إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Sweet memories remain forever..

Salam sayang. Sebagai penutup tirai 2010, saya ada satu entri untuk shabat di UIAM. Sepatutnya entri ni di post pada penghujung semester lalu tapi disebabkan saya over seronok bercuti, so, baru sekarang saya berkesempatan untuk 'upload' entri kali ni. Walapun dah terlambat dan semester lepas dah lama berakhir tapi anggaplah ia baru sahaja ok..hehe..Jom baca ni.. Err..ni entri yang dah lama ditulis tau..Baru nak post je :)

Berakhirnya semester I sesi 2010/2011.

Lega

Tenang


Macam-macam perasaan bila semester ni dah habis. Sungguh! Semester ni sangat besar dugaan yang saya terima. Bermula hari pertama semester ni lagi, dah teruji dengan macam-macam. Tapi, dengan semua cabaran dan dugaan ini lah yang menjadikan saya kuat, yang jadikan saya tabah dengan apa yang saya lalui.


Disebalik dugaan-dugaan ni, saya juga ada banyak kenangan indah. Banyak! Semuanya kerana Dhila. Dengan dia, kami dapat cipta banyak kenangan manis. Bila saya bersedih, dia akan cakap, “awak ingat yang indah-indah je yang..jangan fikir masalah tu..ingat kat Dhila ke..Dhila kan buah hati awak…” Dhila kerap ulang ayat yang sama dan disambung sepotong lagi ayat tapi yang lagi satu ni, biar saya ngan dia je lah yang tahu. Bila dia cakap macam tu, terus sahaja saya tersenyum. Oh, dia memang kawan yang baik.


Saya juga ada roommates yang best. Mereka menceriakan saya setiap ketika. Walaupun pernah satu hari, saya langsung tak terjumpa pun ngan diorang sebab terlalu busy. Mereka menjadi penguat semangat saya saat saya rasa lemah, saat fikiran bercelaru nak exam. Mereka tak pernah buat tak peduli. Saya sangat sayangkan mereka.


Saya juga ada kawan-kawan G.P yang kelakar. Mereka sangat menghiburkan saya tak kira masa. Saya juga ada kawan-kawan D.I, ada geng SRC, ada kawan-kawan CELPAD, ada rakan-rakan PGG, ada kenalan TW, ada family bahagia OC dan macam-macam lagi kat sini. Mereka semua membahagiakan saya. Paling utama, semester ni, saya dapat tengok hujan comel kat UIA ni. Sekali tu sahaja ia berlaku dan ia akan jadi kenangan manis saya seorang sahaja. ;-)


Paling tak boleh lupa, semester ni, saya demam seminggu. Batuk dan selesema berminggu-minggu. Hari pertama jawab exam, waktu tengah demam. Memang hebat sangat dugaannya. Tapi saya yakin dengan janji Allah. Setiap yang berlaku bukan sia-sia. Lepas beberapa hari, selesema buat saya bermasalah dengan hidung. Bila berjalan pun kena tutup hidung sebab ia agak pedih, tapi ada yang terserempak ngan saya komplen yang saya nak elak dari dia. adoyai..ke situ pulak.

Memang saya ada banyak dan macam-macam kenangan semester ini. Yang pasti, saya takkan lupa sampai bila-bila sebab ia memang SANGAT berharga. Untuk sahabat saya yang dah bertindak sebagai P.A + bodyguard saya semester ni, saya ucapkan terima kasih sesangat. Terasa seperti kamu ni protector saya pulak. Semoga Allah sentiasa lindungi kamu juga.


Semua sahabat-sahabat yang dikasihi, saya minta maaf kalau ada salah apa-apa, termenyusahkan apa-apa, dan macam-macam lagi. Saya sayangkan kamu semua. Terlalu! Hari terakhir di UIA, saya sempat siapkan satu video untuk kamu semua. Sorry, video ni biasa sahaja. Kalau ada kesilapan teknikal tu, buat-buatlah tak nampak dan tak dengar pun. Hehe. Harap kalian suka. Ikhlas dari saya untuk anda semua. Jaga diri, hiasi peribadi. Kita jumpa semester hadapan.


Semoga Allah terus redha dengan kita semua.

Semoga kita sentiasa yakin dengan janji-Nya.

Semoga kita terus berdoa tanpa henti.

Untuk sem depan, ‘kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi’ ok. ^_^


Terima kasih untuk semua yang mendoakan saya dan semoga saya masih mampu melihat kecomelan hujan di UIA.

Sayang kamu sangat sangat sangat.







..Perlukah memikirkan cinta?..

BUSY! Beberapa minggu dah berlalu dengan kesibukan yang teramat sangat. Hari ni baru berkesempatan untuk menjenguk blog. Itupun sebab cuti sempena bola sepak. Saya juga salah seorang peminat setia bola sepak. :) Sebenarnya saya seronok terlibat dengan macam-macam program dan societies. Saya memang suka jadi orang yang busy. Saya suka masa saya terisi dengan macam-macam perkara walaupun kadang-kadang memang penat yang amat.

Kenapa saya suka busy? Bagi saya, kesibukan banyak mengajar saya untuk membahagikan dan menggunakan masa dengan baik. Dan paling utama, bila saya jadi orang yang busy, saya takkan ada masa untuk fikir soal cinta walau sikit pun. Sekurang-kurangnya saya tak perlu nak fikir soal jodoh langsung buat masa sekarang (tapi waktu tulis ni memang jadi TERfikir la pulak tetiba). Hingga satu hari, saya terbaca satu post dari Hilal Asyraf. Jom baca ni..sekadar penutup blog saya untuk tahun 2010 ;-)


Tidak mahu fikir pasal cinta. Adakah patut?



Kalau cinta ini satu perjalanan, maka saya katakan bahawa saya telah banyak melalui perjalanan cinta. Saya kecilkan skop – Cinta lelaki perempuan. Dalam setiap perjalanan, saya belajar dan belajar. Silap itu silap ini, dan saya terus mengkaji dan belajar, memerhati dan terus membuat penyelidikan.

Dalam marhalah-marhalah yang saya lalui, satu perkara yang orang selalu sebut: “Jangan banyak fikir fasal cinta. Melalaikan”

Ada lagi orang menyebut begini kepada saya: “Saya masih tidak mahu fikir fasal kahwin ni. Sebab saya tak mahu ganggu pelajaran saya”

Ada pula yang gaya macam best cakap pada saya: “No cinta before nikah. Prinsip saya, cinta selepas kahwin. Cinta sebelum kahwin ni, melalaikan. Dua orang main perasaan, yang ketiganya adalah syaitan”

Benarkah kita patut berkata dan beranggapan sedemikian?

Pada saya, inilah dia fitnah yang telah terpalit pada cinta.

Yang kita dididik bahawa itu adalah namanya bercinta

Tahukah sebenarnya, kita ini telah didoktrin dalam mendefinisikan cinta? Dalam hal bagaimana bercinta? Dalam hal membina keluarga? Dalam hal hubungan lelaki dan perempuan? Bagaimana agaknya definisi kita terhadap perkataan – Bercinta -?

Saya ingin bertanya, di manakah sumber pendidikan cinta masyarakat kita?

Ah, anda tidak perlu jawab. Biar saya jawab.

Majoriti masyarakat mengambil sumber pendidikan cinta daripada Novel, drama, dan filem.

Cara-cara hubungan lelaki dan perempuan di dalam filem, yang banyaknya diterajui oleh Hollywood dan kemudian diikut pula oleh masyarakat kita, dan itulah yang kita namakan bercinta.

Maka, adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Syeikh Drama dan Maulana Filem ini, dijadikan fatwa untuk mendefinisikan cinta. Cintan cintun tak jaga syara’ itu dinamakan bercinta. Maka akhirnya, perkataan BERCINTA itu menjadi buruk dan ditohmah 1001 tohmahan yang busuk lagi jijik.

Sebab apa? Sebab manusia tidak tahu apa itu bercinta yang sebenar.

Rujukannya adalah yang ditunjukkan dalam drama-drama dan filem-filem, novel-novel jiwang yang tidak mengikut syara’ itu. Macam manalah perkataan BERCINTA itu tidak dipandang jijik kalau itu yang menjadi rujukan?

Definisi bercinta saya.

Pada saya, seorang lelaki yang berusaha mendapatkan seorang perempuan dengan cara yang syara’ itu adalah satu cara percintaan.

Apa itu cinta pada definisi saya?

Definisi saya pada cinta adalah: “Kita hendak masuk syurga Allah dengan dia”

Justeru, apa-apa sahaja perbuatan yang membawa si lelaki dan si perempuan ke neraka, adalah satu pembatalan pada cinta itu sendiri.

Di sini, saya simpulkan perkataan BERCINTA sebagai: “Lelaki dan perempuan yang berkasih sayang atas jalan yang syar’ie, tidak melanggar hukum Allah SWT”

Maka, berdasarkan definisi itu, bagaimanakah hendak bercinta?

Pertama sekali, anda kena buang apa-apa sahaja didikan cinta dari drama, filem, novel-novel yang anda baca. Jangan sesekali anda sinonimkan perkataan BERCINTA itu dengan tindakan-tindakan mereka. Pada saya, apa-apa sahaja yang membawa kepada kemurkaan Allah dan boleh melemparkan kita ke neraka, tiada cinta di dalamnya.

Kedua, serius. Tak payah lah nak mengorat tak boleh blah. Nak testing-testing sembang ke apa ke. Bila timbul rasa cinta, maka mulakan dengan menyelidiki latar belakangnya. Boleh tanya ramai orang. Kemudian buat istikharah. Seterusnya bila dah yakin, hubungi terus ibu bapa si dia. Kalau takut, boleh juga terus cakap kat dia, hantar surat ke untuk luahkan bahawa kita memang cinta pada dia dan ingin jumpa ibu bapa dia. Bila dia approve, boleh proceed ke langkah seterusnya.(ada juga orang kata, tackle mak ayah dulu adalah cara yang terbaik)

Ketiga, selepas ibu bapa sudah dimaklumi, baru mulakan perhubungan di bawah pengawasan ibu bapa. Baru mula ta’aruf, baru mula sembang, baru mula berjumpa dan semestinya dalam kondisi yang syar’ie dan terjaga pula adab-adabnya. Bukan berdua-duaan(baik di alam realiti atau alam maya), tiada pula sentuh menyentuh. Membina kesefahaman untuk membangunkan satu keluarga yang diredhai Allah SWT.

Keempat: Percepatkan perkahwinan jika berkemampuan. Jika belum berkemampuan, maka seringlah berhubungan dengan penjaga si pasangan untuk mengeratkan hubungan dan menjaga silaturrahim seterusnya membina kesefahaman dalam rangka untuk menjaga diri sendiri dan mengawal hubungan itu agar kekal di dalam batasan syara’.

4 step ini, pada saya sudah boleh dinamakan BERCINTA.

Hendak bergerak lebih jauh dalam BERCINTA, hendak sentuh-sentuh, hendak minum satu straw makan satu pinggan, hendak buat itu ini, ha… kena lepas satu lagi boarder iaitu PERKAHWINAN.

Masalah tak mahu fikir

Ya, pada saya memang tak patut pun seseorang itu berfikir untuk BERCINTA pada usia yang belum matang. Tetapi, pada saya, seseorang itu perlu didedahkan berkenaan konsep membina keluarga yang diredhai Allah SWT semenjak umurnya seawal 13 tahun lagi.

Kenapa perlu membina keluarga yang diredhai Allah SWT, Apa pentingnya membina keluarga yang diredhai Allah SWT, bagaimana persiapan yang sepatutnya untuk membina keluaarga yang diredhai Allah SWT.

Barulah, remaja kita membesar dengan matang, dan terdidik pula untuk nanti dia BERCINTA dengan PERCINTAAN yang sebenar, mengikut syara’ dan diredhai Allah.

Saya tanya satu soalan: “Bagaimana manusia boleh menjadikan filem, drama, novel sebagai sumber kepada pengajaran terhadap cinta?”

Biar saya jawab. Jawapannya adalah: “Sebab mereka tidak diajar bagaimana cara bercinta yang betul”

Jadi, di sini masalah kita.

Tak mahu fikir, sebab kita tidak dididik bahawa berfikir terhadap perkara ini adalah penting. Ada juga tak mahu fikir, sebab telah terdidik supaya jangan memikirkan benda-bena ini.

Saya selalu dengar orang tua-tua cakap: “Ish, kecik-kecik dah gatal”

Ya, saya akui kalau cakap nak bercouple, atau angau dengan seseorang sampai belajar pun entah ke mana, bolehlah kita masukkan ke dalam kata-kata orang tua itu. Tetapi, untuk mereka yang berfikir bagaimana untuk membina keluaarga yang diredhai Allah SWT, mereka ini tidak patut dihalang dan dicop gatal. Malah sepatutnya dibimbing biar lebih teguh.

Kamu boleh suruh anak-anak fikir fasal cita-cita semenjak tadika walaupun medan pekerjaan akan dihadapi oleh mereka masih jauh lagi. Bila disoal, kamu menjawab: “Kita kena sediakan mereka biar tak kena culture shock, biar mereka tahu nak menghala ke mana, biar mereka jelas matlamat dan bla bla bla”

Jadi bagaimana dengan rumah tangga yang Allah redha? Bagaimana dengan cara bercinta dengan Allah redha? Kenapa kamu tak dedahkan pengajaran terhadapnya? Kenapa kamu menghalang diri kamu dan orang lain untuk memikirkannya?

Maka tidak hairanlah, remaja kita hari ini ramai yang salah mengguna pakai perkataan CINTA, BERCINTA, PERCINTAAN. Bila mereka memakai perkataan-perkataan ini, mereka merujuk pada sesuatu perbuatan yang Allah tidak redha dan murka.

Tahukah kalian, Hollywood mendidik kita dengan sifir berikut:

LOVE=SEX. Maka, bila mereka kata To Make Love, maksudnya adalah To Do Sex.

Sekarang lihat.

Kenapa kamu boleh biar barat mendidik masyarakat sambil lewa dan kamu pula meghalang diri dan orang lain berfikir berkenaan perkara paling penting ini? Cinta rosak, sebab kita tidak menjaganya.

Ganggu Pelajaran. Saya nak fokus.

Ini alasan yang pada saya tak boleh dah pakai, apabila kita mendefinisikan semula cinta mengikut apa yang telah saya tulis di atas.

Ya, kalau bercinta yang tidak syar’ie, betul akan membuatkan kita tidak fokus, ganggu pelajaran dan sebagainya.

Saya pernah berjumpa dengan beberepa pelajar yang bercouple. Mereka kelihatan sedih. Saya bertanya, kenapa sedih sampai macam down sangat ni? Pelajaran mereka, studi mereka sampai terganggu. Mereka menjawab:

“Awek saya ada masalah bang”

MasyaAllah, awek ada masalah, diri dia yang down macam dunia nak kiamat?

Tetapi, bukan semua orang bercouple begitu. Ada juga yang jadi cemerlang. Malah menjawab dengan bangga:

“Aku cemerlang sebab aku bercouple. Aku studi dengan awek aku. Boleh lebih fokus”

Jadi, pada saya, BERCINTA itu menganggu pelajaran adalah satu perkara yang patut dibuang jauh. Kenapa? Sebab ada yang BERCINTA dengan cara yang tidak syara’ pun boleh cemerlang. Apatah lagi orang-orang yang bercinta dengan cara yang syara’, dengan lebih terjaga.

Islam melarang kita mendekati zina. Hatta zina hati. Maka, sesiapa yang BERCINTA mengikut definisi syara’, maka di ruang mana pelajarannya akan terganggu?

Alasan tidak bercouple kerana couple itu menganggu pelajaran juga perlu dibuang. Bukan bermakna saya menyokong couple. Saya malah melarangnya langsung kecuali selepas kahwin. Tetapi saya suruh buang adalah kerana, kita tidak bercouple bukan kerana pelajaran. Kita tidak bercouple, hanya kerana Allah larang. Itu sahaja, dan tiada sebab lain.

Kenapa saya cakap begitu? Sebab ada orang buktikan, dengan couple mereka cemerlang. Maka, apakah dengan itu, couple boleh kita benarkan?

Tetap tidak sama sekali. Sebab kita bukan tidak bercouple atas sebab-sebab seperti tidak cemerlang pelajaran, sebab dikhianati, sebab takut dicurangi dan sebagainya. Ada juga yang couple, tapi selamat ke jinjang pelamin. Ha… nak kata apa?

Kita tidak bercouple, hanya kerana Allah suruh. Itu sahaja. Apakah kita memerlukan sebab yang lain? Tidak. Cukuplah keredhaan Allah itu matlamat kita, cukuplah kemurkaan Allah itu menjadi sebab kebencian kita atas sesuatu perkara.

Berbalik kepada isu fokus tadi, adalah tidak patut sebenarnya kita menyalah CINTA kepada ketidak fokusan kita. Siapa yang memilih untuk tidak FOKUS? Kita. Kita yang pilih untuk BERCINTA sampai tidak fokus. Siapa suruh BERCINTA sampai macam itu?

Pada saya, kalau serius nak bina keluarga, kena serius jugalah studi. Apakah boleh jadi ketua keluarga yang baik, ibu yang baik kepada anak-anak kalau markah dapat teruk-teruk, gagal sana sini? Pastinya malu kita hendak mendidik anak-anak kita nanti. Siapa contoh anak-anak? Kitalah sebagai ibu bapa menjadi contoh mereka. Sebab itu, pada saya, kata-kata bahawa pendidikan anak-anak kita bermula semenjak kita remaja adalah tepat sekali.

Maka, ketahuilah bahawa, serius dalam studi itu juga satu PERCINTAAN. Dan saya tidak nampak, kalau bercinta mengikut jalan yang syara’ tetapkan, maka itu akan menjadi penganggu kepada pelajaran.

Tunjukkan saya, di manakah ruang di dalam CINTA CARA SYAR’IE yang membolehkan seseorang itu tidak fokus kepada pelajaranna?

Jadi sekarang bagaimana?

Nak fokus pada pelajaran?

Silakan. Tetapi kenapa melarang diri untuk memikirkan keluarga yang bakal dibina nanti?

Persediaan sudah cukup?

Oh, maka jika begitu, saya tidak layak berbicara dengan anda.

Pencinta sepatutnya berdisiplin

Pada saya, seorang yang dinamakan sedang BERCINTA itu adalah seorang yang berdisiplin. Sekiranya definisi CINTAnya adalah seperti apa yang saya katakan tadi.

Dia perlu serius dalam pelajarannya. Dia perlu belajar untuk matang dalam pemikirannya. Dia perlu belajar untuk jauh pandangannya. Dia perlu belajar untuk kemas dalam perancangannya. Dia perlu mendidik emosinya. Dia perlu belajar untuk bijak membuat keputusan. Dia perlu belajar untuk pandai mengurus kewangan. Dia perlu belajar untuk boleh menjadi contoh terbaik kepada pasangan dan anak-anak.

Ya, kita tidak boleh mencapai tahap kesempurnaan. Tetapi, kita boleh bergerak dan berusaha ke arah kesempurnaan.

Silap ramai orang dalam PERCINTAAN adalah, mereka fikir, semua itu akan selamat apabila tiba pada PERKAHWINAN. Sedangkan, PERKAHWINAN hanyalah gerbang kepada satu dunia baru bernama RUMAH TANGGA. Siapa pernah berfikir, bagaimana dia hendak mengharungi dunia RUMAH TANGGA itu? Dengan lenggang kangkung tanpa ilmu? Atau cukup sekadar tahu ilmu seks sahaja?

Siapa yang belajar, kaji, cari, bagaimana hendak mengharungi dan memandu alam RUMAH TANGGA yang dilaluinya agar mampu meraih redha Allah? Siapa yang berusaha mendidik dirinya agar mampu menjadi qudwah kepada pasangan dan anak-anaknya? Siapa yang tahu bagaimana hendak membesarkan anak dengan cara yang Allah mahu?

Siapa pernah tahu dan ingin ambil tahu?

Ini, sebelum kahwin sibuk cakap fasal PERCINTAAN. memakai pula definisi PERCINTAAN daripada sumber seperti Filem, Drama, Cerekarama dan Novel yang ternyata jauh dari lunas-lunas syar’ie. Apa, nak happy now sad later?

Jika benar hendak membawa pasangan melepasi Syurga Allah SWT, apakah patut melakukan sesuatu yang tidak syara’? Patutkah angau sampai terganggu pelajaran? Patutkah?

Patutkah pula tidak fikirkan langsung? Patutkah menutup terus peluang untuk BERCINTA dengan definisi yang betul?

Sudah ada pengawasan ibu ayah, sudah ada dalam pengawasan syara’, kenapa masih membatu diri? Apakah kita fikir kahwin, bina keluarga itu perkara yang kita boleh main try and error? Silap kemudian cerai dan kahwin lain? Gitu?

Inilah masalah kita. Tidak ada disiplin dalam cinta.

Sebab utamanya apa?

Kita tidak tahu apa itu cinta. Kita tidak dididik bagaimana hendak BERCINTA.

Akhirnya, dengan mudah kita salahkan cinta.

Sebenarnya, yang bersalah adalah kita.

Yang jenis tak jaga terlalu tidak menjaga sampai melanggar batasan syara’. Yang jenis menjaga, jaga sangat sampai tak buat apa yang syara’ benarkan. Akhirnya, yang terlahir adalah keluarga yang rosak. Jika tidak rosak pun, keluarga yang pasif. Mandul. Bukan mandul dari segi tidak mendapat anak, tetapi mandul dalam memberikan manfaat kepada ummah, kepada pembinaan kehidupan Islam dalam masyarakat.

Ya, ramai boleh membina keluarga yang baik, yang dikatakan bahagia walaupun tidak mengamalkan apa yang saya katakan ini.

Tetapi, ketahuilah, apa yang saya katakan ini adalah untuk menghasilkan keluarga yang lebih baik dari baik yang anda sangkakan baik itu, lebih bahagia dari bahagia yang anda katakan bahagia itu. Yang saya katakan ini adalah untuk membina keluarga yang menjadi agen perubahan ummah dan keluarga yang menjadi salah satu dari batu-bata pembinaan masyarakat Islam yang mapan.

Anda tidak mahu?

Terpulang.

Penutup: Cinta yang patut kita cari dan gerakkan

Kita dibesarkan dengan cinta hollywood, cinta para artis, cinta selebriti, cerita dalam filem, cerita dalam drama dan cinta-cinta tidak syar’ie dalam novel. Kita diajar bahawa kalau bercinta mesti mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, minum tak pernah hilang dahaga.

Masalahnya, siapa kata itulah cinta? Siapa kata yang mereka tunjukkan itu CINTA?

Boleh buang dalam tong sampah definisi cinta yang mereka tunjukkan itu.

Saya ulang yang entah buat kesekian kalinya: CINTA itu suci, menyembuhkan dan membina peribadi. Sesiapa yang BERCINTA dengan CINTA yang sebenar, dengan cara PERCINTAAN yang sebenar, maka dia tidak akan rugi, tidak akan pula rosak.

Tidak dinamakan CINTA kalau melemparkan pasangan ke neraka. Tidak dinamakan CINTA kalau buat diri dan pasangan fail periksa. Tidak dinamakan CINTA, kalau buat pasangan dan diri sendiri lupa serta jauh daripada Allah SWT.

CINTA yang saya katakan inilah, yang perlu kita cari, belajar, ajar, dan gerakkan dalam kehidupan.

Bagaimana kamu sekarang?



nusrah walfath: jawapan saya tetap TIDAK buat masa sekarang....




..PESANAN UTK KAUM LELAKI.. PERINGATAN UTK KAUM WANITA..


Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.

“Ini fitrah la bro, fitrah”

Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.

Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?

Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.

Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.

Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”

Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.

“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”

Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.

Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?

“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.

Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?

“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.

Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.



Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.

Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.

Hentikanlah.

Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.

Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”

Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”

Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.

Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?

Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.

Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.

Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.

Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.

Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.

Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.



nusrah walfath: ini penulisan Hilal Asyraf yang pertama yang saya baca. Waktu ni zaman ada friendster dulu. Lepas tu lah, saya lebih lekat dengan penyampaian hilal melalui buku dan langit Ilahi beliau. Semoga bermanfaat ;-)



..Mr.P takdir saya.. ;-)

saya yg selalu keliru..cuba tengok betul2 tulisan kat board tu.. :)


Salam semester baru. Hari ni hari kedua semester dan merupakan hari pertama saya ke kelas. haha hari pertama memang langsung tak masuk. Ada lah beberapa sebab yang disengajakan. Akhirnya saya dah dapat major. Lega sangat walaupun pada mulanya over confused nak pilih major.


Encik PS

Subjek intro yang mula-mula saya amik ialah Political Science. Oh kalau tanya minat saya, memang saya LANGSUNG tak minat major sains politik nih. Subjek ni agak senang sebenarnya tapi sebab tak minat punya pasal, so, memang tak dapat nak paksa diri. Bila exam or quiz, markah ok je. Final exam pun ok sangat tapi saya ni kalau dah tak suka memang takkan suka. Hoho..


Cik H

Erk..intro to History and civilization.. saya rasa kelas ni memang special sangat-sangat. Sebab lecturer yang mengajar tu blind. Tapi saya respect sangat dia. Dia sangat knowledgeable. Walaupun saya ni bukan lah pandai sangat sejarah dan memang tak pernah minat sejarah sejak zaman sekolah lagi tapi still dapat catch up jugak lah time lesson. Cuma, kenakalan agak terserlah dalam kelas ni..siap bawak roti gardenia lagi..macam berkelah pun ada. Lecturer tak kesah tapi jangan bising sudah sebab dia memang pantang betul dengan bunyi. Setiap kali kelas ni, memang ramai sangat yang ngantuk. Tapi saya tak..hehe.. Bayangkanlah belajar subjek sejarah pukul 5-620 petang setiap isnin & rabu. Mana tak ngantuk..


Bro S

Inilah subjek yang paling saya minat. Minat sangat sangat sangat. Setiap kali masuk kelas kul 5-620 petang hari selasa khamis, memang excited sangat. Saya tak pernah miss kelas ni, tak pernah ngantuk dan tak pernah rasa bosan. Hebat sungguh lecturer yang mengajar tu. Dia HOD Department Sociology and Anthropology. Subjek intro to sociology (SOCA tenten) ni memang best tapi bila exam, susah sangat sangat sangat sangat. Mungkin saya ada minat dalam bidang ni tapi tak ada bakat. Tapi saya sedih sangat sebab kelas soca ni waktu last day saya tak hadir. Sebab demam yang dahsyat, saya tertidur. Memang sedih bila miss kelas yang tak pernah ponteng. Dah tu hari terakhir lak tu. huhu..


Mr. P

Ni salah satu bidang yang saya minat sejak zaman sekolah lagi. Kalau tak salah, sejak form 2 lagi. Memang pernah simpan cita-cita nak sambung belajar dalam bidang ni. Walaupun saya punya diploma dalam bidang lain, tapi ia agak related ngan bidang ni. Saya nak dapat subjek intro ni, memang susah sangat. Mungkin sebab ia terlalu laku. So, saya mintak ngan deputy dean. Alhamdulillah lepas saya consult dia (bukan dia consult saya..haha) dapat gak intro to Psychology ni. Awal-awal belajar memang saya hilang minat, mungkin sebab Bro S lebih seronok. Saya memang confused antara Mr.P ngan Bro S.. So, saya buat istikharah dan nak tengok result midterm + final dulu. Sebab kadang-kadang kita kena utamakan bakat daripada minat.


Madam C

Selain mr.P dan Bro S, saya jugak nak Madam C. senang cerita saya ni memang selalu keliru nak memilih dan buat keputusan. Tapi disebabkan saya belum amik intro Mass Communication, so saya fikir saya patut buat minor je lah nanti. Baru je register subjek ni untuk sem ni. Kalau cemerlang, boleh lah saya minor in comm.. heee.. tak sabar nak belajar Video Production. Saya memang minat benda-benda macam tu..


Keputusan saya.

Apa yang kita nak tak semestinya kita dapat dan apa yang kita dapat adalah yang terbaik untuk kita. Encik PS, Cik H, Bro S, Mr P dan Madam C memang pilihan saya.. tapi saya hanya diberi kuasa untuk memilih satu sahaja sebagai major. Kalau ikut result exam + minat + ability, akhirnya Mr P ditakdirkan untuk saya. Mungkin Bro S adalah minat saya tapi tidak ability. Manakala Encik PS pulak ability saya tapi saya tak minat. Uniknya, Mr P ada combination of interest and ability. Sebab result Mr P yang excellent juga, saya pilih Mr P tanpa ragu-ragu. InsyaAllah Madam C would be my minor. ;-)

buat-buatlah nampak tengok gambar ni :)


Untuk semester ni, saya bermula dengan subjek major yang sememangnya susah. Academic advisor pun cakap susah tapi dia tak bagi saya tukar subjek. Dia mintak saya skor dalm dua subjek ni. Memang agak berat subjek ni sebab macam subjek math & science je. Physiological Psychology = Science + Biology, Psychological Statistic = Math. Hoho dah lama tak pegang kalkulator. Kena balik geledah stor ni. Lepas diploma dulu, terus tak guna dah..eh, lupa, kali terakhir guna waktu kira duit derma yang Pakistan tu. Itupun menggelabah sebab lama tak guna. HAHA!

borang saya yg telah di approved. Seronok sangat!

sign HOD Psychology. Cantek, kan? Sorry kalo xnampak. xbawak kamera canggih time ni..pakai hp je...


Jadi, untuk sem ni, kena lebih bekerja keras. Tak boleh aktif sangat dah. Kena bersara kot..haha. So, itu sajalah cerita pasal major. Saya declare major ni waktu orang tengah seronok bercuti lagi. Excited sangat kot. Tu pasal keluar je result, lepas hari maal hijrah, terus pergi declare. Semoga semester ni saya lebih gigih dan bersemangat! Semoga berjaya untuk kawan-kawan semua. Jangan mudah mengalah dan jangan patah semangat. Juga jangan cepat selesa ok. Have a nice journey in IIUM. Allah keeps you going! ;-)




..Apa Ertiku Menuntut Ilmu..

ayat dlm gambar nih cam x seswai je..sape lah yg edit tuh..huisy..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" (QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya,
Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak,
Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat,
Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical,
Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja,
Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian,
kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama,
diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang,
kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu,
tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya,
mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan,
orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai,
bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui,

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,


"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."


khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya,
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.




Nusrah walfath: Selamat menuntut ilmu buat semua rakan-rakan UIA untuk semester baru. kurangkan kontrversi, tingkatkan prestasi ;-)

..Tag SssSss :)

Salam Maal Hijrah 1432H. Masuk bulan disember dah. Masa untuk update blog walaupun kering idea nak menulis.. Jadi, sekadar jawab tag ssssss oleh cik Diba Violet tak lama dulu..(diba, saya adelah orang yang sangat rajin nak jawab tag nih)..hehee... tapi agak malas nak buat intro guna ayat sendiri (kali ni je ekkk) heee...

once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things,facts, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. :))

Kalau diba mula ayat ngan huruf S, saya akan mula setiap ayat saya ngan huruf S jugak! haha :)


1. Saya langsung tak makan sebarang jenis sayur; sayur ijau, putih, kuning, oren, merah, semuanya saya tak makan..hurm coeslaw (betul ke eja?) ala yang kat KFC tuh..pon TAK MAKAN jugak.

2. Selalunya orang ingat saya budak sekolah. Setiap kali orang datang rumah, mesti tanya, "tingkatan berapa?, cuti sekolah ke?".. Tak kurang juga ramai yang lebih muda daripada saya yang panggil saya ADIK. Bukan salah saya untuk perasan muda ok.

3. Saya selalu dengar orang cakap saya ni sukar didekati. Betul? Yea, memang betul sebenarnya.

4. Selalu jugak orang ingat saya ni pendiam. Tapi, sekali cakap, masyaAllah dahsyatnya! HAHA semua kawan-kawan saya cakap begitu, bukan rekaan semata.

5. Sekali orang tengok saya, macam sombong. haha saya sombong dengan lelaki yang tak dikenali + yang baru saya kenal.. Tapi saya ramah sebenarnya kalau orang tu menyenangkan saya.

6. Saya sangat sukakan warna GREY a.k.a KELABU!

7. Saya tak suka warna PINK..Sangat KURANG gemar :(

8. Suka sangat makan udang. Mujur tak de resdung yea..hihi

9. Saya tak percaya pada teori 'love at first sight' atau dalam bahasa melayunya, jatuh cinta pandang pertama. Bagi saya semua tu KARUT!

10. Sangat sayang pada kawan-kawan saya.

11. Semua yang berbuat baik pada saya adalah orang yang sangat saya kenang.

12. Suka baca buku sangat sangat sangat! I love books!

13. Sederhana dalam semua segi tapi cerewet juga..heeee...

14. Sungguh tak sabar nak habis study walaupun saya agak seronok belajar kat UIA ni. Kawan-kawan best setanding sahabat-sahabat kat TEJA dulu.

15. S.A.B.A.R itu adalah kunci saya untuk menjadi tabah hadapi macam-macam fitnah duniawi.

16. Selalu jugak terfikir kenapa muka saya ni asyik kena gosip. Tak buat apa-apa pun kena gosip. Kali ni saya percaya, tak de angin pun pokok leh bergoyang sebab monyet ada kat atas pokok tu kot.. haha :)

17. Sulaiman adalah buah hati saya. Tak boleh berpisah dengan dia rasanya.. walaupun baru tiga tahun, tapi dia sangat petah. oh comelnya dia...

18. Saya suka tengok hujan comel di UIA.

19. Sendiri terfikir siapa jodoh saya?? di mana dia? walaupun kerap kali saya diingatkan oleh kata-kata encik BB; 'kadangkala jodoh itu di hadapan kita sahaja'.

20. Suka dan sangat senang hati tengok orang tersenyum pada saya.

21. Seorang yang pemalu juga sebenarnya..heeee...

22. Saya tak suka orang paksa saya melakukan sesuatu.

23. Saya tak reti untuk menolak atau dengan kata lain, saya adalah seorang yang tak reti berkata TIDAK.

24. SURI RUMAH adalah cita-cita saya yang sejati..haha

25. Saya yakin dengan janji Allah s.w.t



Selesai semuanya... sesiapa yang nak jawab or buat tag ni, silakan lah yea ;-)




..Kita berbeza di bawah langit yang sama..


Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.

"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.

Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.

"Hilwah... kau marah?"

Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."

"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum. "Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional?

Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

"Maksudmu?"

Aku memerhatikan gelagat beberapa orang AJK seminar yang gesit berpergian ke sana ke mari. Sibuk mengurus bahan-bahan untuk pembentangan kertas kerja sesi petang. "Ya, dari sudut material, mungkin. Atau stratifikasi kelas profesional. Jika dari sudut itu, aku akui. Tetapi tidak jika kau katakan profesion guru itu serendah-rendah kerjaya dari aspek khidmat bakti, budi, hatta martabatnya di sisi Tuhan."

Dia terlongo. Kemudian perlahan-lahan menguntum senyum. "Kau sebenarnya marah padaku, bukan?"

Aku sekadar diam. Dan menjeling geram.

"Hati-hati, nanti matamu juling!" usiknya.

Segaris senyuman pun tidak terlukis di bibirku. Pedulikan!

"Maafkan aku tentang hari itu."Matanya tunak merenung anak mataku. Tajamnya menembus ke jantung!

Aku melarikan pandangan, dan sedikit terpinga. "Maaf? Tentang apa?" Baki donat di tangan, aku suapkan ke mulut. Gula yang melekat pada jari kukesat dengan sehelai tisu yang sudah keronyok.

"Maafkan aku kerana aku telah berkahwin." Roman mukanya menggambarkan kekesalan.

Aku terperanjat. Eh, kenapa soal ini pula yang ditimbulkan? "Kenapa minta maaf? Salahkah jika berkahwin?" Aku pura-pura berlagak selamba. Mengenang peristiwa bulan sudah ketika aku keluar ke pusat membeli-belah. Niat di hati mahu mencari hadiah hari jadi untuk teman baikku, Suraya. Jadi, aku keluar seorang diri. Dan Tuhan telah memperlihatkan kepadaku pada hari itu, dia sedang mendukung seorang bayi sambil tangan kirinya memegang tangan seorang wanita kecil molek. Mata kami bertembung. Dan dia kaget. Gelabah.

"Aku tahu hatimu, Hilwah. Takkan kau telah lupakan segala kenangan kita di bangku sekolah?" Tampangku tertampan di kornea matanya, tidak mahu lepas-lepas. Aku kalah pada renungan itu, lalu mengalih pandang kepada cawan putih di hadapanku, berenang di dalam cairan kopi yang hitam pekat.

Semilir kenangan kembali berhembus di ranting ingatan. Dahulunya, dia seniorku ketika di bangku sekolah menengah. Aku masih ingat, setiap kali tiba waktu rehat, pasti dia dan beberapa teman baiknya akan datang ke kelasku. Mengintai-intai gerakku. Sepi tanpa suara, dan langsung tiada usikan. Juga tiada surat cinta. Hanya pandangan mata berbicara. Tetapi itu tidak lama kerana dia berpeluang menyambung pengajian di universiti, sedangkan aku masih di tingkatan dua. Segala yang pernah berlaku terus lesap dikaburi cita-cita masa depan.

"Masakan aku lupa, Is. Tapi kita tak punya apa-apa hubungan aku kira. Sekadar rasa di hati. Setiap manusia pasti punya naluri demikian. Itu fitrah." Kopi sudah suam. Aku meneguk sekali. Rasa pahit di tekak tiba-tiba.

"Tapi aku tahu, kau masih miliki rasa terhadapku hingga saat ini. Jangan kau nafikan, Hilwah." Kening lebatnya bertaut. Renungannya tajam.

"Is, aku minta diri dulu. Majlis dah nak mula." Aku gesit berdiri sambil mencapai beg tangan berona coklat di atas meja beralas cadar merah jambu. Sekonyong-konyong, beg tangan itu terasa seperti tersangkut pada sesuatu. Berat. Aku memandang sekilas. Dia menarik beg tanganku!

"Kenapa ni, Is?"

"Aku tetap tahu hatimu biarpun kau diam atau tidak mengakui. Aku tahu, Hilwah..." Beg tanganku dilepaskan. Dan aku berlalu dengan mengusung hati yang libang-libu.

Aku sengaja sign in ke Yahoo Messenger dengan status available. Tumpuanku tidak pula ke situ. Tanganku cekatan menaip sebuah artikel untuk dipos ke blog yang aku kira sudah semakin semak dan bersawang akibat tidak dikemaskini beberapa lama.

Buzz! Aku terperanjat. Melihat tetingkap Camar Senja terpapar di skrin komputer riba.

"Hilwah, aku tetap bertegas mengatakan karier pensyarah adalah lebih baik berbanding guru!"

Batinku serasa berasap mendengar kenyataan itu. "Kau ni kenapa, Is? Tanpa salam, terus saja redah cakap merapu-rapu!" Aku sedikit radang.

"Kenapa, kau tiada hujah untuk membidas kenyataanku itu? Kerana ia benar, bukan?"

" Tidak! Tak kuasa aku nak melayan kerenah kau yang entah apa-apa. Perasan sangat!" Aku membalas geram.

"Perasan atau kau sebenarnya telah mengaku kalah?" Dia mengirim senyuman ketawa berdekah-dekah. Aku kian hangat. Kugenggam jari-jemari dan berderap-derup bunyinya. Segera ku taip, "Kau tahu, aku pernah membaca ungkapan ini 'kemenangan yang sebenar adalah dengan mengaku kalah'. Ertinya, aku menang lantaran tidak mahu berbalah dengan kau!"

"Tidak. Kau tidak menang selagi tidak dapat mematahkan hujahku... Bagi aku, kerjaya guru layak dipohon oleh sesiapa saja, hatta tukang kebun!"

Ini sudah melampau! Tuduhan melulu tidak berasas. Pasti sengaja mahu menaikkan darahku. "Eh, kau ni betul-betulkah pensyarah? Jangan cakap melulu saja. Kau tak tahukah, untuk menjadi guru perlukan pengetahuan pedagogi. Serba-serbi tentang dunia pendidikan kena tahu. Dan aku rasa, kau juga tidak punya pengetahuan pedagogi! Menurutku, untuk menjadi pensyarah tidak semestinya perlukan pengetahuan itu." Aku berhenti sejenak. Berfikir dalam-dalam sebelum meneruskan. "Tukang kebun dengan dunia tukang kebunlah. Jika tukang kebun kurang arif tentang dunia guru, kita pun serupa. Kurang dari segi ilmu perkebunan. Bukankah kita ini saling lengkap-melengkapi. Ha, jangan kau nak hina tukang kebun pula! Ingat, datukmu dahulu tukang kebun juga!" Aku sengaja melemparkan paku buah keras.

"Ahh!! Kau jangan nak kaitkan dengan datuk aku pula."

Aku sengaja tidak membalas. Malas sungguh mahu melayan sikapnya yang keanak-anakan itu, sedangkan hakikatnya sudah pun menjadi bapa orang.

Buzz! "Kalau kau perhatikan, guru sering tidak ke mana-mana. Di takuk itu jugalah, tak berubah-ubah sampai pencen! Cuba kau lihat pensyarah. Lepas dapat M.A. sambung Ph.D pula. Kemudian sambung lagi, dan lagi. Aku kira, hanya golongan pensyarah yang mentradisikan pembelajaran sepanjang hayat."

Aku naik jelek. Rasa meluat meluap-luap dalam dada. "Aku tak faham kenapa kau terlalu ghairah untuk mengangkat kedudukan kerjaya sendiri." Anak rambut jatuh berjuntaian di dahi. Gesit aku menyelit di belakang telinga. "Hmm, bagi aku, pembelajaran sepanjang hayat bukanlah mesti melalui proses formal semata. Bukan sekadar belajar daripada buku-buku, teori atau kajian ilmiah, bahkan dari kehidupan dan pengalaman itu sendiri. Cuba kau lihat golongan lama di kampung-kampung. Mendengar kuliah ilmu di masjid-masjid, menadah kitab di pondok-pondok, belajar sesuatu melalui pemerhatian dan renungan terhadap alam, itukan juga suatu pembelajaran, meski tidak formal. Tidak perlu berpangkat pensyarah atau berlenggang bawa 'telinga' masuk ke dewan kuliah baru boleh dikatakan sebagai belajar. Kehidupan ini madrasah, Is. Sekolah. Kita sentiasa belajar daripada sekolah hidup..." Aku menyudahkan rangkaian ayat-ayat tersebut dengan senyuman puas.

Camar Senja is typing a message. "Ya, baiklah. Aku setuju. Tapi apa pendapat kau tentang karier guru? Guru dengan pensyarah; mana lebih baik?"

"Is, aku takkan menghukum mana yang lebih baik. Masing-masing ada kurang lebih tersendiri. Misalnya, jika kau katakan pensyarah itu lebih baik, alasannya mungkin kerana tangga gajinya yang lebih tinggi, ruang kerja yang lebih kondusif dan eksklusif. Gelar 'pensyarah' itu sendiri sudah kedengaran gah berbanding guru."

"Akhirnya kau mengaku juga..."

"Aku belum habis, Is. Sudah aku katakan, aku tidak berpihak kepada mana-mana. Selama ini pun, aku langsung tidak pernah terfikir untuk membandingkan di antara dua kerjaya itu, atau kerjaya-kerjaya lain juga. Apa yang penting, setiap pekerjaan itu niatkan ikhlas kerana Allah. Di situlah nilainya."

"Aku tetap mahu penjelasan kau tentang karier guru."

Aku mendengus marah. Genggaman penumbuk aku acukan ke skrin komputer. Geram. "Kau ni degil ya? Bapa yang sungguh degil! Kelak, anak-anakmu akan mewarisi kedegilan itu."

"Teruskan saja... Aku ini bapa muda, tahu?"

Aku mencebik. Perasan! Jari-jemariku kembali menekan-nekan papan kekunci. Menaip pantas. "Baiklah. Secara peribadi, karier guru bagiku lebih mulia berbanding pensyarah. Bukan mudah untuk menjadi guru, Is. Tapi jika mahu jadi pensyarah, serasaku lebih senang. Gelarnya juga pensyarah. Masuk ke dewan kuliah, bersyarahlah semata tanpa terlalu menitikberatkan sama ada pelajar faham apa tidak. Guru sebaliknya. Dia harus 'menyuap' pelajar ketika pelajar itu masih kosong. Tidak punya sebarang asas pembelajaran. Jadi, mana lebih susah?"

"Pelajar universiti kan sudah dewasa. Bisa hidup mandiri. Tidak perlu 'disuap' lagi..." Dia tiba-tiba mencelah.

"Tunggulah aku habiskan ayat, Is. Kata mahu dengar hujahku."

Dia mengirimi senyuman malu tersipi-sipu. "Okey, okey..."

"Kau harus tahu. Guru turut berperanan sebagai ibu dan ayah kedua selain mengajar. Misalan yang dapat aku bawa, ada sebahagian guru di pedalaman yang terpaksa memandikan pelajar dan bedakkan mereka sebelum pengajaran bemula. Ini kerana pelajar-pelajar tersebut tidak pernah mandi pagi. Lantaran itu, memandikan mereka merupakan salah satu pendekatan untuk memberitahu mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan diri." Jeda memanipulasi. Fikiranku ligat berputar, bagai roda di atas jalan. Aku meneruskan. "Malah, guru lebih dekat dengan pelajar jika dibandingkan dengan pensyarah. Pelajar tidak segan silu untuk bertemu guru tentang apa juga permasalahan, hatta maslah peribadi. Hal sebalknya berlaku kepada pensyarah. Pensyarah dengan pelajarnya seolah-olah ada jurang yang lebar membataskan hubungan kedua-duanya untuk lebih hampir. Mungkin kerana taraf atau status pensyarah itu yang dipandang eksklusif, kononnya..."

Tiada balasan. Sepi. Aku melihat statusnya: Offline. Aku mengeluh. 'Merajukkah orang tua ni?' Aku yang sejak awal malas mahu melayan fiilnya terus hanyut dalam timbunan buku-buku dan abjad-abjad di skrin komputer.

Kafe Fakulti Pendidikan lengang, tidak ramai pelanggan. Aku terus menghirup bihun sup yang masih panas berasap. Lapar mencucuk-cucuk sehingga aku tidak lagi pedulikan tampang di hadapanku.

Dia tersenyum. "Bagus juga hujah kau semalam, Hilwah. Maaf, aku terpaksa sign out sebab ada hal mengejut. "Dia sekadar menghirup teh O ais limau menerusi straw berjalur putih jingga di atas meja tanpa alas.

"Kenapa? Anak meragam? Atau isteri merajuk melihat suami berchatting dengan perempuan lain?" Aku sengaja mencucuk. Mahu melihat riak muka.

Dia ketawa anak. Mukanya merah. "Ke situ pula fikiranmu." Dia menyambung tawa.

Aku mengerling dengan ekor mata. Lidah tiba-tiba rasa melecur dek bihun yang panas. Segera kuteguk sirap limau yang sudah sedikit cair ketulan aisnya.

"Aku sayangkan kau, Hilwah."

Aku melatah terkejut. Telinga turut berdesing. "Kau nampak longkang tu?" Telunjukku menuding ke arah longkang yang tidak jauh dari tempat kami berada. Dia membuang pandang mengikut arah telunjukku. "Buang sayangmu di situ!"

"Kau menghina aku, Hilwah?"

"Tidak. Aku bukan menghina. Tapi sayangmu tidak berhak untukku."

"Kenapa?"

"Jangan jadi bodoh. Kau punya anak dan isteri. Beri sayangmu kepada mereka."

Mukanya memerah. Menahan malu barangkali. Tapi biarlah aku pasakkan ketegasan di hadapan lelaki ini.

"Is, aku ini hanyalah seorang bakal guru... Kata orang dulu-dulu; enggang terbang bersama enggang. Pipit dengan pipit mengepak bersama..."

Seleraku sudah patah. Aku tinggalkan mangkuk bihun yang masih berbaki sedikit sambil direnung hampa olehnya. Hatiku sendiri kosong.


bukan senang menjadi seorang guru...


sumber: iluvislam.com :))




..salahkah bila berubah?..


Izzat mengerutkan dahi memandang teman sebilliknya menumbuk tendang batang pohon, melepaskan amarahnya. Pagi tadi bukan main gembira Aliuddin melangkah keluar dari bilik. Tapi Aliuddin yang berada di hadapannya kini...


“Ali, bangun sembahyang Subuh. Dah lewat ni.”


“Diamlah kau. Aku nak sembahyang ke, tak nak ke, kau peduli apa? Kubur masing-masing.”


“Memang la kubur masing-masing. Kalau kubur kita sekali, bolehlah aku backup kau. Kau tak sembahyang, aku boleh tolong cover.”


Aliuddin menarik selimut lalu memekap mukanya dengan bantal. Izzat hanya menggeleng-gelengkan kepala. Suasana menyepi seketika. Hakim menepuk-nepuk bahu Izzat, mengisyaratkannya supaya ke tepi. Dia dekat ke tepi Aliuddin lalu menjerit, “Bangun Subuh!” Aliuddin yang tersentak bangun terduduk dengan matanya terbeliak bulat. Melihatkan wajah takut teman sebiliknya itu, Hakim ketawa mengekek.


“Nasib baik kaki aku sakit. Kalau tak, kau sarapan kaki aku pagi ni.”


Ketuk ketampi tiga ratus kali dan dirotan di kaki. Denda yang menyebabkan kakinya sakit yang amat. Denda atas perbuatan memancitkan tiga tayar kereta guru yang menyagat rambutnya. Ini bukanlah kali pertama dia didenda dan mungkin bukan yang terakhir. Dia cuba bangun dari katil tapi kakinya terasa perit untuk berdiri. Malah hendak duduk kembali pun dia tak mampu. Mukanya berkerut menahan kesakitan.


“Kau tak apa-apa ke?” Izzat bertanya.


“Aku nampak macam tak ada apa-apa ke?” Aliuddin bersuara garang.


Hakim cuba untuk membantu memapah tapi ditangkis keras oleh Aliuddin. Dia menguatkan diri untuk melangkah padahal dalam hati menjerit menahan sakit. Memang Aliuddin tidaklah sebaik nama yang diberi, namun cara pengurusan sekolah mengatasi pelajar bermasalah hanya menambahkan lagi dendam di dada. Pernahkah guru yang memberi denda itu merasai betapa sakitnya kaki setelah ketuk ketampi beratus kali? Di sebalik hukuman-hukuman pihak sekolah, kenapa agaknya pendekatan yang diambil lebih kepada menghukum pesalah sedangkan fungsi sekolah ialah memanusiakan manusia?


Esok cuti sekolah bermula. Sebaik sahaja loceng berbunyi, Aliuddin meluru ke asrama, mengejar tombol pintu biliknya. Cepat-cepat dia menukar baju lalu berlari ke tempat perhentian bas. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung. Di dalam perut bas, dia mencapai buku komiknya, sekadar membaca melepaskan kebosanan yang mula menghantui. Ada sesuatu yang jatuh dari celah-celah muka surat komik itu. Sepucuk surat.

I – Isyak
S – Subuh
L – Luhur (Zuhur)

A – Asar

M – Maghrib



Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., “Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.” Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Izzat, sahabatmu.



Bas meluncur laju membelah malam. Dia melabuhkan pandangannya ke luar tingkap. Pokok-pokok ketapang di pesisir lebuh raya berbalam. Melambai-lambai gemalai ditiup angin. Sinar bulan malu-malu menjenguk alam. Debar jantung tiba-tiba menderas. Dia menatap semula surat itu. Dibacanya berulang-ulang kali. Bicara ayat-ayat mengelus jiwanya yang layu.


“Kau ni ada masalah apa? Kalaulah pokok tu ada tangan, terkulai layu kau dibuatnya.”


“Budak-budak tu la…” mulutnya memuncung ke satu arah.


“Budak-budak mana?” Izzat mencari-cari kelibat orang.


“Aku jalan-jalan tadi, terdetik dalam hati nak sembahyang kat masjid. Elok je aku nak langkah masuk pagar masjid, Si Shukri tu perli-perli aku. Dia kata dia nak tengok selama mana muka ahli neraka macam aku ni boleh jadi baik. Sampai aku habis solat pun dia tak henti-henti lagi mengumpat aku. Geram betul la!” Satu tumbukan padu dilepaskan. Daun-daun kering mula berguguran. Menari-nari lalu jatuh menapak lantai bumi.


“Muka aku ni ada cop neraka ke? Aku jadi jahat pun salah, jadi baik pun salah.”


“Meh sini aku check.” Izzat membelek-belek muka Aliuddin. “Ish…” Aliuddin menepis tangan Izzat, merenung tajam kawannya itu. “Dia saja main-main kot.”


“Kalau main-main, orang takkan sambung dengan mengumpat.”


“Biarlah… Bila dia mengumpat kau, kau dapat pahala. Kau sepatutnya gembira dapat pahala free.”


“Pahala free? Kenapa pula?”


“Bila kita mengumpat orang, orang yang diumpat dapat pahala, kita dapat dosa.”


“Owh… ye ke?” Izzat mengangguk. “Aku dapat pahala?” Aliuddin senyum tersipu-sipu sambil tangannya memeluk batang pokok. Izzat hanya menepuk dahi melihat telatahnya.



nusrah walfath: Iluvislam.com ;-)



..DIA cinta terakhir..


INILAH cerita hati saya setiap kali dilimpahi luahan ditinggalkan kekasih dirindui, bila saat cinta bukan lagi keutamaan, bila keayuan seri wajah tiada lagi nilai pada pandangan. Isinya seakan-akan sama, lontaran apa, bagaimana, dan kenapa sering dialpakan bila berdepan dengan konflik ini. Muhasabah bila ada masalah, bukan sebelum ‘mencari’ masalah.


Terumbang-ambing merupakan hiasan pada pasti bila muncul masalah, adalah ciri yang pasti bila ditimpa musibah dan bila dihempas bencana. Dada selalu bersarang semak-samun kedukaan. Di setiap sudut wajahnya terpancar kesedihan, air mata menemani di saat ini sebagaimana kesedihan yang terpalit di sebalik peristiwa di lembah Bani Sa-‘ad.


Berapa ramai lagi orang yang terpenjara dogma cinta buta ini, daripada hanya puluhan luahan malang yang telah saya terima. Jujurnya, saya tiada jemu untuk berkongsi ini dan itu, tapi sampai bila kalian ingin terus dipenjara khayalan bodoh ini.


Andai tiada ingin untuk berubah, kalian akan diubah oleh suasana. Penjara saya maksudkan ini tiada had masa, mungkin hanya untuk beberapa jam, beberapa hari, atau mungkin berbulan-bulan lama. Penjara dahsyat ini kering dengan pantulan cahaya cinta Ilahi, dan hanya bertemankan jeriji bebal untuk terus berubah.


Anda akan merasakan bahawa penjara ini sebahagian daripada duri-duri halus yang terbenam di laman hati nurani kalian tanpa diundang. Merasainya adalah penderitaan yang tiada kepalang.


Anda adalah diri anda, berubahlah untuk menemui cinta yang dijanjikan Ilahi, cinta pasti dan mesti.


Berapa ramai orang tua yang kehilangan permata hatinya pada saat masih muda belia. Masa yang seharusnya dihiasi oleh kesenangan, kebahagian namun terpalit dengan kedukaan, kesedihan kerana mengagungkan cinta manusia lebih daripada cinta Ilahi.


Ada benar juga bidalan arab, berada di dalam kesenangan tanpa muhasabah lebih sulit daripada manusia yang berada dalam kesusahan. Menahan himpitan hidup berbentuk material, hutang, dan keluarga.


Berubahlah untuk mengubah.


Nabi s.a.w bersabda:

Bermaksud: “Bahawasa Allah bila mana mengasihi sesuatu kaum akan ditimpakan ujian ke atas mereka. Barang sesiapa redha (akan ujian) maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa benci (putus asa) maka baginya jua kebencian Allah (daripada memandang)” (al-Hadith)


Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian hubungan uda dan dara di alam pertunangan mahupun cinta palsu, dalam hubungan masih samar. Perkahwinan dimulakan oleh cinta, tanggungjawab akan menyempurnakan cinta. Cinta adalah perasaan, terisi tanggungjawab adalah antara tunjang paling ampuh.


Ingatlah, pergaulan bebas akan mematikan rasa tanggungjawab selepas kahwin. Melakukan hal ini, bererti kalian saling mencari murka Allah walaupun niat masih membasa-basi inginkan keredhaan Ilahi.


Pilihan di tangan kalian. Mencari murka manusia hanya kerana meninggalkan cinta ‘dosa’ itu, atau terus menerus berada dalam kemurkaan Ilahi kerana hanya mencari kasih manusia.


Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini, andai hanya bergantung pada cinta semata-mata, hanya tahu memuaskan nafsu di sebalik kasih ‘dosa’ yang dihulurkan, cinta suci kononya yang dicari akan terus kotor kerana tangan busuk kita.


Berubahlah untuk mengubah.


KEMUDI CINTA


Cinta adalah api.


Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan.


Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangatkan atau menghanguskan hati. Memberikan seluruh cinta kalian kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cinta kalian, memberi sepenuh jiwa dan raga.


Bahagiakan hati kalian hanya cinta kepada-Nya.


Mengungkap cinta dan janji setia itu mudah, namun mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Buat lelaki, cinta dan janji setia yang hancur buat insan lain terasa parah dan perit menanggung.


Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kalian tidak dapat hidup terus dengan baik andai tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.


Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, dan terus meninggalkan dia jika tidak mampu untuk mengakhirinya dengan ikatan. Mendengar adalah proses belajar paling berkesan ketika ini, usahlah mengkritik kerana hanya ingin menghalalkan perbuatan kalian.


Percayalah pada pilihan (takdir) Allah Taala, pilihan paling bijak pada surat cinta seperti terkandung isi tersurat mahupun tersirat di lembaran Kalam suci Ilahi. Insha-Allah terbaik buat hamba-Nya yang berakal.


Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu...” al-Baqarah (2:216)


Hidup adalah seni, seni dapat dipelajari dan ditekuni. Belajarlah dari alam terbentang luas di hadapan kalian. Musibah datang adalah untuk dimuhasabah. Ketahuilah itulah tanda kasih dan cinta Ilahi kepada kita, sabar adalah aset utama.


Ramai yang tidak tahu atau mampu melihat keindahan hidup ini. Ini kerana buta mata hati, kerana terlalu menikmati manis kebendaan, perasaan yang lansung tidak mengeyangkan rohani kalian selama-lamanya. Tujuan hidup sebenar dipersiakan, dan dibiarkan begitu sahaja tanpa pengisian.


Berubahlah demi untuk mengubah.


DIA CINTA TERAKHIR


Cinta memang hebat.


Andai cinta kalah oleh mainan perasaan, itu menunjukkan cinta kita belum benar-benar cinta. Kita bukan cintakannya, tetapi hanya cintakan kecantikan, keayuan wajah yang hanya bertahan hingga ke suatu masa sahaja. Allah bukan sahaja menguji cinta kalian kepadanya, tetapi menguji cinta kalian kepada-NYA.


Memberi cinta untuk dicintai. Penuhi cinta Allah untuk dicintai-Nya. Memberi bukan sahaja pada harta, masa atau tenaga, namun pada ilmu yang bisa mententeramkan jiwa, menjadi simpanan yang tiada pernah kurang bila diguna.


Kejujuran itu kekasih Allah.


Di mana kelembutan itu berada, ianya akan menyelubungi tempat itu. Bila memenuhi taman bunga, bunga akan mekar harum mewangi, bila membasahi aliran sungai, sungai akan mengalir manja. Inilah anugerah Ilahi, dikurniakan pada kelembutan sesuatu yang tidak diberikan kepada kekerasan.


Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh. Jangan bermain api, kalau sudah tahu sifatnya membakar. Usahlah melakar cinta suci kerana hanya ingin mengusutkan cita-cita. Tinggalkan cinta palsu ini, kalau sudah tahu mudharatnya lebih banyak dari manfaat.


Buatlah pilihan tepat. Mujahadah adalah keutamaan.


Air mata yang meratapi kesedihan ditinggalkan kekasih, belum memadai untuk memadam amarah api neraka membakar. Air mata adalah modal kalian, modal bagi orang-orang mukmin sebagai tukaran dengan syafaat Tuhan. Belailah ia, usahlah dinodai.


Kalian mesti mulakan langkah mujahadah ini sekali lagi, usahlah berhenti untuk terus mengharap, ada hikmah tersirat di sebalik tersurat itu.


Moga cinta-Nya teraih jua.


ameen


nusrah walfath: ditulis oleh, Tuan Mohd Rezza




..Pilihan Allah adalah yang TERBAIK..


Maksud firman Allah SWT :
"...Barang siapa yang bertawakal kepada Allah tentu diadakanNya jalan keluar baginya, dan memberinya rezki dari pintu yang tidak diduga-duga olehnya. Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Tuhan akan mencukupkan keperluannya. Bahkan sesungguhNya Allah pelaksana semua peraturanNya. Dan Allah juga telah menjadikan segala-galanya serba berukuran "
(At-Talaq : 2 - 3)


Maha suci Allah, Tuhan sekalian alam, Pencipta Agung Pentadbir Semesta, ucapkanlah syukur, ungkapkanlah puji, tiada ruginya merperhambakan diri kepada tuhan. Baginda junjungan, sosok agung, peribadi mulia, Muhammad Rasulullah, hiasilah hari-hari dengan selawat dan salam buat kekasih tercinta.

Keizinan dari Allah diperoleh lagi untuk saya menarikan jemari di Wadi al Qurra', Alhamdulillah. Melihat kepada kehidupan sebagai manusia, sahabat-sahabat sekalian, kepada saya sendiri terutamanya, ia berkitar tentang pelbagai perkara, dan setiap perkara itulah yang bakal mentarbiah diri untuk lebih bersedia dengan hari-hari muka. Pendidikan kehidupan ini adalah tarbiah yang tidak langsung dari Allah, adakalanya ia sangat seronok, adakalanya ia sangat memilukan, adakalanya ia amat mengelirukan sehingga membuat kita buntu.

Dalam meniti pelbagai ragam kehidupan, ada masanya ia menuntut untuk kita membuat pilihan. Saya senang hati mengatakan sememangnya hidup ini kitarannya tidak lari daripada menuntut kita untuk membuat pilihan, dengan pilihan itulah yang bakal membuat kita sedih, gembira, atau bertambah keliru. Hidup ini adalah pilihan, bagaimana kita mahu hidup, dengan suka, duka atau lainnya, yang memilihnya adalah diri sendiri. Berbicara soal pilihan, adakalanya ia hanya untuk diri sendiri, ada masanya ia perlu melibatkan yang lain, ikutlah situasi, dan pertimbangkanlah sebaiknya.

Qurra' yang dikasihi,

Segala permasalahan manusia, soal pilihan atau apa saja, jika hanya difikirkan dengan akal, ilmu dan perasaan semata tanpa meletakkan tuhan ditempatnya, maka tunggulah masanya untuk merasa kesalnya. Sebagai muslim, bagi membuat satu-satu pilihan, ia bukan sekadar bergantung kepada kebijakan, tetapi lebih utama lagi adalah panduan Allah. Saya yakin terhadap sahabat saya sekaliannya, semua pasti tahu bahawa mengharapkan pandangan Allah itulah yang utama, itulah sebabnya perkataan ISTIKHARAH tidak lekang di bibir kita.




Namun, suka untuk saya membahagikan beberapa situasi yang sering kita hadapi tatkala perkataan ISTIKHARAH masih tidak lekang dibibir :



1. Membuat istikharah dalam keadaan betul-betul mengharap, mendapat petunjuk dan mengikutinya dengan keyakinan yang penuh, merealisasikan ayat FAIZA AZAMTA, FATAWAKKAL 'ALALLAH!, setelah mendapat keyakinan teguhkan pendirian dan bertawakkallah kepada Allah. Jika istikharah, inilah yang sepatutnya dilakukan, jangan diragukan petunjuk Allah, telah dilorongkan kita terhadap sesuatu, maka ambillah, jangan biar nafsu dan perasaan menguasai.


2. Membuat istikharah dalam keadaan betul-betul mengharap, akhirnya diberi satu petunjuk, tetapi tidak sesuai dengan apa yang kita mahu, maka kita mengenepikan ia. Inilah yang bakal menimbulkan kecelakaan yang besar, memohon petunjuknya, tetapi mudah-mudah saja menolak keputusan dari Allah kerna hati tidak suka terhadap perkara yg ditunjukkan, jadi apa gunanya beristikharah, adakah ia sekadar penyedap kata, bila ditanya org, boleh lah menjawab, ya, saya sudah istikharah!


3. Membuat istikharah dalam keadaan mahu tidak mahu, hanya pelengkap syarat saja. Maka jika ini yang dilakukan, jadi apa kita sangka Petunjuk Allah sesuatu barang ciciran yang boleh diperoleh di tepian jalan? Usahlah bersusah payah jika ini keadaannya.


4. Membuat istikharah sedangkan sudah cenderung benar terhadap sesuatu, nafsu dan perasaan sudah pun mengatakan ya pada awalnya lagi, maka natijahnya nanti biasanya akan sesuailah dengan nafsu dan gelojak perasaan semata. Maksudnya disini, membuat istikharah tetapi tidak mengharap sepenuhnya pada Allah, maka keputusan yang diperoleh nanti hanyalah mengikut apa yg dimahukan nafsu dan perasaan semata.


5. Membuat istikharah dan diberikan petunjuk, cumanya hati masih ragu, maka cubalah ulangi istikharah itu agar hati benar-benar mantap, pintalah keyakinan dengan sebenar-benarnya, jangan ragu lagi selepas itu, jangan biarkan kita salah seorang yang menolak hidayah Allah!


Saya sengaja meletakkan beberapa situasi seperti di atas, ia berdasarkan pengalaman sendiri dan pegalaman sahabat yang lain. Itulah hakikatnya manusia, berbeza-beza. Tidak perlu untuk saya lanjutkan dengan mengulas lebih panjang terhadap situasi yang telah disenaraikan, semua sudah arif benar rasanya untuk menilai yang mana satu cara sebetulnya bila mahu istikharah.


Sahabat yang dikasihi,


Setelah istikharah, ramai benar yang mahu menunggu mimpi, saya ingin tegaskan bahawa petunjuk, ilham atau apa pun namanya bukan hanya datang melalui mimpi. Ada perlunya untuk kita bermusyawarah dengan mereka yang lebih arif, lebih berpengalaman, terhadap masalah yang dihadapi, lihatlah pendapat mereka secara keseluruhannya, tapislah yang terbaik dan jadikanlah ia sebagai pelengkap keyakinan, sesungguhnya petunjuk dan ilham dari Allah boleh juga datang dalam bentuk musyawarah atau perbincangan.
Kepastian dan keyakinan yang timbul di dalam hati juga adalah bentuk ilham serta petunjuk Allah. Ia akan membuatkan kita berasa yakin dalam membuat sesuatu keputusan, carilah keyakinan dan kepastian itu. Selain itu, petunjuk dan ilham dari Allah juga datang dalam bentuk keadaan serta suasana, dalam keadaan tidak disangka, dihadirkan kita dengan satu keadaan, memandu kita ke arah sesuatu, memudahkan bukan menyusahkan, maka itu jua salah satu cara Allah membantu hambaNya membuat pilihan.

Sebenarnya ramai di antara kita yg suka memohon petunjuk, istikharah dan sebagainya, namun ada suatu masalah yang timbul, kita tidak sedar hadirnya petunjuk itu akibat daripada masalah hati dan dosa. Allah telah membuka ruang yang luas untuk kita, memberi petunjuk yang jelas, tetapi hati kita sukar mentafsir, gelap, tidak mampu membaca, melihat saja petunjuk itu berlalu pergi, alangkah meruginya jika ini yang terjadi. Pohonlah jua kepada Allah untuk menjernihkan hati, agar senang dan mudah memahami. Jika sudah nampak, jangan pula biarkan, kita mesti menyahutnya.




Maksud firman Allah SWT :
"Katakanlah : Aku berlindung kepada tuhan (yang mengusai dan memelihara) manusia, raja manusia, sembahan manusia, dari kejahatan bisikan was-was pembisik (syaitan) yang biasa bersembunyi"
(An-Nas : 1 - 4)




Jika benar istikharah kita, jangan bicara soal keraguan, kerna keraguan itu datangnya dari syaitan, jika hati masih ragu, berasa tidak enak, timbul masalah masalah yang lain pula, maka ada baiknya untuk menilai kembali, kerna pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kadang-kadang kita merasakan apa yang diputuskan itu telah benar sekali, apatah lagi setelah istikharah, cumanya rasa benar itu bukan datang dari Allah, cuma dari nafsu dan perasaan, maka akan adalah lanjutannya dengan rasa tidak kena, timbul hal-hal yang kurang sesuai berlaku, maka ini juga caranya Allah mahu mengingatkan kita sebenarnya. Janganlah menyamakan antara keputusan mainan perasaan dengan keputusan dari Allah, ia amat berbeza, yang datang dari perasaan cuma pasti akan menambah keliru, tetapi jika ia benar-benar datang dari Allah, maka ia pasti akan lancar saja dan tiada lagi rasa tidak kenanya, hati akan tenang, insyaAllah.




Janji syaitan kepada Allah:
"Dan aku akan benar-benar menyesatkan mereka, dan membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka.."
(An-Nisa' : 119)




nusrah walfath: sumber dari iluvislam.com :)



..menanti diam terungkap..


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mau merusak kesucian dan penjagaan hatinya..

karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALi ?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, toh Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahasia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

NB. Postingan temannya Aldiansyah
(Share by: Arytha Rusianty)



nusrah walfath: 'hadiah' daripada Nur Nadhila Mohd Robi ;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...