بسم الله الرحمن الرحيم
 |
my beloved cat. the best medicine for every tears. |
Lama jari tidak menari di papan kekunci.
Rindu juga pada laman ini.
Tempat meluah rasa, teman bicara rahsia walau tiada yang membaca.
Apa khabar wahai hati-hati yang di sayang Tuhan?
Semoga semakin hari semakin di limpahi kasih sayang-Nya.
Semoga semakin hari semakin di peluk rahmat dari-Nya.
Aameeen.
...............................................
Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas dan nikmat yang terlalu banyak. Walau terkadang tersadung rebah sampai menangis. Walau seketika datang rasa lelah dan penat. Namun, saya sedar, setiap dugaan dan ujian yang Tuhan beri, itu adalah cinta. Bukannya luka. Kerana Tuhan menguji hamba-Nya yang semakin hari semakin tebal imannya.
Mungkin suatu masa kita perlu bertanya pada hati dan diri bilamana ujian sudah tidak menyapa, adakah kita sudah jauh dari kasih sayang Dia? adakah iman kita semakin turun dan menjunam?
Bila jiwa rasa perit, seolah tiada tempat meluah dan bercerita, kita ada Tuhan yang Maha Mendengar. Kita ada Dia yang sentiasa Mengetahui. Kerana bila kita tidak ada bahu untuk bersandar, kita masih ada lantai untuk bersujud. Sujud. Saat yang paling hampir antara kita dengan Tuhan.
Letak tangan kamu ke dada.
Rasai degup jantung kamu.
Setiap denyut, setiap nafas, ada cinta dari Dia.
Semoga tenang, sentiasa.
*tutup lampu, pejam mata. menangislah wahai hati*
p.s:: awak, hb! :)
~ I drop du'as. Not bombs ~