إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Dengan dia ada segalanya..


28 January 2011

Lama saya tunggu tarikh ni. Sejak bulan November sehingga hari ini. Tunggu punya tunggu akhirnya ia muncul jua. Hari ini hari Jumaat. Ramai yang ternanti-nantikannya sebab nak balik rumah. Nak balik kampung. Nak jumpa ibu ayah. Dan saya?


Kenapa saya tunggu sangat hari ni?

Kenapa saya terasa istimewanya hari ini?

Ini adalah kerana dia.

Hari ni saya teringatkan dia. Teringat kali pertama jumpa dia. Teringat kali pertama tengok dia. First time jumpa dia waktu nak pergi short briefing. Pertama kali tu juga adalah pada hari jumaat. First time jumpa tu kat office SRC. Mula-mula tengok, saya ingat dia lagi tua dari saya. Mula-mula tengok saya ingat dia senior saya. Rupa-rupanya..


Ingat pertama kali bersusah payah handle program ngan dia. Ingat pertama kali duduk sebilik dan bercerita, berkongsi susah payah sepanjang program tu sampai langsung tak tidur. Saya ingat lagi semua tu dan masih tetap ingat. Ingat pertama kali duduk semeja makan bersama. Saya ingat lagi saat dia susah payah temankan saya kat ofis untuk buat kerja dari tengahari sampai petang. Sepanjang tu lah, kami banyak berkongsi cerita. Sambil melipat pamphlet, sambil bercerita mengenai takdir dan kebetulan.


Indahnya rasa bila saya dapat menghabiskan hari-hari saya dengan dia. Biasanya memang kat ofis saja lah sempat jumpa dia. Lebih-lebih lagi waktu convest dulu. Boleh dikatakan hari-hari boleh duduk bersama dia. Daripada perkara-perkara yang gembira sampai part sedih. Semua dia tahu. Semua dia dengar. Tak pernah jemu.


Dia pernah cakap pada saya, dia tak nak jadi kawan waktu suka sahaja. Dia nak berkongsi segala-galanya. Dia nak jadi orang yang saya boleh percaya. Dia nak jadi my crying shoulder and she really meant it. Ayat dia yang saya tak pernah lupa “Because TAKDIR is a beautiful twist and we can never predict it..just go with the flow, yang!


Dia sentiasa menjadi penguat semangat saya. Dia sentiasa menjadi teman suka duka saya. Dengan dia, saya tak pandai menipu. Dengan dia, saya tak reti nak sorok rasa sedih. Dengan dia, saya tak boleh simpan rasa bahagia. Mungkin dengan orang lain, saya bijak sembunyikan segalanya tapi tidak dengan dia. ‘Kebijakan’ itu hilang bila saya dengan dia.


Hari ini genap umur dia 20 tahun. Masih muda dan masih banyak benda yang akan dia belajar. Terima kasih pada mama dan papa dia. Terima kasih kerana telah melahirkan dia. Terima kasih pada Allah kerana temukan saya dengan dia. Dia adalah anugerah berharga. Saya mungkin punya beribu-ribu kawan tetapi saya tidak punya ramai sahabat seperti dia. Dia sangat baik dan terlalu baik.


Dengan dia, saya berasa tenang.

Dengan dia, hati saya bahagia.

Dengan dia, hilang segala rasa susah.

Dengan dia, ada segalanya.

Dengan dia, saya mahu ke syurga.

Selamat hari lahir, sayang!

Selamat hari lahir Nur Nadhila Mohd Robi.



"Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya, maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya." (riwayat Abu Daud)


Semoga Allah redha dengan kita.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...