إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Kotak dan Learning

a text book.
i love it so much.
but i do love cognitive psychology much more ^^

Alhamdulillah.

Take a deep breath.

So challenging today.

Tired.

Psychology of Learning done.

pagi tadi.
indahnya langit diiringi awan.
SubhanaAllah
indah sungguh.

Seperti yang saya duga, seperti yang saya agak. Soalan-soalan yang saya spot semuanya masuk. Alhamdulillah. After all, what I can say is that, the exam is easy. Truly! The question is easy for me though I'm not really confident with my answer. Heee.

Perjalanan saya hari ini sangat penat. Habis je exam, saya terus menyelesaikan beberapa kerja. Sampai di bilik, saya terus mengemas barang-barang. Kata roomate saya, semua barang kena bawak balik. Haduhai~ Jenuh juga cari kotak tapi tak jumpa. So, terpaksa saya menyusahkan adik bongsu saya yang dah habes exam tu. Awal betul dia habes exam. Jeles! =p Saya mintak dia bawak 4 kotak tapi katanya dia dapat 1 je. Tak ape lah kan~

Lepas tu saya pun tunggu la dia datang ke Mahallah. Lama betul saya tunggu dia. Hampir sejam jugak. Budak tu bukan nak cakap pun bila dia betul-betul otw. Pening kepala saya. Sepanjang tunggu dia, saya sempat berangan pandang langit. SubhanaAllah. Sejak dua menjak ni saya tengok langit dan awan terlalu cantik. Terlalu amat cantik. Tak lama lepas tu, dari jauh saya nampak kereta adik saya tu. Eh, dia masuk Mahallah Aminah. Aduhai budak tu. Konfem tersalah masuk tu. Saya dah gelak-gelak dari jauh. Tentu orang ingat saya gila sebab gelak sorang-sorang. Haha.

Sesampainya adik saya, dia cakap, "sebenarnya ada 3. Bukan 1." Saya tengok kotak-kotak tu. Mak ai, gedabaknya! Saya musykil. Dari mana lah adik saya ni ambil kotak-kotak ni. Jangan kata dia gi cari kat luar sebab dapat satu je kat Bilal tu. Huu~ Dan untuk pertama kalinya saya bagi dia something ^^ Upah sebab tolong saya. Tapi dia cakap tu rasuah. haha merepek! =p

Ini adalah pertama kali saya minta tolong dia untuk urusan peribadi. Biasanya saya susahkan adik saya yang dekat Faruq tu. Tapi sebab dia kat Shah Alam, so, saya pun carilah orang lain. Minta tolong rumet adik saya tu tapi dia tak mahu. So, adik bongsu saya tu jugak lah yang muncul dengan kereta kuning penuh bergaya. Haha. Semoga Allah permudahkan hajat adik saya yang telah membantu saya. Semoga Allah beri kebaikan dalam hidup dia. Aameeen.

langit indah petang hari.
ketika sedang asyik menunggu adik saya.

Lepas selesai amik kotak, saya naik ke bilik dengan mengemas segala harta pusaka tu sebab ayah nak datang ambil semua barang. Pembetulan. Bukan ayah nak datang ambil tapi saya yang suruh ayah datang ambil. Hehe. Penat sangat hari ni. Dan baru saya perasan yang barang saya terlalu banyak. Kenapa banyak yea? Oh, sebab dah lama kat UIA kot. Tapi baru dua tahun. Huu~

Dan dalam berkemas-kemas tu, saya terjumpa sesuatu. Surat-surat cinta yang saya terima tak lama dulu (memang dah lama sangat3). Surat-surat tu semua saya belum baca pun lagi. Terus sahaja saya ambil dan buang. Langsung tak tengok. I don't have a reason to read all those letters. Kata nak jaga hati kan? Kena lah buktikan. Jangan baca. Jangan simpan. Siapa jamin kalau saya baca nanti saya tak terusik langsung hati? Nasihat saya, jangan cari pasal dengan hati sendiri. Bukan ada ubat khas kalau dah 'terusik'. Sendiri fikir~

Itu sahaja secebis kisah saya hari ni. Saya tengah study HR tapi saya terlalu mengantuk. Mungkin patut tidur dahulu. Bangun awal pagi baru study. Otak dan badan terlalu penat. Saya ada 4subjek yang berderet. Risau. Takut tak sempat nak jenguk semua subjek tersebut sebab banyak nak kena baca. =,="

Satu perkara unik hari ni apabila saya belajar motivate diri sendiri untuk pergi exam dengan tenang. Pesan saya pada diri, "all the best, Nusrah. Allah kan ada"



betapa indahnya.
Ya Allah, nusrah jatuh cinta!
thanks to my adik sebab biarkan saya menunggu dengan lama
dan dapat menikmati alam ciptaan Allah.
;''''')
tak tergambar nikmat yang Allah beri


nota hati: adik saya ni pernah beri hadiah yang tak ternilai dalam hidup saya. Terima kasih atas surat cinta dari Allah itu. Sangat amat bermakna. Semoga syurga ganjarannya nanti untuk dia, saya, dan kalian semua. Allahumma aameeen ^____^






~ I drop du'as. Not bombs ~

Ketika saya berhenti berharap

really.
i'm not ready for 'this'
sorry for running away.
that is me.


“26hb ni ada kenduri. Ada exam?”


“Nusrah takde rasanya..” 


“Kalau takde exam, bolehlah pergi kenduri kat PJ” 


“Oh, nak! ^____^ “ 

After jadual finalized Final Exam keluar, laju je saya check 26hb ada exam ke tak. Hee dan Alhamdulillah saya memang takde exam time tu. Malah, saya punya gap yang lama. Entah kenapa saya begitu excited nak gi kenduri yang ni. Padahal bukan kawan saya yang kawen pun. Ia semacam ada suatu rasa yang menarik-narik saya untuk pergi kenduri ni. Setiap kali rasa nak cancel pergi, mesti ada something yang menghalang. Lastly, saya pergi juga kenduri ni.

Sabtu 26 Mei 2012. Bersamaan 5 Rejab 1433H. Paginya, saya menghabiskan masa dengan study dan menyiapkan mind map since classmate saya minta nak pinjam. Sebarang SMS pun saya tak layan. Saya perlu segera study sebab jam 12 saya nak ke PJ untuk kenduri. Dan saya ingat lagi, saya siap suruh kawan SMS saya pada jam 12 kalau ada hal nak tanya which is not related to study. Eheh~ saya memang agak strict la kalau tengah study ni.

Jam 11.20pagi saya bersiap-siap seadanya. Ini adalah majlis perkahwinan anak Dr.Azizah. Doktor Azizah ni adalah orang yang telah mentarbiyahkan saya dan yang lain. Dr. Azizah ni lebih mesra dipanggil ‘makcik. Dan dia sangat baik. Mungkin ramai yang kenal suami Dr.Azizah ni. Dia ustaz kat matrik PJ. Iaitu ustaz Emran. Pokok pangkalnya tarbiyah yang saya jalani adalah daripada mereka sebenarnya.

Ini adalah perkahwinan anak sulung makcik. Namanya Kak Fatimah. Satu perkara yang buat saya teruja dengan kenduri ni ialah saya teringin sangat nak tengok bagaimana cara orang yang punya pegangan agama yang kuat menjalankan kenduri. Mana lah tahu nanti boleh praktik kat majlis kahwin saya ke nanti =p

Bila Allah izin.

Sesampainya saya di situ, terus sahaja dijamu makan. Selesai makan dan bersolat zohor, masing-masing pergi bergambar dan beramah mesra dengan pengantin. Saya tengok pengantin lelaki. Dia bersongkok lilit UIAM. Saya memandang lagi sekali. Macam pernah tengok sahaja pengantin lelaki tersebut. Muka dia sangat familiar. Nak ditanya pun, tak tahu nak tanya siapa. So, saya abaikan sahaja. Terus sahaja saya snap gambar mereka yang ada.

Ketika masing-masing sibuk bergambar, saya sangat tertarik tengok baby girl ni. Sangat comel. Terlalu comel. Rasa macam nak tarik-tarik pipi dia (err..memang saya dah cubit pun). Tetiba saya terpandang pengantin lelaki dan rakan-rakannya.

eh, macam kenal orang sebelah dia…” –hati berkata-kata.

Saya melayan baby girl tu lagi. Sekadar nak dapatkan kepastian, saya cuba pandang lagi sekali.

Zappp!!!

Tersirap darah saya!

Terkejut.

Terpaku.

subhanaAllah.

Terus sahaja saya berlalu pergi.

Allah T_______T



Ketika saya berhenti berharap. 



Saya nak tutup cerita. Kalau boleh.

Saya tak mahu ingat. Kalau boleh.

Sebab kamu mungkin tidak tahu bagaimana susah saya melepaskan bintang ke langit ketika saya mampu menggapainya. Kamu mungkin tidak sedar betapa susah saya menuruni gunung setelah sampai ke kemuncaknya. Susah. Bukan senang. Dan saya memilih uuntuk melepaskan kerana saya tahu itu adalah yang terbaik buat saya.

Ketika saya berhenti berharap, Allah menegur saya supaya berusaha.

Ketika saya berhenti berharap, Allah mengajar saya supaya tidak hanya memandang apa yang terhidang depan mata.

Ketika saya berhenti berharap, Allah mengingatkan saya bahawa tiada apa yang mustahil. Apa-apa pun bisa berlaku dengan kehendak-Nya. Kun fayakun.

Ketika saya berhenti berharap, Allah menyedarkan saya bahawa hidup ini penuh dengan kejutan. Because taqdir is a beautiful twist.

“nusrah, you have to choose. Proceed or stop.” 

And I have decided to press the white button.

It means, stop.

Because I realize that this is a time to walk away.


Terlalu istimewa. Just nice


langit di tempat kejadian, PJ.
sangat indah.
sengaja saya tak edit langsung.



Senyum.

Tengok langit.

Bahagia datang lagi.


 “nusrah, what makes dia so special?”

“just nice” 

“means?” 

“sederhana.” 

Ketika saya berjalan, ketika saya berlari, ketika saya penat, ketika saya lelah, ketika saya sedih, ketika saya takut, dia mengingatkan saya dengan sebaris kata yang sampai sekarang saya pegang. Yang menjadikan saya berani dalam melangkah. Yang menjadikan saya kuat dalam cabaran. Yang menjadikan saya tabah dalam dugaan. Thanks to you. It really means to me.

 Itu cerita saya. 

Kisah saya berliku. Macam kamu. Kisah saya penuh duri. Macam kamu. Kisah saya complicated. Macam kamu. Tapi kisah kita tidak pernah sama.

31 mei saya ada exam. Tutup semua cerita hati, kisah hati. Buka buku. Saya ada misi yang perlu diselesaikan. Perlu diperjuangkan. Doakan lah saya di sini. Terima kasih Allah, atas segalanya.




Nota hati: Saya sudah lepaskan semuanya. Entri ni sekadar melepaskan rasa yang dirasa. 

Nota hati 2: HTJ, I’m sorry. I wish you are the one that I’m writing for.

Nota hati 3: mungkin dia salah sorang pembaca blog ni (mungkin). Kalau ya, again, I’m sorry coz telling a story like this. 

Nota hati 4: kawan dia mungkin baca blog ni juga. (mungkin). Kalau ya, abaikan sahaja. Buat-buat tak faham. Sebab saya dah lepaskan semuanya. 

Nota hati 5: semua yang baca blog ni mungkin tak kenal pun sape dia. so, jangan serkap jarang dan main agak-agak ye. 

Nota hati 6: Doakan saya. 





“Allah has perfect timing. No worries, Nusrah!”





~ I drop du'a. Not bombs ~

Cannot sleep


Jam sudah 4.30 pagi.

Saya

takmampu melelapkan mata.

esok (31may) exam.

aduhai













~ I drop du'a. Not bombs ~

Psychometric dan sekalung doa


sepintas lalu.
beberapa jam sebelum exam.

"tak pernah tengok Nusrah nangis. Kalau nangis ni, mesti betul-betul teruk keadaannya"

Psychometric done.
Susah.
Geleng kepala.

Saya tahu. Memang exam susah. Lebih-lebih lagi final  exam. Tapi tak pernah pula saya rasa sesusah ini exam nya. Bermula dengan LB Stat, memang saya menitis airmata jugak sebab soalan tu seriously susah. Para senior yang dah amek subjek tu pun cakap susah dan kata diorang, "kalau aku jawab ni pon konfem failed." Hurm..memang sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan saya jugak lah time tu. Tapi saya pasrah.

Beberapa jam sebelum exam Psychometric saya sudah nervous. Berdebar semacam sahaja. Ini memang subjek senior. Malah, saya adalah paling junior dalam kelas tu. Seat saya adalah paling belakang. Paling last (ikut num matric). Saya berusaha hadam dan jawab soalan. Yea, saya akui memang saya sedar soalan itu killer tapi saya masih berusaha sampai ke saat terakhir. Lepas hantar kertas jawapan, saya tertunduk lesu. Susah. Sangat susah. Pertama kali saya keluar dari tempat exam dengan perasaan yang berkecamuk. Keluar sahaja dari situ, kawan-kawan berkerumun;

"Nusrah jawab apa soalan number dua tu?"

"Nusrah buat method yang mana?"

"Nusrah, soalan kedua tu dia nak apa?"

"Nusrah, soalan kedua tu cemana?"

"Nusrah..bla bla bla...."

"Nusrah, .....bla....bla....bla....."

Gayanya macam saya tahu semua jawapan pula. huu~ Tidak dapat dinafikan memang soalan number dua tu la yang membunuh keyakinan saya. Yang buat saya down macam apa entah. Saya memang tahu jawapannya cuma saya tak tahu nak buat macam mana sebab Sir tak de ajar pun. Memang ada dalam buku tapi jalan pengiraannya memang takde langsung. Ah, saya stress!

"Sir, saya mintak maaf. Saya tahu saya mengecewakan sir sepertimana saya kecewa tengok soalan tu tapi saya saya dah cuba sedaya upaya.."

Balik exam, muka saya penuh dengan tekanan. Kepala sangat berkecamuk. Sampai bilik, saya terperasan bahawa saya tersilap formula. Soalan number satu yang sangat saya berharap dapat markah kat situ. Oh, sadisnya rasa. Saya hanya tersilap bahagi dulu baru tolak. Sepatutnya tolak dulu baru bahagi. Tiba-tiba sahaja saya menangis. Menangis kerana tertekan. Menangis kerana careless, menangis kerana soalan yang susah, menangis kerana exam yang sungguh mendera jiwa saya petang tadi. Allahu Allah~

sepintas lalu.
formula psychomet.
hadam tapi careless.
Allahu Allah ;'')


Tunduk.
Pasrah.
Saya tahu, mereka tidak faham apa yang saya rasa.
Cuma kadangkala saya memerlukan seseorang untuk melegakan hati saya.
Yang menarik tangan saya ketika saya terjatuh
Yang mengingatkan saya tentang kuasa Allah ketika saya terlupa
Yang menasihatkan saya ketika saya gelisah
Yang tidak jemu menaikkan semangat saya ketika lelah

Dan saat itu juga saya sedar, yang bersama untuk ketawa riang sangat ramai. Yang berjanji akan bersama susah senang sangat ramai. Yang berkata yang indah-indah sangat ramai tetapi bila saatnya terjadi, ia tidak seperti itu.

But thanks to my roommates dengan kata-kata semangat. Thanks to Ruhiyah sebab she is the only one who understands my conditions and keep on reminding me about HIM. Luckily I have her. Alhamdulillah ;))

Sampai satu saat saya sedar bahawa hanya budak Psychology faham budak Psychology.
Sama seperti hanya perempuan faham perempuan.

Saya kan dah usaha.Allah tengok pada usaha, bukan hasil. Saya mungkin terlupa tentang ini. Semua tu sistem. Saya masih punya senjata. Iaitu doa. Sedangkan sir belum marking pun lagi paper tu. Saya masih boleh berusaha berdoa tawakkal pada Allah. Semua itu sistem sahaja.

Nusrah, jangan putus asa. 

Kepada pembaca blog, yang membaca ataupun terbaca, saya minta kalian semua doakan saya dan classmates yang lain lulus untuk subjek ni. Takdapat A takpe, asalkan lulus. Kalau dapat A, kira Alhamdulilla, syukur. Boleh kan doakan saya. Doakan saya tenang dan lulus dengan baik untuk semua subjek pada semester ni. Doakan saya dalam sujud kalian. Ketika usai solat, ketika berbuka puasa, ketika hujan dan pada setiap keadaan bila mana kalian rasa mahu berdoa untuk saya.

Terima kasih dari saya buat kalian. Semoga Allah redha ;))



nota hati: Drop comments here kalau sudi. At least beri kata-kata semangat buat saya walaupun sebagai anonymous. Kalau tak mahu, drop your du'a :)





~ I drop d'ua. Not bombs ~

LB Statistic exam :)

jam 12noon.
ketika otw ke HS.
final revision with my friends before the exam.

Alhamdulillah.
I'm done!
with my first paper.

ehem..kamu memang degil kan? saya kan dah pesan jangan wish all the best. heee

Hujan turun.
Renyai-renyai.
Agak lebat.
Tapi tak berguruh kilat petir apa semua tu.
Masa midterm subjek ni pun hujan juga.
Saya ingat lagi. Masa tu saya terima sms,

"All the best. My du'a dan hujan mengiringi akak menjawab exam =) "

ketika hujan turun.
me? berada di koridor.
sebelum masuk Lab untuk exam.

Senyum.
Berjalan dalam hujan yang indah.
Dan masa final subjek ni, hari hujan juga.
Kata kawan saya,


" Hujan suka dekat Nusrah. Ada istimewanya hujan dengan exam yang ni. "



saat-saat exam nak bermula.
"you can on your PC now but the exam will start at 3" -sir

Cuma siapa sangka, subjek ni punya exam sangat susah.
Terlalu susah.
Sampai di bilik, air mata menitis.
Pertama kali saya menangis sebab soalan exam yang susah.

" Sir, Nusrah nak lulus " - Hati berkata-kata ketika menghantar kertas jawapan.
" Semoga Allah lembutkan hati sir.. " - Hati yang penuh pengharapan.

Malam ini saya ada interview Stabaz. Nak pergi ke taknak? Entahlah =.="
Esok ada study group dengan Lala. Untuk subject Psychometric.
Nervous pula nak exam ni.
Dan saya tulis blog ni sebab nak hilangkan rasa sedih saya dengan subjek tadi.

" Oh kesedihan, pergilah jauh-jauh. Saya sudah cuba yang terbaik. "


Doakan saya.
Doakan dia.
Doakan mereka.
Doakan kami.

Saya, dia, mereka. Kami semua ada exam Psychometric.






~ I drop du'a. Not bombs ~

My first paper


Esok.
bermula.
sebuah perjuangan.

Seminggu belajar LB Stat.
Akhirnya masa tiba.
Semoga dipermudahkan.

Ada garis luka.
Ada garis sebak.
Ada kesan airmata.

Kamu mengapa wahai hati?


Saya nak exam esok.
Awak jangan mesej ucap itu ini.
Jangan cakap all the best.
Jangan.
Jangan.
Jangan.
Jangan.
Jangan.



saya kecik hati.saya kecewa.




Semoga dipermudahkan segalanya esok.
Mohon doa dari semua.
Mudah-mudahan.

Nusrah cuma manusia biasa

my sweet old days :)


"It is the moment when you like someone even you don't know who is he"

Senyum.
Anggota wuduk dibasahkan.
Sejadah dibentangkan.
Kain putih kemas membalut aurat.
Bersih.
Suci.
Tenang.
Doa dalam rahsia.

"It is the moment when you realize only Allah understand your pain"

Sujud.
Syukur.
Redha.
Bahagia.
Lepaskan segalanya.
Biar manusia mencemuh, biar sakit hatimu dilukai.
Suatu hari, saya akan pergi.
Jauh jauh jauh dan jauh.
Doa dari jauh.

"It is the moment when you stop hoping for the rest"

Dongak.
Lihat.
Tenung.
Langit itu luas.
Awan itu indah.
Terpahat segala cerita duka lara.
Lupakan segalanya.
Berjalanlah dengan bahagia.
Doa tanpa henti.



Mungkin kamu lupa. Biar saya ingatkan.

Dia cuma manusia biasa ;''')

Nusrah cuma manusia biasa. 
Sebaik dia, selembut dia, sejahat dia, seganas dia, sehebat dia, seteruk dia, seindah dia, seburuk dia, sepandai dia, sebodoh dia, sealim dia, sejahil dia, sekaya dia, semiskin dia, dia tetap manusia biasa. Mungkin kamu lupa. Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia biasa.
Hanya mampu tertunduk lesu ketika fitnah mencalar jiwa.
Hanya mampu terhiris luka ketika cerita gegak gempita.
Hanya mampu berlinang mutiara ketika jiwa tercucuk paku.
Hanya mampu memegang senjata mukmin ketika dilempar bom kebencian.

Nusrah cuma manusia biasa.
Dia boleh ketawa, dia juga boleh menangis.
Mungkin kamu lupa. 
Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia biasa.
Dia boleh tersenyum, dia juga tahu marah.
Mungkin kamu lupa. 
Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia biasa.
Dia boleh berharap, dia juga reti berputus asa.
Mungkin kamu lupa. 
Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia biasa.
Dia boleh berjuang, dia juga boleh mengalah.
Mungkin kamu lupa.
Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia biasa.
Dia boleh betul dalam banyak keadaan, dia juga boleh berbuat salah.
Mungkin kamu lupa.
Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia biasa.
Dia boleh pasrah, dia juga boleh menyalah.
Mungkin kamu lupa.
Biar saya ingatkan.

Nusrah cuma manusia.
Dia boleh begitu, dia juga boleh begini.
Mungkin kamu lupa.
Biar saya ingatkan.

*************************************

Mungkin kamu tidak tahu. Dia pernah terduduk menangis kerana sikap kamu. Dia pernah kecewa dengan dirimu. Dia pernah terluka dengan kata-kata mu. Dia pernah terhiris dengan tindakanmu. Mungkin kamu tidak tahu. Dia masih tersenyum dan berkata, 'tak apa..' sedang hatinya seperti disiat-siat. Sedang matanya berat menahan air mata.

Fitnah yang menular terasa berat. Yang mengaku 'family' semuanya terpengaruh. Tiada lagi 'adik', tiada lagi 'saudara', tiada lagi 'sahabat'. Semuanya menuding jari menyalahkan dia. Dia pasrah. Allah sedang menguji. Dia redha ketika mereka sedang menjauhi. Dia masih tersenyum dan berkata 'tak apa...' Sedang hatinya bergelora memikirkan fitnah dalam berukhuwah. Sedang matanya berat menanggung titisan jernih.

"Nusrah nak pergi. Jauh. Jauh."

"sebab??"

"Nusrah terluka. Boleh suruh Allah bawak Nusrah pergi?"

" T_______T "

Kata sahabat, "Nusrah, saya tahu. Awak rasa berat dengan dugaan dan saat ini awak rasa dah tak kuat. Sampai rasa tak mampu nak jejak kaki dekat bumi lagi, kan? Mungkin awak lupa dengan janji Dia. Mungkin awak lupa bagaimana Allah sayang dekat awak. Mungkin awak lupa. Mari saya ingatkan.."

Tutup tingkap.
Tutup lampu.
Tutup buku.
Tutup cerita.

Simpan. Jangan pendam.
Buang. Jangan baling.






~ I drop du'a. Not a bomb ~

Dear Nusrah


secebis kenangan bersama d.i.a ^^

Dear Nusrah,

akuilah,
itu bukan benci.
itu cuma penafian.

akuilah,
kamu bukan lari,
tapi membawa diri.

akuilah,
kamu bukan pengecut yang mengalah,
tapi cuma manusia yang berserah.

fahamilah,
ada hakikat yang tak terlihat.


From,
tersenyum melihat langit :)







~I drop du'a. Not a bomb ~

Wedding Plan 2



my first page of wed plan
I wrote the name on the heart
^^,


"nak letak nama orang yang kita nak kahwin dengan atau orang yang nak kahwin dengan kita?"

Kita nak kahwin dengan dia tapi dia tak nak...
Dia nak kahwin dengan kita tapi kita tak nak...
Kehidupan...
Memang begitu.
Jarang sekali bertemu dengan pasangan yang sama-sama suka dan akhirnya mampu ke jinjang pelamin. Anda salah sorang darinya? Alhamdulillah.

Dalam jangka masa saya menyiapkan Wedding Plan, banyak perkara yang saya belajar dan fikir. Ia mengajar saya banyak perkara. Saya masih ingat saat-saat Madam bagi task Wedding Plan ni. Saya adalah antara orang yang agak stress. Jenuh berfikir bagaimana nak buat, nak tulis nama siapa dalam kad kahwin nanti. Memang sesak juga rasanya. Tidak dapat dinafikan, memang saya ada terfikir nak letak nama seseorang. Seseorang yang pernah buat saya rasa mahu masuk meminang dia pada suatu saat nanti. Seseorang yang tak pernah gagal buat saya tersenyum, juga tak pernah gagal buat saya menangis. Dia.

Masa berganti masa.

Akhirnya, beberapa hari sebelum submission date untuk Wed Plan, saya dapat tahu cara saya buat tu salah. Saya buat ala-ala proposal program tapi rupanya Madam nak yang macam scrap book. Markah akan diberi mengikut kreativiti. Wed Plan kena submit hari Sabtu tapi hari Khamis saya baru start beli barang. Petang khamis saya terpaksa skip kelas. Saya punya masa yang amat limited. Malam khamis kena study sebab Jumaat petang ada exam. Jumaat malam pulak ada sesi PGG. Hectic! Selesai PGG jam 10 malam, saya terus balik Mahallah. Malam tu saya tidak tidur menyiapkan Wed Plan.

peralatan saya.
plus minus, inilah dia :)

ongoing.
mula buat tika skip dua kelas :(

Allah sahaja yang tahu bagaimana penat, sedih, stress dan macam-macam lagi perasaan saya waktu tu. Mujur waktu tu sahabat saya budak Architecture tolong buat wedding card. Dia lah yang sama-sama berjaga dengan saya pada malam tu. Dia juga yang mengajar saya erti sabar. Dia mengajar saya banyak perkara. Tentang kehidupan, tentang taqdir, tentang kekuasaan-Nya. Terima kasih, awak!

Ketika jam hampir 4pagi, dia menyuruh saya tidur. Akhirnya saya terlelap juga dan terjaga pada waktu Subuh. Terus bersiap-siap balik ke Mahallah saya dan touch-up sikit hasil kerja pada pagi tu. Jam 7.30 pagi saya sudah melangkah ke CCAC menunaikan tanggungjawab sebagai Class Rep. Sepanjang perjalanan tu, saya curi-curi masa untuk practice presentation. Itu sahaja masa yang saya ada. Untuk dua tiga hari tu, saya betul-betul belajar menghargai masa dan sedar betapa bernilainya setiap satu saat yang saya ada.

intro part :)

Masuk kelas, submit Wed Plan. Lega! Ah, terasa seperti batu yang saya pikul selama ini sudah dicampak ke bawah. Saya buat wed plan tu dengan sepenuh hati saya. Seolah-olah seperti saya mahu berkahwin tahun ini juga. Dan saya tidak segan untuk cakap bahawa saya rasa wed plan saya itu sangat sweet. Sampai rasa berat hati nak submit kat Madam. Heeee.

Habis waktu kelas

Saya melangkah mendekati madam since saya sememangnya orang terakhir yang akan keluar kelas sebab saya kan class rep, so kena kunci kelas.

"Madam, can I have back my wedding plan?"


"why?"


"because I think it's so nice"


"haa?"


"because I think it's so cute"


"which one yours?"


"this one"

She smiled while looking at my wedding plan.

"Nusrah, I never give back the wedding plan to the students coz I will show this to the students for upcoming semesters."


"Ohh..emmm"

["but madam, if I marry this guy, I wanna it back"] - saya simpan sahaja kata-kata ini dalam hati.

Pasrah. Redha. Saya nekadkan diri saya. Takpe, nanti bila saya dah nak kahwin (dan kalau saya kahwin dengan lelaki itu) saya akan minta balik ngan Madam. That's my promise ;))

comel tak? ^^


Siapa dia?

Ramai yang teringin sangat nak tahu nama siapa yang saya tulis dalam wed plan tersebut. In fact, nama lelaki itu saya tulis pada pagi sebelum pergi kelas untuk submit kat Madam. Saya sendiri tak tahu kenapa saya tulis nama dia. Saya sendiri tidak tahu.

Nama dia muncul saat saya rasa terlalu penat buat segala kerja. Nama dia muncul saat saya sendirian menanggung beban banyak kerja. Nama dia muncul saat saya tidak lagi mampu bertahan ke sana ke mari. Nama dia muncul saat saya sendirian berjaga malam menyiapkan kerja. Nama dia muncul saat saya mengadu kasih pada-Nya.

Saya tidak punya perasaan pada dia. Saya tidak jatuh hati dengan dia. Saya tidak jatuh kasih dengan dia. Saya tidak meminati dia. Saya tidak menyimpan rasa pada dia. Tidak. Tapi saya tulis nama dia for so many reasons.

Saya dan impian.

Banyak perkara yang kita suka tapi kita tak dapat. Saya juga begitu. Bergunung impian yang saya cipta namun saya tidak mampu menggapai kesemuanya. Mungkin kerana saya jenis yang suka mengalah dengan manusia. Kalau kawan saya suka benda yang sama dengan saya, saya lebih suka untuk mengalah. Biarlah dia tidak tahu bahawa kami sebenarnya sukakan benda yang sama. Sebab saya percaya, mengalah bukan bererti kalah. Bukan juga bererti lemah. Ia adalah kerana kasih sayang pada dia yang melebihi segalanya.

Kalau saya bersedih untuk satu perkara, saya sebenarnya masih punya berpuluh-puluh perkara untuk tersenyum. Dan saya tidak pernah rugi apa-apa bila saya mengalah. Malah, saya boleh tengok senyuman bahagia seorang kawan. Tidakkah itu membahagiakan hati?

Saya nampak impian saya.
Saya cuba jejak impian saya.
Saya sudah cuba mencorakkannya
dan mengatur langkah ke arahnya..
Semoga tercapai dengan izin-Nya :)

Saya tahu, kamu tidak pernah risaukan saya sebab kata kamu, saya ini tabah dan kuat sehinggakan kamu tidak pernah menemani saya saat saya berasa susah dan lemah. Terima kasih, kerana itu menjadikan saya kuat. Thank you for not being there.

cover page.
ini belum siap lagi :)



"tanpa keberanian mimpi tidak bermakna"

Allah knows



When you feel all alone in this world 
And there's nobody to count your tears 
Just remember, no matter where you are 
Allah knows 
Allah knows 

When you carrying a monster load 
And you wonder how far you can go 
With every step on that road that you take 
Allah knows 
Allah knows 

No matter what, inside or out 
There's one thing of which there's no doubt 
Allah knows 
Allah knows 

And whatever lies in the heavens and the earth 
Every star in this whole universe 
Allah knows 
Allah knows 

When you find that special someone 
Feel your whole life has barely begun 
You can walk on the moon, shout it to everyone 
Allah knows 
Allah knows 

When you gaze with love in your eyes 
Catch a glimpse of paradise 
And you see your child take the first breath of life 
Allah knows 
Allah knows 

When you lose someone close to your heart 
See your whole world fall apart 
And you try to go on but it seems so hard 
Allah knows 
Allah knows 

You see we all have a path to choose 
Through the valleys and hills we go 
With the ups and the downs, never fret never frown 
Allah knows 
Allah knows 

Every grain of sand, 
In every desert land, 
He knows. 
Every shade of palm, 
Every closed hand, 
He knows. 
Every sparkling tear, 
On every eyelash, 
He knows. 
Every thought I have, 
And every word I share, 
He knows. 
Allah knows


by Zain Bhikha ;))

Mereka manusia



Saya tulis lain, orang baca lain.

Saya cakap lain, orang faham lain.

Saya sampaikan lain, orang faham lain.

M.A.N.U.S.I.A

Memang selalu begitu..
Selalu salah faham..
Selalu salah mantafsir..
Kemudian fikir bukan-bukan..

It's not just the only word.
It's not the only art of the word.
Indeed,
It is my feeling.

Pandang kanan kiri atas bawah,
Saya masih bernyawa..

Alhamdulillah ^^,




~a long time ago~

For Y.O.U









I’m about to lose the battle and cross the line 
I’m about to make another mistake 
And even though I try to stay away 
Everything around me keeps dragging me in 
I can’t help thinking to myself 
What if my time would end today, today, today? 
Can I guarantee that I will get another chance 
Before it’s too late, too late, too late 
Forgive me… My heart is so full of regret 
Forgive me… Now is the right time for me to repent, repent, repent... 


Forgive me by Maher Zain ;))




~somethingtoponder~

Dia

don't ask me anything.
i just thinking about this.
;))

Dia.

Sweet.

Baik.

Comel.

Genius.

Taat.

Diam.

^____~




"its nice to have a secret when you think it is nice"
[nur adib, 2012]



~ smile away ~

Secebis marah, Selautan kasih


Apa khabar pembaca blog sekalian?
^_____^

Setiap kali saya tulis blog, saya selalu fikir, ia sekadar coretan dan luahan saya. Tak pernah terfikir akan ada yang membaca dan mengikuti blog ini secara konsisten. Walaupun kebanyakan mereka dah tekan butang 'follow' kat atas sana tu, saya still rasa macam mereka ini bukan lah betul-betul follow. Heee maafkan saya. Cuma saya baru sedar beberapa hari ni bahawa saya punya pembaca setia. Mungkin lebih tepat lagi, kamu semua ni adalah 'silent reader'. Hanya membaca diam-diam. Tak komen dan tak tinggalkan jejak langsung. Takpe, terima kasih dari saya. Semoga ada manfaatnya untuk pembaca di luar sana. :)

Waktu kemas gajet blog hari tu, saya baru perasan dekat Popular Post tu dah berubah. Entri 'Mereka yang sangat bermakna' dah mula ambil tempat. Malah jadi yang ke-3. Top 3! Seriously saya agak terkejut. Macam tak sangka pula entri tu dapat view yang agak banyak dan melonjak ke tangga tiga teratas. Cuma ia masih belum mampu mengalahkan entri 'saya nak ke syurga bersamanya' ;D

Marah dan pemarah tidak sama.

Beberapa hari lalu, saya didatangi perasaan marah yang amat. Sangat amat marah. Puas saya mencari jalan menghilangkan rasa amarah saya. Jujurnya, saya susah sangat naik darah. Apatah lagi nak marah-marah orang. Sungguh, saya tak reti. Tapi sekali meletup, memang kalah gunung berapi.

Pernah rasa kena campak?
Pernah rasa dibaling ke tepi?
Pernah rasa dibuang oleh orang?

Itulah yang saya rasa dalam seminggu yang lalu. Perasaan saya di pijak, dihenyak, di hiris-hiris. Pernah sekali saya rasa seperti mahu menghamburkan rasa marah saya pada mereka. Pernah terasa seperti mahu membuang terus mereka sebagai sahabat saya. Pernah terasa seperti mahu membalas dendam pada mereka. Pernah merasa seperti mahu menempelak orang seperti mereka. Tapi.... bukan begitu sebenarnya caranya bila orang berbuat tidak elok kepada kita.

Mujur saya masih waras, mujur saya masih ingat sirah Nabi, mujur saya masih ingat ayat-ayat cinta-Nya, mujur saya masih punya tarbiyah yang melekat di hati pada ketika itu. Saya ambil beberapa masa membuang rasa sakit hati dan marah walaupun ia masih bersisa. Bukan senang untuk dimaafkan. Betapa sakitnya apa yang saya rasa hanyalah Allah Yang Tahu. Betapa susahnya saya memujuk diri, hanya Allah juga yang tahu. Kamu berdua, kalau mahu meminta maaf dengan saya suatu hari nanti, pastikan kamu betul-betul berusaha dalam maaf kamu. Maaf bukan mudah untuk diberi. Kalau saya senang memberi maaf, tentu ia tidak akan dihargai.

Apabila kita dicampak dan dibuang.


Mula-mula saya sangat sedih. Cuba bayangkan perasaan bila orang campak kita ke dalam tong sampah bila dia dah taknak guna kita. Sedih, kan? Dalam beberapa hari saya bermuhasabah, saya sedar akan sesuatu. Perkara ini mengajar saya supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan boleh menjadi baik, boleh menjadi jahat. Boleh berpura-pura dan boleh jadi ikhlas. Kawan boleh jadi lawan, boleh juga jadi teman. Kawan boleh bawa ke syurga dan boleh juga tolak kita ke neraka. Terpulang kepada kita memilih teman yang bagaimana dan sepertimana.

Bersyukur juga kepada Allah kerana memilih saya untuk merasa ujian seperti ini. Paling kurang, saya dapat menilai yang mana satu besi, yang mana satu emas. Alhamdulillah. Dan satu perkara yang saya belajar dari hal ini ialah soal iri hati, soal kepentingan diri dan soal kematangan. Sampai satu ketika, saya terduduk dan menangis mengenang apa yang berlaku. Bukan kerana pangkat atau darjat yang dikejar tetapi kerana ukhuwah yang selama ini saya bina dengan kasih sayang rupanya tidak ada erti pun untuk mereka. Sedih. Kecewa.

Usah berbicara soal ukhuwah andai perlakuan anda seperti musuh. Usah berkata soal sahabat sampai syurga andai iri hati menjadi sandaran. Usah berasa seperti keluarga andai tiada kejujuran diberi. Usah berlagak seperti teman andai dibiar sahabat ke tepi. Manusia suka berbuat salah tetapi tidak pernah berusaha untuk meminta maaf. Kalau sesama manusia pun begitu, apatah lagi jika dengan Yang Maha Esa.

Pergi usrah balik usrah, biarlah terkesan tarbiyah di hati.
Pergi program balik program, biarlah terkesan ukhuwah dijiwa.
HablumminAllah, Hablumminannas.

Tapi sayangnya, sahabat saya ini tidak sedar pun akan apa yang dia buat pada saya. Duduk diam-diam. Saya sedar akan satu perkara, doa orang teraniaya itu mustajab. Doa sahaja banyak-banyak dengan Allah. Biarlah rasa sayang saya pada mereka lebih banyak dari rasa marah supaya saya masih mampu doakan yang baik-baik buat mereka. Sungguh, marah itu bukan sifat saya. Saya bukan pemarah. Saya bukan pembenci.

Duduk diam-diam. Simpan elok-elok.

Kalau orang buat jahat dengan kita, kita balas lah dengan kebaikan. Saya tahu itu susah. Tapi tidak ada apa pun yang rugi. Kita takkan kekurangan apa-apa. Saya lebih suka jauhkan diri dari orang bila saya dalam keadaan marah mahupun dalam keadaan emosi kurang stabil. Sebab saya bimbang saya akan kalah dengan godaan syaitan. Saya bimbang saya takkan mampu lagi berdiri tabah. Jadi, berlalu pergi adalah jalan yang terbaik.

Buat sahabat itu, saya tahu kamu berdua takkan membaca pun post ini tapi saya mahu kamu tahu bahawa saya betul-betul terkilan dengan apa yang terjadi. Sampai saya sudah hilang rasa hormat. Satu perkara sahaja yang saya mahu pesan, kita merancang, saya merancang dan kamu merancang. Tetapi siapa kamu untuk berkata kepada saya bahawa kamu punya perancangan yang lebih baik untuk saya sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang? Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Kalau kita tidak suka orang beri kerja pada kita dengan benda yang kita tidak suka, jadi jangan sesekali buat pada orang lain. Ayuh, kita bermuhasabah.

Sungguh, dari jauh sudut hati saya, saya sayangkan kamu berdua.
Semoga kamu faham.
Saya memang berkecil hati.



nota hati: Saya memilih untuk berlalu pergi. Allah punya perancangan yang lebih baik untuk saya. Please let me go~




~ Remember! What goes around comes around ~

Be a nice eraser

be a nice eraser.
can you?

bukan senang,
nak ‘buang’ atau ‘padam’ nama seseorang.

itu sama seperti,
mencuba sepuas hati,
memadam sepatah perkataan pada sekeping kertas yang ditulis dengan sebatang pen.

sedang kita tahu,
pemadam tak akan mampu memadam dakwat pen.

tapi kerana terdesak,
kita terus memaksa.

akhirnya?
bukan nama yang terpadam,
tapi kertas yang terkoyak.
ya, nama itu akan kabur,
tapi kesan pada kertas itu,
akan kekal,
dan tetap ada.

nak buat apa?
mintak hati baru. T_T

~Tersenyum melihat lagi ^^,

*******************************


"guna pen atau pensel, kertas tetap akan terkoyak bila nak padam"





~seuntai kata untuk dirasa~

Dia lelaki istimewa di hati



"ayah awak kerja apa?"


"jurutera"


"jurutera tu apa?"


"engineer"


"engineer tu apa?"


"kulliyyah engine"


"Oooo..."

=,="

Sepetang bersama ayah

Semalam jam 630 petang saya sudah sampai di bilik. Biasanya kelas tamat dalam pukul 7. Disebabkan silibus pelajaran dah habis, maka dapat lah balik awal. Setibanya di bilik, terus hantar emel pada rakan sekumpulan. Selesai assignment yang ini, memang saya agak lega. Malam nanti ada meeting pula. Pertama kali orang amanah kan saya kerja dalam biro Catering. [walaupun saya masih lagi berfikir-fikir mahu terima atau tidak]. Sedang saya mengelamun, ada panggilan telefon. Ayah! :))

"tengah buat apa?"


"baru balik kelas.."


"bila nak g check mata?"


"esok?"


"tak boleh..esok pagi-pagi lagi dah nak gerak"


"malam ni?"


"tak sempat kot. Kena balik Putrajaya lepas tu berkejar pulak ke Gombak"


=,="  "habis tu bila boleh?"


"nak kena check terus buat ke?"


"check dulu lah..lagipun dulu buat kat..."


"okay. Sejam lagi ayah sampai"


"lepas maghrib?"


"tak sempat"


"tapi ni dah kul7"


"dah kul7?? ha lepas maghrib lah"


"orait!" 

Senyum melebar-lebar! Terus saya cancel untuk pergi meeting malam tu. Bahkan kalau di buang dari biro Catering pun saya tidak kisah! Malam tadi semangat juga nak keluar dengan ayah walaupun cuma untuk sekejap. Roomate siap tegur, "nak pergi mana cantik-cantik ni?" Eheh~ saya pun rasa saya semacam semangat pulak menjaga penampilan. Macam nak keluar dengan husband. Haha =p [sebab saya bukan selalu punya masa bersama ayah seperti ini]

Saya memang tidak nampak



Saya rabun. Rasanya semua orang tau bahawa saya rabun. Cuma mereka tidak tahu bahawa saya rabun walaupun bercermin mata. Maksud saya, saya tak nampak walaupun dengan keadaan memakai cermin mata. Tahu tak what it means? Itu tandanya power spek dah bertambah-tambah. Power yang ada sekarang ni tak cukup untuk menampung kerabunan saya sekarang. Allah, teruknya mata saya sekarang ;''')

Sebenarnya mata saya ni dah lama makin tak nampak. Sebelum semester ni bermula lagi tapi saya paksakan jugak mata saya ni. Makin lama makin teruk. Duduk dalam kelas pun tak nampak. Sudah lah saya ni suka duduk paling belakang dalam kelas al-Jauzi Lab. Memang kelas ni dan time kelas Lab-based lah paling teruk. Jenuh juga paksa mata sampai saya rasa nak pijak-pijak spek tu sebab saya tak nampak langsung kat depan sana. Rakan sebelah saya sangat memahami. Bila dia habis copy notes kat depan, dia akan kasi dekat saya. Dia dah faham sangat saya ni tak nampak sebenarnya walaupun dah bercermin mata.

Masa ayah temankan saya pergi check mata semalam, memang betul power spek dah bertambah. Err bertambah banyak pulak tu! Lepas tu saya decide nak stay ngan frame lama. Just tukar cermin sahaja. Since frame yang sekarang ni masih elok, so better saya guna yang lama la kan. Plus, nanti orang nampak saya lain pulak. Dan saya tukar cermin biasa sahaja. No more transition lens. Sayang sebenarnya nak tukar yang bukan transition ni sebab nanti susah nak control silau dan sakit kepala tapi saya tukar jugak sebab orang selalu cakap saya macam Datin, macam officer dan macam-macam =,="

InsyaAllah by this saturday, saya akan dapat a new lens. Dapat spek 'baru'. Dapat 'mata baru'. Time tu nanti kena bersedia lah hadapi sakit kepala dan pening-pening sebab perubahan power. Dan untuk beberapa hari yang ada ni, saya mahu menikmati kenangan bersama cermin mata lama ni. haha =p Terima kasih ayah untuk masa sejam yang semalam walaupun saya selalu tidak mampu mencuri masa ayah. Ayah jauh atau dekat, saya selalu tidak berkesempatan meleraikan rindu. Ayah dekat susah nak jumpa, ayah jauh lagi lah tidak ketemu. Tapi saya sayang ayah saya. Walaupun sejam atau seminit atau sesaat sahaja dapat bersama, ia sangat cukup bermakna untuk saya.

"Dear bakal suami, nanti saya nak spek baru sebagai hantaran. Boleh?" ^___^


Dia lelaki yang tidak pernah menyakiti

Semua orang perempuan mempunyai paling kurang seorang lelaki yang bermakna dalam hidup. Lelaki yang dia ada ni takkan pernah menyakiti sekali pun hatinya. Takkan mengguris hatinya walau sekali malah akan selalu menjaga diri kita dengan baik. Dalam setiap keadaan, lelaki ini akan selalu mempertahankan kita. Dia akan berusaha membantu kita dan menyediakan apa yang terbaik buat diri kita. In fact, baik buruknya lelaki ini, kita akan selalu mendoakan dia dan menyayanginya.

Lelaki ini cuma satu dalam setiap hidup seorang wanita.
Lelaki ini akan memberi cinta tanpa syarat
Lelaki ini akan setia di sisi walau apa keadaan
Lelaki ini akan mengusap hati yang kecewa
Lelaki ini akan menyapu air mata luka kita
Lelaki ini akan setia mengutus doa
Lelaki ini akan kekal mengawasi dan menjaga kita
Lelaki ini cuma satu tiada dua
Lelaki ini adalah AYAH kita

Ayah...Abah...Abi...Daddy...Papa...Baba...Ayahanda...Bapak...

Whatever you called him, dia adalah lelaki itu ^^,



"anak hanya belajar menghargai kasih sayang ibu bapanya apabila akal sudah hidup di kepala, namun ibu bapa sudah menyayangi anak sebelum lahir dia ke dunia"





~deepdowninside~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...