إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Bercinta dengan Allah :)


Alhamdulillah.

Sujud. Syukur. Senyum.

Indahnya nikmat yang Allah beri. Indahnya rasa bahagia yang Allah bagi. Indahnya bercinta dengan-Nya. Indahnya tidak dapat digambarkan. Apatah lagi bila menerima pujukan dari-Nya melalui nota cinta indah itu. Terima kasih, Allah. ;''')

Saat ini, terasa tidak mahu jauh langsung dengan-Nya. Bila sujud, terasa tidak mahu mengangkat muka. Bila berdoa terasa tidak mahu berhenti. Bila mengalunkan ayat-ayat-Nya terasa tidak mahu berakhir. Kerana di situ letaknya rasa indah itu. Kerana di situ adanya pujukan dari Ilahi. Allah adalah pemujuk yang terbaik. dan seperti yang saya katakan sebelum ni, Allah memang jaga saya dengan baik sekali.


Macam biasa, kalam-Nya tidak pernah gagal memujuk saya. Dan seperti selalu juga, surah al-Muzammil masih menemani dan memujuk hati saya tiap kali berduka. Buka, baca dan tadabbur ayat 1-20. Indah. Itulah apa yang saya rasa. Allah sedang bercakap dan berpesan kepada kita. Susah senang, kita ada Dia. Bangun beribadat pada waktu malam adalah masa yang terbaik untuk bersama-Nya. Dan setiap apa yang kita lakukan ke arah-Nya, insyaAllah ada pertolongan-Nya. :)

Jangan risau. Apa sahaja keputusan kita dalam hidup ini yang membawa diri kita dekat dengan-Nya, ia adalah lebih bermakna dan indah sekalipun kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Percayalah! Kesedihan itu cuma sekejap. Bahagia itu pasti berpanjangan.

Ingat satu perkara, kalau Allah ambil apa yang kita suka, itu adalah kerana Allah nak ganti dengan perkara yang lebih indah. Semakin banyak yang Allah ambil, semakin besar gantinya. Namun, bersediakah kita untuk itu? Sebab itu perlunya meletakkan pergantungan kepada Allah semata. Bukan kepada manusia. Supaya kita tetap redha dengan segala ketentuan-Nya. :)

Senyum.

Saya terasa sangat bahagia bersama-Nya.

Kerana Dia Kekasih hati saya.

Mahu terus bercinta bersama-Nya.

^______^






~ Allah cinta hatiku ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...