إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Selamatkan Malumu



Situasi 1

Seorang Perempuan A sedang mengakses laman sosialnya. Sedang matanya melilau membaca status-status terbaru kenalannya di alam maya, matanya tertancap pada sebuah kenyataan yang hampir meluruhkan jantungnya. Diklik pada dinding profile teman yang menulis. Lalu dibaca satu-persatu kenyataan berbaur amarah dan dendam tersebut. Teman tersebut, Perempuan B sedang menceritakan keburukan seorang teman yang amat dikenali Perempuan A. Malah hubungan itu terlalu akrab hinggakan Perempuan A turut terasa tempias dendam amarah Perempuan B. Perempuan B menzahirkan amarah dalam kenyataannya dan mula ditokok tambah oleh kenalan-kenalan yang lain. Tidak kurang juga yang menenangkan. Tapi lebih ramai yang bagaikan mencurah minyak ke bara api.

Kerana geram dengan kenyataan tersebut, Perempuan A membuka blog peribadinya dan menulis kenyataan balas kepada status di laman sosial tadi. Ya, marah menguasai diri. Geram juga kerana merasakan dirinya turut terpalit dalam dendam lama itu. Dirinya merasakan tidak sepatutnya Perempuan B menghebahkan keburukan rakannya di laman sosial, lalu dia cuba menasihati dalam geram dan setiap bait perkataan bagaikan lontaran ketidakpuasan hatinya yang tidak dapat dijelaskan melalui laman sosial Perempuan B tadi.

Perempuan B lalu terbaca. Aneh, nasihat yang ingin Perempuan A sampaikan bertukar menjadi kenyataan benci dan dendam. Perempuan B lalu mengatakan Perempuan A ingin memutuskan persahabatan dengan dirinya. Sedangkan, bukan itu maksud awal Perempuan A menulis di blognya. Namun, salah faham telah berlaku. Mereka tidak menyelesaikan sesama mereka, tapi hanya membalas serangan di alam maya yang turut disertai kenalan-kenalan yang tidak tahu menahu hujung pangkal cerita. Pengakhirannya, Perempuan A telah dianggap memutuskan persahabatan dalam keadaan dia ingin membela teman lain. Manakala Perempuan B meraih simpati kenalan laman sosialnya yang langsung tidak memberi nasihat kebaikan tetapi hanya menuntut dirinya dibela dari terus berkawan dengan Perempuan A.

Situasi 2

Seorang pekerja perempuan di salah sebuah syarikat minyak di Malaysia sedang menyelesaikan beberapa masalah sebut harga di ruang kerjanya. Deringan telefon berbunyi menandakan panggilan masuk dari bahagian pejabat yang lain.

Pekerja Lelaki : Tolong call supplier untuk tangguh penghantaran ke esok hari (secara berhemah meminta tolong). Ada masalah di ruangan production. Tank ada masalah dan tidak dapat befungsi dengan baik. Mungkin esok baru boleh ready dengan raw material yang baru.

Pekerja Perempuan : Apa? (terkejut barangkali kerana terpaksa membuat panggilan sekali lagi) Mana boleh delay penghantaran. Lagipun supplier dah confirm nak datang hantar hari ini. Masalah tank tak boleh berfungsi awak pandailah cari penyelesaian sebelum tengah hari, dan supplier akan tetap datang hari ini.

Pekerja Lelaki : Sepatutnya tugas awak call supplier. Tak boleh ke tangguh ke esok hari. Tak kanla itu pun nak kena saya ajar. Tugas awak untuk berhubung dengan mereka cuba ringankan masalah production kita sekarang ni. Awak tak tau buat kerja ke?

Terguris dengan kenyataan pekerja lelaki tersebut, lalu pekerja perempuan meluahkan rasa geram dan tidak puas hatinya di laman sosial. Ada yang menghangat lagi situasi dengan mengapi-apikan kenyataan. Dan akhirnya pekerja lelaki muncul membela diri dalam kenyataan balas menerangkan pada kenalan lain duduk sebenar dirinya dalam situasi ini. Pekerja perempuan tidak puas hati, lalu terus-terusan menolak kenyataan pekerja lelaki. Yang memerhati, membaca dan membalas status tersebut ada yang membantu menjernihkan keadaan. Namun, masalah tetap tidak selesai kerana segala-galanya hanya di laman sosial.

Perempuan, Laman Sosial dan Emosi

Dua situasi saya hidangkan dalam artikel kali ini sebagai permulaan kepada ketiga-tiga perkara di atas (perempuan, laman sosial dan emosi) yang akhirnya telah membawa kepada satu titik di mana, telah robek sebuah hubungan persahabatan di antara dua teman dan dua rakan sekerja. Malahan, rakan-rakan lain yang memerhatikan turut terlibat secara tidak langsung sama ada membela sebelah pihak yang lain atau telah tertanam dalam diri mereka beberapa persepsi negatif terhadap pihak-pihak yang terlibat. Akhirnya juga, tiada kebaikan yang terlihat malah keburukan telah dipamerkan sejelas-jelasnya buat tatapan seluruh dunia dan mereka yang mengenali.

Laman sosial, tidak ingin saya fokuskan yang mana kerana anda sendiri sudah arif dengan dunia maya ini. Tujuan utamanya, untuk menghubungkan yang jauh mengeratkan yang dekat, menyebarkan kebaikan bagi mereka yang berIman dan bertaqwa, menghebahkan keburukan dan kerosakan bagi setengah yang lain. Dan sedarkah kalian, wahai Muslimah, wanita-wanita zaman sekarang bahawa laman sosial sebegini telah membuka hijab kita kepada dunia yang penuh tipu daya. Dunia yang kita sendiri cipta, dan hanya dengan benteng tarbiyah sahajalah kita mampu mengawal kerakusan di dalamnya.

Sedihnya, dengan kebejatan teknologi dan kemudahan dunia maya sebegini, ramai Muslimah dan wanita telah merobek pakaian malu mereka secara terang-terangan. Walaupun segalanya hanya berlaku di alam maya, tidak berjumpa secara fizikal, tidak berbicara dari mata ke mata, wanita sudah semakin berani menanggalkan hijab malunya. Kita sudah berani mempamerkan emosi di laman sosial tanpa segan silu, meraih simpati mereka yang mengenali kita, meluahkan emosi, mencari sekelumit nasihat tanpa sedar telah meragut maruah insan lain dan lebih menyedihkan kita sanggup memutuskan sebuah hubungan dengan teman, dengan keluarga dan mungkin saja dengan insan-insan yang sangat menyayangi kita.

Teori Barat

Pengkritik dari gerakan feminist Barat telah mengatakan bahawa wanita perlu bergerak ke hadapan, menafikan semua kenyataan yang juga dibawa oleh fahaman Barat bahawa wanita hanya bergantung pada lelaki, lemah dan tidak bertamadun. Gerakan feminist juga menggalakkan wanita untuk tampil menguasai segala bidang, bersuara menyatakan pendapat dan menentang segala bentuk penindasan fizikal, emosi, dan rohani. Dalam teori ini, terdapat satu terma yang acapkali digunakan iaitu agency atau kebolehupayaan, kuasa, hak kepada individu untuk bertindak menurut kehendaknya, menyatakan pendapatnya, berdiri atas keupayaan dirinya tanpa dihalang oleh mana-mana unsur. Dari sini pula terdapat dua jenis agency iaitu agency secara covert (dalaman) dan agency secara overt (terang-terangan). Hakikatnya, teori ini telah memperkenalkan kepada wanita beberapa kebaikan dalam tidak sedar juga, jika wanita itu tidak dibenteng dengan kekuatan aqidah akan menyebabkan dirinya terjatuh ke lembah kehinaan.

Di sinilah saya ingin membuktikan bahawa, kebolehupayaan wanita kini untuk tampil kehadapan, telah sedikit sebanyak melunturkan warna pakaian malu mereka. Bukanlah saya menentang kaum wanita untuk ke hadapan kerana hakikatnya wanita juga harus bergerak kehadapan, tetapi kenapa sampai begini sekali kita ingin melondehkan sifat malu yang telah Allah kurniakan pada kita? Wanita telah mempertahankan agency mereka secara overt. Bukan lagi secara covert. Tanpa mereka sedar, tindakan overt agency itulah yang melondehkan pakaian malu mereka.

Muncul di laman sosial dengan meluahkan emosi, mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak malu…adakah ini yang kita belajar dari maksud hadith

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Anshari al-Badri ra. dia berkata, “Rasulullah saw bersabda, ‘Sesungguhnya sebuah ungkapan yang telah dikenal banyak orang dari ucapan nabi-nabi terdahulu adalah: ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah semahumu.” (HR. Bukhari)

Adakah laman sosial kita itu Tuhan untuk kita raih simpati darinya dengan meluahkan segala permasalahan sosial. Lihat sajalah kesannya pada dua situasi di atas, yang akhirnya telah mengoyakkan hubungan persahabatan yang dibina sekian lama dengan hanya satu kenyataan di laman sosial berbaur emosi, amarah, nafsu, geram dan sebagainya. Di mana penyelesaiannya??

Kita sudah tidak malu wahai wanita. Kita malu dalam berpakaian. Tapi tidak malu dalam mengeluarkan kenyataan di laman sosial. Adakah ini yang Islam ajarkan? Hanya sebahagian yang kita jaga, sebahagian lagi kita dedahkan. Kita dah sering dengar, terbaca malah lihat banyak kenyataan tentang menjaga malu dari segi berpakaian. Tapi bab yang satu ini kita terlepas pandang. Kita tidak menjaga malu kita di laman sosial.

Sedih bukan?

Dengan hanya satu kenyataan, kita telah membuka aib diri kita, membuka ruang juga untuk orang lain mengenali aib rakan kita yang sepatutnya kita tegur secara bersemuka bukan dengan cara mendedahkan di ruangan di mana satu dunia boleh lihat dan baca.

Muhasabah wahai diri

Ya, kita ingin membela diri. Kita ingin diberi perhatian, kita ingin mendapatkan nasihat untuk semua permasalahan. Itu fitrah kita sebab itu Allah bekalkan Al-Quran dan Allah utuskan Rasulullah sebagai qudwah. Mulakan dengan langkah ketaqwaan dalam meluahkan emosi, moga dengan izin Allah atas rahmatNya kita beroleh ketenangan dan penyelesaian. Jika emosi dan nafsu yang merajai tindakan kita, maka beginilah jadinya apabila terang-terangan mempamerkan aib di laman maya. Sesungguhnya malu itu hanya akan melahirkan sesuatu yang baik.

Imron bin Hushoin ra berkata: “Rasulullah saw bersabda, ‘ Malu itu tidak akan menimbulkan sesuatu kecuali kebaikan semata.” (HR. Bukhari, Muslim)

Kita muhasabah kembali dengan menyelak lembaran hadith Rasulullah.

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: “Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”


[ Hadith riwayat Abu Dawud]



Muhasabah buat diri saya dan semua yang membaca. Saya fokuskan kepada wanita, kerana saya sayang diri saya dan anda. Maka mari sama-sama bergerak selamatkan sifat malu kita. Seindah hiasan adalah wanita solehah dan wanita solehah itu yang menjaga malunya. Moga Allah golongkan kita bersama-sama muslimah lain yang tinggi sifat malunya.

~ Khumaira :) ~



~ aduhai muslimahku sayang ~

Calon Suami


Spesifikasi calon suami yg bolehlah dibuat suami:-

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.

2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.

3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA.

4. Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yg lain.

5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta'" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."

6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak gi Mydin tapi pegi mengorat jiran taman sebelah.

7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.

8. Gedik joget2 pun depan bini dan anak2 je. Depan org lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sgt. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis..jgn sampai lupa abg taw.."

10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalo dia jenis diam tadelah sampai org kata tak bergaul ngn manusia lain. kalo dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata2 org lain.

12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang2nya Maghrib dan Isyak.

13. Tak berapa gemar dengar kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola.

14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.

15. Jenis senyum sokmo.

16. Tak tengok sgt awek cuns, duk tengok bini dia je wlpn bini dia tak cuns.

17. Pandai masak sekurang2nya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll.
Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD or tempat2 makan yg pelik2 nama dia menu yg mahal2 sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.

18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan2 isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur utk raikan tetamu.

19. Jenis pembersih gak la. Masa muda2 dia tade la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari2 nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.

20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak2 tentang kematian. "Syg, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam..ingatlah detik kematian tu makin hampir."

21. Dia sentiasa nak berubah bersama2 isteri dan anak2 dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.

22. Dia boleh jadi imam solat isteri dan anak2 wlpn dia tak reti baca doa lepas solat. Dia doa senyap2 je tak bunyi pape, tp dlm hati dia doa.."Ya Allah! Letakkanlah isteri dan anak2ku dlm lindunganMu. Andai aku mati, Kau jagalah keluargaku ini dari fitnah dunia."

Apa?! Tak boleh blah ciri2 ni? Ni ok la ni utk org2 biasa cam kita. Nak dapat yg best2, kena best2kan diri gak la. Target nk yg soleh, kita sendiri malas semayang. Atoiiii~

************************************

Saya copy paste post di atas dari facebook. Eheh~ sebenarnya nak bercerita sesuatu berkenaan yang ni tapi since masa pun tak banyak so nanti saya sambung lain kali lah yea. Cuma ada beberapa point di atas yang saya sangat sangat sangat setuju dan ada beberapa point juga yang buat saya berfikir. Bagaimana dengan anda? ^^,





~ Menuju peribadi unggul ~

Bicara Tentang Cinta


BICARA TENTANG CINTA

Salahkah ku mendambakan seorang puteri
Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi
Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya
Sinari kehidupan

Walau ku tahu segala suratan Esa
Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi
Pengubat jiwa yang sepi
Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini

Usah ada rasa sangsi
Saling faham dan mengerti
Sinar bahagia menanti

Pendorong penguat jiwa
Dalam melayar bahtera
Pasti tenang jika kau di sisi

Selagi masih aku terdaya
Menuturkan kata-kata
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya
Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa
Insan yang ku kasihi
Dikau yang ku sayangi..


by, UNIC :)



nota hati: saya yang terkadang suka lagu ni ^^,



~pendorong penguat jiwa~

Facebook


Facebook.

Dah lama tak aktif dengan fb. Bukak pun sangat jarang. Entah.

makin lama makin banyak perkara yang buat saya tak suka dengan fb. Yang mana baik, Alhamdulillah. Yang tak baik tu....

facebook ni kekadang boleh buat saya gembira. Kadang-kadang macam sedih pun ada. terkilan pun yea jugak...

Makin lama saya semakin rasa tak secure dengan fb. Bukan soal privacy but for so many other thing. Dan yang banyak perkara merunsingkan itu bermain di fikiran saya. Kerap kali.

Pernah baca entri blog Dr.Cinta tak? berkenan fb. Saya suka baca post tu. Kejap eh nak bagi link. Nanti dah baca, harapnya adalah manfaatnya yea :)

"Mencari calon suami yang tiada facebook"  <----- klik!


Saya yang bakal meninggalkan fb dalam masa terdekat,
Nusrah Adib ^^,






nota hati: Kamu memang suka like post or status orang yang kamu suka,kan? Setiap post dari si dia pasti kamu like. Walaupun orang lain menulis yang sedemikian rupa, kamu tak pulak nak like kan? Like apa yang disampaikannya atau orangnya? ~muhasabah diri~
nota hati 2: Butang pause dan play memang takkan pernah sama. ~pesan diri~
nota hati 3: Kalau boleh memang nak delete terus facebook. ~rasional diri~




~peace no war~

Kawan, I'll be strong as you wish


Saya teringat.

Cerita lama yang mungkin buat ramai yang tersenyum.

Cerita baru yang mungkin buat ramai yang menangis.

Be strong!

Baru atau lama, sedih atau gembira, pahit atau manis, suka atau duka, kita tetap perlu kuat dan tabah. Wajib kuat hati. Jangan biar ia rapuh, jangan biar ia mengalah.

Kamu yang hari-hari saya bercakap dengan,
Kita mungkin ketawa bersama, kita mungkin berkongsi rahsia bersama dan kita mungkin merasai kesedihan bersama. Kamu mahu teman saya? Sampai bila-bila. Mahu? Sudah tentu tak mahu,kan? Takpe. Saya masih senyum lagi :)

Saya melalui hari-hari dengan senyuman. Perjalanan yang jauh terasa sangat mencabar. Terpijak duri, kaki sakit, jiwa perit tapi bibir masih mengukir senyum. Tersadung lumpur, pakaian kotor, hidung perit tapi bibir tetap tersenyum. Lemas di sungai, seakan tiada lagi harapan untuk hidup, bibir masih mengukir senyum. Dan saya tetap akan tersenyum walau hebat mana pun dugaan.

“Nusrah, I somehow wondering..why you are so strong? Saya nak belajar jadi kuat macam awak..”

Kawan, kalau mahu jadi kuat macam saya, awak kena sedia untuk mengalah dalam banyak perkara. Kalau mahu jadi kuat macam saya, awak perlu korbankan banyak perasaan awak. Kalau awak mahu jadi kuat macam saya, awak kena ready dengan tohmahan orang. Kalau awak nak jadi kuat macam saya, awak perlu tahu satu benda. Saya tak pernah dapat apa yang saya mohon dari Allah. Allah tidak beri apa yang saya minta. And that’s what makes me strong.

Kawan, saya tidak kuat. Saat awak tengok saya tersenyum bahagia, saya sedang melawan dengan bermacam-macam rasa kecewa. Saya belajar berkata, “takpe” walaupun saya sebenarnya sedih. Saya belajar berkata, “its ok” walaupun saya sebenarnya tak ok. Mula-mula susah, lama-lama nanti kita makin pandai pujuk diri. Kawan, saya dah makin pandai pujuk diri. Awak suka tak? =)




~thanks for being there~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...