إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label kelas. Show all posts
Showing posts with label kelas. Show all posts

Comot-comot ahad


بسم الله الرحمن الرحيم

trial exam cumalah setahun sekali :)


Alhamdulillah.

I'm done. Selesai beberapa kerja walaupun bukan semua. InshaAllah will try my best to settle everything before Tuesday. ^__^


Checklist to do:

  • Soalan trial (4 set)
  • Soalan revision (3 set)
  • Marking scheme (7 set)
  • Marking papers (3 classes)
  • Review slides (2 chapters)
  • Prepare leaflet (1 topic)
  • Provide discussion issues (1 chapter)


Honestly, because of those checklists lah yang buat saya stress semalam. But I managed to settle some part of them. Syukur. 

Sebenarnya macam kelakar jugak marking paper malam tadi. Sebelum tidur. Sorang student ni tulis jawapan part economics. Keliru jugak saya pun. Pandai pulak dia relate psychology dengan economics, eventhough his answers actually wrong. haha :D

Well, esok dah mula kelas. Hmm seronok la students saya. Cuti sejak hari Rabu. Tentu esok ramai yang Monday blues. Kalau buat pop quiz pun best jugak ni. hehehehee. Walaupun kebiasaannya saya yang Monday blues, bukan diorang. eheh. 

Am looking forward to have a long holiday after done trial exam. Yeah, that one would be a biggest reward for me, inshaAllah :)) 











~ I drop du'as. Not bombs ~


UIAM: Kelas Terakhir


بسم الله الرحمن الرحيم



ini kelas Organ. Subjek feveret saya.
senyum lebar-lebar.
kelas best.
subjek best.
takpernah bosan.
sebab sir pandai nak 'buat' kelas kot.
heeee.



ini kelas Edu.
grupmet terbaik.
grupmet paling best kot.
ceria je.
hehe



ini kelas CCP.
grupmet yang macam siblings.
seronok.
plan macam-macam
tapi satu pun tak jalan
haha


ini kelas UG Seminar.
ini kelas terakhir yang berlangsung sebelum exam.
kelas last tu start jam 9-12 tengahari.
lama kan?
tapi best.
:)



kalau dah gambar paling cantek, faham2 la ini kelas apa.
haha
boleh teka tak?
sama je dengan yang kat bawah ni


ini kelas Photography.
haha.
sebab tu gambar cantek! :D



Fakta: Saya sebenarnya rindu nak masuk kelas. Rindu la. Huhu.












~ I dro du'as. Not bombs ~




Minggu terakhir sebelum grad




Alhamdulillah.
Semuanya dari Dia. Dari Allah. Yang memiliki segala di bumi dan di langit.

Selepas post terakhir saya di blog, saya jatuh demam. Dan semakin pulih pada hari Isnin lepas walaupun sekarang masih bersisa batuk-batuk. Syukur dengan semuanya. Sakit, tanda Allah sayang juga. Chill :)

Minggu terakhir. Kelas terakhir. Serasa seperti mimpi.

*setiap kali habis kelas, menangis dalam hati*

Saya tak tahu bagaimana nak bercerita dan berkongsi rasa tentang apa yang saya rasa sekarang. Tak tahu bagaimana nak ekspresikan rasa yang tersimpan. Mungkin. Terlalu banyak benda nak fokus sampai rasa macam-macam.

Beberapa hari saya stress. Sampai terzahir pada wajah. Kata kawan saya, "takut nak tegur nusrah..muka lain macam sangat.." Sedih saya dengar kata-kata kawan saya. Sedih kerana saya tidak mampu memaniskan wajah pada sahabat. Sedih kerana saya tidak mampu kawal stress dengan baik.

Namun, terima kasih buat dua orang sahabat pada hari ini kerana membuatkan saya tersenyum ketika saya sendiri sudah lupa bagaimana caranya untuk senyum. =))

Masih berbaki bebarapa tugasan dan masih berbaki satu kelas sahaja lagi. Semoga hati masih tabah dan kuat dan cekal. :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


We did it! :)

malas nak rotate
haha,
lepas habes berlakon ni
:)



Alhamdulillah.

I did it!

Lega sungguh. Banyak-banyak lega. :)

Jam 4.30 pagi berjaya siapkan video untuk kelas petang nanti. Rasanya video ni kali ke-11 saved and edit. Syukur banyak-banyak ya Allah. :)

thanks to all my groupmates. We did it! =)

Semoga Allah permudahkan urusan kita pada petang nanti. Aameeeen.

Mudah-mudahan inshaAllah :)












~ I drop du'as. Not bombs ~


Hari-hari terakhir sebelum grad


mungkin kerana terlalu banyak simpan diam
simpan sorang
simpan jaga
kongsi rasa
dengan Pemilik Hati
:)



Hari ini. Tiada sejarah yang luar biasa untuk disampaikan. Tiada cerita yang baru untuk di khabarkan. Cuma sebuah kenangan yang teselit dalam lipatan rutin harian di hari-hari terakhir di sini. Tak tahu nak senyum atau bersedih. Banyak perkara yang macam buat diri ini terdiam terkaku. Tiada tahu bagaimana nak bereaksi. Senyum lagi dalam hati. Supaya jadi penawar diri.

Perjalanan hari ini. Pagi hari sebelum ke kelas, menyiapkan video yang saya render sejak malam tadi. Kemudiannya bergegas ke kelas. Duduk dalam kelas, terasa seperti lain macam. Tapi saya tak tahu itu perasaan apa. Belum pernah saya rasa macam tu. Tak lama kemudian, madam bagi midterm paper. Terkaku seketika. Betulkah ini markah saya?

Diam.

Lama.

Istighfar dalam hati. Berkali-kali. Ya Allah, lindungilah aku dari sebarang dukacita yang tidak semena-mena. Diam-diam hati berdoa.

Sahabat-sahabat di sebelah kanan saya, kelihatan ceria dengan markah yang diterima. Sempat menjeling pada kertas jawapannya, saya mengucapkan tahniah di dalam hati. I'm proud of her. Sahabat-sahabat di sebelah kiri pula kelihatan murung. Saya cuba mengukir senyuman pada dia. Sedangkan saya sendiri tidak tahu perasaan saya pada ketika itu.

Entah.

Saya tidak tahu mahu bergembira atau mahu menangis. Atau mungkin kerana kerja-kerja yang masih bertimbun membuatkan saya tidak sempat langsung untuk melayan perasaan sedih. Dan hari ini, saya belajar satu perkara lagi. Pertama, mungkin di kala kita gembira, kita juga perlu sedar dengan rakan-rakan sekeliling. Kerana bimbang di sebalik tawa kita, ada yang diam-diam sedang menangis kecewa. Dan mungkin ada yang ketika itu perlukan semangat dari kita di saat dia di rundung rasa lemah dan dukacita.

Kata kawan saya; "Nusrah, you perlu bodek madam"

"itu yang nusrah tak reti"

"but you should do it"

"masalahnya nusrah memang tak tahu bodek orang, apatah lagi lecturer"

"you kena buat baik dengan madam dan buat madam tahu you"

Hurm. Saya diam. Tak tahu dah nak jawab macam mana. Madam bukan tak kenal saya. Tapi saya sejujurnya memang tak reti bodek orang. Maka, bagaimana lagi harus saya lakukan? Dapat markah tinggi sebab bodek madam? Sungguh, saya tak reti. Sedangkan saya punya dua minggu sahaja lagi. Dan diam-diam hati saya berkata, "nusrah, just be yourself!"

Petang hari bersambung dengan kelas dan discussion. Sesungguhnya terasa sangat penat hari ini. Tapi mohon hati sabar sebab saya tahu, ini mungkin bernilai di mata Allah. Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran dan ketabahan. Aaameeen.

Malamnya pula, sebelum pergi meeting, sedang duduk makan-makan, ada seorang teman bertanyakan saya tentang mushrif saya. Dan tidak saya sangka, dia tinggalkan secebis nasihat yang berguna. Mungkin. Kata-kata dia, membuatkan hati saya diam kaku. Terasa seperti nafas berhenti dan jantung berehat sebentar. Perlahan-lahan menghadam kata-katanya, akhirnya saya akur. Dengan sebuah senyuman, saya mengucapkan terima kasih pada dia.

Lepas ni, saya tak boleh balik dengan mushrif saya dah. Tak boleh.

I'm pretty sure that my mushrif doesn't read this. Kalau dia baca pun, saya rasa...mungkin tiada kesan langsung kot kat dia. Kot lah. Entah.

Kemudiannya, saya pergi meeting. Setengah jam menanti, barulah anak-anak PC Taaruf Week ni muncul. Itu pun cuma beberapa orang. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi sejak maghrib lagi. Setelah berbincang itu ini dengan mereka, maka terhasil lah Reunion versi Potluck. Mohon ampun maaf buat sesiapa yang tak berkenan atau rasa menyusahkan. Kami di pihak PC sendiri sudah cuba memberi yang terbaik. Semoga semuanya dalam redha hati kalian. Aaameeeen.

Dan tadi, saya balik dalam hujan. Berseorangan. Mungkin itu kali terakhir untuk saya bermain hujan yang agak lebat. Indah. Mungkin mushrif saya pun tidak perlu untuk risau kerana ada Allah menjaga saya dan bila saya keluar UIA nanti, saya juga perlu berdikari.

Sampai di bilik, saya berasa lelah. Rasa seperti, ya Allah malam ni pasti tak tidur sebab perlu finalized video lagi sekali. Mohon hati kuat dan tabah. Perlu. Ini perlu.

Saya menulis ini cumalah sebagai kenangan saya di masa hadapan. Mungkin suatu hari nanti, coretan ini akan menjadi penguat semangat saya. Mungkin juga tidak. Tapi, coretan hari-hari terakhir sebelum grad ni tetap akan bersemadi walau mungkin ada yang pahit dan ada yang masam. Tetapi saya percaya, pastinya terselit kisah-kisah indah dan bahagia. InshaAllah :)

Saya berani jamin, malam ni, airmata saya akan menitis. Mungkin diam-diam sebelum tidur atau mungkin dua tiga saat lagi.

Senyum.

Doakanlah saya kuat.

Kerana untuk menjadi kuat di hadapan manusia, diri akan menjadi lemah ketika bersendirian.

Hati, redha lah dengan segalanya.










~ I drop du'as. Not bombs ~


kerja sekolah

kerja.
tika di rumah.
video yang...
3-4 malam berjaga.
huhu.
ini
pengalaman yang i.n.d.a.h :)


Saya sedang menyiapkan kerja.
Entah kenapa, debarannya terasa semacam.
Mungkin kerana saya sedar bahawa saya sudah tidak punya masa.
Masa untuk apa?

Untuk macam-macam perkara. huhu.

semoga semuanya tidak sia-sia. semoga ia nya bernilai di mata Allah. walaupun mungkin tidak di mata manusia. huhu. esok last kelas skill. saya belum punya gambar cantek untuk dihantar kepada cikgu. bagaimana ye? *garu kepala banyak kali*

cikgu mintak 3 keping je. tapi saya tak tahu nak hantar gambar mana. alahai. huhu

esok

perlu

finalize

everything

______________________________________


may Allah ease :)












~ I drop du'as. Not bombs ~


bertahan



tangan laju menepis titis jernih.
wahai diri, kenapa terlalu lembik.
sikit sahaja lagi.

kerja-kerja bertimbun.
kesemua 7 subjek perlu disiapkan minggu ni.
saya baru selesai dua.
maka hati berasa parah.

"Ya Allah sabarkan diri" 


Psychology ini macam Medic. Tapi ramai yang tak tahu. Jadi, kalau ambil 7 subjek tu memang teruk. Saya jealous tengok mereka-mereka yang boleh balik tiap-tiap minggu. Kos diorang belajar macam mana agaknya? Mesti tak ada experiment, tak ada report, tak ada discussion macam ni kan. Huu~

wahai diri, belajarlah bersyukur kerana kamu yang memilih jalan ini.

Mohon bertabah. jangan goyah.




ada kad kawen menjengah diri.kosong saja rasa hati.
apa tandanya itu?saya sudah berjaya.mungkin.
semoga berbahagia.sampai  syurga.









~ I drop du'as. Not bombs ~


esaimen ini buat saya pening



Rasa macam nak hantuk kepala ke dinding
Banyak kali
Sungguh susah
Dah tak tahu nak buat macam mana esaimen ni

=.='


Nak cari participants untuk experiment pun susah jugak. Hmm










~ I drop du'as. Not bombs ~


coretan ringkas



Banyak perkara buat kita penat dan lelah. Jarang sekali mahu bersyukur dengan nikmat sihat dan lapang yang Allah beri. Seringkali kita membandingkan diri kita dengan mereka yang berada di atas bukannya dengan mereka yang mempunyai kekurangan jauh lebih dahsyat dari kita. Mengapa sukar sekali kita menjadi hamba yang bersyukur?

Saya masih ingat. Hari isnin lepas, saya dirundung kesedihan. Sudah saya duga. Perjalanan semester ini tentunya berliku dan tidak akan semudah yang di harapkan. Allah menguji. Sejauh mana kesabaran dan ketabahan saya dalam hidup ini. Tentu masih ingat cerita kelas Method of Dakwah yang saya ambil semester ni kan? Ditakdirkan Allah, dalam kelas tu semuanya budak Law. Sudah lah budak law, semuanya level4 pulak tu. Macam biasa, saya dah biasa jadi pelajar paling junior dalam kelas. Cuma ini pertama kali kot di kelilingi oleh seniors Law yang memang ramai.

Dijadikan cerita, hari Isnin lalu, Dr. Osman suruh buat group assignment. Katanya mahu dua orang satu group. Tiga pun boleh kalau nak. Kat sini terjadilah kejadian yang meremukkan hati saya. Saya keseorangan. Takde orang nak berpartner dengan saya. Mereka semua dah ada pasangan. Sudahlah begitu, dorang pun taknak ajak pun saya sama group. Malah, ada yang angkuh sekali cakap kat saya dia dah ada partner. Semua budak Law memang takde belas kasihan dekat orang ke? Maaf kalau ada yang tersinggung. Tapi saya seribu kali tersinggung masa dalam kelas tu. Kecewa!

Keluar sahaja kelas, banyak kali saya beristighfar. Sebab dalam hati sudah mula terbit rasa kecewa dan tak suka dengan budak Law. Akhirnya, sedang berjalan pulang ke Mahallah, airmata menitis perlahan-lahan. Masa tu juga hujan renyai-renyai mula turun. Demi Allah, saya memang sangat sedih dan kecewa pada hari tu. Sampai di bilik, saya cuba kuatkan hati. Tak mahu menangis kalau boleh. Pujuk hati, pujuk diri. Jangan sedih. Allah ada.

Hari Selasa tiba. Penuh kekalutan dan kesibukan. Disebabkan PM saya tidak ada, saya mengalami banyak masalah dalam menguruskan program. Tambah lagi APM lain pun ada hal dan demam. Allah sahaja yang tahu bagaimana penat dan susah dan payah saya nak cari komiti untuk post FC dan SC. Malam pula jam 8, saya dah kena handle meeting dengan anak-anak buah tersayang. Masa tu, betapa beratnya mahu memikul amanah. Terasa besarnya program yang saya sedang bawa. Jam 9 pula, ada meeting dengan pihak central. Saya pergi meeting dengan keadaan saya terlalu amat penat.

Tiba-tiba masa dalam meeting ada yang tegur;

"kak Nusrah sihat?"

"dah makan?"

On that moment, saya rasa macam mahu menangis. Saya hanya mampu mengangguk untuk kedua-dua pertanyaannya. Indeed, saat dia bertanya tu, saya terlalu penat. Dan rasa sayu bila dalam keadaan penat tu, ada pula yang bertanya soalan yang jarang sekali orang tanyakan pada saya. Selesai meeting, sorang adik call. Katanya nak jumpa saya esok hari. Tengok jadual, pejam mata. Maaf dik, jadual akak esok full. Jam 4pagi baru tidur. Awal pagi dah kena bangun untuk Subuh berjemaah. Jam 8-10 ada kelas. 10-1 masa untuk berbakti dengan CSC. 1-2petang lunch dengan kakak usrah. Jam 2 ada discussion since kelas postponed. jam 5-7 ada kelas ganti Arab pula. Oh memang macam mahu pengsan. I have no time to rest.

Duduk diam berfikir. Rasa macam mahu resign. Rasa macam saya menyeksa diri sendiri. Rasa macam teruk sangat dengan keadaan diri saya. Itu belum kira pasal assignment dan satu program lagi yang saya join. Saya tak boleh tipu kamu semua. Saya memang penat dengan semua tu.

Ada kawan cakap, "Nusrah...tak berat ke?"

Jangan kata berat, malah saya rasa macam mahu pengsan. Tapi ada something sebenarnya yang buat saya bersabar dan terus berjuang. Mahu tahu apa? :) To be continue soon!


Kehidupan kita

Hidup kita ni memang penuh liku. Hidup kita ni memang berduri. hidup kita ni memang berputar-putar. Ada turun naik tentunya. Tapi adakah itu menjadikan kita jauh dari Allah? Adakah itu membuatkan kita berputus asa dengan rahmat Allah?

Kasih sayang Allah itu luas. Malah, setiap masa Allah menjaga kita. Allah jaga kita dalam setiap keadaan. Allah beri apa yang terbaik dalam hidup kita. Yang buruk itu semuanya Allah jauhkan. Allah tak beri. Jadi, kenapa kita tidak yakin dengan pertolongan-Nya?

Duduk diam.
Renung sejenak.
Dalam sibuk kita dakwah ini itu dekat orang, bagaimana pula dengan diri kita?





nota hati: Bukan semua budak Law macam tu sebab saya ada Sayyidah Sukainah dan Ain Shamila yang baik dengan saya. Malah, PM saya pun pelajar Law juga. :)









~ I drop du'as. Not bombs ~

Kesayangan saya

my final paper (previous semester)
this is my day.
^____^





buku HR.
Saya suka subjek ni.
Love tu bukan ada kat buku tu pun.
ia senanye ade kat wedplan saya tp tertanggal pula.hehe
I love HR. Do you?
^_____^





~saya tengah rindu sebenarnya~




~ I drop du'as. Not bombs ~

Alhamdulillah ^___^



Hari itu hari Jumaat. 29 Jun 2012.

Selepas pulang dari kelas ganti, saya tertidur. Mengantuk dan penat. Sepanjang minggu tu saya jarang tengok hp. Entah kenapa hari tu, bangun je tidur, saya terasa nak check hp maxis. Ada satu sms berbunyi,

"Nusrah nak amek method of dawah kan. Cuba tengok add drop. Rasanya dia buka 1 section."

Saya tengok jam. Tepat pukul 2.30 petang. Mesej yang dihantar pula jam 1.58 petang. Saya membeliakkan mata. Rasa macam tak percaya je subjek tu ada buka section sebab asalnya tak di offer untuk semester ni. Dengan segera buka lappy dan buka website UIA. Hampir jam 3petang, baru saya berjaya masuk ke page add drop. Bila nak add subjek tu, section closed! Aduhai~

Di sebabkan hari tu adalah last day untuk add subjek, saya segera bergegas ke center. Segera meluru ke Department Usuluddin and Comparative Religion. Tapi ofis tutup. Kemudiannya saya segera ke ofis Deputy Dean Student Affairs IRK. Saya segera bertanya. Katanya saya boleh saja kalau nak add tapi kena buat manual as usual. Selesai isi form, saya sekali lagi ke Department Usuluddin. Masa minta nak add subjek, dia bertanya, "awak graduating student?"

Hampa.

Saya sangat hampa dengan pertanyaan tu. Yea saya bukan graduating student tapi kalau saya tak dapat satu lagi subjek yang 3 credit hour, saya takkan dapat habis dalam dua long sem lagi. Kemudiannya dia berkata, "kami buka dekat pelajar level4 dan graduating students sahaja. Tengoklah nanti kalau tak clash, kami add".

Saya hanya mampu mengukir senyuman pasrah. Semasa menyerahkan borang, dalam hati saya berdoa, "ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini". Saya keluar department dengan hati yang sayu. Malam tu, saya tak dapat tidur. Puas saya berpusing-pusing. Add and drop betul-betul mengganggu ketenteraman hati saya. Selepas beristighfar berkali-kali, airmata jatuh. "ya Allah, Nusrah redha dengan jalan pilihan Allah. Nusrah redha andainya Nusrah perlu tambah lagi semester. Kalau lah dengan banyak subjek tu buat Nusrah jauh, janganlah bagi Nusrah dapat subjek tu. Apa pun pilihan Allah, Nusrah terima". Dan saya tertidur dengan pasrah.

Setiap hari, setiap pagi, petang dan malam saya cuba check confirmation slip. Sedih juga bila subjek EAW tak dapat, subjek Dakwah pun tak dapat. Puas saya pujuk hati. Tu belum termasuk soal program yang saya perlu handle. Program yang saya tak gemar tapi saya telah di amanahkan. Akhirnya, pagi isnin 2 Julai, saya sudah redha dengan apa yang Allah beri. Saya terima hakikat dengan baik.

Malam tu, kawan saya bercerita tentang EAW. Katanya 8 section baru yang dibuka. Oh memang amat banyak. Katanya pergi la check dekat Celpad dan jangan lupa bawa kupon yang hari tu. Entah kenapa, saya mula membina harapan sekali lagi walaupun saya agak bimbang juga kalau saya dapat subjek EAW sebab saya juga ambil subjek EOP semester ni. Pagi tadi, (3 Julai), saya pergi juga ke Celpad.

"Saya nak tanya tentang status EAW"

"number berapa?"

"123"

"Kejap yea"

Tak lama lepas tu, brother tu datang dengan segala surat yang saya submit tu.

"Oh, sis dapat. Tapi workload exceed"

"workload exceed??"

"yea.kalau nak add jugak, pergi Kulliyyah minta surat workload exceed dari dorang"

"kalau saya drop subjek Arab untuk add subjek tu boleh ke?"

"boleh tapi better jangan drop"

"tapi saya nak add yang tu"

"pergi minta surat dengan deputy dean Kulliyyah dulu.pastu hantar kat sini.kalau boleh, buat hari ni jugak"

"okay.terimakasih"

Beberapa minit kemudian, saya tiba di ofis DDSA HS.
Setelah bercerita, kakak tu cakap,

"terlebih 0.5 pun dia tak kasi??" dengan penuh hairan. "takpelah, adik tunggu sekejap yea."

Setelah menunggu dengan debaran, saya masuk berjumpa dengan orang atasan. :) This is she! The one who have helped me during my first semester in Kulliyyah.

"awak final year?"

"sepatutnya lah.saya ada dua long sem lagi"

"awak nak add LQ?"

"bukan.yang tu dah dapat. nak LE 4000".

Then, she asked me a lot of questions. For your information, I need to convince her with my ability. But the most interesting part is when she can understand me without my explanation. She said, Kulliyyah doesn't mind if students want to take a lot of subjects and even workload exceed but Celpad is not like that. After having so much 'interview' with her, then she advice me not to carry on with the two English subjects. I did told her that I don't want too but I have to do that.

On that moment, saya teringat berkenaan Methods of Dakwah. Kemudian saya bercerita pasal subjek Dakwah. Saya minta surat sebab saya nak add jugak lagi. Kemudian kena bersoal jawab lagi sekali. Akhirnya, ibu yang baik itu terus add kan subjek Dakwah untuk saya. Tak perlu bersurat-surat apa semua. Tersentuh hati saya. Dalam hati, saya tak putus-putus mendoakannya. Ya Allah, dia terlalu baik. Sejak tahun pertama hingga sekarang, dia membantu saya sedaya upaya. Dia faham tanpa perlu saya jelaskan. Terharu sungguh!

Saya masih ingat lagi, katanya, dia takut pointer saya jatuh kalau ambil dua-dua subjek LE dalam shortsem ni. Sebab katanya LE 4000 banyak kerja. Katanya juga, dia takut saya kena warning letter kalau add Dakwah since ni minggu kedua dah. Tapi saya yakinkan dia bahawa subjek Dakwah baru bermula semalam. Saya tahu dia sangat concern dengan students di IIUM khususnya HS. Terima kasih Allah, atas segala nikmat ini. ;'''')

Sejenak saya terfikir

Allah punya plan sangat indah. Allah suruh kita tunggu dan mahu kita bersabar. Dia mahu lihat sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran kita bila diuji dengan sedemikian. Dia mahu uji sejauh mana pergantungan kita kepada-Nya bila ditimpa masalah. Allah menguji sejauh mana hamba-Nya bertahan tatkala dilanda badai. Sahabat, Allah cuma suruh tunggu bukan berputus asa. Dan tunggu juga harus di iring dengan usaha.

Saya cuma minta senyum tapi Allah beri bahagia.
Saya minta hujan tapi Allah bagi pelangi.
Baik kan Allah?
Sebab Allah sayang saya.
Allah sayang kita semua.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat menghabiskan degree dalam masa 3 tahun dengan minor. Dengan izin Allah, saya perlu harung dua semester panjang sahaja lagi. InshaAllah next sem akan membawa 19 credit hour dan final sem akan berakhir dengan 21.5. Saya tahu, apa-apa sahaja akan berlaku dan saya harus bersedia. Mungkin saya perlu mengharungi jalan yang berliku lagi dalam dua semester tersebut. Saya harap hati saya masih kuat untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.

Seperti biasa, saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada yang mendoakan. Saya minta maaf atas segala salah silap saya. I have gone through the rough time. Indeed, it makes me stressed so much. And I am sorry for that.

Kita manusia biasa. Tetapi jangan berhenti berusaha dan jangan putus berdoa. Allah kan sayang kita. Jangan lupa itu. Walau hebat mana pun dugaan, sentiasa ingatkan diri, it happens because He loves us! :)

Smile.
Though you have a reason to cry, but do remember you have thousands of reasons to smile.



nota hati: Boleh tunggu saya dua semester lagi?

nota hati 2: I know you miss your old days with me.

nota hati 3: Sorry, I can't be.

nota hati 4: I miss my previous shortsem which is 2 years ago.

nota hati 5: It takes time. 














~ I drop du'as. Not bombs ~

Semester Pendek Terakhir (hendaknya)



New semester begin!


SEM III 2011/2012.

Time flies. I never realized how fast it is. Me ada macam-macam story nak cerita. Tapi saya rasa berminat nak tulis tentang beberapa hal di semester baru ini. Bila ada perkataan 'baru', so bunyinya macam sangat menarik,kan? Macam budak sekolah dapat kasut baru, baju baru, beg baru, alatulis baru, adik baru.. haa semua tu memang menarik untuk kanak-kanak yang memang gemarkan benda baru-baru. Kita? Orang dewasa ni suka tak?

Saya sejujurnya tak berapa gemar dengan benda baru (bukan semua lah). Saya jenis suka stick ngan benda lama sebab tu saya seorang yang setia. Dan mungkin sebab tu juga saya adalah salah sorang yang boleh tunggu orang walau lama mana pun. Tak kisah lah anda bersiap lama ke, mandi lama ke, makan lama ke, basuh baju lama ke, main bola lama ke, saya memang takpe je menunggu. Disebabkan itu saya macam dapat melatih diri menjadi seorang yang penyabar. InshaAllah :)


Perjalanan semester baru.

Pagi sehari sebelum bermula sem ni, saya baru saja sampai. MashaAllah, memang badan sangat penat. Pagi tu juga saya dah ke UIAM yang saya rindukan. Selesai check-in, terus mengangkut beberapa barang saya. Oh penatnya yang amat. Selepas waktu Zuhur, saya sempat duduk kat katil (kononnya nak berehat). Sempat terfikir nak tidur sekejap sebab saya memang penat yang amat. Tiba-tiba rumet terchenta saya tu sampai. Kemudiannya dia nak keluar. So, saya pun ikut sama. Cancel niat tidur. Balik dari membeli-belah, terus sahaja sambung berkemas. Pertama kali saya rasa penat yang terlalu sangat. Mungkin sebab saya baru sampai kot. Malamnya, jam 9malam saya sudah pengsan tak ingat dunia =,="

Pagi jam 8 saya dah ada kelas. Sangat menarik bila saya punya kelas ni masih dekat Al-Jauzi Lab. Kelas feveret saya. Pelajaran pertama juga sangat best. Sudah gaya belajar tafsir pun ada. Habis je kelas, bermula lah perjalanan yang mencabar. Saya nak add manual subjek LE 4000. Hurm walaupun saya dah ada dua subjek tapi saya masih memerlukan satu lagi subjek untuk requirement nak grad awal.

Dari pagi beratur saja dah sejam. Berurusan pula dengan kakak yang enggan memberi senyuman. Rasa macam nak je cakap, "kakak, senyum tu sedekah. At least saya yang penat pun suka kalau tengok akak senyum.huu" tapi simpan je ayat tu dalam hati. Lepas tu dengan tegas, kakak tu minta graduation audit dan formal letter dari saya. Aduhai :(

Kemudiannya saya balik bilik. Terus siapkan surat. Lepas Zuhur, jam 2.30 ofis bukak. Sekali lagi, saya terpaksa beratur sejam lebih semata-mata untuk hantar surat tu. Ada beberapa yang kenal saya menegur, "nusrah nampak penat sangat". Indeed, memang pun. Tak tergambar rasanya kepenatan saya. Malah, lunch pun belum. Memang penat yang amat lah. Sampai je depan kakak tadi, lagi sekali tengok muka ketat dia. Aduhai kakak. Mungkin kakak patut tengok Mickey Mouse yang suka je senyum. Sebab tu saya suka Mickey (tibe-tibe). Setelah berurusan, kakak tu terima surat saya dan beri kupon. Number saya 123. Maksudnya saya adalah orang ke-123 yang menanti giliran dan yang hantar surat atas alasan "graduating" =,="

Saya pasrah. Ada rezeki, Allah izin, saya dapat la subjek tu. Dan dapat tinggal la dua sem lagi dan berjaya tamat dalam masa 3 tahun cukup. Tapi kalau tidak ada izin-Nya, dan saya tak dapat subjek tu, means terpaksa lah saya ambil satu lagi short semester. Sedih. Though saya still boleh grad 2013. Saya memang agak penat hari. Tapi saya perlu usaha. Kalau takde usaha, macam mana nak ada hasilnya, kan? Dan oh yea, kakak tu cakap saya boleh check latest by next Monday. Aduhai betapa banyak pembelajaran yang akan saya terlepas. Sedih, kan?

Di sini, saya memohon hati baik pembaca sekalian yang mengikut blog ni, yang baca blog ni, yang terbaca blog ni, yang terjumpa blog ni khususnya entri yang ni semoga kalian sudi mendoakan saya. Doakan semoga permohonan saya berjaya. Doakan semoga saya dapat amek subjek tu. Doakan lah yang terbaik untuk saya. Dan terima kasih atas hati baik saudara saudari. Allah sayang anda. Semoga pahala untuk anda ^___~ [Aameeen]

Keputusan Result


Saya baru sempat tengok result semalam. Sujud syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya. Jujur dari hati, saya bukan lah pelajar genius. Bukan juga top scorer dalam Psychology Students. Malah, tidaklah outstanding mana macam zaman diploma dulu. Cuma, saya adalah seorang pelajar yang sering meletakkan usaha dalam hidup. Result saya untuk semester lepas adalah diluar jangkaan saya. Walaupun saya melihat result itu adalah lebih baik berbanding semester sebelumnya namun begitu, PNGK nya jatuh. Pening saya memikirnya walaupun kejatuhan itu cumalah sebesar zarah.

Di sini, setulus jiwa saya mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan saya untuk lulus dengan baik dalam exam lepas. Kalau masih ingat entri berkenaan exam LB Stat dan Psychometric yang mana saya menangis lepas habis exam, saya waktu tu dah terbayang-bayang macam akan failed pun. Masa tu berharap dapat C pun dah macam bersyukur sebab carrymark pun tak tahu. Namun, Alhamdulillah atas izin Allah, saya lulus dengan baik untuk kedua-dua subjek tersebut. Bukan C pun. Syukur yang amat.

Rupanya carry mark saya sedikit sebanyak membantu. Mungkin sebab kuiz, assignment, midterm dan presentation yang membantu. Untuk subjek Psychometric, saya dapat fullmark dalam presentation. Yang ini memang di luar jangkaan sebab cara assessment untuk presentation kali ni amat berbeza. Pendek kata, subjek Psychometric is beyond my expectation. Tambahan pula saya adalah paling junior dalam kelas tu dan ada seseorang pula dalam tu. ^____~

Sekali lagi, terima kasih untuk kalian. Saya tahu, keputusan exam saya tu bukanlah atas usaha saya semata-mata tapi berkat doa dari kalian juga. Semoga Allah membalasnya berganda-ganda buat kalian. Aameeeen.

Seseorang itu


Saya ingat. Bukan lupa.
Saya ingat. Bukan ignore.
Saya ingat. Bukan tak tahu.
Saya ingat. Bukan tak suka.
Saya ingat. Bukan nak lari.

Bukan niat saya untuk diam tetiba. Untuk kamu yang selalu bersama saya susah dan senang. Yang selalu menaikkan semangat saya. Yang memang tidak gusar memberi keyakinan pada saya. Saya bukan ignore, bukan dan bukan. Saya ingat. Ingat kamu sokmo. Cuma saya tidak sempat nak beritahu, nak mesej sebelum pergi.

Sebelum pergi tu, dia tak reply mesej saya. So, saya consider takpe lah. Dia busy kot. Tak sempat nak inform apa-apa. Masa dia reply mesej saya tu, saya dah gerak pun. But as always, saya tak pernah nak lupa doakan untuk dia. Masa tengok result pun, dia orang pertama yang saya ingat. Macam mana dengan result dia agaknya?

Dia yang saya pernah send mesej pada malam hari dengan bahasa isyarat tu, saya gerenti la dia tak faham mesej tu. Last tu je kot yang faham, kan? Macam mana result? Last paper lulus dengan baik, kan? Maaf, dari hati (rasa macam sedih) sebab saya tak sempat tahu apa masalah baru tu. Macam kesian je rasa. Again, I am so so so sorry. (I know you're reading this). Saya tengok dia kat FB bahagia je, maybe dia ok lah kot. Jujur, saya ada rasa macam bersalah. Kalau ada kecik hati dengan saya (kalau), saya minta maaf yea. Nanti saya belanja coklat. Ke nak aiskrim? ^^,

p/s:: Dia pernah bagi saya coklat sebagai ganti coklat 'rosak' saya. Dan saya dapat A subjek tu. Terima kasih :)

Penutup.

Dalam setiap perkara yang kita inginkan dalam hidup, kita perlu meletakkan usaha yang banyak. Jangan putus asa tentunya. Dan sentiasa ingatkan diri, dalam kejayaan kita, ia bukanlah kerana hasil dari usaha kita semata-mata. Ia juga adalah kerana doa mereka yang tulus ikhlas bermohon kepada Ya Rahim untuk kita dalam rahsia. Sebab tu saya selalu menghargai setiap orang dalam hidup saya walaupun anda fikir saya membenci anda.

When Allah is with us, everything definitely gonna be fine. Isn't it? ^____~






~ I drop du'as. Not bombs ~

Wedding Plan 2



my first page of wed plan
I wrote the name on the heart
^^,


"nak letak nama orang yang kita nak kahwin dengan atau orang yang nak kahwin dengan kita?"

Kita nak kahwin dengan dia tapi dia tak nak...
Dia nak kahwin dengan kita tapi kita tak nak...
Kehidupan...
Memang begitu.
Jarang sekali bertemu dengan pasangan yang sama-sama suka dan akhirnya mampu ke jinjang pelamin. Anda salah sorang darinya? Alhamdulillah.

Dalam jangka masa saya menyiapkan Wedding Plan, banyak perkara yang saya belajar dan fikir. Ia mengajar saya banyak perkara. Saya masih ingat saat-saat Madam bagi task Wedding Plan ni. Saya adalah antara orang yang agak stress. Jenuh berfikir bagaimana nak buat, nak tulis nama siapa dalam kad kahwin nanti. Memang sesak juga rasanya. Tidak dapat dinafikan, memang saya ada terfikir nak letak nama seseorang. Seseorang yang pernah buat saya rasa mahu masuk meminang dia pada suatu saat nanti. Seseorang yang tak pernah gagal buat saya tersenyum, juga tak pernah gagal buat saya menangis. Dia.

Masa berganti masa.

Akhirnya, beberapa hari sebelum submission date untuk Wed Plan, saya dapat tahu cara saya buat tu salah. Saya buat ala-ala proposal program tapi rupanya Madam nak yang macam scrap book. Markah akan diberi mengikut kreativiti. Wed Plan kena submit hari Sabtu tapi hari Khamis saya baru start beli barang. Petang khamis saya terpaksa skip kelas. Saya punya masa yang amat limited. Malam khamis kena study sebab Jumaat petang ada exam. Jumaat malam pulak ada sesi PGG. Hectic! Selesai PGG jam 10 malam, saya terus balik Mahallah. Malam tu saya tidak tidur menyiapkan Wed Plan.

peralatan saya.
plus minus, inilah dia :)

ongoing.
mula buat tika skip dua kelas :(

Allah sahaja yang tahu bagaimana penat, sedih, stress dan macam-macam lagi perasaan saya waktu tu. Mujur waktu tu sahabat saya budak Architecture tolong buat wedding card. Dia lah yang sama-sama berjaga dengan saya pada malam tu. Dia juga yang mengajar saya erti sabar. Dia mengajar saya banyak perkara. Tentang kehidupan, tentang taqdir, tentang kekuasaan-Nya. Terima kasih, awak!

Ketika jam hampir 4pagi, dia menyuruh saya tidur. Akhirnya saya terlelap juga dan terjaga pada waktu Subuh. Terus bersiap-siap balik ke Mahallah saya dan touch-up sikit hasil kerja pada pagi tu. Jam 7.30 pagi saya sudah melangkah ke CCAC menunaikan tanggungjawab sebagai Class Rep. Sepanjang perjalanan tu, saya curi-curi masa untuk practice presentation. Itu sahaja masa yang saya ada. Untuk dua tiga hari tu, saya betul-betul belajar menghargai masa dan sedar betapa bernilainya setiap satu saat yang saya ada.

intro part :)

Masuk kelas, submit Wed Plan. Lega! Ah, terasa seperti batu yang saya pikul selama ini sudah dicampak ke bawah. Saya buat wed plan tu dengan sepenuh hati saya. Seolah-olah seperti saya mahu berkahwin tahun ini juga. Dan saya tidak segan untuk cakap bahawa saya rasa wed plan saya itu sangat sweet. Sampai rasa berat hati nak submit kat Madam. Heeee.

Habis waktu kelas

Saya melangkah mendekati madam since saya sememangnya orang terakhir yang akan keluar kelas sebab saya kan class rep, so kena kunci kelas.

"Madam, can I have back my wedding plan?"


"why?"


"because I think it's so nice"


"haa?"


"because I think it's so cute"


"which one yours?"


"this one"

She smiled while looking at my wedding plan.

"Nusrah, I never give back the wedding plan to the students coz I will show this to the students for upcoming semesters."


"Ohh..emmm"

["but madam, if I marry this guy, I wanna it back"] - saya simpan sahaja kata-kata ini dalam hati.

Pasrah. Redha. Saya nekadkan diri saya. Takpe, nanti bila saya dah nak kahwin (dan kalau saya kahwin dengan lelaki itu) saya akan minta balik ngan Madam. That's my promise ;))

comel tak? ^^


Siapa dia?

Ramai yang teringin sangat nak tahu nama siapa yang saya tulis dalam wed plan tersebut. In fact, nama lelaki itu saya tulis pada pagi sebelum pergi kelas untuk submit kat Madam. Saya sendiri tak tahu kenapa saya tulis nama dia. Saya sendiri tidak tahu.

Nama dia muncul saat saya rasa terlalu penat buat segala kerja. Nama dia muncul saat saya sendirian menanggung beban banyak kerja. Nama dia muncul saat saya tidak lagi mampu bertahan ke sana ke mari. Nama dia muncul saat saya sendirian berjaga malam menyiapkan kerja. Nama dia muncul saat saya mengadu kasih pada-Nya.

Saya tidak punya perasaan pada dia. Saya tidak jatuh hati dengan dia. Saya tidak jatuh kasih dengan dia. Saya tidak meminati dia. Saya tidak menyimpan rasa pada dia. Tidak. Tapi saya tulis nama dia for so many reasons.

Saya dan impian.

Banyak perkara yang kita suka tapi kita tak dapat. Saya juga begitu. Bergunung impian yang saya cipta namun saya tidak mampu menggapai kesemuanya. Mungkin kerana saya jenis yang suka mengalah dengan manusia. Kalau kawan saya suka benda yang sama dengan saya, saya lebih suka untuk mengalah. Biarlah dia tidak tahu bahawa kami sebenarnya sukakan benda yang sama. Sebab saya percaya, mengalah bukan bererti kalah. Bukan juga bererti lemah. Ia adalah kerana kasih sayang pada dia yang melebihi segalanya.

Kalau saya bersedih untuk satu perkara, saya sebenarnya masih punya berpuluh-puluh perkara untuk tersenyum. Dan saya tidak pernah rugi apa-apa bila saya mengalah. Malah, saya boleh tengok senyuman bahagia seorang kawan. Tidakkah itu membahagiakan hati?

Saya nampak impian saya.
Saya cuba jejak impian saya.
Saya sudah cuba mencorakkannya
dan mengatur langkah ke arahnya..
Semoga tercapai dengan izin-Nya :)

Saya tahu, kamu tidak pernah risaukan saya sebab kata kamu, saya ini tabah dan kuat sehinggakan kamu tidak pernah menemani saya saat saya berasa susah dan lemah. Terima kasih, kerana itu menjadikan saya kuat. Thank you for not being there.

cover page.
ini belum siap lagi :)



"tanpa keberanian mimpi tidak bermakna"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...