إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

sekadar cerita ;-)

suka gambar ni.. Cantek.. ;-)


Salam penghujung Ramadhan Kareem. Dah lama sangat tak tulis blog ni. Tak ada masa dan sangat tak sempat. Sedar tak sedar, raya dah nak dekat, puasa dah nak habis, cuti dah mula, exam dah selesai dan kerja-kerja lain masih melambak lagi. Disebabkan dah lama saya tak bercerita dalam blog ni, kali ni saya nak cerita semua yang terjadi (yang mana saya masih ingat lah).



Jumpa TN.HAJI KAMARUDDIN


saya tak tahu kenapa saya tertarik sangat dengan kenangan waktu jumpa tuan haji. Tujuan asal jumpa dia cuma nak buat softbook dan bertanya mengenai principal Mahallah yang terlibat dalam meeting. Tetiba sahaja, tuan haji sangat bersemangat bercerita macm-macam. Segala hal dia cerita lebih-lebih lagi mengenai mass spotcheck. Siap call orang sana sini. Saya nak softbook beliau tapi sebaliknya pula yang jadi. Lepas tu, macam-macam nasihat yang dia bagi (errr..tapi saya rasa nasihat tu sesuai untuk SRC je) haha.. Tapi setiap kata-kata dia memang bagi semangat kat saya. Dipenghujung perbualan, dia tanya nama kami. Dia cakap, dia selalu tengok poster tapi dia tak kenal dan tak ingat nama pun. Haha.. waktu tu saya gelak. Rupanya tuan haji ingatkan kami berdua ni exco src. Patutlah macam-macam benda sangat dia cerita dan cadangkan. ;-)



IFTAR REUNION


Tanggal 22 ogos, saya dan sahabat baik kat TEJA dulu, plan untuk buat iftar. Sebenarnya, last minutes diorang bagitahu saya. Seperti biasa, saya juga mangsa untuk arrange majlis ala-ala reunion ni. Sempat ajak beberapa orang kawan tetapi yang datang Cuma 4 orang. Haha.. logic la jugak sebab last minute punya idea, so, memang orang lain pun clash ngan banyak benda. Tak apa lah empat orang pun. Seronok juga rasanya. Haha.. sempat juga bersembang mengenai masalah university, maklumlah masing-masing berlainan IPTA. Lepas tu, bila imbas balik kenangan sekolah dulu, memang rasa best je. Nakal yang teramat sangat kat sekolah dulu, lebih-lebih lagi si Nana ni.. kalau Muslimah ngan Hanis, nakal jugak tapi bertapis lagi. Hehe.. setelah 5 tahun tak jumpa diorang, tu lah kali pertama dapat jumpa lagi setelah bergelar mahasiswi ;-)










nor muslimah


hanis, nusrah, nana, mus



IFTAR GENG SRC



Siapa geng SRC saya? Macam pelik je ada geng. Hahah. Macam mana boleh tertubuh geng ni? Ni kes kami berkenalan waktu jadi fasi dulu lah. lepas tu memang teramat rapat sangat walaupun masing-masing adalah subcom secretariat yang berbeza. Dhila bahagian Financial, Fathi under Secretary, Fatin under Academic, Ayu under SI dan Hafi pulak under Sport yang diketuai oleh Faris yang juga geng kiteorang. Eh, Faris geng jugak ke? Haha.. Geng la tu, sebab tu iftar kami pun dia join jugak dan dia jugak yang pesan suruh letak dalam blog..nak glamour gak tuh..hahah.. katanya lagi, nanti wat jamuan raya pulak. Hehe.. bagus betul YB sorang ni.. tapi kalau dia nak belanja boleh jugak…. ;-)




hafi & faris



ini geng kami.. ayu je yang tak dapat datang



Lagi?


Banyak lagi cerita yang pelik-pelik berlaku. Tapi saya tak de mood sangat nak cerita. Kalau boleh, tak nak ingat pun dan kalau boleh saya tak nak ada kenangan pahit pun di UIA ni. Sebab tu saya sebolehnya nak jadikan setiap saat saya kat sini diisi dengan perkara yang manis-manis je..sebab tu anda kena senyum bila jumpa saya supaya saya rasa lapang dan boleh simpan sebagai kenangan manis juga. Haha..


Baiklah itu sahaja. Mood menulis belum ada rupanya..heee… esok ramai kawan-kawan akan pulang ke kampong halaman. Saya masih lagi di sini.. masih terfikir-fikir bila nak balik rumah di Taman Selaseh 2. Kalau saya balik esok atau lusa, hari Isnin kena pergi A & R. kalau dah balik, payah dah nak jejak sini walaupun jaraknya sangatlah dekat. Jadi, balik sahaja hari Isnin cik Nusrah oii.. dan pada 8/9/10 saya akan pulang ke Kelantan.


Sebenarnya, saya tak tahu pun raya 10hb. Baru saya tahu betapa lambatnya saya balik beraya. (eleh..macam sebelum ni tak pernah langsung). Sebenarnya dah biasa sangat. Sejak tingkatan 4 lagi. Maklumlah dok merantau kan. Pernah juga merasa tak balik raya. Tapi raya haji la..hehe..


Ok lah itu sahaja. Akhir kata, selamat hari raya buat semua yang kenal saya dan saya juga kenal dia. Yang saya tak kenal pun, selamat hari raya juga. Saya minta maaf pada semua, mungkin banyak buat salah kan. Dan jangan risau, tak perlu minta maaf ngan saya. Setiap hari saya maafkan kalian. Jaga diri, hiasi peribadi. Selamat berterusan menjalankan ibadah. DOA ;-)





Nusrah Walfath: will be return to IIUM on 17th SEPT 2010 ;-(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...