tak dapat jawab lah kan.

Pagi lepas subuh, masih lagi rasa resah. Nak tak nak saya paksa diri juga untuk revise lagi subjek ni. Lepas tu cakap telefon ngan ayah sekejap. Around 7:45 pagi dah habes revise. Tak lama lepas tu terlelap di meja. Haish~~ memang susah bila study awal minit ni. Rasa macam dah takleh nak baca dah.

Sampai la waktu tengahari. Paksa diri jugak berteleku si meja belajar. Tak tengok takut. Tengok pun takut. Haiyaaa~~ apa lah nak jadi. Makan? Memang tak. Errr..memang habit saya. Tak pernah makan time exam. Kebiasaannya habis je exam, memang laju je balik. Sebab apa? Semata-mata nak isi perut. Lapar. :(

Exam pukul 3petang. Jam 2:35 saya bergerak dari Mahallah. Tengah jalan nak ke Foyer 1 CAC, saya nampak dia. Dia. Yea, dia. Dia itu sahabat saya. Pendorong impian. Penguat semangat tuuu ;p Saya nampak dia tapi saya buat-buat tak nampak sebab jauh dan saya rasa macam berserabut sebab time tu rasa macam memory loss. Rasa macam lupa apa yang saya baca.

Sampai je depan Foyer 1, terus sahaja masuk. Malas nak fikir panjang dah. Ambil seat dan tenangkan diri.

“with Bismillahirrahmanirrahim, you may start now”

Bukak soalan. Senyum.

Ada soalan yang saya duga. Namun ada satu soalan yang langsung tak expect. Hee takpe, berusaha selagi termampu dan selebihnya berserah pada yang di atas sana. Selesai jawab exam, terus meluru balik. Nak solat dan lapar. Sangat lapar. =)

Syukur sangat Cognitive Psychology (PSYC 3030) sudah berlalu pergi. Kena focus untuk subjek esok dan lusa pula. Esok Fiqh. Tak boleh main goreng-goreng bila jawab soalan. Bila salah hukum, confirm la salah terus. Jadi, berusaha hadam Fiqh untuk malam ni. Berusaha revise Fiqh untuk sebanyak mungkin. Maybe boleh curi-curi revise Research Method jugak kalau Fiqh dah habes. Heee.

Doakan saya untuk 3 subjek lagi yang menanti.

Doakan ketenangan buat saya, supaya saya tidak resah gelisah lagi.

Oh yea, saya dapat merasa hujan 2 hari yang lalu. Syukur sebab Allah masih izinkan saya merasa nikmat hujan.
Itu sahaja.

Semoga berjaya, semua! ;)

Cognitive Psychology 2


Senyum.

Apa khabar iman?

Bagaimana dengan study?

Alhamdulillah. Semua subjek berjaya khatam. Cuma tinggal satu lagi untuk 15hb. Agak-agak time tu kuat semangat ke saya nak study? Rumet terchenta dah balik pon. :( [sampai hati korang]

Cognitive Psychology.

Tahu tak? Saya jatuh hati lagi sekali. Rasanya ni kali ke3 atau ke4 saya jatuh hati ngan dia. Dia ni complicated sangat tapi mudah saja buat saya jatuh hati. Heee. Cognitive Psychology! <3 Best sangat subjek ni sebenarnya. Suka! Allah, saya suka subjek ni! Sesape yang nak mind map subjek ni, meh la amik dan copy. Saya halalkan nota-nota ni. Sunggu, saya suka subjek ni. Terima kasih Allah kerana permudahkan segala urusan dan memberi kefahaman yang baik dalam subjek ni. Bersyukur sangat. ;')

chapter 9. -knowledge :)



enjoy study! :)


p/s:: Kamu, teknik reverse psychology saya dah berjaya! ^__^


Ok. saya nak bercerita lagi. Banyak. Tapi masa sekarang saya dah allocate untuk revise subjek Research Method dan Fiqh. So, mungkin lewat malam nanti saya tules entri lain yea. InsyaAllah. :)



~ Alhamdulillah ~

Cognitive Psychology

sangat suka subjek ni..tapi...... :(

Macam biasa. Tak boleh fokus study bukak blog. Haish~~
Bila nak hujan agaknya yea? *thinking*

Saya tengah study Cognitive. Hadoi entah kenapa cepat benar hilang fokus bila study cognitive. Attention span memang tak lama. Dear Madam, macam mana ni? Saya suka subjek ni tapi susah benar saya nak hadam. Lambat benar nak selesai baca subjek ni. Madam.... ;')

Subjek ni seronok sebenarnya. Belajar berkaitan human mind. Best! Errr..tapi tak dapat dinafikan memang agak tough. Sebab belajar benda yang kita tak nampak. Belajar pasal brain & cognition, perception, attention, memory, encoding & retrieval, knowledge, imagery, language and thinking; problem solving, reasoning, decision making. Huuuu~

this chapter plg tough.pling byk nak hadam experiment.tengah poning ni~~~

Paling menyebabkan susah, banyak nak kena hadam experiments. Saya tengah pening part experiment. Kejap je fokus dan faham pastu terus lost semula. aiyaakkk~ Dah tahap teruk, capai hp, mesej my mum, cakap nak balik.haha. Sirius saya hantar mesej cemtu. tapi..tapi......tapi....... kena balik 15hb okay! after exam officially END! :(

Okay lah. Demi ibu ayah yang tercenta, saya janji akan usaha belajar Cognitive sampai berjaya. Saya janji akan usaha. Saya janji. Kalau saya tak berusaha, saya tak boleh balik rumah. Oh yea, hari ni saya dapat 'pelangi'. Alhamdulillah. Walaupun tengah tunggu hujan, dapat pula pelangi. Syukur. Terima kasih Allah ;)))

Beberapa minit lagi nak masuk waktu Asar, mungkin patut rehatkan otak sekejap. Pergi jalan-jalan amek angin ke, pergi jogging ke, pergi swimming ke, pergi tunggang kuda ke, pergi naik basikal ke, pergi kacau rumet study ke, pergi mana-mana asalkan bukan di meja belajar.hehe

saya suka baca part ni..tapi.... :(

Ok itu sahaja.

Doakan saya boleh hadam Cognitive ni dengan baik.

Susah hati jiwa raga menghadap Cognitive ni..(mama, tolong!)

kalau ada usaha, nanti ada la hasilnya, kan? Senyum.

Ok sedapkan hati, saya boleh buat.

Saya boleh buat.

Saya boleh buat.

Ameeeeen. ^______^



~selepas kesulitan, ada kesenangan~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...