إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Tips ketika anda sedang marah

a) mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tidak tanduk kita.

Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang

hina.

c) banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan

kita daripada sifat marah.

d) hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa

kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika sedang marah.

f) apabila datang marah, banyakkan baca ta’awwuz

(a’uzubillahiminassyaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada

syaitan.

g) apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu’ kerana wudhu’ dapat

menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah

tidur. Kerana ianya akan meredakan rasa marah apabila bangkit daripada

tidur.

i) tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah dan

akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah

kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang

melakukan kesilapan juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah-

lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, insyaAllah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...