إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Kenapa saya perlu memilih anda?..


Semalam saya ada bertanyakan, antara manifesto dan kredibiliti, yang mana satu menjadi keutamaan? Silakan anda fikir dan jawab sendiri.


Bagi pandangan saya sebagai seorang mahasiswi, saya berpendapat bahawa, kebanyakan pelajar UIAM terutamanya, memilih calon bukan kerana kredibiliti atau manifesto tetapi kerana nilai yang ada dalam diri calon. Saya melihat perkara ini daripada sudut yang positif. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya menilai bukan saja dari sudut pandang saya tetapi daripada buah fikiran beberapa orang yang amat kritis pemikirannya.


Sejauh mana kredibiliti seseorang itu penting sebagai seorang calon? Yea, bagi saya sendiri ia memang penting dan amat penting tetapi bukannya terlalu penting. Jika mereka layak bergelar calon dengan beberapa pencapaian yang membanggakan mereka, sudah tentu mereka sebenarnya sudah punya kredibiliti. Jika kita teliti setiap biodata dan pencapaian calon, semuanya mempunyai latar belakang dan pengalaman yang banyak dalam persatuan dan sebagainya. Jadi, sejauh mana anda mampu meyakinkan saya bahawa anda punya kredibiliti yang luar biasa?

"sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai aqal..." (surah Yusuf: 111)


Kedua, sejauh mana manifesto menjadi keutamaan kita sebagai pemilih? Sekadar baca dan ambil tidak kisah? Atau tak tahu apa itu manifesto? Ramai yang berkata, manifesto tidak penting. Dan mungkin sebab itu ada di antara calon yang sekadar meletak sebarangan manifesto. Maaf saya katakan, banyak manifesto yang tidak berjaya meyakinkan saya untuk mengundi. Bagi saya, pemilihan exco SRC bukan sekadar memperjuangkan kredbiliti yang dimiliki tetapi kita perlu ingat bahawa mereka ingin memprjuangkan kebajikan kita di bumi Taman Ilmu dan Budi ini. Jika visi dan misi mereka untuk memperjuangkan kebajikan pelajar, bukan kah di situ membuktikan bahawa manifesto memainkan peranan yang besar? Namun, sejauh mana anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi memilih mereka atas dasar manifesto yang dijanjikan?

" ...maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka mahu berfikir." [al-a'raf: 176]


Ketiga, masing-masing memilih memilih calon atas dasar agamanya. Jujur daripada saya, saya melihat calon-calon yang wujud sudah punya agama tetapi kita tidak dapat tentukan sejauh mana iman mereka. Suka untuk saya tanyakan pada anda semua, sejauh mana dan dari sudut mana anda menilai mereka dalam erti kata ‘beragama’? Saya tidak mempertikaikan mana-mana calon. Jangan salah faham. Saya cuma mahu anda beri jawapan kepada saya, bagaimana saya mampu menilai seseorang itu beragama jika saya langsung tidak mengenali kesemua calon yang ada? Cukupkah dengan sekadar baiknya pakaian?

"..dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman." (al-Maidah: 23)


Keempat, kerana nilai diri. Yea. Hanya sahabat-sahabat yang mengenali kita dapat menilai diri kita. Hanya yang mengenali kita dalam persatuan, program-program, kelab dan sebagainya yang dapat menilai diri kita. Jadi, saya melihat 98% mereka mengundi calon adalah kerana mereka telah mengenali calon yang ada. Siapa berani jamin pada saya bahawa dia sanggup mengundi calon yang tidak langsung dia kenal walaupun sudah tersebar berita bahawa calon tersebut sangat berkredibiliti? Cuba kita renung dan berfikir sejenak. Tidak kah kita sedar bahawa kita sebenarnya meletakkan calon pilihan kita itu atas dasar kita kenal mereka. Kerana kita kenal mereka lah kita cakap mereka punya kredibiliti dan kemudian baru kita pandang manifesto yang dijanjikan. Betul?

"...Allah lebih tahu siapa yang akan Dia beri tugas kenabian..." [al-an'am: 124]


Saya sudah duduk dan bertanyakan ramai orang. Saya bertanya pada dua kelompok. Kelompok pertama, pelajar yang langsung tidak ambil tahu pasal sebarang isu di UIA dan tidak kenal mana-mana calon. Saya tanyakan pada mereka, atas dasar apa mereka akan mengundi? Jawapannya cukup mudah, ‘kalau mana-mana poster calon sampai ke bilik, saya undi lah’. TANPA meneliti manifesto, biodata dan pencapaian calon. Beginikah pemikiran pelajar UIA?


Kelompok kedua, pelajar yang tidak kenal mana-mana calon tetapi sangat menitiberatkan isu yang wujud. Saya tanyakan soalan yang sama. Jawapannya pada saya, kita perlu lihat pada manifesto. Mereka ingin perjuangkan kebajikan dan permasalahan yang wujud. Jadi, apa guna kalau sekadar punya kredibiliti tetapi tulis manifesto macam orang yang tidak berfikir.


Anda mungkin di kelompok ketiga. Yang mana saya tak perlu tanyakan. Kesimpulan saya di sini, kredibiliti dan manifesto adalah dua perkara yang berbeza tetapi ia perlu seiring. Sejauh mana anda sebagai calon dapat meyakinkan saya utuk mengundi anda? Saya mungkin sudah kenal anda, saya mungkin pernah bekerja bersama anda, tetapi sejuah mana anda boleh perjuangkan kebajikan saya? Apa jaminan anda kepada saya? Sudah tentu manifesto! Bagi pelajar yang tahu berfikir, anda akan sedar betapa pentingnya manifesto kepada mahasiswa dan mahasiswi.


Saya teringat pada waktu Annual General Meeting SRC sesi 2009/2010. Ada mahasiswa bertanyakan tentang manifesto yang diperjuangkan oleh exco-SRC Kulliyyah ICT. Saya puji mahasiswa ini. Jelas sekali dia memilih calon yang punya manifesto yang betul dan mampu memperjuangkan kebajikannya. Bila kita memilih individu dengan nilaian manifesto, saya rasa ia tidak akan menjadi masalah jika kita mahu pertikaikan kerja yang mereka buat. Tetapi kalau kita undi pun sebab yang kita tidak jelas, memang kita tidak punya hak untuk pertikaikan mereka suatu masa nanti.


Anda tahu memilih dan berfikir secara rasional. Saya pandang semua ni daripada sudut yang positif. Saya tidak menilai mana-mana calon dengan unsur-unsur yang negatif tetapi saya cuma terfikir, atas dasar apa saya patut undi mereka? Sejauh mana anda sebagai calon mampu meyakinkan saya bahawa anda sememangnya layak menjadi wakil kami memperjuangkan permasalahan kami? Dan jika anda tidak pernah langsung saya kenal, tidak pernah langsung bercakap dengan saya, apa yang boleh yakin dengan kredibiliti anda? Sesuatu persoalan yang saya sendiri tidak tahu jawapannya.


Saya cuma memberi pendapat daripada apa yang saya rasakan. Saya memang suka untuk duduk dan menilai secara rasional. Tetapi saya juga sangat suka buat survey dan bertanya orang tentang itu dan ini walaupun kadang-kadang ia sangat memeningkan kepala yang mendengar. Akhir sekali, semoga berjaya kepada semua calon. Saya masih lagi menilai atas dasar apa saya patut undi anda. Semoga saya ada jawapan untuk itu. Semoga barisan baru SRC dapat meneruskan perjuangan barisan lama dan memperbaiki kelemahan yang ada.

"..apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal (kepada-Nya)." [al-Imran: 159]


Semoga berjaya dan semoga Allah redha.


Joining hands for the betterment of IIUM.



2 comments:

:) said...

Prepare tahun depan ;-)

Nusrah said...

Artikel untuk tahun depan yea? InsyaAllah ^__^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...