إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

...takdir bukan kebetulan...


Hari ini saya mencari ketenangan dalam kepenatan. Sungguh saya tak ada mood nak kemas barang-barang. Tak tahu nak mula dari mana. (macam banyak je barang tu padahal tak sangat). Sekarang ni tengah buat kerja secara online tapi sudah hilang mood.

Come on, Nusrah!! Jangan putus asa. Huhu…



Semalam saya sangat lega bila exam selesai semuanya. Habis je exam, rasa tak sabar-sabar nak update blog dan baca surat yang saya terima beberapa hari lepas. Tapi, kena bersabar lagi. Kena pergi buat kerja kat office SRC. Jadi, saya ajak Dhila bersama. Kami janji nak berjumpa di kafe HS lepas exam. Masa tu dapat makan dan sembang-sembang biasa dengan dia. Seperti biasa, asal jumpa je, banyak lah benda baru nak cerita.


Selesai makan, kami ke masjid. Terlupa pula hari tu hari Jumaat. Secara kebetulan, dapat lah juga dengar khutbah jumaat. Ada juga pengisian jiwa sekurang-kurangnya. Dah selesai solat, kami ke office. Kerjanya pergi melipat pamphlet. Boleh tahan banyak juga yang harus dilipat tu. Daripada start melipat tu, kami mula la buka cerita tentang macam-macam perkara. Suatu perkara yang menarik hati saya waktu bersembang tu adalah bila kami berbincang pasal kebetulan dan takdir. Saat saya cerita sesuatu dari A-Z, saya cakap kat dia, saya rasa itu cuma kebetulan, tapi dia kata tak, ini takdir.


Bila saya cerita lagi, saya cakap pula, mungkin itu takdir. Tapi dia cakap, tak..itu hanya kebetulan. Jelas sekali kami tidak sependapat atau saya yang tak tahu nak bezakan kebetulan dan takdir? Saya masih lagi terfikir-fikir soal ni. Dalam hal yang saya cerita pada dia, saya lebih senang hati untuk menganggap ia suatu kebetulan tapi saya sedar sebenarnya, hidup kita ni sudah ditentukan dan ditakdirkan. Jadi, bukan kah terang lagi bersuluh bahawa itu semua takdir? Kata Dhila lagi, kalau tak percaya, kita tunggu dan lihat kesudahan cerita tu. Yea, betul sekali.

"setiap bencana yang menimpa di bumi dan dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab luh mahfudzh sebelum Kami mewujudkannya..sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah"
(Al-Hadid:22)


Selesai melipat tu (bukan habis semua pun..), kami bergegas balik bilik. Lagipun dah pukul 5:30 petang. Tak terasa pula lama kami kat office tu. Sampai je kat bilik, mandi, solat, angkat baju. Lepas tu, baru lah teringat tentang surat yang saya dapat tu. Selesai baca, saya rasa lega sebab tak buka sebelum exam. Malamnya pula, saya sempat buka facebook sekejap. Lepas tu baca blog dan baca buku sebelum mata lelap. Time tu, ada pulak orang ketuk pintu bilik saya. Rasa malas sungguh nak buka. Tapi dengan penuh semangat orang tu ketuk lagi. Aihh dah pukul 11:25 malam pun datang bilik orang lagi? Sape la ni.. jadi, dengan malasnya saya pergi buka pintu. Ustazah Asifah rupanya. Katanya nak datang melawat. Walaupun saya sangat penat, tetapi saya tahu, tetamu perlu dimuliakan. Tetamu bawa rahmat (walaupun lewat malam. Haha..)


Lama sungguh saya tak duduk bersama ustazah sifa ni. Daripada mula bersembang biasa-biasa, mula lah slot tazkirah dan dakwah dia. Jujurnya, saya sangat mengantuk tetapi bait-bait percakapan dia, sangat menyerap ke hati. Bila masuk isu Palestin, mata saya mula hilang kuyunya. Terbit rasa kagum dengan setiap cerita dia. Saya rasa kalau berbicara soal Palestin, memang sampai ke pagi pun takkan habis. Mungkin sebab dia kasihan tengok saya penat, dia minta diri nak balik. Walaupun lewat malam dia datang, saya rasa gembira sangat. Sebelum mata lena pun, masih ada pengisian rohani yang mungkin kebetulan. (kebetulan ke?)


Sayu saya tengok Asifah. Sungguh, dia sangat baik orangnya. Terlalu baik. Semua yang kenal dia pun akan cakap macam tu. Saya tak pernah tengok orang yang begitu polos macm dia. Lepas dia balik je, saya buka buku cerita Hlovate (konon nak sambung baca). Masa tu juga terus terlelap tak sedar apa.


Pagi ni, saya rasa hari semalam saya sangat bermanfaat. Dari waktu pagi hingga malam, semuanya terisi dengan perkara berfaedah. Dan hari ini, saya mula start berkemas. Nak balik rumah hari isnin nanti. Sambil-sambil berkemas, saya masih lagi fikirkan takdir atau kebetulan.

Click Me~

Persoalan yang saya rasa saya patut biarkan sahaja dan yang paling penting, saya tak nak tahu ending nya (kalau boleh).


Sekarang, saya rasa saya patut sambung kerja-kerja saya. Selesai semuanya, bolehlah nak tulis dan bercerita lagi. Banyak lagi ni nak cerita sebelum balik bercuti. Sehari kena tulis 2-3 entri lah gayanya ni. Hehe macam la saya rajin sangat. So, ini sahaja. Selamat pulang bercuti kepada semua. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamualaikum.






nusrah walfath: sesuatu kebetulan itu mungkin takdir tetapi sesuatu takdir itu, bukan kebetulan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...