"adakalanya kita perlu menangis
agar kita tahu hidup ini
bukan sekadar untuk ketawa,
dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya
nilai airmata.."
"..bersyukur pada orang
yang menyakiti kita
kerana dia
yang menabahkan kita,
bersyukur pada orang
yang tak mengendahkan kita
kerana dia yang
memupuk kita berdikari,
bersyukur pada orang
yang menjatuhkan kita kerana
dia orang yang memperhebatkan kemampuan kita,
bersyukur dengan orang yang menyiksa kita kerana
dia yang menguji
kesabaran dan ketabahan kita.."
__________________________________
kadang2 kite x sedar,
orang yang kita x pduli,
sayang yang amat kat kita...
kadang2 kita x sedar,
kita terlampau sayang
kat orang 2,
sedangkan dia selalu
sakitkan hati kita...
dan kita x pernah sedar,
kita bukanya sempurna,
untuk menempatkan orang,
yang sangat2 sempurna,
dalam hidup kita...
dan kita bukan sape2,
untuk buat orang menyayangi kita macam kita sayang kat dia...
sebab kita cuma
seorang manusia biasa... __________________________________
nusrah walfath:saya akan bercuti selama seminggu.. this blog will be updated on 30 november. insyaAllah..
selamat malam...salam sayang buat semua.. esok hari ahad.. saya kerja.. tapi best.. esok bukan kena kerja kat sekolah tapi pergi masjid favourite saya.. kat sana nanti hari last jumpa student2 saya..huhu sedih sangat... hari isnin last day saya kat sini.. dah nak balik hometown dah.. tapi balik sekejap sahaja.. banyak benda yang dalam kepala yang saya nak post sebenarnya tapi ntah sempat ntah tak.. erm... tapi untuk hari ni, saya nak tulis ni la dulu..
..syahid kerana cinta..
erm dah lama saya nak wat entri ni tapi keadaan tak mengizinkan.. beberapa minggu lepas, saya terima sms dari seorang rakan..dia cakap kat saya mati kerana meraih cinta manusia dikira mati syahid..kalau tak percaya tanya ustaz or imam katanya.. saya pun kurang jelas jugak.. tak taw lah nak tanya sape.. jadi, orang pertama yang saya tanya adalah cik muslimah.. dia pun kata tak pernah dengar pulak.. macam ajaran sesat je.. hehe.. pastu saya tanya pulak cik qalbi.. dia pun kata tak pernah dengar jugak.. katanya kalau macam tu, senanglah nak mati syahid...saya pun masih konfius..
saya tetap tak puas hati.. pastu saya tanya la seorang ustaz ni..(ustaz kat blog).. tapi dia tak jawab..tak taw la kenapa.. mujur juga ada seseorang yang respon pada soalan saya tue.. namanya puteri.. dan dengan penuh ringkas dia menjawab persoalan saya.. ini lah jawapan kepada syahid kerana cinta manusia..
salam.sedikit perkongsian dgn pe yg dityekn nusrah..uztazah ana penah ckp, mati syahid krn cinta itu ialah apabila seseorg yg diuji dgn rasa cinta.. ttp,dia menahanny dmi utk m'jaga hbgn dgn Allah n tdk mahu mggu insan yg dia cintai itu, dia mnahan diri dr mengikut perasaan..jk dlm tempoh itu, dia sakit teruk krn menahan perasaan itu, krn mardhatillah..n dia m'jgny shingga sakit teruk n mati tnpa sedikit pun dia memberitahu ttg perasanny pd org yg dia cintai itu, itu sebenarny yg dikira sbg mati syahid..n m'dpt syahidfillah krn dia sakit n mati krn menahn diri dr nafsu.krn takutkn Allah, demi redhaNYA n juga dmi utk tdk mggu hati org yg dia cintai itu.. itulah yg ana faham dr yg uzh ana penah terangkn pd ana n shbt2 sewaktu kuliah muslimat dlm pengajian asasi di kelantan..
ok sekarang sudah jelas mengenainya? ia jelas bermaksud bukan mati bila cintakan seseorang tapi kerana menahan perasaan itu kerana takutkan Allah dan tanpa sedikitpun memberitahu tentang perasaannya itu pada orang yang dicintainya.. itu baru dikira mati syahid.. zaman sekarang ni, manusia sangat pentingkan cinta.. asal sahaja jatuh cinta, mesti mengaku dan menyatakan terus pada orang tersebut.. jadi, bagaimana nak mati syahid kalau macam ni? saya tak kata ianya salah cuma kita sebagai manusia kadang2 tersalah menafsir hukum.. nampak macam remeh tapi hakikat sebenarnya?...
itu sahajalah kawan2 sekalian.. kalau sesiapa yang lebih tahu, lebih arif, sila2 la kongsi ilmu dan perbetulkan mana yang silap.. saya pun masih belajar.. masih mencari ilmu.. dan masih mengejar ilmu...insyaAllah..ameen... k semoga bertambah pelajaran kita hari ni..hehe.. k assalamualaikum.. =)
salam petang hari.. dah beberapa hari saya tak post kat blog ni.. saya tak sihat.. lepas je maghrib, mesti terlelap.. pastu bangun kul 12 tuk isyak.. entah la.. sehari dua ni saya kerap sakit kepala.. pagi2 je muntah.. setiap pagi macam tu.. mesti kawan2 saya gelakkan saya sebab dulu bukan main berlagak antibodi kuat.. haha.. sekarang ni cuma batuk2 je.. pagi esok harap tak loya dah.. erm macam morning sickness lak..ehee.. hari ni saya ada jamuan kat sekolah.. tapi ada la hal tak berapa tak elok terjadi.. huhuhu... popular sekejap satu sekolah..hehe...
k tak nak cite hal tue.. nanti len kali saya cite ape jadi kat sekolah tadi k.. ni ada lagi cerita best nak share.. saya suka sangat nak post entri kali ni.. mungkin ada yang dah taw tentang cerita ni terutama cik kelisa hijau.. tapi tak pe.. saya nak sebarkan jugak sebab ia benda baik kan..cerita yang boleh membuat kita berfikir tentang hidup kita ni...sungguh saya kagum dengan lelaki yang bertuah itu.. =)
...kerana dia manusia biasa...
Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.
Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.
Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.
"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.
Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.
Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
************ ********* *******
Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb
************ ********* *********
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia.....?"
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.
Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.
Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.
Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, takhta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
salam sayang buat semua.. hari ni saya tak sihat.. ni dah ok dah cket sbb dgr nsht kawan..
sdap air limau tadi..heheh.. hari sabtu lepas, rakan sekerja saya bercerita tentang masalah dia..dia minta pendapat saya.. sjak dari dulu, selalu sangat saya dengar masalah orang..best bila dapat tolong orang tapi bila masalah sendiri, tak reti pula handle..isy3..teruk betul..huhu.. yang latest, officemate mengadu pasal memilih pasangan.. erm sy pon bukan lah pandai sangat..teringat pula pada cik qalbi..dia pernah ajar saya pilih calon suami/isteri.. banyak juga perkara yang kena selidik dulu.. huhu..
tengah2 memberi pandangan saya pada officemate tu, saya tekan kan pada dia soal solat istikharah.. seorang rakan sekerja saya juga kata, setiap kali ada orang nak kawan ngan dia, dia akan wat istikharah.. sebab yakin dengan petunjuk la sampai sekarang dia tak kawen lagi.. bukan memilih tapi sebab dia tahu hikmah disebalik semua tue.. bercakap pasal istikharah ni, ada cite saya nak share..ni saya baca dalam blog orang. sangat menarik ceritanya. apa la salahnya kita amik iktibar dari pengalaman orang. jom tenang2 baca ni.. -->
Istikharah Dalam Memilih Jodoh
Pernah suatu ketika dahulu, seorang berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A). Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.
Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.
Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.
Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.
Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.
Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.
Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.
“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.
“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.
Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.
Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.
Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.
Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..
Wahai pasangan bercinta, kaji selidik lah dahulu jika kamu ada masalah semasa bercinta samada kesalahan sengaja atau tidak sengaja dan kesilapan yang pasangan kamu buat dahulu. Hargailah detik2 manis dan saat kebahagiaan kamu dahulu. Cubalah fahami apa yang berlaku, dengar dengan teliti apa masalah pasangan kamu, dengar penjelasannya. Biarlah salah faham kamu tu diselesaikan. Janganlah buat keputusan terburu untuk berpisah, sanggupkah kamu hadapi perpisahan ini. Habis~
bagi saya, dalam setiap ape yang kita lalukan, selidiki lah dulu.. zaman sekarang ni lebih banyak tersirat dari yang tersurat.. dan sebab tu sampai sekarang saya masih menjadi penasihat kepada masalah orang..haha.. k la itu saja.. assalamualaikum..
nusrah walfath:saya kena tabah supaya dia juga tabah.. saya kena senyum supaya dia juga mampu tersenyum.. =)
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [al-baqarah:216]
salam kasih di hari ini... heheh.. apa khabar anda semua? moga2 sihat macam sy.. esok hari sabtu.. tapi saya kerja.. aduss malasnya.. baru je ingat nak rehat... hari ni saya terlewat bangun lagi..kul 6:20pg baru terjaga.. heran sungguh.. ape hal la saya tak dengar bunyi jam.. isy3.. kelam kabut juga saya pagi tadi.. hari ni saya nak share 1 story.. kisah rumput dan orang yang di sayangi.. ada la orang bagi kat saya kisah ni.. jom kita baca sama2..
kisah rumput dan orang yang di sayangi
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
begitulah ceritanya.. dan bagi saya pula, saya sentiasa melihat rumput itu sama sahaja semuanya..tak ada yang cantik dan tak ada yang tidak cantik.. tapi disebalik rumput2 tersebut, kadang2 ada bunga dan juga sampah.. dan bagi saya tidak semua akan dapat bunga dan ada juga yang akan dapat sampah.. begitu juga dengan hidup kita.. dicelah2 ramai orang yang yang biasa2, akan ada yang baik dan tidak baik.. jadi, kita sendiri yang perlu berhati2 dengan semua itu.. ha cerita pun dah habis.. saya pun dah bg pndpt saya.. mungkin anda semua juga punya tafsiran sendiri.. moga2 kita semua mendapat bunga disebalik rumput yang cantik.. =) assalamualaikum..
nusrah walfath:bolehkah menolak yang terbaik untuk menerima yang kurang baik supaya tak berharap pada yang sempurna? ~anybody can give the answer?
salam sayang buat semua.. hari ni tak ada ape sangat yang nak diceritakan.. kalau pasal kerja, macam biasa lah kan.. kadang2 ada je yang tak kena.. hari ni saya nak share video je.. agak kemalasan nak type panjang2..heheh.. ni video yang saya download.. suka dengar lirik lagunya.. best.. kalau sesapa nak tengok, silakan.. k itu saje..
amani - by amar (buat wanita solehah)
nusrah walfath:santun berhikmah..mengingatkan diri..hidup dan mati hanya untuk Ilahi..
salam buat semua.. selamat malam... kepenatan lagi.. petang tadi saya ada meeting.. macam biasa, meeting yang buat saya ngantok..isy3.. boss pulak dok cerita pasalwahabi.. ligat jugak kepala nak tangkap maklumat yang dia bagi sebab saya memang dah termengantuk..sebelum pergi meeting tue sempat jugak saya dok cerita pasal future plan saya.. sembang2 pasal keje.. saya baru je cakap kat dia yang saya nak jadi suri rumah je.. walaupun kerja saya sesuatu yang menyeronokkan tapi tah la...
erm..baru semalam saya cakap yang hal2 mengejut banyak terjadi kat saya sejak dua menjak ni.. dan hari ni saya dapat tawaran sambung belajar.. dapat kos yang saya idam2 kan sejak bertahun2..tapi... kenapa saya tak gembira? why? dah lama saya tunggu nak sambung belajar ni tapi kenapa saya tak gembira? adakah sebab saya dapat tempat yang saya tak suka nak pergi? huhuk...
saya rasa susah nak buat keputusan..ayah dan ibu saya pun tak pernah memaksa.. saya memikirkan lagi tempoh 8 semester yang akan saya tempuh nanti..aduh... saya mintak pendapat sahabat2 tersyang, sumenya sangat gembira..tapi kenapa saya tidak? cuma satu jalan saja nak selesaikan.. solat istikharah.. yea, saya perlu mintak pertolongan dari Allah.. mudah-mudahan saya dapat la petunjuk nanti.. hope so..
cuma itu sahaja lah yang nak cerita.. nak berkongsi kekeliruan yang saya rasa..huahuahua... apa pula yang bakal berlaku esok lusa dan seterusnya..huhuk... sedih...k la itu saje.. sesiapa yang nak bantu saya wat keputusan pun boleh gak.. huhu...sila2 bagi pendapat.. k dah habis dah... assalamualaikum...
nusrah walfath:sering keliru tapi sentiasa beristikharah dalam membuat pilihan.. insyaAllah takkan gundah.. ada hikmah besar di sebalik apa yang terjadi..
Kepada mereka yg mahu menghantar dan menerima hantaran Al-quran.. fikirkan..
“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih..
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim... ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
read dis..
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'
Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Please keep forwarding this 'Hadith' to all .....because
Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:
'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'