بسم الله الرحمن الرحيم
Langkah di hayun penuh laju. Azan asar mula kedengaran. Semakin lama kaki semakin laju meniti anak tangga. Daun pintu ditolak, kaki kanan melangkah ke ruang solat. Tiba-tiba, kaki terasa begitu ringan dan seolah-olah memijak sesuatu yang lembut. Dan ada sesuatu yang menyentuh hati.
"ya Allah, perasaan apakah ini?"
"mungkinkah kerana begitu lama sudah tidak menjejak kaki ke masjid?"
Bacaan imam juga begitu sayu. Sehingga hati semakin sebak mengenang hinanya diri, besarnya kasih sayang Allah. Dan banyaknya rahmat dari-Nya.
Usai solat, duduk berteleku di satu sudut. Buka beg, capai nota cinta hijau dan baca. Baca, baca, baca sehingga airmata jatuh satu persatu.
"ya Allah, tunjukkan daku jalan. Jalan yang benar. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. ya Allah..."
ketika hati berkata-kata, memohon-mohon, dengan seyakin-yakinnya, airmata semakin laju. Tuhan, andai diri tidak kuat, maka kurniakanlah sabar dan tabah. Tuhan, kerana Engkau tahu segala yang terbaik untuk diri, maka redhakan lah hati dengan segala ketentuan-Mu.
ketika Dia beri kejutan, cakap dengan diri, sejak bila tak percaya Tuhan?
tampar pipi laju-laju.
"dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu"
[47:31]
~ I drop du'as. Not bombs ~