selamat pagi...

IBLIS DAPAT LESEN
aik..iblis nak ambik lesen memandu ke? bukan...bukan lesen memandu, tapi lesen untuk menyesatkan manusia supaya masuk neraka bersama- sama dengannya. kisahnya begini... setelah dihukum keluar dari syurga, iblis berdendam. sebelum dihumban ke dunia, iblis pergi menghadap Allah..
iblis: Wahai Allah.. oleh kerana Engkau dah tentukan aku masuk neraka, aku mohon
agar umurku dipanjangkan hingga hari kiamat. aku benar2 akan sesatkan
keturunan Nabi Adam.
[Allah perkenankan permintaan iblis. Allah sangat murka kepadanya.]
Allah: pergilah. sesiapa yang berjaya kamu sesatkan dan mengikutmu, neraka Janamlah
tempat kamu sekalian sebagai balasannya.
jadi, iblis terlaknat itu telah dapat lesen besar daripada Allah untuk sesatkan keturunan Nabi Adam..siapa lagi kalau bukan kita semua. AWAS MANUSIA!! IBLIS SUDAH DATANG, BERSEDIALAH...
KEJAYAAN PERTAMA IBLIS
kejayaan pertama iblis adalah apabila berjaya memperdaya Nabi Adam a.s dan Hawa memakan buah terlarang. barangkali inilah kenangan paling manis iblis. orang yang dibenci berjaya digoda. macam mana Nabi Adam dan Hawa boleh tergoda?
kisahnya, ada sebatang pokok buah yang Allah larang Nabi Adam dan Hawa dekat. kira pokok terlaranglah ni.. iblis laknat ni menjelma sebagai seekor ular. jadi, Nabi Adam dan Hawa tak kenallah. macam2 nasihat dan kata2 manis keluar dari mulut iblis. Akhirnya, mereka termakan kata2 iblis jahanam tu. bukannya Nabi Adam dan Hawa ingkar larangan Allah, tapi mereka terlupa. lupa itu memang sifat manusia.. sebagai hukuman, Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga ke bumi. sukalah iblis kerana bukan dia sahaja yang tercampak ke dunia, tapi orang yang dibencinya juga..
"horey!.. horey!.. aku berjaya.. tahniah tuk diri aku sendiri. ini kejayaan pertama aku.." seronok betul makhluk durjana ini.
>>>~~pokok larangan itu dikenali sebagai pokok khuldi~~<<<
SENANG KE SUSAH NAK LAWAN SYAITAN?
Oooo... sebenarnya nak lawan syaitan memang susah. sebabnya, kita tak nampak dengan mata kasar. memang kita tak nampak syaitan, tapi kita kena yakin syaitan ada di sekeliling kita.. eh.. bukan saje di sekeliling kita, tetapi didalam batang tubuh kita pon syaitan lepak2.. eeee takutnya..
walaupun susah, ada caranya kita boleh tewaskan syaitan..
APAKAH BUKTI WUJUDNYA SYAITAN?
tak susah nak buktikan syaitan wujud. tengok saje lah diri kita ni.. malas solat, malas mengaji, melawan cakap ibu bapa, suka tengok TV berjam- jam dan macam2 perkara buruk lagi yang kita buat sudah cukup membuktikan itu kerja syaitan. yang lemah, pasti akan tunduk pada hasutan syaitan. yang kuat, pasti syaitan yang akan menjauh..
ok saya stop sampai situ dulu.. nanti saya sambung lagi pasal syaitan ni.. memang banyak lagi.. nantikan yea.. hehe..k lah.. selamat berusaha menjauhi hasutan syaitan.. assalamualaikum..


No comments:
Post a Comment