إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Corat-coret CONVEST'10 | last part |

Masih ketika convest....

2-4 october- Waktu ni ada Grand Exhibition (GREX'10). Sudah tentu saya bersemangat nak pergi sebab nak support Dhila punya program. hehe. Lepas kelas, lepas pergi chocolate fair ngan Dhila dan Sayed, saya terus pergi ke Grex. Waktu tu pergi ngan Dhila dan kak Zatil. Sempat jalan-jalan kat semua booth bersama kak Zatil. Lepas zohor, memang dok ngn Dhila je sampai la petang. Saya pun tak tahu apa yang menarik time Grex ni tapi waktu hari last tu, saya suka tengok zapin. Juga tak tahu apa yang menarik ngan zapin ni. ;-)



Malamnya pula ada Malaysian Armed Forces in action 2010. Memang plan nak gi tengok tapi hari hujan dan saya juga sangat penat. So, tak jadi pergi ke sana. (gambar tak de ya). Seminar juga saya tak pergi sebab ia start pagi sabtu tapi saya ada kelas. So, tak dapat la nak join seminar ni.

5 october- Mock trial and Grand Forum. Kalau ikutkan hati, memang saya nak hadir semua tapi waktu hari Selasa, memang jadual saya padat. Setiap minggu macam tu. Kebetulan hari tu saya ada pre-postmortem, PGG, real postmortem. So, saya terpaksa tinggalkan mock trial sebab PGG hari tu adalah last session. Lepas habis PGG, terus pegi Grand Forum ngan Dhila. Sampai nak habis, bergegas lah ke Postmortem OC pulak. Memang setiap hari selasa mesti penat. Macam nak pengsan je.


6 oktober- konsert Palestin Tomorrow will be Free. Yang ni memang ramai la yang tunggu dan berminat nak pergi. Slot petang, Maher Zain meets the fan lagi lah mendapat sambutan agaknya. Saya tak pergi yang petang tu sebab ada kelas dan kelas saya lebih penting. Plus, saya bukan la peminat fanatik maher zain pun. Minat lagu je. Malam tu saya pergi ngan Wani dan Amal. Slot paling saya suka waktu konsert tu ialah time lakonan dan budak-budak nyanyi. Yang tu je saya suka. Habis konsert, saya, wani dan Amal pergi bergambar kat sculpture convest pula. Hehe






9-10 october- Intervarsity Mega Futsal Tournament (iMEF). Ni last program yang dianjurkan oleh SRC. Saya tak jejak jugak ke program ni sebab tak sempat. Pagi tadi pun pergi library dan shoot kat kulliyah engineering (haha sempat lagi). So, sekarang ni tamat lah sudah program convest'10. Harapnya tahun depan saya masih berpeluang berbakti untuk convest lagi. insyaAllah ;-)




nusrah walfath: apa yang kurang masih boleh diperbaiki ;-)

Corat-coret CONVEST'10 | Part 2 |


Ketika CONVEST…


30 september- in conjunction program iaitu talk enhancing Aqeedah through scientific discoveries in Al-Quran (PASAK). Ia diadakan waktu malam. Plan nya memang nak pegi tapi ada pulak rehearsal oc. Jadi, tak dapat nak ke talk ni. Khabarnya, talk ni sangat bagus. Alhamdulillah..tahniah kepada penganjur. Ini sedikit gambar waktu PASAK.





1 oktober – akhirnya tibalah hari OC. Pada petang hari, still ada rehearsal lagi. Lepas rehearsal, ada konvoi sekitar dalam kampus sahaja untuk promote Opening Ceremony dan juga program lain. Waktu ni, saya suka melihat semua peserta-peserta konvoi tersenyum girang, padahal waktu tu dah nak dekat maghrib. Kagum dengan semangat convest yang ada dalam diri masing-masing.





Malamnya pula, tiba lah majlis sebenar OC. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kalau ada yang terkurang tu, minta maaf lah yea. Selesai semuanya, mak kak Raihana offer nak belanja makan dan minum untuk semua komiti. Thanks auntie!! ;-) setelah berakhirnya oc malam tu, maka berakhirlah kerja saya sebagai pub & pro (walaupun malam tu saya bertindak sebagai runner special task). Sangat lega bila semuanya selesai walaupun saya sangat berserabut kepala sebab menanti nak tasmiq dan presentation keesokannya.











1-4 oktober- IIUM Chocolate Fair. Saya sempat menjenguk ke chocolate fair selama 3 hari. Hari jumaat, saya pergi ngan Kak Farah dan bertembung pula ngan Sayed. Sayed pula yang bersemangat beli coklat dulu daripada kami berdua. Haha.. Hari kedua, saya pergi ngan Nadhila dan Sayed jugak lagi sekali. Asal pergi coklat fair je, jumpa Sayed. Muka coklat betul sayed ni..haha.. sebenarnya waktu tu saya baru je habis kelas kat KAED, kebetulan pula terserempak ngan Dhila dan Sayed, so, join je la diorang. Hari ketiga, saya tak pergi pun dan hari keempat, saya pergi lagi ngan Amal dan Ju. Sekadar jalan-jalan je, bukan beli pun. Hahah..







Begitulah sikit cerita sewaktu berlangsungnya convest. Ada banyak lagi program lain yang saya jejak. Nanti sambung lagi. Apa-apa pun, tahniah pada semua komiti program-program di atas ni. Semuanya berjalan dengan baik dan coklat pun sedap-sedap ;-)


*to be continued....

...Corat-coret CONVEST'10...

Sebelum convest....


Waktu saya dapat mesej bagi jawatan Assistant Publicity and Promotion untuk program Opening Ceremony, saya sebenarnya tak nak. Saya lebih berminat ngan sub-program lain. Nak join Grex sebenarnya..sebab ada Dhila..haha tapi Dhila suruh saya terima je asalkan dapat. So, saya pun join la family OC ni. Tak sangka pulak jadi macam-macam bila join benda ni. Pendek cerita, saya ngan headcom memang tak ngam. Mesti bertelingkah dan bergaduh je. Sub-com tengok pun tension. Heee.. perjalanan kerja paling best adalah waktu konvoi ke Kuantan. Tak tahu apa yang best tapi mungkin sebab Dhila ada sama walaupun tak sama kereta. ;-)






Dalam kereta pun still saya ngan headcom macam anjing ngan kucing. Bila dia tanya, saya jawab ngan kerek, bila saya tanya, dia jawab ngan jawapan bukan-bukan. Memang tak sekepala betul saya ngan dia.


Sampai di Kuantan, kat gate UIA Kuantan, saya pun cakap, “yes! Sampai dah. Penatnya lah,” haha..waktu tu headcom ngan driver pun pandang semacam sambil cakap, “macam dia yang drive”. Huh saya peduli apa. Penat tau duduk dalam kereta tu.







Waktu nak gerak ke inside and outside campus pun, still nak bertelagah lagi. Adoyai, apa nak jadi la ngan kami ni. Lastly, saya jugak yang mengalah. Hehe..


Memang agak penat lah waktu kat kuantan ni. Dengan cuaca panas, panjat tangga Mahallah Talhah dan Maimunah, selit handbill kat kereta orang..tapi pengalaman kat sini sangat seronok. Satu perkara yang menarik ialah waktu saya berpanas pergi kat parking lot. Tengah selit kat kereta orang dan duk promote kat sisters kat situ, tiba-tiba ada kereta berhenti. Dua orang brothers tegur. Dia cakap dia nak handbill tu jugak. Walaupun saya agak kehairanan sebab biasanya mana ada orang nak benda-benda macam tu tapi berlainan pula ngan diorang berdua ni, Rugi pulak tak mintak tolong diorang distribute. Haha.





Akhirnya, dalam kul 7 petang, kami bergerak balik ke Gombak. Perut berkeroncong sangat. Saya kelaparan yang amat. Mujur dalam kereta tu ada banyak makanan yang diorang bawak. Tapi masih lagi terbayang nasi. Tiba-tiba je terlelap (entah bila) sampai lah ke Genting Sempah. Waktu orang lain bergegas nak gi makan, saya masih lagi mamai. Tiba-tiba je ditegur oleh seseorang supaya pergi makan sebab masa kat situ tak lama.






Lepas makan, kereta Nissan pula bermasalah. Kunci tertinggal dalam kereta. Macam-macam betul la diorang ni. Dan tak lama lepas tu, sampai jua saya di UIA Gombak.

sebelum ke Kuantan, sume muka serius je





bila dah nak balik Gombak, ceria bukan main


Keesokannya…


Baru je ingat boleh rehat, tetiba pula kena pergi meeting pagi-pagi lagi. lepas tu, terperangkap pulak ngan hujan sehingga petang. Dahsyat jugak hujan hari tu. Lepas tu, hari-hari berikutnya berjalanlah kerja-kerja menyiapkan mascot dan sculpture. Terima kasih untuk semua warga OC. Dengan slogan ‘Work As A Team’, kita semua betul-betul macam family. Saya sangat bahagia bersama warga OC! ;-)




saya ponteng 3 kelas untuk siapkan mascot ni ;-)


Terima kasih semua atas kesusahan kepayahan membantu menyiapkan mascot. Hanya Allah sahaja yang dapat balas budi kamu semua. Semuanya berbaloi setelah selesai segalanya. Dan saya tetap akan mengenang memori persiapan convest ni. Ia sangat bernilai. ;-)



rasa cam nak peluk je mascot ni..comey sangat. haha



*to be continued.....

careless? Ada hikmahnya..


Masa untuk menulis blog. Hari ini 9 syawal. Class saya tadi di postponed. Kali ni lecturer pula yang salah hantar mesej. Adoyai.. Saya tak tahu lah kenapa this week saya agak careless or saya ni blurr kot. Atau mungkin sebab saya ni fikir banyak sangat, so, habis segala benda cam tunggang langgang tak betul. Nusrah nusrah.. apa lah nak jadi ni. Hisy..


Memang Ramadhan lalu saya banyak fikir macam-macam. Kesibukan yang melampau rasanya. Dari pagi sampai petang memang penuh ngan macam-macam hal. Belum jadi menteri rector lagi tu. Careless saya yang pertama, saya salah baca mesej yang lecturer hantar. Dia bagi dua tarikh mengenai kelas. Saya baca yang 18hb ada kelas, lepas tu tarikh yang seterusnya saya dah tak endah sebab saya fikir mesti lah lepas 18hb. Jadi, saya dah tak kisah lah balik raya lewat pun sebab saya rasa masih banyak lagi cuti saya.


Saya bertolak balik dari KL ke Kelantan pada 29syawal. Ingatkan sempatlah 2hari berbuka dirumah tapi tak jugak. Disebabkan jalan jem teruk, so, berbuka tengah jalan la. 30 ramadhan baru merasa makan kat umah ngan kesemua family. Masa hari raya pertama, malam tu, waktu tengah wat kerja, saya tergerak hati nak tengok balik mesej yang lecturer hantar tu sebab lupa bila kena bawa al-quran. Sekali baca mesej tu, memang melopong lah. Rupanya mass lecture 15hb ok! Kalau kelas biasa, memang saya leh skip je tapi ni mass lecture n ada markah. Waktu tu ayah cakap, balik lah KL sorang-sorang. Dia tak nak harungi jem tu. Huhu kesian saya…




Jadi, pagi 4syawal berangkat ke KL ngan kakak + abang ipar saya. Waktu salam ngan ayah, ayah cakap saya ni budak sivik. Haha. Kemudian, waktu sampai di UIA, saya terpandang softboard. Erk, kenapa kelas saya tertulis kul 8malam? Bukan 8pagi ke? Tengok balik mesej lecturer, memang yea kul 8malam. Apa nak jadi ngan saya ni? Salah tengok ke salah baca ni? Haisy…


Malam tu, memang mass lecture yang menarik. Kawan-kawan kelakar. Masa tu, waktu sembang ngan kawan, saya cakap lah kelas kami habis kul 10 hari sabtu nanti. Dia cakap tak. Kul 12:30 tengahari lah. tengok balik mesej yang sama, memang yea. Kelas saya hari ni (kalu tak posponed tadi) start kul 8:30pagi-12:30tengahari. 4jam??? Aiyaaa… dah 3x saya salah tengok jadual. Apa kena ngan saya ni…


Kemudian, hari khamis, saya plan nak balik Pahang. Dah lama tak jenguk mereka kat sana. Bagaikan terpanggil sangat untuk ke sana. Pagi tu, saya segera naik bas sampai ke terminal putra. Waktu tunggu lrt, saya nak simpan kad pass masuk tu, waktu tu, saya terkejut sangat. Mana pergi ic saya? Terbuntang mata dan terlepas wallet kat tangan. Seriously, saya memang terkejut. Waktu tu saya teringat, masa kat Kelantan saya ada mintak adik tolong simpan ic. So, memang sah ic saya kat Kelantan!


saya agak serabai minggu ni


Dalam pada terkejut tu, saya pun naik jugak lrt. Masih terfikir-fikir lagi apa patut saya buat. Patut teruskan perjalanan atau tak. Kemudian saya berbalik kepada fitrah hidup. Saya anggap Allah bagi petunjuk pada saya tentang ic tu sebab mungkin saya tak patut pulang ke Pahang. Kalau tak, mesti waktu balik KL lagi saya dah terperasan tapi Allah takdirkan saya sedar benda ni, sebelum saya ke sana. So, saya wak keputusan cancel ke sana. Sebagai inisiatif tak nak bazirkan tiket tu, saya pun berjalan-jalan la dulu sebelum kembali ke UIA. Sekarang saya memang tak de ic. Saya adalah pendatang haram halal yang tak punya ic. Saya ada kad matrik sahaja. Haha…


Kalau nak cerita pasal careless saya hari tu, memang banyak sangat. Saya pun tak tahu apa yang tak kena ngan saya. ‘pening’ kot. Tapi apa yang jadi ni, saya pandang dari sudut yang positif. Kenapa Allah takdirkan semua ni jadi, memang ada hikmahnya. Lepas balik UIA, saya jumpa Asifah. Banyak sangat perkara yang bermanfaat yang kami kongsi bersama. Dan hikmah yang paling besar, adalah apa yang berlaku tadi…


"Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ''inna lillahi wa inna ilaihi raji'un'' (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali). (Al-Baqarah:155-156).

Tengahari semalam, saya ke masjid. Nak dapat tempat yang selesa n tenang untuk menghafal beberapa surah dan doa untuk di tasmi’ hari ni. Waktu sedang dengar khutbah jumaat, tetiba saya ternampak seseorang. Saya yakin saya kenal dia. saya yakin sangat. Kemudian budak tu pandang saya dari jauh, Saya cuba bukak spek (konon nak tengok ngan mata sendiri), tapi makin kabur la pulak. Saya sangat teruja dan sangat merindui budak tu. Sungguh, saya harap pandangan saya tak salah.


Tak lama lepas tu, budak tu datang dan tersenyum. Kemudian dia ambil al-quran dan duduk depan saya. Saya tersentuh hati. Saya teringat kenangan lama. Saya rindu pada dia. Siapa dia? dia adalah Yusrah Segilola Showole from Nigeria. Dia student saya waktu saya bergelar teacher dulu. Saya rasa macam mimpi saya dapat jumpa dia lagi. dulu saya mengajar dia subjek BM, Qiraati, Hafazan dan Art & Craft. Dulu dia tak pandai cakap melayu sangat, sekarang fasihnya macam orang Malaysia. Dah pandai bahasakan diri dia ‘kita’ lagi haa.. ;-)


Alhamdulillah, dah banyak juzuk yang dia hafal. Saya kagum. Dia baru 6 tahun. Saya sangat gembira jumpa dia lebih-lebih lagi bila dia duduk dan bukak al-quran dan baca depan saya. Jelas, dia masih ingat siapa saya. Dan saya rasa ini adalah hadiah hari raya yang paling mahal. Dia tanya saya, kenapa tak ajar kat sana dah, dia nak masuk kelas saya cam dulu. Sedih je saya dengar. Memang dulu saya tak nak berhenti kerja tapi ini cerita lain lah pulak (lain kali je k..) Pertemuan ngan Yusrah tadi, buat saya rindu pada yang lain juga. Sangat rindu!!


Begitulah hidup kita. Setiap yang berlaku, bukan sia-sia. Mesti ada hikmahnya. Walaupun hati tak suka, belajarlah menerima kenyataan dengan redha. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia dan hikmah yang terselindung itu, adalah anugerah yang terindah. Jadi, jangan bersedih kalau sesuatu yang buruk menimpa anda. Percaya pada qada’ dan qadar dan yakinlah dengan janji Allah.


Berkenaan ic saya, pagi ni mummy akan bertolak dari Kelantan. So, hari ahad saya pulang Taman Selaseh dan mungkin kembali ke UIA pada hari Isnin. Cantik dah apa yang Allah susun. Bermula dengan saya yang salah tengok tarikh, waktu, tertinggal ic dan hingga jumpa Yusrah. Jadi, mulai hari ni, pandanglah sesuatu yang terjadi kepada anda dari sudut yang positif. InsyaAllah anda akan melihat hikmah yang indah disebalik semua itu. Jaga diri, hiasi peribadi. Selamat kembali belajar dan bekerja buat semua rakan-rakan. Assalamualaikum. ;-)

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [al-baqarah:216]






nusrah walfath: ini takdir, bukan kebetulan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...