إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

[14:41]



Kelihatan katil-katil di sudut ruang itu dipenuhi dengan warga tua. Rata-ratanya sebaya dengan atuk saya. Lemah tidak berdaya. Katil hospital itu mencerminkan segalanya.

"Wahai Allah Yang Maha Pengasih, apakah ibrahnya ketika Engkau detikkan hatiku untuk melangkah ke sini?"

Rumah Orang Tua al_Ikhlas merantai hati saya. Ketika kaki melangkah ke sini, seorang pakcik menegur mesra. Duduk bersama supervisor di situ mendengar ceritanya. Ada yang meruntun hati saya. Kemudiannya, kami menyambung kerja-kerja di situ. Ketika sedang seronok membantu apa yang patut itu lah, hati saya di sapa oleh sebuah dongeng yang selalu saya lihat dalam drama. Dongeng itu bukan lagi sekadar omongan kosong kerana saya melihat dengan mata saya.

Seorang lelaki. Berbaju hitam. Bercermin mata. Handsome. Muda.

Namun, saya terkaku di sebalik pintu kaca. Melihat pemuda itu menghantar ayahnya ke rumah orang tua tersebut. Bersama sebuah bagasi, sebakul makanan dan ubatan, seorang pegawai membawa pakcik tersebut masuk, duduk di katil kosong. Pakcik itu persis pemuda itu. Tidak banyak beza pada paras rupanya.

Sejenak, airmata bertakung. Tahankan hati.

Tidak lama kemudian, kami keluar beramah mesra dengan pakcik-pakcik di sana. Mendengar cerita dan celoteh yang macam-macam. Dengan pesanan oleh adviser kami supaya jadi neutral ketika mendengar cerita mereka, jadi, kami lebih banyak mendengar daripada menyuruh mereka bercerita.

Ada dua orang pakcik, gelagatnya kelakar. Bercerita dan menyanyi. Tiba-tiba, dia menyanyi;

"ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku..."

Dan serentak itu, dia menangis. Saya sebak. Saya tunduk. Sungguh. Mereka-mereka ini terlalu menyentuh hati saya. Mujurlah ada di antara kami yang pandai menghidupkan suasana. Pakcik itu boleh kembali ketawa dalam masa dua tiga saat selepas itu.

Tapi airmata saya sudah semakin terpaksa cuba ditahan-tahan.

Kemudian pergi pulak dekat pakcik yang lain. Ketika itu, saya menyaksikan pemuda tadi berangkat pulang. Sejenak terfikir, kenapa dia tak bersalam pun dengan ayah dia? Saya masih lagi memerhati. Pedih. Hati saya rasa perit.

Tak lama kemudiannya, pakcik tadi tercari-cari anaknya. Dia cakap, ni bukan tempat dia. Kejap lagi anak dia datang ambil. Anak dia pergi jemput isteri yang tunggu kat luar. Sekarang barulah saya faham. Rupanya pakcik tu tak tahu langsung bahawa dia telah ditinggalkan di situ. Simpati saya membuak tapi saya perlu tahan.

Sekejap-sekejap pakcik itu bertanya, samada anaknya dah sampai ke belum. Sambil menunggu anaknya, dia beri saya coklat. Dan dia bagi dekat saya banyak-banyak. Dia cakap, bagi kat semua orang sebab dia ada banyak coklat. Tak lama lepas tu dia bawak bakul dia ke muka pintu. Katanya anak dia dah sampai tu. Dan banyak kali juga dia tanya, kenapa lama sangat. Hati saya rasa seperti di siat-siat. Pedih. Terlalu perit melihat keadaan pakcik tu sampai tarik bagasi untuk balik dengan hati yang penuh yakin bahawa kejap lagi anaknya datang.




Akhirnya, titis jernih keluar dan saya tidak mampu menahan rasa. Saya melangkah ke bilik solat dan menangis. Saya tidak mampu menahan airmata lagi. Saya tak sangka apa yang selalu kita lihat dalam tv itu rupanya wujud juga dalam realiti. Keseorangan saya menangis di situ.

Manja sungguh saya ini. Saya seorang sahaja yang menangis.

Selepas itu, saya kembali keluar. Dan pakcik tadi masih dengan penantiannya, pakcik makcik yang lain, masih dengan celotehnya. Sungguh ya Allah, pengalaman hari ini sangat besar. Bernilai yang amat.

Untuk pemuda tersebut, awak sudah tidak kacak bila awak buat begitu pada orang yang telah membesar dan mendidik awak. Saya cakap ini sungguh-sungguh dekat awak.

"Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari di adakan perhitungan (hari kiamat)." [14.41]

Saya kan setiap kali baca doa ni, hati saya akan sayu sangat. Saya terbayang-bayang susah payah ibu ayah sejak saya dalam kandungan hingga sekarang. Bagaimana mereka sayang saya, buat saya rasa terlalu bahagia. Dan bagaimana sanggup seorang anak meninggalkan ibu atau bapanya di pusat jagaan? Lupakah mereka pada ayat seterusnya yang berbunyi;

"Dan janganlah engkau mengira, bahawa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang yang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sampai hari yang pada waktu itu mata mereka terbelalak" [14:42]

Walaupun tidak di nafikan bahawa ada yang menghantar ibu bapanya ke pusat jagaan itu dengan masih ambil peduli, masih melawat, masih bawa pulang bila cuti, tapi saya terkilan dengan mereka-mereka yang buat ibu bapa mereka seperti tak ada makna langsung. Seolah-olah tiada langsung secebis sayang dan kasih dalam hati mereka. Mana silapnya?

Cuba bayangkan, ayah kita hantar kita pergi sekolah. Lepas tu dia pesan, 'dok baik-baik. ramai kawan kat sini. mesti seronok'. Dan kita tunggu punya tunggu, ayah atau ibu kita tak muncul-mucul. Apa perasaan kita? Kecoh satu dunia, mereka adalah ibu bapa zalim dan tak sayang anak. Tapi begitu juga lah sebenarnya perasaan mereka saat kita meninggalkan mereka di pusat jagaan dengan janji bahawa, kejap lagi kita datang dan sebenarnya kita tipu. Kita tak datang-datang sampai mereka meninggal.

Oh sadis sungguh hidup sebegitu.

Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang zalim. Lebih-lebih lagi terhadap kedua ibu bapa kita. Entah apa jadi pada pakcik tu sehingga malam ni. Adakah masih menanti anaknya? Bagaimana reaksi dia bila tahu dia ditinggalkan di situ? Masih terbayang-bayang wajah pakcik tu.

Staff di rumah jagaan ni pesan, kalau nanti, ibu ayah kita sudah tua, atau sakit dan kita sendiri tidak mampu nak jaga mereka, janganlah hantar mereka ke sini. Carilah orang untuk jaga mereka di rumah. Kalau ayah, carilah penjaga lelaki, kalau emak, carilah penjaga perempuan. Tetapi jangan ambil orang yang dah tua juga. Carilah yang kuat-kuat, yang mampu nak jaga dengan baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan saya dan awak awak semua mampu untuk menjaga ibu bapa sendiri dengan baik.

Buat semua, yang dekat dengan ibu ayah, sila pandang mereka. Pandanglah wajah tua mereka. Yang tidak pernah jemu memberi kasih sayang, tidak jemu melayan kita sejak berpuluh tahun lalu. Sekarang pergi dekat mereka, dan katakan bahawa awak awak semua sangat sayangkan mereka.

Dan saat kaki melangkah keluar menuju ke arah bas UIA yang menanti, kelihatannya sepasang suami isteri datang untuk menghantar bapanya ke situ. Wajah tua bapanya yang menanti dalam kereta begitu menjentik hati saya. Jauh-jauh dalam hati, saya berdoa supaya pasangan itu berubah fikiran dan tak jadi hantar ayah mereka ke situ. Aameeen ya Allah, Allahumma Aameeeen.


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur" [16:78]



;''')






~ I drop du'as. Not bombs ~


Kerana adanya tarbiyah



Suatu cerita. Sebuah perkongsian. 

Isnin yang lepas. Seminggu yang lalu, saya ada kuiz pada waktu malam. Subjek tu boleh dikatakan subjek favourite saya juga. Disenangkan cerita, tempat duduk saya adalah yang kedua dari belakang. Kira di penghujung 'dunia' la ni. Di sebelah kiri saya dinding kosong, di sebelah kanan saya ada seorang classmate. 

Kemudian, semua pelajar jawab soalan kuiz dengan tekun. Termasuklah saya ;)

Beberapa minit kemudian, lecturer dah nak pungut kertas bagi yang dah siap lah. Lepas tu, saya tengok orang sebelah saya ni gelabah semacam. Saya tengok kertas kat meja dia. Saya jadi pelik! Dah la sebelum tu dia cakap dia takde kertas kajang. Siap minta dengan orang lagi. Tapi masa jawab tu, dia ada kertas lain yang sudah berconteng kat meja dia. Dan masa Sir berjalan nak amek kertas tu, dia sedaya upaya sorokkan kertas yang dah berconteng tu. 

Sekarang saya dah faham.

Dia meniru. Kertas yang berconteng itu adalah nota dia. Ah, tiba-tiba sahaja hati saya membengkak. Saya rasa seperti mahu marah pada dia. Hati saya rasa geram sangat-sangat. Habis sahaja kuiz, Sir sambung mengajar. Saya memang tak dapat nak tumpukan perhatian. Susah kerana hati saya rasa geram. Masa tu saya nekad, nanti nak tulis dekat facebook, pasal budak ni.

Selesai kelas, saya bergegas pergi usrah. As I mentioned to you before, usrah adalah tempat yang sangat menenangkan hati saya. Buat itu ini, sangat seronok. Balik dari usrah, segala rasa geram saya itu hilang. Malah, saya tulis benda yang baik-baik sahaja dekat facebook itu. Tahu kenapa?

Cerita Dua

Saya sehari dua yang lalu, berasa sangat berdukacita. Kalau ada yang perasan dengan status saya sehari dua lalu, ada yang boleh agak lah kot. Tapi sejujurnya, hati saya rasa macam disiat-siat. Rasa mahu sahaja menghamburkan rasa marah tika itu. Rasa mahu sahaja menangis sekuat hati ketika itu. Tapi saya tak buat macam tu.

Lepas saya balik jumpa kawan, lepas dengar cerita yang macam kena heart attack, saya duduk diam-diam dekat meja belajar. Saya baring sekejap. Saya istighfar. Kemudian, azan asar. Terus saya berwuduk dan bersolat. Tidak saya sangka, airmata jatuh juga saat tu. Dan, baru saya sedar, rupanya hati saya sedih but am in denial. Bila baca mathurat, bila mengaji, saya menangis tak berhenti. Masa tu saya memang realize, hati saya sakit. Tapi saya menafikan. 

Keesokan harinya, saya sudah mampu tersenyum bahagia. Saya boleh bergelak ketawa. Saya rasa tenang. Saya rasa diri saya ok. Seolahnya tak jadi apa-apa pun pada hari sebelum ni. Tahu kenapa?

Cerita Tiga

Ini kisah seorang sahabat. Seorang sahabat yang kecewa terduduk terguling terbaring. Pendek kata, memang kecewa sangat-sangat. Saya kasihan melihatnya. Itu belum lagi tengok dia menangis. Mungkin hati saya turut rasa hiba. Kisah pendek, dia kecewa dengan seorang lelaki. Memang dia tak ber couple atau apa-apa. Tapi lelaki ni yang kononnya nak meminang dia tapi flirting pulak dengan orang lain.

Tak ke sakit jiwa macam tu?

Saya yang dengar pun rasa geram apatah lagi dia. Masa tu saya rasa saya yang macam over geram. Saya tend to generalize men out there yang they all ni jahat. Lelaki zaman sekarang ni  tak ikhlas dengan perempuan. Kalau lah begini, bagaimana lagi kaum hawa nak percaya bahawa wujudnya lelaki yang baik yang ikhlas kat luar sana tu?

Adik lelaki saya sendiri ada cakap, "lelaki ramai penipu, kak".

Namun, dikala hati saya rasa macam lelaki SEMUAnya jahat, saya cepat juga tersedar bahawa bukan semuamacam tu. Saya cuba kembalikan semula apa yang saya belajar dalam kelas hingga akhirnya saya akur bahawa tidak semua begitu. Tahu kenapa?

Sejata mukmin: Doa

Jawapan saya kepada cerita satu, dua, dan tiga itu ialah kerana adanya tarbiyah. Saya sedikit sebanyak rasa beruntung kerana diri saya ada usrah. Saya ada tarbiyah di bilik, di kelas, dan di mana-mana sahaja. Saya juga bertuah kerana saya sering baca buku-buku tarbiyah yang mana ia sedikit sebanyak membantu saya memulihkan hati yang marah. 

Ya, semua orang berhak untuk marah. Untuk sedih, untuk kecewa dan untuk geram sekalipun. Tapi ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita salurkan rasa itu. Ambil la masa selama mana pun untuk bersedih, untuk menangis, untuk meratap. Ambil la sebanyak mana pun masa untuk bersendirian. Kerana ketika itu kita dengan sendiri akan menjumpai satu kekuatan yang tidak terhingga. 

Kerana akhirnya nanti, kita akan sedar dengan kasih sayang Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Kawan saya selalu cakap dekat saya, malah hari-hari dia akan cakap, "Allah sayang sangat dekat Nusrah". Percaya tak bahawa Allah memang sayang dengan kita? Saya selalu kuatkan diri dan hati dengan kata-kata, "saya boleh hidup kalau takde itu ini, tapi tidak dengan cinta Allah. Cukuplah asal ada Allah." Mula-mula memang perit dan payah. Tapi lama-lama kita akan okay inshaAllah :)

Dan kerana saya juga percaya akan kuasa doa. Mengapa tidak kita berdoa sahaja pada Allah? Kalau sakit hati dengan orang yang meniru, kita doa supaya Allah bukakan hati dia, supaya dia sedar dengan kesilapan dia. Kalau sedih dengan manusia lain, baik lelaki atau perempuan, doa banyak-banyak supaya Allah sembuhkan hati kita. Supaya Allah jaga hati kita selalu. Kalau rasa dikecewakan, usah di benci akan lelaki yang macam tu tapi sebaliknya, berdoalah. Doa supaya Allah lembutkan hatinya dan dia berubah. 

Doa sesama saudara seislam tanpa pengetahuan dirinya, inshaAllah makbul. Ada dalam hadith kan? So, chill. Why worry when you can pray? ^___^

Jadi, semoga rakan-rakan semua bertabah, kuat dan sentiasa di dalam jagaan-Nya. Hidup ini terlalu singkat untuk berduka lara. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya jika hendak di bandingkan dengan ujian. Senyum ya. Allah ada bersama kita.

:)










~ I drop du'as. Not bombs ~

Blogger=Da’ie : Blogger Wanita atau Blogger Muslimah?



Bercakap berkenaan alam blogger, alam maya, ini bukanlah alam diskriminasi yang hanya dikuasai oleh lelaki. Tetapi wanita juga hakikatnya ramai yang berkecimpung di dalam medan ini. Bahkan, kemungkinan, wanita lebih ramai kerana biasanya mereka lebih mudah untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi rasa. 

Tetapi persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam artikel Blogger=Da’ie kali ini adalah:

Apakah kita ini semata-mata blogger wanita atau kita hakikatnya adalah blogger muslimah?

Adakah kita, sebagai seorang muslimah yang menjadikan blog sebagai medium penyampaian, benar-benar menggerakkan blog kita, menggerakkan penyampaian kita, agar memberikan penyampaian Islam yang sebenar? Atau kita sekadar menayangkan ‘kewanitaan’ kita kepada masyarakat semata-mata?

Di sini kita kupas Blogger Muslimah secara khusus!


Disiplin Seorang Muslimah. 

Perkara utama yang perlu kita ketahui di dalam mengupas perihal Blogger Muslimah ini adalah, disiplin seorang muslimah itu sendiri.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut dengan jelas di dalam Surah An-Nur:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

Ayat ini adalah absolute dalam menyatakan bagaimana disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya. Membaca ayat ini, jelas kepada kita betapa seorang Muslimah itu adalah yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidak pula membuka auratnya. Menjaga pula pergaulannya. Mereka tidak memperlihat-lihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja. Tafsiran yang zahir ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith bermaksud:

“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya wajah dan dua telapak tangannya sahaja boleh kelihatan.” Riwayat Abu Dawud.

Kemudian antara disiplin di dalam menjadi Muslimah adalah Muslimah tidak bertabarruj. Sebagaimana Allah SWT telah memberikan larangan di dalam firmanNya:

“Janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal.” Surah Al-Ahzab ayat 33.

Tabarruj bermaksud berlebih-lebihan dalam berhias, atau menunjuk-nunjukkan kecantikan yang ada. Apabila dibahaskan mengapa disebut ‘sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal’, dinyatakan bahawa wanita-wanita jahiliyyah awal itu adalah yang memulakan berhias berlebihan untuk menarik perhatian/menggoda lelaki. Justeru, apa-apa sahaja tindakan menghias diri berlebih-lebihan, sengaja menzahirkan kecantikan, dengan niat hendak mendapatkan perhatian maka itu sebenarnya adalah tindakan tabarruj. Nyata, tabarruj bukan disiplin seorang Muslimah.

Lebih penting lagi, segala disiplin seorang hamba kepada Allah SWT, adalah termaktub di dalam disiplin seorang Muslimah.

Justeru, di sini saya noktahkan perihal Disiplin Seorang Muslimah.

Pendek kata, Muslimah itu sederhana, menjaga dirinya, dan menjaga orang lain dari diheret oleh dirinya ke neraka. Dirinya mulia, dan amat menjaga kehormatan dirinya ini dengan berusaha menjaga batas-batas sebagaimana yang telah Allah SWT tetapkan.


Blogger Muslimah. 

Maka, seorang blogger Muslimah adalah yang tertakhluk di bawah Disiplin Seorang Muslimah.

Seorang blogger yang menulis atas dasar untuk menegakkan kebenaran, untuk menyampaikan kesedaran, untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Perkara ini, telah kita jelaskan bayak dalam artikel-artikel blogger=da’ie yang lepas. Tiada bezanya untuk seorang blogger Muslimah.

Blogger Muslimah tidaklah menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidaklah dia berhias untuk mendapat perhatian ramai, lalu memampangkan wajah ayunya, bibir mungilnya di blognya. Tidaklah dia mendedahkan auratnya, dan tidaklah dia memakai pakaian yang tidak sopan.

Tidak pula dia meletakkan gambar-gambar yang mampu menimbulkan fitnah, walaupun menutup aurat(balik kepada isu tabarruj).

 Pendek kata, jika benar dia seorang Blogger Muslimah, maka fokusnya adalah penyampaiannya, dan bukannya untuk menayang-nayangkan kecantikannya.


Blogger Muslimah Blogger Mendidik. 

Blogger Muslimah tidak menjadikan pujian orang sebagai matlamat. Apatah lagi pujian terhadap rupa paras.

“Comelnya Kak Zazu(bukan nama sebenar).”

“Ayu la Kak Zazi(bukan nama sebenar).”

“Wah, lawanya Kak Zus(bukan nama sebenar.)”

Sekiranya inilah yang muncul pada komen-komen setiap postnya, maka sepatutnya blogger Muslimah bermuhasabah. Apakah yang sebenarnya telah dia lakukan? Dia sebenarnya membawa manusia pulang kepada Allah SWT, atau sebenarnya membuatkan orang terpegun dengan kecantikannya?

Blogger Muslimah sepatutnya menjadi pendidik kepada akhlak sopan, dan adab seorang muslimah yang sebenar. Menceritakan cabaran menjadi seorang muslimah di tengah Islam menjadi dagang. Di tengah perempuan-perempuan lain tidak malu menggadaikan diri dan membuka aurat masing-masing. Menjelaskan peranan wanita di dalam kehidupan, di dalam Islam, di dalam rumah tangga, di dalam negara dan sebagainya. Boleh dikupas juga bagaimana wanita-wanita Muslimah yang terdahulu, atau juga ilmuwan Muslimah yang muktabar untuk dijadikan contoh. Boleh juga dikupas perihal wanita masa kini, dan bagaimana mahu kita bina bi’ah solehah yang baik dalam masyarakat wanita kita.

Sarat dengan idea. Sarat dengan wawasan. Sarat dengan isi yang bermanfaat. Ya, begitulah Blogger Muslimah yang sebenarnya. Bukan hanya bersembang berkenaan ‘hensemnya si dia’ atau ‘kenapa artis itu bercerai dengan si dia?’ dan atau ‘hari ini aku pergi bla bla bla’. Lebih buruk, memang kerjanya tayang diri sematya-mata.

Bukanlah Blogger Muslimah seorang yang bercerita akan diari hidupnya tanpa ada hubungan dengan Allah SWT. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang menceritakan aib orang lain. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang hanya menayang-nayangkan kecantikannya, hayat hidupnya, untuk dipuja dan dipuji.

Blogger Muslimah, adalah blogger yang mendidik.


Janganlah Jadi Blogger Wanita Semata-mata. 

Maka janganlah jadi blogger wanita semata-mata. Yang kosong tanpa idea. Yang sekadar menjual kecantikan dirinya.

Blogger Muslimah bukanlah blogger yang menulis ayat-ayat Allah SWT, hadith-hadith Rasulullah SAW, kalam-kalam nasihat, dalam keadaan dirinya memaparkan aurat, dalam keadaan dirinya bertabarruj, dalam keadaan dirinya memaparkan kecantikannya.

Tidak. Itu bukan Blogger Muslimah. Itu Blogger Wanita.

Blogger Muslimah, walau dia tidak letak sepotong ayat Al-Quran pun, walau tidak ada bersama artikelnya sebaris hadith pun, tetapi dia membawa nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kehidupan, bersama adab dan kehormatannya yang terjaga. Kerana dia jelas mengajak kepada Allah SWT, dan berada di dalam disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya.

Maka janganlah kita menjadi blogger wanita semata-mata.

Jadilah Blogger Muslimah.

Yang duduk tunduk di bawah disiplin seorang Muslimah.

Fokus kembali matlamat kita.


Penutup: Blogger Muslimah, Satu Aset.

Jika anda lihat di dalam LangitIlahi.Com, kami punya blogger Muslimah juga. Sister Khumairah(pelukis) dan SisFaeez(kartunis). Tetapi nyata gambar-gambar mereka tidak langsung memaparkan wajah.

Saya sangat percaya bahawa Blogger Muslimah adalah satu aset yang besar. Ya, lelaki mungkin tidak terlalu hebat dalam mendalami perempuan. Kerana apa-apa hal pun, lelaki adalah lelaki. Perempuan jugalah yang mampu sampai kepada perempuan dengan lebih dalam. Kerana itu, Blogger Muslimah amat perlu, untuk menjadi qudwah, penyampai, yang baik kepada wanita-wanita. Kerana itu, kita sepatutnya membina diri kita biar benar-benar menjadi Blogger Muslimah, bukan semata-mata Blogger Wanita.

Bukanlah salah meletakkan gambar.

Tetapi tidaklah perlu berhias, tidak perlu kepada aksi-aksi manja, tidak perlu memuncungkan bibir tanpa keperluan. Tidak salah memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilalui bersama muslimah lain, selagi aurat masih terjaga dan akhlak masih dalam kesopanan Islam.

Bahkan, sampai masa, perlu kerana masyarakat hendak melihat bagaimana kehidupan muslimah yang sebenar. Tetapi janganlah kita ‘jual’ diri kita. Jika kita ‘jual diri kita, kita hakikatnya tidak membantu Islam pun. Bahkan kita menjadi fitnah pula kepada Islam kerana memaparkan sikap ‘muslimah’ yang tidak sepatutnya. Apatah lagi, jika yang kita tulis adalah perkara-perkara kebaikan. Ketahuilah bahawa, antara kita dengan orang Islam ada perbezaan. Begitu jugalah antara wanita biasa dan seorang Muslimah, sepatutnya ada perbezaan. Jika kita pun serupa mereka, maka apa sebenarnya kita?

Mari, didik diri menjadi Blogger Muslimah!


~ Langit Ilahi :)










~ I drop du'as. Not bombs ~

coretan ringkas



Banyak perkara buat kita penat dan lelah. Jarang sekali mahu bersyukur dengan nikmat sihat dan lapang yang Allah beri. Seringkali kita membandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas bukannya dengan mereka yang mempunyai kekurangan jauh lebih dahsyat dari kita. Mengapa sukar sekali kita menjadi hamba yang bersyukur?

Saya masih ingat. Hari isnin lepas, saya dirundung kesedihan. Sudah saya duga. Perjalanan semester ini tentunya berliku dan tidak akan semudah yang di harapkan. Allah menguji. Sejauh mana kesabaran dan ketabahan saya dalam hidup ini. Tentu masih ingat cerita kelas Method of Dakwah yang saya ambil semester ni kan? Ditakdirkan Allah, dalam kelas tu semuanya budak Law. Sudah lah budak law, semuanya level4 pulak tu. Macam biasa, saya dah biasa jadi pelajar paling junior dalam kelas. Cuma ini pertama kali kot di kelilingi oleh seniors Law yang memang ramai.

Dijadikan cerita, hari Isnin lalu, Dr. Osman suruh buat group assignment. Katanya mahu dua orang satu group. Tiga pun boleh kalau nak. Kat sini terjadilah kejadian yang meremukkan hati saya. Saya keseorangan. Takde orang nak berpartner dengan saya. Mereka semua dah ada pasangan. Sudahlah begitu, dorang pun taknak ajak pun saya sama group. Malah, ada yang angkuh sekali cakap kat saya dia dah ada partner. Semua budak Law memang takde belas kasihan dekat orang ke? Maaf kalau ada yang tersinggung. Tapi saya seribu kali tersinggung masa dalam kelas tu. Kecewa!

Keluar sahaja kelas, banyak kali saya beristighfar. Sebab dalam hati sudah mula terbit rasa kecewa dan tak suka dengan budak Law. Akhirnya, sedang berjalan pulang ke Mahallah, airmata menitis perlahan-lahan. Masa tu juga hujan renyai-renyai mula turun. Demi Allah, saya memang sangat sedih dan kecewa pada hari tu. Sampai di bilik, saya cuba kuatkan hati. Tak mahu menangis kalau boleh. Pujuk hati, pujuk diri. Jangan sedih. Allah ada.

Hari Selasa tiba. Penuh kekalutan dan kesibukan. Disebabkan PM saya tidak ada, saya mengalami banyak masalah dalam menguruskan program. Tambah lagi APM lain pun ada hal dan demam. Allah sahaja yang tahu bagaimana penat dan susah dan payah saya nak cari komiti untuk post FC dan SC. Malam pula jam 8, saya dah kena handle meeting dengan anak-anak buah tersayang. Masa tu, betapa beratnya mahu memikul amanah. Terasa besarnya program yang saya sedang bawa. Jam 9 pula, ada meeting dengan pihak central. Saya pergi meeting dengan keadaan saya terlalu amat penat.

Tiba-tiba masa dalam meeting ada yang tegur;

"kak Nusrah sihat?"

"dah makan?"

On that moment, saya rasa macam mahu menangis. Saya hanya mampu mengangguk untuk kedua-dua pertanyaannya. Indeed, saat dia bertanya tu, saya terlalu penat. Dan rasa sayu bila dalam keadaan penat tu, ada pula yang bertanya soalan yang jarang sekali orang tanyakan pada saya. Selesai meeting, sorang adik call. Katanya nak jumpa saya esok hari. Tengok jadual, pejam mata. Maaf dik, jadual akak esok full. Jam 4pagi baru tidur. Awal pagi dah kena bangun untuk Subuh berjemaah. Jam 8-10 ada kelas. 10-1 masa untuk berbakti dengan CSC. 1-2petang lunch dengan kakak usrah. Jam 2 ada discussion since kelas postponed. jam 5-7 ada kelas ganti Arab pula. Oh memang macam mahu pengsan. I have no time to rest.

Duduk diam berfikir. Rasa macam mahu resign. Rasa macam saya menyeksa diri sendiri. Rasa macam teruk sangat dengan keadaan diri saya. Itu belum kira pasal assignment dan satu program lagi yang saya join. Saya tak boleh tipu kamu semua. Saya memang penat dengan semua tu.

Ada kawan cakap, "Nusrah...tak berat ke?"

Jangan kata berat, malah saya rasa macam mahu pengsan. Tapi ada something sebenarnya yang buat saya bersabar dan terus berjuang. Mahu tahu apa? :) To be continue soon!


Kehidupan kita

Hidup kita ni memang penuh liku. Hidup kita ni memang berduri. hidup kita ni memang berputar-putar. Ada turun naik tentunya. Tapi adakah itu menjadikan kita jauh dari Allah? Adakah itu membuatkan kita berputus asa dengan rahmat Allah?

Kasih sayang Allah itu luas. Malah, setiap masa Allah menjaga kita. Allah jaga kita dalam setiap keadaan. Allah beri apa yang terbaik dalam hidup kita. Yang buruk itu semuanya Allah jauhkan. Allah tak beri. Jadi, kenapa kita tidak yakin dengan pertolongan-Nya?

Duduk diam.
Renung sejenak.
Dalam sibuk kita dakwah ini itu dekat orang, bagaimana pula dengan diri kita?





nota hati: Bukan semua budak Law macam tu sebab saya ada Sayyidah Sukainah dan Ain Shamila yang baik dengan saya. Malah, PM saya pun pelajar Law juga. :)









~ I drop du'as. Not bombs ~

Jangan hidup dalam kenangan



Beberapa hari lalu saya mengemas barang. Banyak pula benda lama-lama yang saya jumpa. Mungkin sebab saya dah lama tak check barang-barang kot. Lepas tu saya jumpa plan masa hadapan saya. Masa mula-mula masuk UIAM dulu. Saya jumpa perancangan masa hadapan berkaitan pelajaran, hidup dan macam-macam juga. Juga terjumpa wishlist saya kat UIAM ni. Sampai saya tergelak bila baca. Tak sangka saya plan macam tu. Itu semua kenangan.

Ada orang, dia akan simpan banyak benda lama sebab dia sayang nak buang.
Ada orang, dia akan simpan segala benda yang kekasih lama dia bagi.
Ada orang, dia akan simpan semua berkaitan benda berkaitan dengan orang yang dia suka.
Ada orang, dia akan simpan segala apa yang dia rasa dia mahu simpan.

Saya juga mungkin termasuk di kalangan orang-orang tersebut.

Apa yang saya nampak di sini ialah, ramai orang dia cakap nak lupakan perkara tu, perkara ni. Ramai orang cakap dia nak lupakan dia tu dan dia ni. Sejauh mana kita mahu melupakan semua tu? Sejauh mana? Saya bagi contoh. Kita cakap kita nak lupakan si A. Kita dah taknak ingat apa-apa dah pasal dia. Jadi, kita dah jauhkan diri dari  dia. Itu bagus sebab ada effort. Tapi yang problemnya, semua benda yang si A beri, kita simpan. Semua yang related ngan dia, kita tak buang. Bila bercerita, selalu kita cakap pasal dia. Adakah itu salah satu usaha kita nak lupakan si A? Tidak! Ia bukan usaha.

Kalau belajar theory of Forgetting dalam Psychology, salah satu sebab kita lupa adalah Repression. Which means, kita yang takmahu ingat perkara tu. Kita yang sendiri nak lupakan benda tu. Jadi, kalau betul kita mahu melupakan, kalau betul kita berhenti berharap, buanglah segala kenangan. Buang segala benda berkaitan dengan orang tu. Buang memori yang tidak sepatutnya kita ingat. Dan yang lebih utama, berhenti bercakap tentang orang tersebut.

Ketika anda mengatakan, "saya nak lupakan dia.." Sebenarnya kalian tak cuba pun nak lupakan dia. Selagi asyik cakap, "saya nak lupakan dia," selagi tu anda masih mengingatinya. Sebab mana mungkin kita nak lupakan orang tu tapi kita asyik sebut-sebut pasal orang tu. Isn't it? Faham?


Saya.
Sudah tinggalkan banyak kenangan. 
Masa berlalu sangat pantas.
Rupanya sangat banyak perkara saya sudah lupa. 
Alhamdulillah.
Yang perit, yang manis, yang indah, yang sedih,
semuanya saya sudah hapuskan dari ingatan.
Bilamana saya nampak ia tidak memberi kesan yang baik pun dalam hidup saya.

Sekali lagi,
saya hidup berpijak dengan realiti.
Fantasi dan angan-angan mungkin boleh menjadi realiti suatu hari nanti.
Tapi tidak kenangan.
Kenangan adalah sesuatu yang telah berlalu.
Ia masa lalu.
Bukan masa hadapan.


Nasihat saya, jangan hidup dalam kenangan. Bergeraklah ke arah masa hadapan yang lebih indah. Sebab Allah telah sediakan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kita. Allah ada hadiah untuk kalian. Cuma dengan syarat, berusahalah!

Jangan hidup dalam kenangan.
Jangan bersedih dengan apa yang berlalu.













~ I drop du'as. Not bombs ~

It's a time to walk away



" luka hati yang berdarah..kini jadi kian parah.. 
semalam sudah sampai ke penghujungnya... 
kisah seribu duka ku harap sudah berlalu..."


Duduk diam-diam.
Simpan sorang-sorang.
Senyum pahit.
Ada secalit duka cuba ditahan.

Ah,
saya kalah lagi dengan perasaan sendiri.



"kak Nusrah, patut ke saya terus suka dia?"


"kakak, saya suka dekat dia. Boleh ke?"


"kalau macam tu, apa perlu saya buat?"


"saya tak fikir pun dah pasal dia sebab nak kosongkan hati"

Saya diam sahaja. Mahu respon pada segala kata-kata di atas tapi saya sendiri pun dalam keadaan kurang stabil. Ada beberapa situasi di mana saya sengaja mendiamkan diri.  Kalau sebelum ini saya adalah teman setia pemberi nasihat dan pandangan, sekarang tidak lagi. Bukan saya tidak mahu tapi saya mahu teman-teman saya di atas ini belajar untuk membuat keputusan sendiri. Saya mahu mereka belajar berfikir. Belajar menilai dan menimbang baik buruk suatu perkara.

Mengapa saya memilih begitu? Ini adalah kerana apabila saya sedar bahawa mereka ini sebenarnya tidak akan selamanya bergantung kepada saya. Mereka ini sebenarnya sudah dewasa. Suatu masa, Allah akan ambil nyawa saya. Suatu masa, saya akan pergi meninggalkan dunia ini. Saya berfikir dengan sedalamnya. Saya memilih untuk berdiam diri. Tidak mahu memberi pendapat, tidak mahu campur urusan. Cukup sekadar memerhati dan memantau sebab saya tahu kebanyakan mereka sebenarnya tidak memerlukan nasihat saya.

Saya pernah merasa usia seperti kalian. Zaman muda belajar mengenal cinta. Banyak hati dan perasaan yang terusik dan di usik. Saya faham itu semua. Dan ia terpulang kepada kita bagaimana kita menyalurkan segala rasa itu. Pada mulanya, saya memilih untuk terus berdiam dengan segala perasaan yang ada tapi mendengarkan nasihat seorang ibu pagi tadi, saya memilih untuk menjawab beberapa soalan adik-adik saya itu. Terpulang mahu menerima atau tidak. Saya tiada masalah.


Bila Kita Suka Seseorang


Manusia itu lumrahnya mudah jatuh hati. Baik lelaki mahupun perempuan, semuanya punya rasa suka dan tertarik dengan yang berlainan jantina. Jatuh hati, jatuh cinta, jatuh kasih, jatuh suka, semua itu tidak salah. Kerana yang mengurniakan segala rasa itu adalah Allah. Ibu saya, yang sangat saya kagumi, yang selalu saya kalah dengan nasihat dan penyampaiannya selalu menekankan berkenaan istikharah. Pagi tadi dia bertanya, "when the moment you should start doing istikharah?" Semua orang diam. Saya juga diam. Masih ligat berfikir.

"It is not the moment you love someone and you already declare with him or her. It is before that. You know when?"

Semua masih membatu menyepikan diri. Dia memandang dengan penuh kasih sayang. Dia menunjukkan ke arah hati. "You should do your istikharah on the moment you feel attracted to somebody. Regardless you know he/she already have couple or not. Don't you remember the du'a of istikharah? What are you asking for? Don't you?"

Ah, jiwa saya tersentuh.

"When you start liking someone, ask Allah. Pray to HIM. O'Allah, if this person meant to me and could lead me to Jannah, please make the way easier. But if not, please let this feeling go away. Please let this person stay away from me. Don't let me see this person again and again"

Dan ibu tersayang masih menambah, "you know what it means by make thing easier?" 


Diam.

"It is when you like someone even you don't know who he or she is. So, ask Allah to let you know her/him."

Untuk beberapa saat, saya diam berfikir. Saya sudah beristikharah. Saya sudah memohon begitu begini dengan Allah. Tapi....

Kemudian, ayat terakhir yang betul-betul meruntun hati saya ialah, "The longer you wait to do istikharah, the more you will be in trouble" "because when you wait after you like someone in a longer period, it seems that it is hard for you to accept the fate if the answer of your istikharah is not good. Believe me, it will trouble you a lot"







Allah tidak pernah beri apa yang saya suka


Nasihat ibu pagi tadi ibarat memanah tepat ke jantung saya. Saya suka melengahkan istikharah. Sampai satu moment saya sudah terlalu suka dengan orang, saya merasa susah melepaskan dia walaupun jawapan istikharah saya itu begitu. Dan saya bersetuju, the longer we wait to do istikharah, the more trouble we get. Saya rasa, kalau awal-awal lagi saya buat, tentu saya senang menerima keputusan dari Allah. Tentu saya tidak sekecewa sekarang. Tentu saya tidak perlu menahan rasa luka yang parah. Tentu tidak perlu.

Dan bagi menjawab soalan adik saya, "kak Nusrah, perlu ke saya teruskan suka dia?"

Saya tidak ada jawapan untuk itu. Sebab itu perasaan kamu. Yang tahu baik buruknya adalah kamu. Bukan saya. Saya cuma mampu beri nasihat dan pandangan yang entah boleh diguna pakai atau tidak. Apa yang saya boleh saya katakan ialah, buatlah istikharah. Lihatlah taqdir itu nanti bawa kamu ke mana. Cuma berhati-hatilah dalam menafsir petunjuk dari Allah. Selagi belum terlambat, awal-awal ni lakukanlah istikharah. Tidak ada apa yang rugi walaupun kamu terpaksa melepaskan perkara yang kamu suka. Biar sakit sekarang bukan masa hadapan.

Saya hanya mampu memandang, memerhati, mendengar dan melihat. Kamu seorang yang bertuah. Bukan semua orang dapat duduk di tempat kamu. Bukan semua orang bila dia suka orang, orang tu suka dia jugak. Bukan semua orang dapat merasa begitu. Termasuk saya. Saya adalah manusia yang hanya ada Allah. Yang hanya tahu berlari mengejar cinta-Nya. Yang hanya sedar bahawa Allah sentiasa menemani. Yang hanya tahu Allah mendengar tangisan saya. Yang tahu Allah bersama setiap kali bahagia menjelma. Yang sentiasa sedar Allah tidak pernah beri apa yang saya suka. Sebab Allah menjaga saya dengan baik sekali. Sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Sebab Allah sayang saya. Biarlah manusia lain tidak menghargai saya tapi Allah ada.


Bukan Cakap Kosong. Kamu Kena Usaha.


Saya sentiasa percaya bahawa bila kita berusaha, Allah akan bantu kita. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Sama seperti bila kita berusaha untuk belajar bila mana tiba waktu exam. Kita berusaha sedaya upaya sebab kita mahu berjaya. Sama jugalah dalam kondisi menjaga hati. Ia takkan berjaya jika tiada usaha. Tak akan pernah berjaya.

Ada yang bertanya saya, bagaimana caranya nak kosongkan hati. Saya bagi tips berjela-jela. Sudahnya, saya tak nampak apa-apa perubahan pun. Yang saya nampak, orang ini semakin dekat dengan orang yang dia suka, semakin banyak pula interaksi antara mereka. Sampai saya sendiri jadi keliru dengan keinginan budak ini.

Hari ini saya berfikir panjang dengan sms yang saya terima semalam. Dan sengaja saya membiarkan sms tersebut. Sengaja tidak mengulas apa-apa. "Saya dah tak fikir pun pasal tu. Saya cuba kosongkan hati tapi tak tahu berjaya ke tak sebab tak tahu kayu pengukur kejayaan itu." Saya teringat tentang diri saya. Tetiba saya berasa hairan. Bagaimana saya boleh berhenti suka dengan orang? Saya tertanya-tanya. Akhirnya saya dapat jawapan.

Jawapannya ialah MAHU + USAHA. Kamu takkan berjaya kalau tak nak berusaha. Bila ada kemahuan, di situlah akan adanya usaha. Semakin tinggi kemahuan kita, semakin kuat dan besar juga usaha kita. Ya, itulah  yang saya lakukan. Saya berusaha keras melawan rasa hati. Saya jatuh, saya bangun. Saya rebah, saya bangkit. Saya terpijak duri, saya teruskan juga walaupun saya terpaksa merangkak! Sungguh, ia bukan senang tapi ia tidak mustahil walaupun ia melibatkan soal hati.

Usaha saya paling keras ialah MENJAUHKAN DIRI. Saya melalui detik-detik yang sangat sukar. Saya berusaha melarikan diri sehabis yang termampu. Mula dengan perlahan-lahan, akhirnya dengan kuat dan akhirnya saya BERJAYA! Saya jauhkan diri melalui semua medium. Lama juga masa yang saya ambil. Bukan mudah. Tapi bila ada kemahuan, di situlah letaknya titik kejayaan kita.

Saya menjauhkan diri bukan sebab saya dah tak sudi nak berkawan. Bukan sebab saya sudah menerima lamaran orang. Bukan sebab saya mahu menyombongkan diri. Bukan sebab itu semua. Tapi sebab saya mahu jaga hati saya. Beri peluang pada saya untuk jaga hati saya sendiri. Sebab tu saya pesan sebelum ni, kamu jangan usik hati saya lagi. Betapa susahnya saya bangun melawan segala rasa perit, betapa susahnya saya berdiri setelah berkali-kali perasaan dihenyak. Susah.


Cinta di hadapan saya


Semalam saya teruji lagi. Cuba menahan segala rasa dengan senyuman. "Allah, tolong jagakan mereka. Saya sayang mereka tapi saya tak mampu terus menjaga mereka"

Saya cakap ini betul-betul. Saya yang dulunya merangkak mengejar cinta Ilahi. Saya yang dahulunya bertatih  mengejar kasih Ilahi, sekarang ini sedang berlari kencang mengejari-Nya. Tolong jangan usik hati saya, Tolong jangan mengganggu perjalanan saya. Tolong jangan rampas cinta saya pada-Nya. Saya masih belum puas. Saya bersyukur bila Allah tidak beri apa yang saya mahu. Bila Allah tidak beri apa yang saya suka. Sebab ia semakin mendekatkan diri saya dengan-Nya. Ia memberi peluang kepada saya untuk terus bercinta dengan Ilahi. Untuk  terus menadah tangan dan berharap menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang begitu merindukan cinta Ilahi. Saya masih mahu bercinta dengan Allah tanpa diganggu.


Saya cuma manusia biasa.
Saya berusaha dengan luar biasa.
Kerana cinta saya ini bukan biasa.
Tetapi ia adalah untuk Yang Maha Esa.






~ bila cinta menjengah ~

Cinta? Consult dengan parents lah


Tahu apa masalah ramai remaja?
Dia jatuh cinta dengan someone,
tapi tak mahu consult dengan ibu bapa.
Kemudian pergi tanya ramai orang macam mana nak luah kepada orang yang dia cinta.

Kenapa remaja susah nak libatkan ibu bapa?
Saya suka anggap ibu bapa adalah 'our line of precaution'.
Kita ini remaja kut. Kalau benar matang, consult dengan Ibu Bapa, orang tua, penjaga, adalah antara jalan terbaik untuk mengimbangi 'semangat muda' kita.

Ya, dari pihak Ibu Bapa pun, perlulah ada keterbukaan.
Jangan tembak anak-anak dengan kata-kata: "Kau kecik lagi. Jangan duk menggatai!" Itu memang jenis Ibu Bapa yang saya tak respect la.
Bila anak-anak tanya, luahkan perasaan suka, Ibu Bapa layan la baik-baik.

Para remaja,
kita semua ini kena faham yang kita ini muda.
Ya, saya tak kata kita ini muda maka kita ini tidak matang.
Ada antara kita matang.
Tanpa menafikan, ada kalangan kita ini tak matang pun. Rasa-rasa matang sahaja.
Umur masih muda, insyaAllah umur masih panjang.
Apa kata kita luaskan pandangan, jauhkan perjalanan terlebih dahulu?
So, consult dengan Ibu Bapa. Tanya, minta pandangan, agar pandangan mereka mengimbangi pandangan kita dan kita dapat menilai dengan baik.

Kadang-kadang kita ni, sebab keremajaan kita, kuat syok sendiri sahaja!
Ya, memang la pasangan kita tu mungkin syok kat kita juga. Tapi kita dua-dua remaja! Dua-dua sama sahaja kepalanya. Jadi, a consult with our parents, our ustaz and ustazah, pakcik makcik, will not hurt.

Memang kadangkala kebenaran itu pahit.
Kebenaran kita masih muda, realiti kita tidak ada harta yang cukup untuk menyara dan sebagainya. Janganlah pandang itu semua sebagai 'halangan'. Pandang itu semua sebagai 'tarbiyah'. Memang realitinya, kita belum layak untuk berkahwin dan perlu membina kekuatan!

So, consult dulu okkeh?
Beranikan diri bersembang dengan orang tua.
Baru macho.
Baru beautiful!
--------------------------------------
Perkahwinan ini hendak membina ummat dik.
Bukan nak suka-suka.
Dengan matlamat sebesar itu,
mustahil kita membina rumah tangga dengan sambil lewa!
^^

~ Hilal Asyraf




~ ^_____^ ~

Selamatkan Malumu



Situasi 1

Seorang Perempuan A sedang mengakses laman sosialnya. Sedang matanya melilau membaca status-status terbaru kenalannya di alam maya, matanya tertancap pada sebuah kenyataan yang hampir meluruhkan jantungnya. Diklik pada dinding profile teman yang menulis. Lalu dibaca satu-persatu kenyataan berbaur amarah dan dendam tersebut. Teman tersebut, Perempuan B sedang menceritakan keburukan seorang teman yang amat dikenali Perempuan A. Malah hubungan itu terlalu akrab hinggakan Perempuan A turut terasa tempias dendam amarah Perempuan B. Perempuan B menzahirkan amarah dalam kenyataannya dan mula ditokok tambah oleh kenalan-kenalan yang lain. Tidak kurang juga yang menenangkan. Tapi lebih ramai yang bagaikan mencurah minyak ke bara api.

Kerana geram dengan kenyataan tersebut, Perempuan A membuka blog peribadinya dan menulis kenyataan balas kepada status di laman sosial tadi. Ya, marah menguasai diri. Geram juga kerana merasakan dirinya turut terpalit dalam dendam lama itu. Dirinya merasakan tidak sepatutnya Perempuan B menghebahkan keburukan rakannya di laman sosial, lalu dia cuba menasihati dalam geram dan setiap bait perkataan bagaikan lontaran ketidakpuasan hatinya yang tidak dapat dijelaskan melalui laman sosial Perempuan B tadi.

Perempuan B lalu terbaca. Aneh, nasihat yang ingin Perempuan A sampaikan bertukar menjadi kenyataan benci dan dendam. Perempuan B lalu mengatakan Perempuan A ingin memutuskan persahabatan dengan dirinya. Sedangkan, bukan itu maksud awal Perempuan A menulis di blognya. Namun, salah faham telah berlaku. Mereka tidak menyelesaikan sesama mereka, tapi hanya membalas serangan di alam maya yang turut disertai kenalan-kenalan yang tidak tahu menahu hujung pangkal cerita. Pengakhirannya, Perempuan A telah dianggap memutuskan persahabatan dalam keadaan dia ingin membela teman lain. Manakala Perempuan B meraih simpati kenalan laman sosialnya yang langsung tidak memberi nasihat kebaikan tetapi hanya menuntut dirinya dibela dari terus berkawan dengan Perempuan A.

Situasi 2

Seorang pekerja perempuan di salah sebuah syarikat minyak di Malaysia sedang menyelesaikan beberapa masalah sebut harga di ruang kerjanya. Deringan telefon berbunyi menandakan panggilan masuk dari bahagian pejabat yang lain.

Pekerja Lelaki : Tolong call supplier untuk tangguh penghantaran ke esok hari (secara berhemah meminta tolong). Ada masalah di ruangan production. Tank ada masalah dan tidak dapat befungsi dengan baik. Mungkin esok baru boleh ready dengan raw material yang baru.

Pekerja Perempuan : Apa? (terkejut barangkali kerana terpaksa membuat panggilan sekali lagi) Mana boleh delay penghantaran. Lagipun supplier dah confirm nak datang hantar hari ini. Masalah tank tak boleh berfungsi awak pandailah cari penyelesaian sebelum tengah hari, dan supplier akan tetap datang hari ini.

Pekerja Lelaki : Sepatutnya tugas awak call supplier. Tak boleh ke tangguh ke esok hari. Tak kanla itu pun nak kena saya ajar. Tugas awak untuk berhubung dengan mereka cuba ringankan masalah production kita sekarang ni. Awak tak tau buat kerja ke?

Terguris dengan kenyataan pekerja lelaki tersebut, lalu pekerja perempuan meluahkan rasa geram dan tidak puas hatinya di laman sosial. Ada yang menghangat lagi situasi dengan mengapi-apikan kenyataan. Dan akhirnya pekerja lelaki muncul membela diri dalam kenyataan balas menerangkan pada kenalan lain duduk sebenar dirinya dalam situasi ini. Pekerja perempuan tidak puas hati, lalu terus-terusan menolak kenyataan pekerja lelaki. Yang memerhati, membaca dan membalas status tersebut ada yang membantu menjernihkan keadaan. Namun, masalah tetap tidak selesai kerana segala-galanya hanya di laman sosial.

Perempuan, Laman Sosial dan Emosi

Dua situasi saya hidangkan dalam artikel kali ini sebagai permulaan kepada ketiga-tiga perkara di atas (perempuan, laman sosial dan emosi) yang akhirnya telah membawa kepada satu titik di mana, telah robek sebuah hubungan persahabatan di antara dua teman dan dua rakan sekerja. Malahan, rakan-rakan lain yang memerhatikan turut terlibat secara tidak langsung sama ada membela sebelah pihak yang lain atau telah tertanam dalam diri mereka beberapa persepsi negatif terhadap pihak-pihak yang terlibat. Akhirnya juga, tiada kebaikan yang terlihat malah keburukan telah dipamerkan sejelas-jelasnya buat tatapan seluruh dunia dan mereka yang mengenali.

Laman sosial, tidak ingin saya fokuskan yang mana kerana anda sendiri sudah arif dengan dunia maya ini. Tujuan utamanya, untuk menghubungkan yang jauh mengeratkan yang dekat, menyebarkan kebaikan bagi mereka yang berIman dan bertaqwa, menghebahkan keburukan dan kerosakan bagi setengah yang lain. Dan sedarkah kalian, wahai Muslimah, wanita-wanita zaman sekarang bahawa laman sosial sebegini telah membuka hijab kita kepada dunia yang penuh tipu daya. Dunia yang kita sendiri cipta, dan hanya dengan benteng tarbiyah sahajalah kita mampu mengawal kerakusan di dalamnya.

Sedihnya, dengan kebejatan teknologi dan kemudahan dunia maya sebegini, ramai Muslimah dan wanita telah merobek pakaian malu mereka secara terang-terangan. Walaupun segalanya hanya berlaku di alam maya, tidak berjumpa secara fizikal, tidak berbicara dari mata ke mata, wanita sudah semakin berani menanggalkan hijab malunya. Kita sudah berani mempamerkan emosi di laman sosial tanpa segan silu, meraih simpati mereka yang mengenali kita, meluahkan emosi, mencari sekelumit nasihat tanpa sedar telah meragut maruah insan lain dan lebih menyedihkan kita sanggup memutuskan sebuah hubungan dengan teman, dengan keluarga dan mungkin saja dengan insan-insan yang sangat menyayangi kita.

Teori Barat

Pengkritik dari gerakan feminist Barat telah mengatakan bahawa wanita perlu bergerak ke hadapan, menafikan semua kenyataan yang juga dibawa oleh fahaman Barat bahawa wanita hanya bergantung pada lelaki, lemah dan tidak bertamadun. Gerakan feminist juga menggalakkan wanita untuk tampil menguasai segala bidang, bersuara menyatakan pendapat dan menentang segala bentuk penindasan fizikal, emosi, dan rohani. Dalam teori ini, terdapat satu terma yang acapkali digunakan iaitu agency atau kebolehupayaan, kuasa, hak kepada individu untuk bertindak menurut kehendaknya, menyatakan pendapatnya, berdiri atas keupayaan dirinya tanpa dihalang oleh mana-mana unsur. Dari sini pula terdapat dua jenis agency iaitu agency secara covert (dalaman) dan agency secara overt (terang-terangan). Hakikatnya, teori ini telah memperkenalkan kepada wanita beberapa kebaikan dalam tidak sedar juga, jika wanita itu tidak dibenteng dengan kekuatan aqidah akan menyebabkan dirinya terjatuh ke lembah kehinaan.

Di sinilah saya ingin membuktikan bahawa, kebolehupayaan wanita kini untuk tampil kehadapan, telah sedikit sebanyak melunturkan warna pakaian malu mereka. Bukanlah saya menentang kaum wanita untuk ke hadapan kerana hakikatnya wanita juga harus bergerak kehadapan, tetapi kenapa sampai begini sekali kita ingin melondehkan sifat malu yang telah Allah kurniakan pada kita? Wanita telah mempertahankan agency mereka secara overt. Bukan lagi secara covert. Tanpa mereka sedar, tindakan overt agency itulah yang melondehkan pakaian malu mereka.

Muncul di laman sosial dengan meluahkan emosi, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak malu…adakah ini yang kita belajar dari maksud hadith

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri ra. dia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya sebuah ungkapan yang telah dikenal banyak orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah semahumu.” (HR. Bukhari)

Adakah laman sosial kita itu Tuhan untuk kita raih simpati darinya dengan meluahkan segala permasalahan sosial. Lihat sajalah kesannya pada dua situasi di atas, yang akhirnya telah mengoyakkan hubungan persahabatan yang dibina sekian lama dengan hanya satu kenyataan di laman sosial berbaur emosi, amarah, nafsu, geram dan sebagainya. Di mana penyelesaiannya??

Kita sudah tidak malu wahai wanita. Kita malu dalam berpakaian. Tapi tidak malu dalam mengeluarkan kenyataan di laman sosial. Adakah ini yang Islam ajarkan? Hanya sebahagian yang kita jaga, sebahagian lagi kita dedahkan. Kita dah sering dengar, terbaca malah lihat banyak kenyataan tentang menjaga malu dari segi berpakaian. Tapi bab yang satu ini kita terlepas pandang. Kita tidak menjaga malu kita di laman sosial.

Sedih bukan?

Dengan hanya satu kenyataan, kita telah membuka aib diri kita, membuka ruang juga untuk orang lain mengenali aib rakan kita yang sepatutnya kita tegur secara bersemuka bukan dengan cara mendedahkan di ruangan di mana satu dunia boleh lihat dan baca.

Muhasabah wahai diri

Ya, kita ingin membela diri. Kita ingin diberi perhatian, kita ingin mendapatkan nasihat untuk semua permasalahan. Itu fitrah kita sebab itu Allah bekalkan Al-Quran dan Allah utuskan Rasulullah sebagai qudwah. Mulakan dengan langkah ketaqwaan dalam meluahkan emosi, moga dengan izin Allah atas rahmatNya kita beroleh ketenangan dan penyelesaian. Jika emosi dan nafsu yang merajai tindakan kita, maka beginilah jadinya apabila terang-terangan mempamerkan aib di laman maya. Sesungguhnya malu itu hanya akan melahirkan sesuatu yang baik.

Imron bin Hushoin ra berkata: “Rasulullah saw bersabda, ‘ Malu itu tidak akan menimbulkan sesuatu kecuali kebaikan semata.” (HR. Bukhari, Muslim)

Kita muhasabah kembali dengan menyelak lembaran hadith Rasulullah.

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: “Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”


[ Hadith riwayat Abu Dawud]



Muhasabah buat diri saya dan semua yang membaca. Saya fokuskan kepada wanita, kerana saya sayang diri saya dan anda. Maka mari sama-sama bergerak selamatkan sifat malu kita. Seindah hiasan adalah wanita solehah dan wanita solehah itu yang menjaga malunya. Moga Allah golongkan kita bersama-sama muslimah lain yang tinggi sifat malunya.

~ Khumaira :) ~



~ aduhai muslimahku sayang ~

Bila suci tak dijaga, Bila kotor dihina-hina


Malam hari. Sepi. Sunyi. Semua sedang study. Sedang otak ligat, berehat sebentar menjenguk facebook. Agak-agak apa isu hangat selain tragedi 1-1-12 tu. Ternampak beberapa link yang sahabat saya kongsikan. Terbaca tajuk tapi tak sempat nak klik jenguk sebab masa tak mengizinkan. Malam ni menjenguk lagi. Tergerak hati nak tengok. Terus laju sahaja google artikel yang berkaitan. Oh isu ini? Senyum.

Nur Amalina Che Bakri.


Dulu saya sendiri kagum dengan dia. Budak pandai, bijak, sekolah biasa, hanya bersama emak di sisi, masih mampu melakar sejarah dengan kejayaannya yang tersendiri. Ingin sahaja berjaya seperti dia. Berusaha yang termampu selebihnya berserah kepada Allah s.w.t.

Hari ini gempar lagi kisah mengenai Nur Amalina. Nama yang cukup indah. Rupa yang cukup cantik. Sayang seribu sekali sayang melihat gambar-gambar terbarunya. Anda sedih? Mungkin ada manusia yang lebih sedih dari itu. Anda marah? Mungkin ada yang manusia yang lebih marah daripada itu. Anda mungkin terlupa bahawa Nur Amalina masih punya keluarga.

Saya sebenarnya terkilan. Bukan terkilan dengan Nur Amalina tetapi saya terkilan dengan manusia. Saya terkilan dengan anda semua. Masing-masing sibuk melontarkan hujah, memburukkan dia, menghina dan mengeji juga ada. Sudahlah menghina dan mengeji, dalam masa yang sama membezakan Nur Amalina dengan gadis-gadis muslimat yang juga berjaya melakar kejayaan.

Saya bukan menyokong tindakan Nur Amalina. Namun begitu, saya juga tidak menyokong kalian mengeji dia. Tidak dan tidak. Suatu hakikat yang anda semua di luar sana patut sedar. Nur Amalina, Nik Nur Madihah atau fatimah atau sesiapa lagi yang berjaya adalah lahir dalam latar belakang yang berbeza. Meraka punya didikan yang tidak sama. Mengapa perlu kita membeza-bezakan mereka? Mengapa perlu kita menyalahkan sekolah mereka? Mengapa perlu kita menyalahkan tempat belajar mereka sekarang? Tanya diri mengapa dan mengapa.

Tidak semua pelajar sekolah biasa akan berubah jadi jahat bila pergi luar negara. Tidak semua juga pelajar sekolah agama atau Maahad yang senantiasa kekal baik di Malaysia, apatah lagi di luar negara sana. Kita berbangga pelajar dari sekolah agama masih baik dan tetap baik sedangkan pada masa yang sama berlambak-lambak juga di kalangan mereka ini sudah tidak kekal istiqamah. Kita membenci pelajar sekolah biasa yang menjadi jahil sedangkan ramai juga di kalangan mereka yang berjaya dengan keadaan iman masih di dada.

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina.


Kita ini tidak sayangkan sahabat kita. Kita ini tidak pernah jaga sahabat kita. Kita ini hanya tahu membenci mereka bila mereka berubah arah. Kita ini hanya nak baik sorang-sorang sahaja. Nak masuk syurga sorang-sorang? Nak campak kawan ke neraka? Begitu? Dimana silapnya kita? Kita berusaha menjadi baik sedaya upaya tetapi kita langsung tak pernah nak ajak kawan kita bergerak ke arah kebaikan. Sedang dia masih baik, kita langsung tak jaga dia. Bila dia berubah, kita menghina-hina dia. Salah siapa sebenarnya?

Sebab itu kita tak boleh nak letakkan kesalahan pada Nur Amalina bulat-bulat. Anda muslimin muslimat di luar sana sedar atau tak bahawa anda sebenarnya punya tanggungjawab yang besar? Maaf jika saya sebut ni. Rata-rata pelajar yang berkopiah, yang bertudung labuh selalu mengelakkan diri daripada berkawan dengan mereka-mereka yang biasa-biasa ini. Kononnya takut terjebak, takut terpengaruh. Saya mahu tanya, jahat sangat ke mereka? Kalau bukan kalian yang menarik tangan mereka ke arah kebaikan, siapa lagi? Syurga itu bukan tempat untuk kita duduk sorang-sorang. Taknak ke masuk syurga ramai-ramai?

Sebab tu saya cakap, kita ini waktu mereka baik, tak pula kita nak jaga tapi bila dah kotor, kita mengejinya. Saya malu. Malu dengan tindakan kita semua. Mengaku baik sedangkan hubungan sesama manusia pun sudah tidak dijaga. Tidak ada salahnya kita bangga dengan Nik Nur Madihah dan yang lain. Cuma alangkah indahnya kalau mereka ini mampu bersahabat dengan mereka-mereka yang kurang didikan agama dan bersama bergerak dalam jalan dakwah.

Wahai muslimin muslimat, kalian ini cukup beruntung. Dilahirkan dalam keadaan yang baik, tarbiyah yang sempurna. Oleh itu, apa kata bermula dari sekarang, luaskan skop persahabatan. Jangan berkawan dengan mereka yang dah sedia baik sahaja tapi dekatkan diri dengan mereka yang tidak terdidik atau kurang terdidik dengan agama. Boleh jadi, mereka ni sedang mencari cahaya tetapi tidak tahu arah. Justeru, mari kita bergerak ke arah mereka.

Jangan sibuk berbangga dengan diri yang sudah baik. Jangan sibuk berbangga dengan tarbiyah Islam sejak dari kecil kerana Allah masih belum menguji kita sepertimana mereka. Jangan hari ini kita sibuk mencaci mereka, esok lusa kita pula dibenci dan dicaci. Iman itu sangat tipis. Sesiapa sahaja boleh tergelincir. Pesan pada diri, "aku mahu ke syurga.tapi bukan berseorangan"

Berhenti mencaci dan mengeji
Berhenti berbangga diri
hadiahkan doa buatnya
hadiahkan doa buat semua

Peringatan untuk diri sendiri juga.

Andai diri ini tersadung di lembah ujian,
Tariklah diri ini ke arah Yang Maha Esa,
Andai diri ini rebah di lubang derita,
Angkatlah diri ini ke syurga bersama.


Maaf terkasar bahasa. Semoga kita belajar dari kisah-kisah terdahulu. Manjadi pengajaran buat diri, teladan buat hati. Semoga ada manfaatnya dengan izin-Nya. :)

Doa dari jauh seikhlas hati


~bersama menuju redha-Nya. Syurga itu indah~

Doa dalam diam.Doa dari jauh :)


Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.


Cerita yang saya dengar itu begini:


-----------------------------------------------------------------------
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.

Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.


Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

-------------------------------------------------------------------------------------------


Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

MARI MENJADI HAMBA!



nota hati: perkongsian dari Hilal Asyraf :))

nota hati 2: sentiasa doa dari jauh, sentiasa doa dalam diam ^___^

nota hati 3: Doa seorang muslim kepada saudaranya ketika saudaranya tidak mngetahuinya, adalah doa yang mustajab, kerana disisinya ada malaikat yang mngaminkan (HR Muslim) =D

Jika Anda Muslimah Aktif


Sebut kata aktif, mungkin secara mudahnya kita akan membayangkan kecergasan tubuh badan berlari, memanjat, berkejaran dan sebagainya.


Tetapi artikel ini bukanlah mahu membicarakan tentang aktif dari sudut tersebut. Bukanlah saya mahu menulis tentang muslimah yang terlibat dalam bidang sukan, menjadi atlet dan sebagainya.


Ia adalah bicara tentang aktifnya muslimah dari kacamata Islam. Sebelum itu, mari semak kembali apa maksud muslimah aktif yang sebenar.




AKTIF SEBAGAI KHALIFAH ALLAH


Lelaki dan wanita, keduanya diciptakan sebagai khalifah di atas muka bumi Allah. Apa maksud khalifah? Pemakmur, pentadbir, pengurus bumi Allah. Mereka menguruskan bumi Allah dengan agama iaitu Islam dengan menghidupkan Al Amru Bil Makruf Wan Nahyu Anil Mungkar.


Maka sebenarnya, bila kita sebut muslimah aktif, maknanya adalah muslimah yang aktif menunaikan tanggungjawab dan tugasan mereka sebagai pentadbir bumi Allah, meskipun tanpa jawatan. Mereka aktif melaksanakan kerja dakwah, menyumbang untuk Islam, terlibat dalam gerakan Islam, persatuan Islam, pertubuhan Islam dan sebagainya.


Sudah tentu, terkecuali di sini muslimah yang tidak aktif. Maknanya, muslimah yang sengaja mengongkong dirinya dengan alasan ‘malu’ serta ‘ikhtilat’ lantas satu kerja untuk Islam pun tidak dilaksanakan. Tidak menyumbang di luar rumah dan tidak juga menyumbang dari dalam rumah. Mereka memang langsung tidak ada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.


Bicara ini, khas untuk muslimah yang aktif sahaja.






KOMUNIKASI


Bila kita sebut kerja Islam dan kerja dakwah, maknanya ia bukan suatu pekerjaan main-main. Ia bukan suatu kerja yang boleh diibaratkan seperti melepas batuk di tangga. Tidak sama sekali.


Ia adalah suatu kerja yang sewajibnya kemas, tersusun dan profesional. Tidak kira apa sekalipun lapangannya samada persatuan, kumpulan mahukan pertubuhan, elemen-elemen tersebut adalah suatu yang tidak dapat tidak mesti wujud dalam melaksanakan kerja dakwah.


Dan salah satu tunjang utama dalam prinsip profesionalisme adalah komunikasi yang cemerlang. Ertinya, komunikasi yang berkesan, tidak ada jurang, tidak diresapi unsur yang tidak berkaitan dan sebagainya.


Malanglah, jika musuh-musuh Islam yang bekerja untuk menghancurkan Islam itu pun cara bekerja mereka begitu profesional dan jauh sekali bermasalah dari segi komunikasi, tetapi mereka yang bekerja untuk Islam pula langsung tidak profesional dan sering mempunyai masalah komunikasi.


Saya melihat, salah satu punca besar yang membawa kepada masalah komunikasi adalah sikap. Khususnya sikap sebahagian besar muslimah yang aktif dalam kerja dakwah. Dari sudut aktif, mereka patut dipuji. Tetapi dari sudut komunikasi, sangat perlu diperbaiki.






MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI


Sebagai contoh, jika bekerja dalam pertubuhan tertentu atau persatuan tentu. Antara muslimin dan muslimat kebiasaannya akan saling berhubung atas maslahat kerja serta perancangan. Mungkin untuk melaksanakan aktiviti, program dan sebagainya.


Ada sebahagian muslimah, komunikasi mereka dengan muslimin cukup teruk. Seolah-olah, di awalnya lagi telah ditanam di dalam otak mereka bahawa muslimin itu adalah ‘musuh’ maka komunikasi dengannya juga mesti ‘berjaga-jaga’.


Saya memahami bahawa di sana wujudnya muslimah yang sangat tegas dalam hal ehwal ikhtilat. Itu saya hormati. Tetapi kita perlu sedar. Di dalam gerak kerja yang melibatkan maslahat umum, tidak boleh sama sekali dibesarkan maslahat peribadi. Contohnya, bertegas untuk ‘menjaga pandangan’ sehingga ketika bermesyuarat pun tidak mahu memandang ahli mesyuarat bahkan lebih parah jika sampai tahap tidak mengenali siapa ahli mesyuarat. Jika team kerja sendiri pun tidak kenal, bagaimana mungkin mahu mencapai gerak kerja yang cemerlang?


Timbul persoalan, apa pula nas serta dalil yang digunapakai sehingga begitu sekali jadinya anda sebagai muslimah?


Hanya dengan muslimah sesama muslimah, anda menjadi ‘manusia’.


Tetapi dengan muslimin, anda bertukar menjadi ‘makhluk lain’.


Seolahnya, anda menafikan hak muslimin tersebut untuk menerima komunikasi dari anda sebagai ‘manusia’ dan orang yang sama-sama bekerja. Dalam masa yang sama, anda tidak sedar sudah berapa ramai muslimin yang merasa ‘terhina’ dengan perlakuan dan sikap yang anda tunjukkan.


Pada saya, kita sebenarnya perlukan muslimah yang bukan semata-mata muslimah, tetapi muslimah yang cerdik. Muslimah yang bukan semata-mata hebat pegangannya dengan prinsip agama, tetapi juga bijak menyesuaikan diri dengan suasana serta mampu mempraktikkan komunikasi yang cemerlang.


Anda mungkin tidak sedar, dari sikap anda yang mementingkan diri sendiri itu, lahir pula fitnah kepada Islam.


Kononnya, Islam mengajar ummatnya yang wanita supaya menjadi begitu.


Bila bermesyuarat, dia hanya memberi pandangan dengan ‘satu nada’ atau ‘mendatar’.


Bila ada unsur humor, mimik mukanya langsung tidak akan berubah apatah lagi senyum. Mimik mukanya adalah sekata, dari awal sehingga akhir. Keras dan tegang.


Bila ada muslimin bertanya kepadanya, muslimin tersebut langsung tidak akan dipandang. Kalau muslimin itu berada di sebelah depan, dia akan pandang ke tepi. Kalau di tepi, akan pandang ke depan. Atau, dia akan pandang hanya ke bawah. Dia lebih rela bercakap dengan ‘halimunan’ daripada bercakap dengan muslimin.


Kesemua sikap itu berpotensi memberi fitnah kepada Islam, sedangkan Islam tidak menyarankan sedemikian.


Bagaimana mungkin ummat Islam akan mampu berdaya saing, jika produknya adalah seperti itu?


Terkadang, saya cukup hairan dengan beberapa alasan yang diberikan. Antaranya, mereka perlu melakukan sedemikian kerana takut tertimpa fitnah dari kaum lelaki. Takut timbul ‘masalah hati’ dan sebagainya. Tetapi isunya, anda dan muslimin itu bukannya sedang berkhalwat. Katakan dia menghubungi anda secara peribadi, atau menegur anda di jalanan dalam keadaan hanya ada anda dan dia, itu masuk kategori lain. Keadaan itu memang sewajarnya anda benteng dengan ketegasan tahap maksima.


Namun, jika dalam pengurusan, pekerjaan, perlaksanaan, perkongsian pendapat dan sebagainya, dalam suasana yang langsung tidak ada unsur fitnah, mengapa demikian juga sikap dan perangainya?


Kadang-kadang, soal seperti ini tidak perlu lah sehingga dijadikan subjek atau matapelajaran. Ia sebenarnya adalah common sense kita sebagai manusia. Muslimin itu saudara kita dan orang yang sama-sama berjuang bersama kita dengan matlamat yang sama. Janganlah mengamalkan sikap tidak profesional sehingga mencampur adukkan soal hati dan sebagainya.






BERUBAH


Jika anda muslimah aktif, jauhkanlah diri anda dari sikap dan perangai yang disebutkan. Anda perlu bermuhasabah kembali, berapa ramai ahli kumpulan ataupun orang yang bekerja dengan anda telah tercalar perasaan mereka dan terhina dengan tingkah laku anda. Seolah-olah, mereka adalah ‘orang jahat’ yang kerjanya adalah menolak anda masuk ke neraka. Anda pula adalah ‘orang baik’ yang sentiasa berjaga-jaga dengan kapak di tangan bagi memotong lehernya.


Perbaikilah kembali soal komunikasi anda. Saya kira, mengambil sikap pertengahan adalah alternatif yang paling baik. Kita tidak dilihat sebagai terlalu kolot dan tidak dilihat sebagai terlalu terbuka. Ada ketikanya, kita ramah. Ada ketikanya, kita diam. Ada ketikanya, kita perlu senyum. Ada ketikanya, kita tidak perlu senyum. Anda harus tahu, menjadikan orang selesa dengan anda yang mana membawa kepada mudahnya urusan kerja dakwah, itu adalah satu ibadah. Dan tingkahlaku anda itu sendiri adalah suatu dakwah.


Belum terlambat untuk berubah.






sumber: myilham.com ;)




nota hati: masih lagi mahu bergiat aktif. takkan pernah serik walaupun kepenatan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...