إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..bersabarlah duhai teman..

..meniti sifat sabar..


Sabar ni... banyak tafsirannya. Terserah pada individu tu nak tafsir makna sabar.. tapi sebenarnya sifat sabar ni sudah terpupuk dalam diri setiap manusia sejak dia di dalam rahim ibu lagi. betul tak? Seorang bayi perlu sabar menunggu dirinya keluar ke alam dunia selama 9 bulan di dalam perut ibunya.. Si ayah dan ibunya juga begitu sabar menanti kelahiran anaknya dengan membeli pelbagai persediaan rapi untuk menyambut kelahiran bayi tersebut...

Kemudian setelah dia lahir, ibu bapanya menjaga dan mengasuh anak itu dengan penuh sabar. Biase la budak kecik kan, banyak ragam.. Kadang-kadang kencing malam, kembung, demam dan macam-macam lagi dan betul-betul menguji kesabaran seorang ibu dan seorang bapa....... Begitulah uniknya sifat sabar ini kan.

Selain dari itu, Allah s.w.t sentiasa menguji kesabaran hamba-hambaNya... Dia menurunkan ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran hambaNya dengan setiap ujian-ujian itu. Adakah seseorang manusia itu marah dengan ujian yang menimpanya? ataukah sabar dan redha dengan apa yang berlaku atas dirinya? sejauh mana kesabaran itu?

Jika kita tanya jauh dari lubuk hati kita, kenapa Allah s.w.t menguji kita? Kenapa tidak uji orang lain saja? Kenapa ujian itu ditimpakan atas kita? Kenapa tidak orang lain? Pernahkan anda terfikir kenapa? Jawapannya senang saja, sebenarnya Allah sayang pada kita. Allah begitu mengambil berat tentang kita. Jika Allah tak sayang pada kita, Dia tidak menduga kita begitu dan begini. Ujian itu sebenarnya memberi kita kesedaran atas kesalahan yang kita buat sebelum ini dan memperbaiki diri kita menjadi yang lebih baik. Jika Allah tak sayang pada kita, Dia pasti membiarkan kita melakukan apa-apa saja yang kita suka, Dia akan membiarkan apa sahaja yang kita hendak lakukan samada baik atau tidak, tetapi apabila tiba hari pembalasan, Dia akan memberi balasan yang setimpal dengan perbuatan kita.

Dalam Quran juga ada menyebut.......
" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah:153)

Begitulah Allah telah berfirman, bahawa Dia berada bersama-sama dengan orang yang sabar. Jangan lah kita menganggap, diri kita ini berseorangan dan Allah pasti menjadi penolong kita. Hanya padaNya lah kita memohon pertolongan.

Tujuan Allah memberi ujian atas kita adalah kerana Dia mahu kita mencari redhaNya, Dia mahu kita setia padaNya, Dia mahu kita mencari SyurgaNya... Tapi sesetengah manusia tidak pernah sedar. Ada yang marahkan pada Allah di atas ujian berat yang menimpanya. Ada yang sudah tidak percaya pada Allah. Masya Allah. Janganlah kita berburuk sangka dengan Allah, sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya. Allah tidak menguji kita dengan ujian yang berat kecuali yang bisa tertanggung oleh kita. Dia lebih tahu tentang hamba-hambaNya dan sesabar manakah hambaNya menerima ujian dan cobaan.

Lihat pada petikan ayat di bawah ini...

"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ''inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). (Al-Baqarah:155-156).


Begitulah ujian Allah bertujuan menguji kesabaran kita. Jika nak berhujjah tentang makna sabar ini, pasti panjang sangat kan. Cuba kita merenung sejenak kisah-kisah nabi dan rasul yang diutus oleh Allah s.w.t untuk membangunkan agamaNya. Macam-macam ujian Allah timpakan atas rasul-rasulnya.. Ujian yang lebih hebat daripada Dia menguji manusia biasa, betapakah rasul-rasul yang dimuliakan itu sabar dengan ujian Allah? Lihat lah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.. Bagaimana baginda Rasulullah dihina, diherdik, dibaling dengan batu hingga berdarah dahinya, rumahnya dilemparkan dengan najis, bagaimana baginda begitu sabar menahan ujian yang betul-betul menguji kesabarannya.. Ya Allah, begitu sabarnya Rasulullah, patutlah baginda adalah nabi yang terbaik. Nabi yang paling banyak ditimpa ujian dan paling banyak bersabar. Hebatnya akhlak Rasulullah. Jika sifat sabar tiada dalam diri baginda, sudah tentu Islam ini tidak akan berkembang di seluruh dunia sekarang.


Jadi pengajaran daripada kisah ini, apa-apa pun ujian yang Allah timpakan pada kita, sentiasalah ikhlas, tawadduk dan redha. Mungkin Allah menguji dengan ujian yang lebih berat kepada orang lain kan. Fikir-fikirkanlah........




nusrah walfath:
bersabar menanti hikmah disebalik dugaan.. Tuhan tidak akan mempersiakan ketabahan seorang insan.. yakin lah dengan janji Allah.. =)

..alumni TEJA..

salam kaseh buat semua.. selamat petang.. alhamdulillah saya sekarang dah makin tenang.. dah makin sihat pun.. ape khabar kalian semua? harap sihat la yea.. ok hari ni dah 19hb.. dan saya ade terima jemputan sebenarnya.. tapi sayangnya, saya tak dapat nak penuhi undangan tu.. atas sebab2 yang munasabah.. cewah.. hehe.. sekarang ni saya nak sibukkan diri dengan bermacam2 perkara.. supaya saya dapat lupa cket masalah yang ada dalam fikiran.. yea, kita tak boleh lari dari masalah tapi saya nak biarkan masalah tu pergi buat seketika..

tadi seorang kawan2 tiba2 je msg.. saya pon call la dia.. cakap punya cakap, dia dah sampaikan berita yang sorang kawan saya berkahwin hari ni.. alhamdulillah moga kekal ke syurga.. hari demi hari makin banyak kawan yang mendirikan rumah tangga.. saya terasa gembira sebab bukan semua orang bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar tu.. dan kalau orang tanya saya pun, saya sendiri rasanya belum mampu untuk menjadi seorang isteri yang baik.. (muda lagi ni taw).. heheh.. tapi hari ni saya tak nak menyentuh soal pernikahan tapi saya cuma nak cerita pasal undangan yang patut saya penuhi hari ni..

kalau tak silap, sebelum bulan Ramadhan hari tue, saya terima satu kad jemputan.. kebetulan saya pulang bercuti di kampung halaman.. sekali tengok macam kad kahwin je tapi bila bukak.. lain pula.. hehe... kad tu agak menarik juga.. tapi ntah kenapa saya tak rasa tertarik nak hadirkan diri ke sana.. macam tak de feel je orang cakap.. kad undangan tu sebenarnya untuk majlis makan malam alumni TEJA.. semua butir2 macam dah ok.. bayaran pun kira dah berbaloi tapi tu lah kan.. memang problemnya datang dari diri saya.. saya sendiri yang tak nak pergi..

....MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI TEJA....

TARIKH : 19 DISEMBER 2009 – 20 DISEMBER 2009
HARI: SABTU & AHAD
TEMPAT: MERCU BEACH RESORT, CHERATING
TEMA MAJLIS : BIRU
KOS PEMBAYARAN: RM100*



kalau ikut tarikhnya, hari ni la sebenarnya.. dengar cerita ianya kurang mendapat smbutan.. betul ke? saya menyokong dari belakang je la eh.. tak nak pergi tak bermakna tak suka... cuma yelah.. ade la sebab2 tersendiri yang Tuhan je yang tahu.. hehe..itu je yang saya nak cakap.. moga2 kawan2 saya yang pergi tu rase gembira..(ayt skema je).. k la dah tak de ape.. ada masa nanti saya tulis lagi.. dan kalau ada lagi majlis alumni ni, insyaAllah akan saya penuhi kalau saya tak de ape2 hal.. k tu saje.. semoga ceria2 di sana.. assalamualaikum..



nusrah walfath: sayang smtj sangat2..

..pesan seorang akhi..


salam sayang buat semua.. wah ngantuknya.. ni dah habis kelas.. huhu seksanya rasa.. tiap2 hari kena alih bahasa.. saya kena ada kekuatan nak survive dalam kelas ni.. tapi best juge.. saya dah ada kawan dari merata negara.. hari ni berkawan ngan orang Somalia dan Afghanistan.. hehe.. k hari ni nak post benda baru plak.. tadi saje dok tengok2 kat facebook.. sedih je rase.. sebabnya kawan saya bertunang tapi tak ajak pon.. dulu dia ada cakap nak bertunang n nak jemput saya tapi tengok lah.. huhu merajuk ni.. dulu kat asrama dia sebilik ngan saya.. sekatil pulak tu..sealmari.. cuma tak sebantal je.. huhuk.. tak pe lah.. mungkin dia terlalu busy dan lupa.. agaknya die tak nak susahkan saya yang jauh ni.. huwaaa.... (isy, over plak dah).. hehe k la jom kita baca entri di bawah.. semoga bermanfaat untuk semua..


• PESAN SEORANG AKHI


(Surat Terbuka Seorang Ikhwah untuk Seluruh Akhawat di Dunia)


Ukhtifillah,
Mungkin aku memang tak romantis
Kerana itu kau tak akan mengenaliku dan memang tak perlu mengenaliku
Bagiku dirimu bunga terindah,
Bagiku dirimu manusia terbaik ciptaan Tuhan,
Bagiku dirimu adalah segala-galanya.



Ukhtifillah,
Jangan biarkan aku menatapmu penuh biar sekalipun,
Kerana ia akan membuatku mengingatimu
Bererti memenuhi fikiranku dengan inginkanmu
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku
Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur
Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.

Ukhtifillah,
Jangan pernah kau tatapku penuh
Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku
Bukan kerana aku terlalu indah,
Tapi kerana aku seorang yang masih kotor
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutera emas
Meniru laku para rahib, meski hatiku itu hakikatnya lebih kotor dari lumpur

Kau memang suci, tapi mungkin kau termanipulasi
Kerana kau hanya manusia – hanya seorang wanita.

Ukhtifillah,
Beri sepenuh diri pada dia sang lelaki suci,
Yang dengan sepenuh hati akan membawamu kehadapan Tuhanmu
Untuknya dirimu ada,
Terukir dalam kitab suci,

Tak perlu difikir lagi,
Jodoh pertemuan di tangan Tuhan,
Tunggu sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah,

Atau kejar sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan ibunda Khadijah
Jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci.

Ukhtifillah,
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas
Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, mungkin sekarang atau nanti,
Bahkan mungkin tak ada sampai kau mati
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di fana saat ini
Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu.

Ukhtifillah,
Pilihan Allah tak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya
Dan ingatlah tiada yang lebih baik dari pilihan Allah
Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, tetapi pada jalan yang kau pilih untuknya
Seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keIslaman sebagai mahar pernikahannya
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi

Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.





nusrah walfath: biar takdir menentukan segalanya..

..mati jua...

salam sayang buat semua.. sedar tak sedar dah lama juga saya kat sini.. dan masih ramai yang tak tahu di mana saya sekarang.. ala tak penting pun.. asalkan saya masih di bumi Tuhan.. hari ni saya rindu pada kawan2 saya.. dah lama benar tak dengar cerita kawan2 saya.. ape khabar cik mus? ape khabar angah? ape khabar amalina? ape khabar cik izyan? tak lupa juga pada cik qalbi.. ape khabar semua? moga sihat selalu... sekarang saya tengah plan nak pergi ziarah ummi saya kat jerantut.. rindunya kat ummi.. nanti saya nak pergi umah mus kat lipis.. lama tak makan sambal itam.. huhu..

malam ni saya nak share satu cerita.. jom baca.. best cerita ni.. selalunya amalina yang suka share cerita ngan saya.. seronok sangat.. jom la kita baca sama2 cerita ni.. cerita ni short je.. harap suka.. maaf lah bahasanya 'aku'.. ni cerita dari sasterawan..hehe.. dah jom baca..




Akhirnya Kawan Baik Aku Ini Mati Juga


Akhirnya kawan baik aku ni mati juga. Dia ni aku respect sangat. Lepas ni, tak tahulah sama ada dapat bertemu dengan kawan seperti dia lagi atau tak. Kalian mungkin tak percaya kalau aku cakap kawan aku ini tak pernah sekalipun menipu aku. Kawan aku ni juga tak pernah marah pada aku. Tapi aku yang selalu marah pada dia. Dia terlalu lembut. Macam sotong. Dan baik sangat pada semua orang sampaikan orang pijak kepala dia. Tapi... satu petang tu dia lain sekali. Satu petang tu aku berjalan-jalan dengan dia dekat Jaya Shopping Complex seksyen 14 PJ. Macam hari-hari biasa kami akan beli goreng pisang di kedai makcik Mimah di atas pasar seksyen 14 tu. Aku suka makan pisang tanduk goreng cicah dengan sambal kicap. Dia pun suka jugak. Dia jenis tak cerewet pasal makan. Apa aku makan dia makan jugak. Kadang-kadang aku terpikir... dia ni tak ada citarasa sendiri ke? Ataupun saja nak ambil hati aku? Tapi apa yang aku tahu, dia seorang yang baik. Baik sangat. Lepas makan, kami masuk ke Jaya. Masa nak naik tangga untuk ke entrance, ada dua orang pakcik buta minta sedekah. Seorang di tangga bawah sebelah kiri dan seorang lagi di tengah-tengah tangga sebelah kanan.Semasa melepasi pakcik buta yang di bawah, kawan aku berhenti. Dia minta aku sedekahkan beberapa ringgit pada pakcik tu. Akupun bagilah seringgit. Dan sempat ambil satu bungkus tisu daripada tangan pakcik tu. Kemudian kami terus meniti tangga sehingga melepasi pakcik buta yang kedua. Dia berhenti lagi. Dia mintak aku bagi seringgit pada pakcik buta tu jugak. Tapi aku tak nak bagi. Sebab aku dah bagi tadi. Dia berkeras. Dia marah aku. Kali pertama dia marah aku. Aku beralah. Aku beri lebih kurang 60sen pada pakcik tu dan ambil 2 bungkus tisu dari tangan pakcik tu tanda protes aku pada dia.Tiba-tiba kawan aku tu terus lari ke bawah. Entah macam mana dia terjatuh dan kepalanya terhentak di satu bucu simen tak jauh dari situ. Dia menemui ajalnya di situ juga.

Sampai sekarang, aku belum jumpa kawan macam dia ni.




nusrah walfath: kawan saya 1 dalam sejuta...

..jangan adatkan ibadah..

salam assalamualaikum buat semua.. mengantuknya saya saat ni.. tadi kononnya nak ponteng kelas tapi pegi jugak akhirnya..huhu... asyik kena kawan ngan foreigner je.. sian saya..saya sorang je budak pompuan msia kt dalam claz tu.. erm.. petang tadi..kawan saya cite kat saya pasal adik dia.. saya suka dengar cerita orang sebab dari situ saya boleh belajar banyak benda.. tadi kawan saya cerita yang abah dia sedih ngan adik perempuan dia.. mama dan abah dia kecewa dan malu ngan ank dia tue.. taw kenapa? sebab ada orang mengadu pada abah dia pasal adik dia dan boy fren dia.. habis orang2 masjid taw dan abah dia malu sangat..

sayu je saya dengar.. kasihan pada si ibu dan ayah yang selama ni susah payah mendidik sejak kecil lagi.. paling tak tahan, adik dia ni budak maahad.. budak yang belajar agama.. betullah kata orang, fitnah memang berpunca dari perempuan.. tak kira walau macam mana pun perempuan tue.. saya sendiri rasa kasihan dengar cerita tu.. akhirnya, abah dia wat keputusan nak tunangkan dulu budak berdua tue.. biarlah kena langkah bendul pun sebab abah dia tak tahan dah dengan ape yang dia dengar.. saya jadikan cerita ni sebagai pengajaran tuk saya..sebagai peringatan juga tuk saya.. ha tadi saya dapat artikel ni.. dari ustaz ni..die suruh sebarkan..jadi, saya sebarkan.. sebab artikel yang ditulis olehnya sangat menarik.. sangat bagus.. mari kita baca..



Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat




“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10”

Ayat-ayat yang biasa didengar. Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari-‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.


JANGAN ADATKAN IBADAT


وَأَنْكِحُوا الأَيَمَى مِنكُم وَالصَّالحِينَ مِن عِبادِكُم وَاءِمَائِكُم اءِنْ يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَسِعٌ عَلِيمٌ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama.

Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama. Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri.

Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani. Kenapa tidak ditukar pemberian hadiah ini setelah berkahwin, satu bulan satu hadiah sebagai pengikat kasih sayang di antara suami isteri. Tidak perlu mahal, asalkan ikhlas dan berterusan.

Biar pun kita tidak mempunyai peruntukan untuk menetapkan kadar maksimum mahar, setiap ibu bapa terutamanya ibu harus sedar bahawa mahar itu adalah hadiah suami kepada isteri, dan bukannya harga yang ditebus oleh seorang lelaki bagi mendapat seorang perempuan dari ibu dan bapanya.

Mahar bukan harga jualan.

Jangan adatkan sesuatu ibadah, nanti jenuh untuk lunaskan.

Jangan terkejut jika ada ternampak warga ‘terlajak’ umur antara lingkungan 40-45 tahun yang menolak stroller di taman-taman rekreasi, pasar raya kerana menunggu lama simpanan penuh sebelum dapat kahwin.

TERBITNYA MASALAH LAIN




Sebenarnya masalah couple atau maksiat hati, mata dan sebagainya bukanlah masalah pokok, masalah ini terbit dari masalah yang lain. Apabila budaya kita yang mempersulitkan bangsanya untuk mendirikan masjid, dengan hantaran dan mas kawin yang mahal-mahal, sehinggakan dengan belanja kahwin seseorang itu mampu memiliki sebuat rumah maka tidak hairanlah ramai yang berbondong memilih untuk ber-couple dahulu.

Berjuang untuk memudahkan urusan perkahwinan juga merupakan suatu ibadah, secara tidak langsung menutup satu alasan kenapa perlu ber-couple.

Umumnya di barat pergaulan bebas dan seks sebelum perkahwinan adalah satu budaya yang lumrah dan bukan lagi rahsia.

Malah, sesuatu yang janggal sekiranya seseorang itu masih dara (virgin) setelah berusia tujuh belas tahun. Mereka lebih suka jika isterinya sudah ada pengalaman seks sebelum berkahwin supaya tidak perlu dia mengajarkannya lagi apabila mereka berkahwin nanti.

Jangan kita lupa, masyarakat di negara kita pun sekarang tidak jauh bezanya. Menghalakan pergaulan bebas, berpelesaran lelaki dan perempuan. Tidak mustahil gejala seks bebas tidak pernah berlaku.

Tugas berat ini terletak di bahu kita sekarang sebagai ad-Da’ie. Mulakan di kampus pengajian kita, tempat kerja untuk mengubah suasan tidak sihat ini.

Alhamdulillah, inilah kemuliaan mukmin yang mendamba sakinah, mawaddah dan rahmah melalui ikatan perkahwinan. Mudah-mudahan mahar dan hantaran mahal tidak akan menjadi musibah merbahaya yang akhirnya membawa kepada kehancuran nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti di atas.

Moralnya, jangan adatkan sesuatu ibadah.




nusrah walfath: jaga lah maruah ibu dan ayah.. dan ibu bapa pula patut peka dalam soal mahar hantaran..

..Allah ada jawapannya..


khas untuk nusrah yang sedang kecewa...



bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..

bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu..

bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah setia di sisimu..

bila kau telah mencuba segala tapi tak tahu tujuan,
Allah ada jalan penyelesaiannya..

bila tiada yang bererti buatmu keliru dan kecewa,
Allah adalah jawapannya..





nusrah walfath: terima kasih kepada sahabatku dengan kata2 yang telah di beri.. hidup ni mesti berani terima kenyataan..

...langit dan laut...

assalamualaikum.. ni saya tak dapat nak lelapkan mata.. petang tadi dah tido banyak.. hehe..hari ni sahabat saya cik kelisa hijau menjalani pembedahan.. kesian dia.. kul 2ptg td dia operate tapi saya tak sempat pon nak msg die sebab saya tertido.. sorry yea..sorry sesangat.. erm ni saya nak share cerita langit dan laut.. cerita ni best jugak..saya amik dari blog kelisa hijau la ni..hehe.. jom sesama membaca..


cinta sejati langit dan laut


Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata- kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah- merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.




nusrah walfath: semoga kelisa hijau cepat sihat.. =)

...LOVERS IN PRAGUE...

salam di malam hari..hehee... erm ni saje je nak share video yg di petik dari drama korea yang saya minati selain WINTER SONATA.. saya tengok cite ni masa form three ngan adik saya tiap2 petang kat rumah..best..huhu... dan saya suka sangat ngan lagu dia.. ni saje2 letak.. tajuk cita ni lovers in prague... jom tengok..







nusrah walfath: satu hari nanti saya nak gi korea selatan.. bestnya la kan..

...kembali...


salam rindu untuk semua.. dan untuk diba jugak.. hehe.. dah lama saya tak update blog.. kononnya nak update 30hb tapi ni dah 5 dec pon.. erm actually saya busy this week.. lepas berehat dan bercuti, banyak hal pulak yang saya kena hadap.. ini pun sebab curi masa untuk tulis je..huhuu... hari tue test arab.. ingatkan senang je tapi aduhhh...macam nak tercabut mata tengok soalan.. essay pun tulis mengarut.. lain yang soalan mintak, lain pulak yang saya jawab.. kaw2 punya kawan2 gelakkan saya dengan essay yang saya tulis tue.. huhu.. lucu sangat ke? erm..tapi memang pon.. mesti teruk pemeriksa tu gelakkan saya.. haha...

petang ni pulak saya ada tilawah test.. hope dapat wat yang terbaik.. banyak hal lagi yang belum settle sejak saya kat sini.. (oh yea! saya belum beritahu saya kat mana kan).. nanti2 lah saya cerita k.. dah tak taw nak tulis ape.. tu saje lah.. hehe... nanti saya akan tulis banyak3 lagi... k assalamualaikum..




nusrah walfath: jawapan kepada entri 'saya keliru' akan di post malam ni.. insyaALLAH..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...