إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Kita semua manusia dan manusia itu adalah kita

Salam sayang untuk semua. Exam sudah semakin mendekati kita. Bagaimana dengan persiapan nak exam? Dah ready ke? Untuk entri kali ni, rasanya saya bukan nak bercerita mengenai exam. Mungkin sebab saya rasa rata-rata pelajar dah ‘biasa’ sangat dengan exam. Tak perlu lah nak kasi tips persediaan menghadapi exam. Kamu semua tentu dah pandai ‘jaga’ diri waktu exam ni, kan.


Sudah 4 hari saya demam. Sungguh, ni pertama kali saya demam dengan lama yang melampau-lampau. Sebelum ni, saya demam sehari je. Tak tahu apa yang tak kena. Tiba-tiba sahaja demam. Hari ni selsema yang melarat-larat. Saya harap sangat esok dah sihat sebab lusa saya ada exam. Saya tak nak lah ‘buat bising’ dalam hall tu dengan bunyi batuk dan selsema. Doakan yea. Mungkin sebab saya rindu kat buah hati saya, Dhila. Owh~ lama betul tak jumpa dia. Kali terakhir jumpa masa pergi Grand Forum tu lah (5 oct), hah lama betul, kan? Huhu.. Tapi, rindu boleh wat jadi demam ke? Hehe abaikan je. Saya dah mula nak merepek ni. ;-)

saya memang SANGAT rindu kat dhila


Bagaimana keadaan anda hari ni? Harapnya sahabat-sahabat semua jaga kesihatan dengan baik. Sebelum saya terus pada entri hari ni, saya nak minta maaf pada semua yang baca blog ni secara langsung dan tidak langsung kalau saya ada salah silap. Kalau saya ada terhutang ke apa ke, bagitau lah. Takut saya terlupa. Dah nak exam ni. Saya jugak minta maaf kat semua yang terserempak ngan saya tapi saya tak senyum. Mungkin masa tu saya tak nampak dan sepanjang demam ni, betul-betul buat saya tak aware sangat ngan sekeliling. Ok, terus pada entri kali ni. Saya 'membesar' dengan nasihat-nasihat ni, jadi, tiba masa untuk saya berkongsi pula dengan anda. Jom, tenang-tenang kejap baca ni; (^_^)

ADUHAI PUTERIKU SAYANG


Doaku padamu wahai anakku,
"Ya Allah Ya Tuhanku...hanya Engkaulah saja yang mengetahui akan diri anakku ini. Tunjukkanlah dia di jalanMu, permudahlah segala urusannya, tenangkanlah jiwanya dan perkenankanlah doa ini."

Wahai permata hatiku,
Apabila ada orang sedang marah dan kamu terpaksa berhadapan dengannya, maka berilah peluang kepadanya untuk menyatakan sebab-sebab kemarahannya, jangan merendah-rendahkan dirinya. Jika kemarahannya berpunca daripada kesilapanmu anakku, maka minta maaflah daripadanya dan bersabarlah.


Wahai sayangku,
Jika kamu dalam keadaan marah pula, maka sentiasalah ingat kepada Allah. Ambil wuduk dan bertenang. Ingat kembali perlakuan burukmu apabila marah dan bandingkan rupa orang yang bersabar dan bersopan. Fikirkan semula mengapa kamu harus marah. Nilaikan semula punca yang menyebabkan kamu marah, sama ada wajar atau sebaliknya. Anakku, janganlah jadikan dirimu mudah marah dan dikuasai oleh kemarahan.


Aduhai muslimahku sayang,
Berusahalah agar dirimu memiliki rasa kehambaan. Hamba Allah yang sebenarnya. Kerana dengannya, akhlakmu jadi menawan, kata-katamu tidak akan menyakitkan hati bahkan mendidik. Kecintaan pada makhluk merata, sehinggakan sentiasa mendoakan keselamatan dan hidayah untuk orang yang melakukan kemungkaran.


Oh anakku sayang,
Kita dituntut agar merasakan diri begitu kerdil di hadapan Allah. Merasakan diri sebagai hambaNya yang lemah, dhaif, hina. Allah sentiasa melihat dan mengawasimu setiap gerak-gerimu dalam pengetahuanNya dan kamu tidak dapat berselindung lagi. Rasa diawasi, diperhati dan dilihat mendorongmu untuk takut dan cinta kepadaNya.


Namun, wahai anakandaku,
Rasa itu terlalu seni, tidak dapat dirasa tanpa dilatih dan tanpa diusahakan. Orang yang berjaya mendapatkannya mudahlah baginya mendapat kecintaan dari Allah dan kecintaan makhluk seluruhnya. Sesungguhnya wahai anakku, hanya orang yang ada rasa hamba saja dapat membuang penyakit hasad dengki, cinta dunia dan sebagainya. Rasa kehambaan mendorong dirimu melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran.


Aduhai puteriku sayang,
Betapa pentingnya ilmu tiada siapa dapat menafikannya. Ilmu itu menjadi panduan kepada manusia dalam mengharungi kehidupan, menjadi teman ketika kesepian dan menjadi penyuluh pada waktu kegelapan. Ilmu itu mampu menjaga pemiliknya berbanding harta dan kekayaan yang bersifat sementara dam melalaikan. Wahai puteriku, hati-hatilah oleh dirimu dalam mengejar ilmu, kemahiran dan kebolehan. Janganlah kamu jadikannya sebagai adat. Pada masa orang lain sibuk mendapatkan sekeping sijil, usahlah kamu turut sama berniat seperti mereka sekadar mendapatkan sijil untuk pulangan kewangan.


Ketahuilah wahai anakku sayang,
Dalam Islam, mencari ilmu bukan sekadar adat dan bukan sekadar ikut-ikutan. Konsep menuntut ilmu harus jelas dan tersemat kukuh dijiwamu, kerana sesungguhnya ulama dan cendekiawan Islam berjaya membangunkan tamadun apabila niat mereka mencari ilmu bukan sekadar untuk mendapat pengiktirafan masyarakat. Ilmu digali dengan penuh gigih, rahsia alam dicungkil penuh tekun, tamadun dibina tanpa henti, manusia dididik dengan tabah lagi sabar dan akhirnya Allah “dibesarkan” dalam kehidupan.


Aduhai puteriku sayang,
Apabila datang suara bisikan seperti “aku ini cantik...aku ini cerdik... aku ini tahu itu ini...masyarakat hormat aku...aku orang penting...aku orang penyantun..bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan”, maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah.

Cuba lihat kata-kata ini.. kita kata tetapi yang sebenarnya...

1) kita kata kita kuat tapi sebenarnya...kekuatan itu milik Allah dan Allah
lebih perkasa dari makhluk.

2) kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya...Handsome/cantik itu
hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan
manusia.

3) kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya...Allah lebih mengatasi
ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada
di bumi yang luas.

4) kita kata: aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya...akhlak aku ini adalah
pemberian Allah dan kekasih Allah iaitu Baginda s.a.w adalah lebih tinggi
akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulullah s.a.w.


InsyaAllah dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada suatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerana semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia. Sesiapa yang merendahkan diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri, saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerana dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang kuat TAQWA.



Aduhai puteriku sayang,
Anggota tubuh badan yang kamu miliki sekarang ini adalah nikmat Allah yang wajib kamu syukuri. Mensyukuri nikmat Allah bukan setakat berkata ‘alhamdulillah’,malah setiap kesyukuran itu mestilah dibuktikan dengan perbuatanmu. Maksudnya, kamu dikira telah mensyukuri nikmat Allah apabila kamu telah menggunakan nikmat-nikmat tadi kepada mentaati dan menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah seperti menggunakannya kepada solat, bersedekah, bercakap benar, melihat kepada perkara yang halal, berjalan ke masjid, surau atau najlis ilmu, berjuang, berdakwah dan seumpamanya.


Aduhai puteriku sayang,
Kamu datang ke muka alam ini bukanlah dengan sia-sia tetapi datangnya engkau ialah dengan kehendak Allah dan harapanNya iaitu kamu menjadi khalifah di bumi. Oleh itu wahai sayangku, mohonlah hidayah dari Allah s.w.t sebab hidayah daripada Allah adalah pokok pangkalnya kebaikan itu. Hidayah itu pula membuat kamu mengerti mana satu jalan yang baik dan mana satu jalan yang jahat. Semua insan lahir ke dunia diberi oleh Allah petunjuk, tidak kira sama ada dia seorang Islam atau tidak.


Aduhai permata hatiku,
Kadang-kadang telah berkali-kali kamu berdoa, bermohon dan meminta dengan sepenuh hati kepada Allah tetapi permintaanmu dan doamu tidak dimakbulkan, apakah perasaan hatimu lantaran belum terkabul? Kecilkah hatimu? Wahai anakku, seorang mukmin tidak berasa kecil hatinya dan tidak pula cemas di sebabkan doanya tidak dikabulkan Tuhan kerana dia tahu bahawa dirinya itu dibawah perintah, dibawah aturan Tuhan semesta alam Yang Maha Tahu menentukan segala aturanNya tidak di buat sia-sia.


Wahai anakku sayang,

Jika kamu ingin mencari kebenaran mak terlebih dahulu sempurnakan empat perkara....

Pertama, berpegang dengan akidah yang benar tanpa bid’ah.
Kedua, taubat nasuha dan tidak kembali kepada kesesatan.
Ketiga, memohon maaf daripada orang yang berbalah dengannya agar tiada lagi hak orang lain yang tertanggung olehnya.
Keempat, mencari pengetahuan agama sekadar dapat menunaikan segala perintah Allah. Seterusnya ilmu-ilmu akhirat yang akan menyelamatkan di sana nanti.


Aduhai gadisku sayang,
Kamu pernah bertanya kepadaku tentang tawakal. Ketahuilah bahawa tawakkal ialah menetapkan keyakinanmu kepada Allah dan semua yang dijanjikanNya. Maksudnya kau yakin bahawa segala apa yang telah ditentukan Allah kepadamu akan kau perolehi juga, walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya daripadamu. Kau juga yakin bahawa segala yang tidak ditentukan kepadamu tidak akan kau perolehi walaupun semua isi alam menolongmu untuk mendapatkannya.


~~end.

nusrah walfath: saya rindu pada Dhila. Boleh tak sampaikan padanya, saya sangat rindu pada dia. Saya takde kredit, dia jarang on fb. Oh sedihnya ;'(

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...