إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Take care :)))





Dear you, take care :))






~ I drop du'as. Not bombs ~

One in a million



Jam menunjukkan pukul 4 pagi.
Saya bangun dari tikar sejadah.
Sayu.
Puas.
Indah bila dapat bercakap dengan Pemilik hati.

Jam menunjukkan pukul 4 pagi.
Saya meninjau beberapa website.
Malam itu saya meneruskan pembacaan.
Kisah sejarah yang saya baca pada awal pagi itu betul-betul memikat hati saya.
Kisah sejarah yang banyak itu saya baca satu persatu.
Indah.
Sungguh indah.

Dalam hati saya terdetik, adakah sejarah orang yang hebat adalah seindah ini? Adakah sejarah orang yang beragama adalah secantik ini? Sungguh ideologinya memikat hati saya. Satu dalam sejuta. Awal pagi itu juga saya meneruskan pembacaan saya. Dalam hati, saya berdoa semoga Allah menumpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada beliau. Tahniah! Penulisan dan sejarah awak telah berjaya membuka minda saya. Saya tabik hormat pada insan seperti awak. You are such one in a million!

Ketika segenap dunia melihat dia sebagai insan hebat, dia sebenarnya insan yang penuh kesederhaan. Insan yang penuh dengan prinsip dan maruah diri. Insan yang penuh dengan analogi hebat. Insan yang sentiasa percaya pada Yang Di atas sana. Insan yang meletakkan doa sebagai senjata hidupnya.

Dia insan yang penuh kesederhanaan.
Dan sederhana itu mahal.


Semoga Allah redha.










~ I drop du'as. Not bombs ~

We can speak without words :)



"Kenapa tak bukak pintu tu?"

"sebab Nusrah dah bukak tingkap. Rasa pintu tak perlu buka dulu kot"

"nanti macam mana orang nak masuk?"

"tingkap ada"

"nanti kena lompat? tak sopan."

"tunggu la depan pintu sampai buka. Baru sopan caranya"


Hari ini. Tika ini. Saat ini. Tahun 2012 mewarnai hidup. Kisah pintu dan tingkap itu adalah kenangan beberapa tahun lalu. Bagaimana agaknya ending pintu dan tingkap ini yea? Sejujurnya ia belum ending lagi sebab pintu tu tetap tertutup juga. Sampai sekarang tak buka-buka. Tuan punya rumah belum izin. Tak tahu juga bila dia nak buka pintu. Mungkin esok, mungkin lusa, mungki hari ini dan mungkin tak buka langsung. Mungkin.

Saya ada sebuah kenangan. Kenangan yang saya simpan rapi. Simpan kemas-kemas. Tanam dalam-dalam. Cuma saya sendiri tidak tahu samada kenangan ini akan jadi kenangan atau akan jadi lipatan sejarah ataupun menjadi sebuah mimpi ngeri.

"kalau boleh berhenti dekat satu masa, kak Nusrah nak berhenti kat mana?"

"kak Nusrah nak berhenti dekat masa dua tahun yang lalu.." ketika itu dalam kepala dah nampak sebuah kenangan yang saya simpan. Kenangan di perkarangan masjid UIAM. Indah. Bahagia. Because we can speak without words. :)

-----------------------------------------------

H.U.J.A.N

Saya simpan sebuah kenangan yang bernama hujan comel.
Saya lipat sebuah memori yang bernama hujan comel.
Kerana di situ adanya bahagia.
Kerana disitu letaknya sebuah ketenangan.

Ketika hujan menyapa hati, lidah kelu menyimpan rasa.
Kerana Allah yang memberi kasih sayang, rasa itu kita jaga.

------------------------------------------------



Final Year.
Seperti sebuah mimpi ketika saya menjejak kaki melangkah ke tahun akhir.
Level3 final year. Reality check.

Saya masih ingat sebuah kenangan ketika saya masuk uia, ketika saya belajar di alam PRSS, ketika saya pertama kali terima poster PRK, ketika pertama kali register jadi subcommittee, ketika saya pertama kali dapat ketua kat uia ni, ketika saya melangkah ke Kulliyyah pertama kali, ketika saya berjumpa DDSA HS masa first sem, ketika saya sesat mencari kelas, ketika saya itu..ketika saya ini... Oh banyaknya kenangan tercipta di UIA!

Saya berjanji pada seorang sahabat. Saya berjanji pada diri. Saya akan buka pintu itu supaya tiada siapa yang perlu melompat dari tingkap. Supaya tiada siapa yang akan kelihatan tidak sopan menjenguk dari tingkap. Saya juga sudah berjanji bahawa final year ni, saya akan ada masa untuk diri sendiri. Andai tidak banyak, sedikit pun sudah cukup. Yes, saya perlukan sedikit masa untuk diri saya.

Last two weeks, I got an advice from somebody. Wanna me to share? I will but not for today :)  Dan sepotong nasihat itu sebenarnya tak memberi kesan apa pun dekat saya tetapi ia sedikit sebanyak membuat saya berfikir walaupun I tend to ignore.

"Nusrah sengaja kan?"

"sengaja apa?"

"buat-buat tak faham"

Yes. Saya memang begitu.
Suka buat-buat tak faham walaupun saya faham.
Suka buat-buat tak ingat walaupun saya ingat.

"nusrah ego"

"so?"

--------------------------------------------------------

Banyak perkara buat saya bahagia.
Banyak perkara buat saya sayu.
Banyak perkara buat saya terharu.
Banyak perkara buat saya tersenyum.

Namun satu perkara yang ramai orang tidak tahu adalah saya seorang yang agak takut menjejak masa hadapan. Saya takut menghadapi alam dewasa yang mencabar. Saya takut menghadapi sebarang kemungkinan. Sampai bila? Saya pun tidak tahu.

Sebelum menutup kalam bicara pada malam hari, ingin saya pohon doa dari kalian semoga dipermudahkan. Semoga Allah redha dengan segalanya.



;)














~ I drop du'as. Not bombs ~

Cerita PRK



Bismillahirrahmanirrahim.

Lama berfikir. Bimbang mata pena kali ini terlalu tajam. Jika terlalu tumpul, payah juga. Harapnya kalam saya pada malam hari ini serba sederhana. Jika tajam, harap tidak melukakan. Jika tumpul, harap tidak menjengkelkan. Kerana ini hanya tulisan seorang manusia biasa. Biasa. Hamba Allah yang masih berjalan di bumi-Nya.

Apa khabar semua? Saya macam biasa. Busy. Dah mula semester, dah semakin banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Di UIAM, bahang pilihanraya kampus (PRK) sudah mula dirasai. Pada mulanya, saya rasa suasana kempen seakan hening kalau nak dibandingkan dengan PRK lepas tapi sekarang ia semakin hangat. Lebih-lebih lagi di dalam facebook. Adakah mahasiswa sekarang hanya berani tampil di alam maya berbanding alam realiti? Adakah mahasiswa sekarang hanya berani berhujah di alam maya berbanding di hadapan ribuan pelajar universiti?

Saya sebenarnya rasa seperti kurang suka dengan suasana kali ini. Saya tidak mahu mengulas satu persatu calon yang bertanding tetapi ada baiknya saya melontarkan general comment mengenai PRK pada kali ini. Beberapa hari yang ada ini, saya meninjau juga suasana kempen baik di kulliyyah juga di alam maya. Secara umum, ini adala pandangan peribadi saya.

Kempen di Kulliyyah:

1. Tidak begitu meriah. Poster kurang. Kalau ada pun, banyak yang tidak lengkap. Cukup sekadar tayang muka dan nama tapi tiada tertulis manifesto. Pelik!

2. Calon tidak tampil di tempat kejadian. Apatah lagi nak berbicara dan bentangkan manifesto nya. Oh mungkin juga mereka ke kelas pada waktu saya menjejak kaki ke tempat kejadian.

3. Banyak chronism (err..tak tahu wujud ke tidak ayat ini) :)

Kempen di alam maya (facebook terutamanya):

1. Kesemua calon promote diri sendiri. Saya kecewa dengan keadaan ini. Malah, kelihatan macam calon itu desperate sangat (sorry to say). Mana pergi team campaign dorang?

2. Yang sibuk di share dan di promote adalah gambar dan achievement calon. Manifesto entah ke mana. Saya tak faham. Apa motif bertanding sebenarnya?

3. Masing-masing sibuk promote calon atas tiket kawan. Contoh, "ini sahabat saya", "kawan saya ini bla..bla bla.." Bagi saya, memang tidak salah untuk promote kawan. Tetapi better tulis ayat secara general. Tidak perlu mention dia itu kawan awak, dia ini kawan awak kerana apabila namanya kawan, semua yang baik kita akan tulis and a psychologist regard this as not a valid case!

4. Overall, kempen PRK kali ini belum cukup panas. Kerana hanya sedikit sahaja poster calon yang kelihatan. Mana para calon lain yea?

Pandangan saya.

Pada pendapat saya, calon-calon ini perlu ada satu sesi untuk berdiri di hadapan rakan-rakan Kulliyyah dan membentangkan impian dan manifesto mereka. Ingatlah, manifesto bukan sekadar pelengkap anda untuk bertanding tetapi ia adalah suatu amanah. Sejak dulu dari sekarang, saya memang suka kaji manifesto calon-calon yang bertanding. Tapi kali ini agak hampa sebab tidak semua calon mengeluarkan manifesto mereka pada khalayak.

Sedikir perkara yang saya terkilan dengan para pelajar uia adalah berkenaan kriteria memilih calon. Saya tidak nafikan, kita mahukan suasana 'islamic' dalam uia ni. Kita mahukan pemimpin yang faham dan tahu agama. Tapi ramai yang lupa akan bezanya orang agama dengan orang beragama. Nak undi orang tu sebab dia hafal Quran. Nak undi orang tu sebab dia pakai kopiah, pakai tudung labuh. Nak undi orang tu sebab dia selalu pergi masjid. Nak undi orang tu sebab dia selalu bawak Quran ke sana ke mari. MashaAllah. Astaghfirullah. Ramai yang terlepas pandang, ada beberapa calon sangat menjaga hubungannya dengan Allah tapi tidak sesama manusia. Dengan manusia mereka sombong. Berjalan angkuh, tidak mahu senyum. Saya kecewa dengan orang sebegini. Mereka hanya menjaga habluminallah tapi tidak habluminannas.

Ada seorang kawan saya tanya, "kenapa calon kali ni promote diri sendiri?" "Kenapa calon kali ni post gambar sendiri kat IIUM Online?" heh~ Saya pada mulanya tak tahu menahu langsung terus sahaja menjenguk laman sesawang tu. Terkejut juga tengok cara kempen kali ini. Cara baru atau sebab takde orang nak tolong kempenkan? Suasana itu mengingatkan saya pada suatu cerita.

Cerita ini adalah cerita dari orang hebat yang sangat saya kagumi. Yang saya belajar banyak perkara. Katanya, "jadi SRC ni bukanlah tertekan sangat. Tidak stress mana pun. Saat yang paling kritikal dan paling payah nak lalui adalah masa sedang bertanding. Masa tu rasa segan juga sebab muka kita terpampang di sana sini. Kalau bertembung dengan orang tu kena banyak senyum. Tapi saya tak pernah pun cakap, vote for me. Kalau jumpa orang cuma bersalam dan bersembang macam biasa. Takkan sesekali cakap vote for me." -begitulah lebih kurang ayat dia.

Saya masa tu terpegun. Lama-kelamaan saya mula nampak kenapa begitu. Malah saya sekarang selalu tergelak sendiri bila tengok calon promote diri sambil tulis "vote for me". Kasihan. Sangat kasihan. Mula-mula nampak ok tapi bila selalu sangat, nampak macam terdesak sangat dan tiada siapa pula yang mambantu. Maaf sebab cakap macam ni tapi itu pandangan saya.

Kata orang yang bercerita tadi, dia tak pernah pun terfikir sampai ke tahap jadi SRC, apatah lagi sampai jadi Presiden SRC. Ya itu dia. Seorang Presiden SRC suatu masa lalu. Cerita ini dia sampaikan masa malam setelah selesai AGM SRC. Sedikit sebanyak, saya respect juga cara dia bertanding. It shows something different. Terpulang bagaimana anda menilai dan mantafsirnya.

Manusia itu berbeza. Datang dari latar belakang yang berbeza. Buatlah pilihan yang bijak kerana mengundi bukan perkara yang mudah apatah lagi jika kita tidak begitu mengenali calon. Nak memilih kerana luaran, susah juga kerana iman tidak diukur pada pakaian. Amal tidak diukur pada janji. Ia suatu perkara yang abstrak yang terkadang susah dinilai dengan mata kasar.

Saya?

Masih seperti sebelum ini. Masih bergelar pelajar uia yang biasa. (Walaupun lebih popular dari calon :P). Saya still berfikir mahu membuang undi kepada calon yang mana. Agaknya pada siapa yea? Kata mereka, saya ini memilih sangat dalam urusan calon suami. Begitu juga dalam PRK. Saya memang memilih. Sebab itu saya tidak gemar menukar profile picture gambar calon yang bertanding walaupun yang bertanding itu mungkin putera idaman malaya (bukan idaman saya :P).

Akhir kata, nasihat saya, buatlah pilihan bijak. Tiada apa yang merugikan anda. Pilih dengan akal bukan dengan nafsu. Semoga pilihan hari ini sedikit sebanyak dapat mengubah keadaan kampus kesayangan kita. InshaAllah.


"upholding students welfare to the utmost"
(president SRC,09/10) 




nota hati: tengah terfikir bagaimana cara terbaik untuk berkempen bagi pihak calon kerana saya tiada wujudnya di uia untuk beberapa hari ini. huhu-












~ I drop du'as. Not bombs ~

Entah...saya taktahu kenapa



Saya sebenarnya sedang menulis dan bercerita pada blog ini tentang suatu kisah tapi tetiba saja ada sesuatu yang terjadi. Jadi, saya simpan dulu dalam draft. Mungkin pada hari lain saya akan sambung tulis dan post entri tersebut.

Untuk hari ini. Satu sahaja rasa yang boleh saya kongsikan bersama kalian.

Bahagia dan takut.

Bahagia itu indah
Takut itu gundah

Bahagia dan takut yang menjelma ini buat saya rasa macam mahu menangis. Rasa macam nak amsuk bawah meja, duduk dan menyorok dalam gelap supaya tak siapa nampak muka saya yang sudah kaku. Supaya tak siapa tahu hati saya sejuk beku.

Ya Allah, sungguh Nusrah takut. Takut menjejak masa depan. Takut menjadi dewasa. Takut yang mengganggu fikiran kali ini sangat susah untuk saya rungkai. Perasaan yang ada sekarang sangat susah untuk saya luahkan.


**********************************

I wish you didn't saw me yesterday if I know all those thing will happened.


Saya gundah gelana entah kenapa
Saya seram sejuk entah kenapa
Saya berdebar kencang entah kenapa
Saya panik risau entah kenapa

Saya sendiri tidak tahu kenapa. 
Jadi, saya percaya kalian juga tiada jawapannya.


**********************************



Saya hantar doa dari sini.
Saya panjatkan doa dari sini.
Semoga Allah permudahkan.
Cukuplah saya berlaku jujur pada diri bahawa saya tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Doa dari jauh.
Saya tidak pernah lupa itu.
Suatu masa, suatu detik,
ia masih menjadi rutin saya.
Kerana saya sentiasa percaya akan taqdir is a beautiful twist :)


Jaga diri baik-baik.
Jaga iman dan hati.

Kerana yang tenang dan sederhana itu adalah . . .kamu. . .








~ I drop du'as. Not bombs ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...