إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..sayu..


Hari ini sudah 18 february. Sudah lama bulan februari berlalu dan saya masih belum update blog saya. Saya minta maaf. Mungkin ada yang ternanti-nanti dan mungkin juga tidak. Kenapa saya berhenti menulis? Pada penghujung bulan januari lepas, saya demam selesema seminggu. Kemudiannya, saya pulang bercuti seminggu. Time ni agak sihat lah juga. Ingatkan boleh lah nak update blog. Tapi sekembalinya saya kesini, saya demam panas. Aduh.. tapi saya tetap ke kelas dan lawan rasa demam tu. Tak lama kemudian, kami disini dapat cuti lagi. Sekarang, saya batuk-batuk pula. Tak tahu lah kenapa. Mungkin hormone saya tak sesuai dengan keadaan di sini. Hehe..

Sehari dua ni saya banyak berfikir. Macam-macam perkara saya fikir. Kadang-kadang saya sendiri pun tak tahu apa yang saya fikir sehinggakan ramai classmate saya bertanya. Semalam saya dihambat rasa sedih. Kenapa saya sedih, tak perlu la saya cerita. Cukuplah sekadar nak berkongsi perasaan saya semalam. saya sedih sampai rasa nak nangis. Dan akhirnya air mata saya bergenang jua. Tiba-tiba.. pintu bilik saya diketuk. Seseorang memanggil-manggil nama saya.

Oh Hadiat rupanya. Kawan saya dari Comoros Island. Sekaligus kedatangan dia mengejutkan saya. Mujur saya tak sempat over menangis. Saat tu saya sedar akan sesuatu. Allah dah tunjuk pada saya bahawa masih ada yang sayang dan menggembirakan saya saat saya rasa berduka. Kami bersembang bersama, belajar bersama, bergurau senda bersama. Semua tu sangat indah bagi saya. Tak lama lepas tu, Asma’ pula muncul di bilik saya. Dia dari Sudan. Saya rasa kedatangan mereka macam satu rahmat. Saat kita sedih, Allah anugerahkan insan yang sangat istimewa. Lama juga kami menghabiskan masa bersama sehingga pukul 12 lebih.

Hari ini pula saya rasa gembira dapat ke blok Al-Isra’ dan berkunjung ke bilik kak farah, wani dan nadilla. Saya rasa terharu bila diorang jemput saya makan bersama walaupun saya masih kenyang. Bagi saya, sahabat adalah segala-galanya. Mereka dapat menghiburkan saya dalam setiap keadaan. Sejak saya di sini, saya terasa sangat gembira dikurniakan sahabat sebaik mereka semua. Walaupun mungkin berbeza Negara dan budaya, tetapi itulah yang mengeratkan kami. Sayu je rasa..



Sebenarnya saya masih ada benda lagi nak kongsi tapi saya rasa tak tahu macam mana nak tulis. Saya ada benda nak sampaikan pada kawan saya tapi saya tak tahu macam mana. Hurm.. kenapa banyak sangat tapi ni? Isy3..

Ok lah. Saya rasa cukup sampai disini. Sebab saya sekadar memenuhi janji saya yang saya akan kembali pada bulan February (walaupun agak lewat). Semoga hari-hari yang kita lalui akan terus menceriakan kita dan ingatlah, walaupun kita sedang berduka, masih ada yang mampu membuat kita tertawa.


Salam sayang,
Nusrah Walfath

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...