Kawan ni bukan macam bola, belum dapat kejar, dah dapat tendang…
Kawan juga bukan macam bunga, belum dapat petik, dah dapat pijak…
Tetapi….
Kawan tu macam….
Nur Nadhila binti Mohd Robi.
Dia kawan saya, dia sahabat saya, dia teman saya, dia juga buah hati saya. Macam mana saya kenal dia? Bila saya ingat balik, memang saya rasa ini bukan kebetulan tetapi takdir. Bermula dengan tawaran masuk ke UIAM, saya berasa susah hati. Kenapa saya perlu bersusah hati? Sebab saya baru selesa dengan kerja saya di Sekolah Islam Adni di Ampang sebagai seorang guru, dan mungkin juga sebab UIA bukan pilihan saya walaupun kos yang saya dapat ni memang minat saya sejak dari dulu.
Kemudian, saya sedar, dalam soal pilihan, saya ada tempat untuk memohon petunjuk. Saya ada Allah untuk mengadu. Saya ada Dia untuk membantu dan sememangnya sebaik-baik pertolongan adalah daripada Allah.
Beberapa hari selepas itu, setelah yakin dengan petunjuk yang diberi, saya buat keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Walaupun mungkin hati tidak suka, tetapi saya yakin dengan hikmah disebalik semua ini. Dengan macam-macam dugaan sepanjang kat UIA ni yang pernah buat saya rasa nak quit, saya ingatkan balik diri saya sebab saya masuk sini dan akibat yang akan terjadi nanti.
Bila fikir-fikir balik, memang cantik dah apa yang Allah atur. Kerana saya di sini, saya bertemu dengan Dhila. Pertemuan pertama dengan dia sewaktu jadi fasilitator dan komiti untuk Kursus Kepimpinan Sekolah Kebangsaan Sentul 2. Kami seramai 7 orang, iaitu saya, Dhila, Fathiah, Fatin, Ayu dan juga Hafie serta Faris adalah wakil sub-committee SRC setiap secretariat (cuma Faris je exco-SRC-walaupun masa tu saya tak tahu). Mungkin sebab kami cuma bertujuh, jadi memang cepat saja jadi rapat. Rasanya sebab ketidaksempurnaan program itu lah kami jadi macam adik-beradik, merasa susah senang bersama walaupun hanya untuk 2 hari.
Selepas tamat program itu, kami masih buat perjumpaan (reunion) berkala. Waktu reunion ni Faris dan Hafie je tak pernah ada sama sebab kami takut mereka tak sudi.haha.. Selepas pada tu, saya dan Dhila makin rapat. Setiap hari selasa dan khamis, mesti nak lunch sama-sama. Lepas tu, temankan Dhila kat ofis walaupun saya kadang-kadang mengantuk dan penat. Dan ianya berterusan sampai sekarang. Bezanya, bulan puasa ni, tak dapat lah nak lunch sama-sama lagi.
Saya dan Dhila ni memang berbeza dalam semua segi. Tetapi mungkin kerana perbezaan itu, kami sangat selesa bersama. Umur dah memang beza jauh sangat, dia pula Kulliyyah ENMS, manakala saya KIRKHS, dia memang suka mengira, saya suka menghafal, dia boleh lekat ngan spek mata 24jam tetapi saya ni 24saat je boleh bertahan ngan spek, dia sweet sangat dan saya pula sour je..hahaha… (eh, rasa cam yang kontra sikit la pulak)..

Kami ni memang otak yang agak ‘mengarut’ dan suka beli makanan kat kedai mamak kafe HS sampai selalu kena usik ngan mamak kat situ. Kami juga suka pergi masjid sama-sama bila berkesempatan. Kami juga suka berkongsi tazkirah dan nasihat. Kami juga suka berkongsi masalah. Rasanya banyak masalah saya, saya cerita kat dia dan begitu juga sebaliknya. Dhila adalah pendengar yang setia. Dia tak pernah tinggalkan saya keseorangan. Sebab tu saya tak sampai hati nak menolak bila dia ajak saya temankan dia kat ofis.
Kata Dhila, dia tak jemu tengok muka saya hari-hari. So, jangan risau untuk temankan dia kat sana. Tetapi dhila ni kan, dia suka sangat bagi skandal kat saya. Dia suka nak usik saya ngan orang tu la, ngan orang ni la..itu lah Dhila.
Semalam, kami buat keputusan nak mengisi lompong hati masing-masing. Seperti mana nasihat Hilal Asyraf, seperti itulah kami cuba praktikkan. Sungguh, apa yang ada pada seorang sahabat, tidak akan ada dalam diri orang lain. Tambah lagi, masing-masing memang solo, jadi senang lah kami berdua nak habiskan masa bersama. Walaupun kami hanya boleh jumpa kat ofis, (mahallah jauh, kos lain) kami tak kisah lah sebab persahabatan kami ini terbina atas dasar keimanan.
sabda Rasulullah s.a.w “Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”
Bila ada masalah, saya senang untuk mencari Dhila untuk ceritakan segalanya kepada dia, saya rasa lega tengok senyuman dia, saya rasa senang dengar pandangan dan nasihat dia. Sungguh, dia adalah sebaik-baik sahabat yang saya ada.
Kenapa saya senang berkawan dengan dia? Saya pun tak tahu bagaimana nak cerita tetapi yang jelas, saya rasa tenang bersama dia. Dia tak pernah menyusahkan saya apatah lagi bebankan saya dengan masalah yang bukan-bukan. Saya masih ingat lagi waktu birthday saya yang lepas, dia belanja saya makan. Dia cakap, kalau dia umur macam saya ni, dia akan cari calon suami cepat-cepat dan dia sanggup tolong kalau saya nak. Dhila..dhila..memang macam-macam. Macam lah saya ni tua sangat. Belajar pun lambat lagi nak habis. Ke situ pulak dia fikir.
Setiap pertemuan ada perpisahan. Kadang-kadang saya takut juga kalau satu masa nanti saya ngan dia perlu berpisah. Risau juga kalau suatu masa nanti kami akan bergaduh. Sebab tu saya akan cuba jaga persahabatan kami sebaik mungkin. Saya sanggup bagi apa saja yang saya suka kalau dia suka, saya tak sanggup buat dia sedih, saya tak nak dia rasa marah, saya tak mahu dia berjauh hati dengan saya. Kalau boleh, saya nak masuk syurga ngan dia. Saya takkan biarkan dia terjun ke neraka dan begitu lah sebaliknya. Saya terharu dengan ayat Dhila pada seseorang yang berbunyi, “Sy taknak tgk Nusrah menangis, or even tahu dia menangis. It pains me somehow. Sy pun sygkan dia, syg sgt. Dia kawan sy dunia akhirat and I want to cherish this. Sy taknak dia hilang kepercayaan kat sy.”
“Sesunggunya orang yang beriman itu bersaudara, maka satukanlah dua antara mereka yang bertelagah, moga-moga kamu beroleh rahmat” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Nak dapat seorang kawan memang senang tetapi untuk dapat seorang sahabat macam Nur Nadhila, memang saya takkan jumpa kat mana-mana dah. Saya sentiasa doakan kebahagiaan dia. Saya harap sangat dia dapat apa yang dia nak, lebih-lebih lagi pasal AKAMS. Saya adalah saksi dia kat akhirat bahawa dia tak pernah menyakiti saya, dan saya tak pernah simpan rasa tersinggung apa-apa pun.
Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya: “Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”
Saya sayangkan dia sangat. Kalau dia kahwin, saya harap suami dia boleh jaga dia dengan baik sebagaimana mak ayah dia jaga dia, sayang dia sebagaimana saya sayangkan dia. Dia adalah semulia-mulia sahabat yang saya ada di sini. Walaupun kami tidak punya masa 24jam untuk bersama, tetapi kami terasa sangat dekat. Indahnya ukhuwwah kerana Allah. Semoga ianya kekal sampai bila-bila.
Sebagai penutup cerita, saya sayangkan dia lebih dari diri sendiri. Dia buat hidup saya terisi. Saya tak perlukan ‘pakwe’, ‘boyfriend’ dan sebagainya buat masa ini sebab Dhila sudah mengisi lompong hati saya. Kalau anda mampu memenangi hati Dhila, sudah tentu anda juga mampu memenangi hati saya.
Antara kami hanya ada Allah s.w.t.
Dia sayang saya dan saya sayang dia.
Nusrah=Nadhila + Nadhila=Nusrah.

Sungguh, dia sahabat terbaik saya sampai bila-bila.
Semoga Allah redha...
nusrah walfath: you complete me, Nur Nadhila Mohd Robi. ;-)