إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Nota Hati Nur 5


Saya berdiri di tengah bulatan.

Tak tahu mana nak pergi.

Utara, selatan, timur dan barat.

Pejam mata.

Lepaskan.

"Nusrah, let it go..."


"Nusrah, cry it aloud..."


"Nusrah, face it!"

*******************************

Saya angkat bendera putih.

Saya berhenti.

Bukan bererti kalah atau mengalah.

Tetapi saya memilih untuk berhenti.

Saya rasa dah tiba masanya untuk berhenti.

Maaf, saya perlu angkat bendera putih.

Mahu berhenti kerana saya harus memilih..

********************************


Saya tersesat di jalan yang lurus..

Saya terhenti di sebuah lampu isyarat..

bila ia merah, saya berhenti..

bila ia kuning, saya masih terus berhenti dengan ragu..

bila ia hijau, saya masih berhenti kerana tidak tahu arah tuju..

Saya sesat tika pelangi menyeri langit..

Saya menangis di suatu sudut..

dalam rintik hujan, saya menangis..


Allah,

saya tidak tahu jalan..
saya tidak tahu arah..
saya tidak tahu yang mana..
saya tidak tahu ke mana..
saya tidak tahu bagaimana..
saya tidak tahu apa..
saya tidak tahu..


"You shouldn't always follow your heart where it headings. 
Sometimes you have to lead it to the right way"




~ ya Allah, tunjukkan daku jalan ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...