إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

nak berhenti




"musim berganti menggamit memori
ranjau berduri telah kau tempuhi
tabah hidup sendirian"


Saya tengah fikir nak berhenti menulis.
Berhenti tulis blog.
Berhenti.

Terlalu banyak benda sedih yang saya tulis. Dah jadi macam diari hidup. Walaupun apa yang saya ceritakan cumalah 10% daripada apa yang saya hadapi.

Saya rindu.
Rindu dengan zaman lama.
Rindu dengan mereka yang menyayangi saya dengan ikhlas.
Rindu dengan teman-teman yang .......







nota hati: adik saya, Uzair tu sunyi sepi je sejak pergi Korea. :(
nota hati 2: adik bongsu saya contact hari-hari walaupun duk jauh.
nota hati 3: adik paling rapat dah jadi makin jauh. sebab paling rapat la mudah sangat bergaduh :(







~ I drop du'as. Not bombs ~

HE said, not now

kan?
jadi, kenapa perlu berduka lara wahai Nusrah?


Allah ada plan yang lebih baik daripada kita tapi kita selalu saja kecewa bila apa yang kita rancangkan tidak menjadi. Same goes to me. Bila perancangan tak menjadi, memang tak tahu macam mana nak pujuk diri. Susah. Itu yang saya rasa. Saya tak dapat add satu lagi subjek. Kecewa. Terlalu kecewa. Nampak gaya, saya kena ambil sekali lagi short semester. Berhari-hari saya sedih. Masa tu rasa macam semua orang tak faham saya. Semua orang zalim dengan saya. Nak tambah satu subjek pun tak boleh sampai saya kena extend 1 shortsem lagi. Sedih. 

Sampai satu tahap, saya cakap ngan Allah, "ya Allah, kenapa tak nak tolong Nusrah?" Masa tu saya lupa, Allah bukan taknak tolong. Allah bukan tak nak bagi, cuma Allah tahu perkara itu tidak elok untuk saya. Allah cuma suruh tunggu dan bersabar walaupun payah. Saya lupa itu ketika itu. ;''')

Entah kenapa, saya tak tahu nak pujuk hati macam mana. Sedih kalau tengok confirmation slip. 

Saya bercelaru.

Terima kasih kepada yang mendoakan. Walaupun Allah tak beri, Allah tak makbul, tapi saya percaya, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InshaAllah.









~ I drop du'as. Not bombs ~

Sampai bila?



Saya sentuh hati, sakit.
Saya pegang jiwa, perit.
Jantung saya parah.
Bagaimana harus dirawat?

Saya terduduk di suatu sudut yang tersudut.
Gelap gelita.
Pejam mata, 
airmata menitis.

"Nusrah, sampai bila harus begini? Nusrah, sampai bila mahu makan hati macam ni?" Berbicara dengan jiwa sendiri di rumah Allah. 

Ketika di rumah Allah, saya tenang berbicara dengan-Nya walaupun hati saya perit.

"Ya Allah, Nusrah tak tahu sampai bila. Nusrah memang tak reti jaga hati sendiri, hanya tahu nak jaga hati orang sahaja. Ya Allah, Nusrah nak jadi kuat. Nusrah nak bersama Allah setiap masa." 


When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want.






nota hati: saya baru sahaja remove beberapa orang dari friend list facebook Nusrah Skema. Kepada sesiapa yang telah di remove, please dont feel offended. Saya remove mereka yang kebanyakannya membawa fitnah pada saya, yang pijak2 saya, yang buat saya macam sampah, dan mereka yang tak rapat dengan saya langsung-langsung. Tapi dalam alam realiti, kamu-kamu masih lagi kawan saya. termasuklah dalam fb lagi satu. 
















~ I drop du'as. Not bombs ~

[10:107]

korean muslim mosque.
credit to photographer for this photo.
thanks for making me smile ^___^


Sedetik terasa lama.

Sejenak diri terpaku.

Diam menyepi.

Lama menanti.

Allahu rabbi ;’’’)

Setitis airmata gugur menyapu pipi serentak bersama deringan telefon bernyanyi riang. Ayahanda tercinta menyapa sayu. Duhai ayah, apakah gerak hatimu merasakan anakmu ini sedang berduka lara? Duhai ayah, apakah hatimu dapat merasakan betapa payahnya anakmu ini melawan perit? Duhai ayah ;’’)

Jahitan iman yang saya bina selama dua minggu kian dicarik-carik. Puas saya cuba bertahan. Puas saya memperkukuhkan jahitan. Semakin kemas, semakin kuat hati di duga. Ya Allah, hamba-Mu ini benar-benar gundah gulana. Ya Allah, tunjukkan hamba jalan. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, bantulah hamba-Mu yang lemah ini. :’’)




nota hati: tadi, saya melafazkan kata-kata, “saya terima” dengan penuh linangan airmata. Sudah banyak kali saya ulang, Allah selalu beri perkara yang saya tidak suka. Dan saya takkan dapat apa yang saya nak. Sebab Allah sayang saya.

nota hati 2: I just need you to be there for me. 


 -26 June 2012. 10.48pm waktu Malaysia-








~ I drop du'as. Not bombs ~

Semester Pendek Terakhir (hendaknya)



New semester begin!


SEM III 2011/2012.

Time flies. I never realized how fast it is. Me ada macam-macam story nak cerita. Tapi saya rasa berminat nak tulis tentang beberapa hal di semester baru ini. Bila ada perkataan 'baru', so bunyinya macam sangat menarik,kan? Macam budak sekolah dapat kasut baru, baju baru, beg baru, alatulis baru, adik baru.. haa semua tu memang menarik untuk kanak-kanak yang memang gemarkan benda baru-baru. Kita? Orang dewasa ni suka tak?

Saya sejujurnya tak berapa gemar dengan benda baru (bukan semua lah). Saya jenis suka stick ngan benda lama sebab tu saya seorang yang setia. Dan mungkin sebab tu juga saya adalah salah sorang yang boleh tunggu orang walau lama mana pun. Tak kisah lah anda bersiap lama ke, mandi lama ke, makan lama ke, basuh baju lama ke, main bola lama ke, saya memang takpe je menunggu. Disebabkan itu saya macam dapat melatih diri menjadi seorang yang penyabar. InshaAllah :)


Perjalanan semester baru.

Pagi sehari sebelum bermula sem ni, saya baru saja sampai. MashaAllah, memang badan sangat penat. Pagi tu juga saya dah ke UIAM yang saya rindukan. Selesai check-in, terus mengangkut beberapa barang saya. Oh penatnya yang amat. Selepas waktu Zuhur, saya sempat duduk kat katil (kononnya nak berehat). Sempat terfikir nak tidur sekejap sebab saya memang penat yang amat. Tiba-tiba rumet terchenta saya tu sampai. Kemudiannya dia nak keluar. So, saya pun ikut sama. Cancel niat tidur. Balik dari membeli-belah, terus sahaja sambung berkemas. Pertama kali saya rasa penat yang terlalu sangat. Mungkin sebab saya baru sampai kot. Malamnya, jam 9malam saya sudah pengsan tak ingat dunia =,="

Pagi jam 8 saya dah ada kelas. Sangat menarik bila saya punya kelas ni masih dekat Al-Jauzi Lab. Kelas feveret saya. Pelajaran pertama juga sangat best. Sudah gaya belajar tafsir pun ada. Habis je kelas, bermula lah perjalanan yang mencabar. Saya nak add manual subjek LE 4000. Hurm walaupun saya dah ada dua subjek tapi saya masih memerlukan satu lagi subjek untuk requirement nak grad awal.

Dari pagi beratur saja dah sejam. Berurusan pula dengan kakak yang enggan memberi senyuman. Rasa macam nak je cakap, "kakak, senyum tu sedekah. At least saya yang penat pun suka kalau tengok akak senyum.huu" tapi simpan je ayat tu dalam hati. Lepas tu dengan tegas, kakak tu minta graduation audit dan formal letter dari saya. Aduhai :(

Kemudiannya saya balik bilik. Terus siapkan surat. Lepas Zuhur, jam 2.30 ofis bukak. Sekali lagi, saya terpaksa beratur sejam lebih semata-mata untuk hantar surat tu. Ada beberapa yang kenal saya menegur, "nusrah nampak penat sangat". Indeed, memang pun. Tak tergambar rasanya kepenatan saya. Malah, lunch pun belum. Memang penat yang amat lah. Sampai je depan kakak tadi, lagi sekali tengok muka ketat dia. Aduhai kakak. Mungkin kakak patut tengok Mickey Mouse yang suka je senyum. Sebab tu saya suka Mickey (tibe-tibe). Setelah berurusan, kakak tu terima surat saya dan beri kupon. Number saya 123. Maksudnya saya adalah orang ke-123 yang menanti giliran dan yang hantar surat atas alasan "graduating" =,="

Saya pasrah. Ada rezeki, Allah izin, saya dapat la subjek tu. Dan dapat tinggal la dua sem lagi dan berjaya tamat dalam masa 3 tahun cukup. Tapi kalau tidak ada izin-Nya, dan saya tak dapat subjek tu, means terpaksa lah saya ambil satu lagi short semester. Sedih. Though saya still boleh grad 2013. Saya memang agak penat hari. Tapi saya perlu usaha. Kalau takde usaha, macam mana nak ada hasilnya, kan? Dan oh yea, kakak tu cakap saya boleh check latest by next Monday. Aduhai betapa banyak pembelajaran yang akan saya terlepas. Sedih, kan?

Di sini, saya memohon hati baik pembaca sekalian yang mengikut blog ni, yang baca blog ni, yang terbaca blog ni, yang terjumpa blog ni khususnya entri yang ni semoga kalian sudi mendoakan saya. Doakan semoga permohonan saya berjaya. Doakan semoga saya dapat amek subjek tu. Doakan lah yang terbaik untuk saya. Dan terima kasih atas hati baik saudara saudari. Allah sayang anda. Semoga pahala untuk anda ^___~ [Aameeen]

Keputusan Result


Saya baru sempat tengok result semalam. Sujud syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya. Jujur dari hati, saya bukan lah pelajar genius. Bukan juga top scorer dalam Psychology Students. Malah, tidaklah outstanding mana macam zaman diploma dulu. Cuma, saya adalah seorang pelajar yang sering meletakkan usaha dalam hidup. Result saya untuk semester lepas adalah diluar jangkaan saya. Walaupun saya melihat result itu adalah lebih baik berbanding semester sebelumnya namun begitu, PNGK nya jatuh. Pening saya memikirnya walaupun kejatuhan itu cumalah sebesar zarah.

Di sini, setulus jiwa saya mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan saya untuk lulus dengan baik dalam exam lepas. Kalau masih ingat entri berkenaan exam LB Stat dan Psychometric yang mana saya menangis lepas habis exam, saya waktu tu dah terbayang-bayang macam akan failed pun. Masa tu berharap dapat C pun dah macam bersyukur sebab carrymark pun tak tahu. Namun, Alhamdulillah atas izin Allah, saya lulus dengan baik untuk kedua-dua subjek tersebut. Bukan C pun. Syukur yang amat.

Rupanya carry mark saya sedikit sebanyak membantu. Mungkin sebab kuiz, assignment, midterm dan presentation yang membantu. Untuk subjek Psychometric, saya dapat fullmark dalam presentation. Yang ini memang di luar jangkaan sebab cara assessment untuk presentation kali ni amat berbeza. Pendek kata, subjek Psychometric is beyond my expectation. Tambahan pula saya adalah paling junior dalam kelas tu dan ada seseorang pula dalam tu. ^____~

Sekali lagi, terima kasih untuk kalian. Saya tahu, keputusan exam saya tu bukanlah atas usaha saya semata-mata tapi berkat doa dari kalian juga. Semoga Allah membalasnya berganda-ganda buat kalian. Aameeeen.

Seseorang itu


Saya ingat. Bukan lupa.
Saya ingat. Bukan ignore.
Saya ingat. Bukan tak tahu.
Saya ingat. Bukan tak suka.
Saya ingat. Bukan nak lari.

Bukan niat saya untuk diam tetiba. Untuk kamu yang selalu bersama saya susah dan senang. Yang selalu menaikkan semangat saya. Yang memang tidak gusar memberi keyakinan pada saya. Saya bukan ignore, bukan dan bukan. Saya ingat. Ingat kamu sokmo. Cuma saya tidak sempat nak beritahu, nak mesej sebelum pergi.

Sebelum pergi tu, dia tak reply mesej saya. So, saya consider takpe lah. Dia busy kot. Tak sempat nak inform apa-apa. Masa dia reply mesej saya tu, saya dah gerak pun. But as always, saya tak pernah nak lupa doakan untuk dia. Masa tengok result pun, dia orang pertama yang saya ingat. Macam mana dengan result dia agaknya?

Dia yang saya pernah send mesej pada malam hari dengan bahasa isyarat tu, saya gerenti la dia tak faham mesej tu. Last tu je kot yang faham, kan? Macam mana result? Last paper lulus dengan baik, kan? Maaf, dari hati (rasa macam sedih) sebab saya tak sempat tahu apa masalah baru tu. Macam kesian je rasa. Again, I am so so so sorry. (I know you're reading this). Saya tengok dia kat FB bahagia je, maybe dia ok lah kot. Jujur, saya ada rasa macam bersalah. Kalau ada kecik hati dengan saya (kalau), saya minta maaf yea. Nanti saya belanja coklat. Ke nak aiskrim? ^^,

p/s:: Dia pernah bagi saya coklat sebagai ganti coklat 'rosak' saya. Dan saya dapat A subjek tu. Terima kasih :)

Penutup.

Dalam setiap perkara yang kita inginkan dalam hidup, kita perlu meletakkan usaha yang banyak. Jangan putus asa tentunya. Dan sentiasa ingatkan diri, dalam kejayaan kita, ia bukanlah kerana hasil dari usaha kita semata-mata. Ia juga adalah kerana doa mereka yang tulus ikhlas bermohon kepada Ya Rahim untuk kita dalam rahsia. Sebab tu saya selalu menghargai setiap orang dalam hidup saya walaupun anda fikir saya membenci anda.

When Allah is with us, everything definitely gonna be fine. Isn't it? ^____~






~ I drop du'as. Not bombs ~

Ketika Melihat Kaabah :)

nice.isn't it? ^^


Selamat Pagi, Malaysia! ^___^


"Lovely days don't come to you, you should walk to them. Now, let go of all your worries staying in your heart"

[baru nak tengok result.hee]

[ketika melihat kaabah, saya nampak ... ]

Awak rindu saya tak? =p



nota hati: I need some rest. Nanti saya tulis post panjang2 yea :)






















~ I drop du'as. Not bombs~

Kisah Nati Nur

Nusrah, pegi mana-mana jangan tinggal Qur'an tau.
jauh ke dakat, baca Qur'an sokmo.
^___~


"Bila akak pergi Istanbul?"

Soalan itu mematikan lamunan saya. Kami memandang pada barang-barang yang sudah di pack.
Saya tersenyum tawar.
Teringat beberapa kenangan yang kian menyapa ingatan.

Berjalan tanpa henti


Dalam hidup ini, kita akan belajar pelbagai perkara. Ketika kaki melangkah ke utara, ke selatan, ke timur, jua ke barat, kita akan belajar dari setiap perkara yang terjadi di sekeliling kita. Langit petang kelihatan indah. Merenung jendela mengimbau memori. Hari ini mengimbau, esok akan dilupakan. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah yang memberi segala nikmat. Yang mengizinkan saya pergi sejauh ini. Yang memberi laluan kepada saya menenangkan diri mencari jawapan.

Ya Allah,
terima kasih atas segala rasa ini.

Perjalanan hidup kita tidak pernah mudah dan tidak akan senang. Namun, percayalah, Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan. Dia akan bantu kita. Saya tahu, titis airmata akan menemani tatkala hati kalian tidak lagi kuat, tapi Allah kan ada. Jangan rasa gundah. Perjuangan sememangnya pahit kerana syurga Allah itu sangat manis. Jadi, teruskan melangkah kaki dengan tabah dan kuat. Hamba-Nya perlu kuat.

Sederhana. Itu saya.

"mak ayah awak kerja apa?"

"petani dan surirumah"

Saya pun tak tahu zaman bila ayah saya kerja Petani. Tapi sejak dulu saya suka jawab macam tu. Kata roommate saya, saya ni low profile. Mungkin sebab dia sebilik dengan saya. Jadi, dia nampak saya macam mana.

"kenapa tak mintak yang pergi Korea hari tu?"

"saja.malas.."

"kenapa? bukan tak tahu kan?"

"tahu..."

"habes? kalau mintak, mesti dapat kan.."

"sebab tu taknak mintak. Jadi salah sorang yang peng-interview kan?"

"ha'ah..Nusrah ni kenapa tak mintak? boleh terus recommend.."

"taknak.  Recommend f**r* boleh?"

"dah. dia memang akan dapat."

"ok good. nanti Nusrah simpan rahsia sampai keputusan keluar.."

"Nusrah, you disappoint me.." 

"I'm sorry...tapi Nusrah betul-betul nak usaha sendiri..."

Dia menggeleng kepala. Saya tahu dia kecewa. Saya bukan taknak tapi saya ni berprinsip orangnya. Saya taknak lah dapat pergi Korea sebab ada orang dalam ke apa kan. Dan saya dah cuba promote semua adik-adik dan kenalan saya yang nak pergi Korea. Tapi sorang je yang selected. Dan saya pun tahu atas kriteria apa seseorang itu terpilih.

Kes lain. Di suatu office di universiti saya;

"Nusrah, awak pergi Bersih yea?"

"err..tak...."

"ha..jangan tipu.."

"betul ni...."

"awak tahu tak kalau pergi Bersih ni bla bla bla bla....."

Nusrah tunjuk muka bosan. Baru post macam tu sikit kat FB dah kena soal macam-macam. Minta maaf. Saya terlupa. Saya tak boleh post bukan-bukan. Bukan sebab kena jaga nama sendiri tapi saya kena jaga nama orang lain kat universiti tu. So, sekarang dah kena hati-hati sangat kalau nak post apa-apa. Saya mahasiswa pengecut? Terpulang nak cakap apa. Tapi saya tak boleh buat macam orang lain buat sebab ini melibatkan orang besar. Kang jangan la saya pecah rekod mencalarkan nama orang pulak. Habis kena ngan family nanti =,="

Saya lebih suka nampak biasa dan orang tahu saya orang biasa-biasa je. Tak payah tahu lebih-lebih pasal saya. Tak perlu tahu nama penuh saya. Saya suka begini. Dan saya suka orang kenal saya dengan nama Nusrah Skema. At least ia bagi kebebasan buat saya dan buat saya rasa bahagia. ;))

Mereka masih budak

Kadang-kadang saya nak tergelak. Bila fikir tentang apa yang berlaku semester ni. Macam-macam cerita yang saya tak expect. Kawan cakap saya ni cool sangat orangnya. Kalau tengok, macam orang takde perasaan je. Tapi saya punya perasaan tau. Entahlah. Mungkin sebab saya berkawan dengan adik-adik kot. Mereka ni masih kurang matang. Kadang-kadang buat saya rasa kelakar tengok dorang. Nak marah pun macam tak guna. So, relax je lah. Kalau dorang buat kita sakit hati pun, maafkan sahajalah. Budak-budak lagi tu. Cuma kekadang perlu diberi pengajaran dan peringatan pada mereka.

Walaupun mereka budak-budak, tapi saya suka berkawan dengan mereka dan saya sangat sayang dengan mereka. Sangat sayang tau.

Kamu semua, jaga diri baik-baik. ^^

Semester berlalu

Saya sangat suka semester ni. Banyak pahit maung yang saya tempuh. Uniknya, classmates saya semester ni sangat menarik dan best. Dorang ni boleh buat geng. Kamceng je. Kelas paling best semester ni rasanya Learning dan HR kot. Groupmate paling best pulak dalam subjek HR. Carrymark paling tinggi pulak Development dan HR. Errr..kenapa HR je yang paling best nih? haha =p

kenangan kelas Arabic.
my seat.
never change! ^^

istimewa dari G.
Classmate HR dan Psychomet.
Rapat sebab kat kelas Psychomet die dok dgn saya.
kalo saya main dlm kelas, dia pon maen jugak.
kalau saya fokus, dia akan fokus jugak.
hehehe

from Lala.
Groupmate terbaik sem ni.
Group kelas HR dan Psychomet :)
dari Murabbi tercinta :)

impian.
nak buat entri khas berkenaan ini. :)

Jauh itu tenang

Saya berada jauh. Dan ia buat saya tenang. bila duduk jauh-jauh dengan suasana damai, jauh dari hiruk pikuk kota KL, ia buat saya mampu berfikir dengan lebih rasional. As ibu asked me to pray for the answer, I do hope I can find it sooner or later. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya tak.

Saya.
Janji.
Akan.
Pulang.
Bersama.
Jawapan.

Penentu sedih dan bahagia tentunya. Saya akan terima apa sahaja pilihan yang Allah beri kepada saya dengan restu ibu bapa. Saya tidak akan kecewa. Saya janji. Semoga Allah permudahkan.

One fine day when you see me, I promise to you that you will see I'm smiling. Not a little tears. This I promise you, friends! :)


Doakan saya dari kejauhan.
Doakan saya dari hati.

Pergi membawa luka,
pulang membawa bahagia.

Kerana Allah sayang saya.


setiap kali berUsrah, saya selalu mampu memujuk hati.
saya akan merindui saat-saat tersebut.
^____~



nota hati: Doakan perjalanan saya. Doakan kesihatan saya. Doakan ketenangan saya. Moga Allah redha dan jaga kalian selalu. Saya ada banyak lagi nak post dan cerita tapi saya tak cukup masa. Jaga diri bebaik. Selamat bercuti. Selamat berpraktikal. Selamat berbakti kepada keluarga. Saya sayang kalian. :)


nota hati 2: Kalau Allah tarik nyawa saya sepanjang ketika pemergian saya, saya mohon ampun salah silap. Kalau Allah tarik nyawa saya, saya minta maaf pada semua. Kalau Allah tarik nyawa saya.... ;''')



-5:03pm bukan waktu Malaysia-







~ I drop du'as. Not bombs ~

Lailatussa'adah :)

Lailatussa'adah.
ketika dia membawa saya jalan-jalan.
saya curi-curi snap je ni :)


Malam yang bahagia.
Pernah rasa setiap malam adalah membahagiakan tak?

Saya bahagia.
Bukan malam-malam je.
Siang hari, pagi-pagi pun saya bahagia.

Bahagia saya di UIAM ni adalah bila ada dia.
Dia yang bernama Lailatussa'adah.

Dia kawan yang baik. Kekadang bila fikir balik, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh berkawan dengan dia. Macam pelik je rasanya. Tapi saya selalu dapat kawan baik yang  seseorang yang saya tak expect bahawa dia akan jadi kawan saya. Seseorang yang saya rasa macam tak caya je dia akan rapat dengan saya. Huuu~

mengimbau kenangan lalu~



Flashback....

Down-To-Earth Mahallah Ruqayyah [SRC 2009/2010]

Masa tu, saya masih ingat, saya berkawan rapat dengan Fathi. Dia, Fatin dan Dhila serta saya kan satu geng. Nak jadikan cerita, malam DTE tu saya ada meeting AN'10. Mujur lah Head saya tu baik orangnya. Masa tu pegang biro PC. Hee head saya suruh pergi je DTE tu. Malam tu Fathi jemput saya dengan keretanya. Dia datang bersama dua orang kawannya. Salah sorangnya adalah Lailatussa'adah atau lebih mesra dipanggil Lela. Sorang lagi saya tak ingat siapa.

Masa tu saya takde lah bercakap mana dengan Lela. Senyum je pun macam mahu tak mahu. Dan Lela cakap saya sombong. To be truth, kebanyakan orang baru kenal saya, memang akan cakap saya nampak macam sombong. Ei? Tapi bila dah kenal... pergh peramahnya dahsyat jugak.haha [itu menurut diorang lah].

Lepas tu, saya bekerja lagi dengan Lela dalam AGM SRC 09/10. Masa ni saya jadi Head Pub Pro dan Lela jadi Prep Tech. Time ni pun takdelah bercakap mana dengan Lela. Sebab saya berpartner dengan Dhila kot. Dan subcom saya juga geng saya je. Sayed, Azan, Khair Azizi, Fatin, Saffa, mereka semua ni subcom saya. Memang best sangat dengan dorang ni. Eh, dah lari topic pulak.

Pastu saya kawan dengan Lela yang betul-betul kawan nya masa kami TERjumpa kat Students Admin Dialogue SRC 2010/2011. Masa tu la dok sesama ngan Lela dalam tu. Time tu juga banyak sembang-sembang ngan Lela. Dan pertama kali juga kami bertukar num fon. Saya tanya dia, nak saved nama apa ni? Dia cakap Lela comel. Time tu saya pun saved la number hp dia ngan nama Lela Comel. Sampai sekarang tak tukar-tukar. Saya memang macam ni. Saya senang je nak saved nama orang dengan nama yang dia mahu jika itu menggembirakan dia.  ^^

Kemudian, kemuncak persahabatan kami ialah ketika dalam CONVEST'11. Saya proposed dia memegang jawatan dalam biro Sponsorship. Alhamdulillah, Allah izin, dia terima. Semuanya terjadi dengan kehendak Allah. Kami berkawan macam biasa atas nama keimanan. Ukhuwah yang dibina bukan kerana harta, bukan kerana rupa tetapi ukhuwah fillah. Masa berkawan tu, masa LIDV Convest, masa tu birthday saya. Dia adalah orang yang wish kat saya masa waktu saya lahir.

Kalau nak tahu, setiap tahun, saya memang tunggu siapa yang wish kat saya masa waktu saya lahir berbanding siapa yang wish first. Saya akan appreciate sangat those yang ucap selamat masa tepat waktu saya lahir walaupun dorang tak tahu pun. Ok lari topik lagi. Lama kelamaan kami jadi makin rapat sebab saya selalu bersama team SP. Sebab saya ada sikit experience dengan geng sponsorship masa Convest'10 dan sebab PIC dorang pun bercuti lagi time tu. Eh, tengah cuti ke apa entah.

credit to photographer yg sudi menemani kami
nuramirah shahrin :)

Makin lama makin rapat. Rapat rapat dan rapat. Banyak benda share dengan dia. Sampai saya pernah menangis depan dia. Dia satu-satunya manusia yang pernah tengok saya menangis dengan begitu dahsyat. Dia sahabat pertama yang memeluk dan mengusap bahu saya ketika saya menangis. Dia yang tak pernah memaksa saya bercerita. Saya hanya duduk dan menangis. Dan dia setia menemani. Tidak bertanya tidak memaksa. Baik kan dia?

Dia yang selalu beri nasihat, yang selalu meyakinkan saya dengan kuasa Allah. Dia yang selalu bersama susah dan senang. Dia yang bersama saya tidur kat office. Dia yang bersama saya tidur kat masjid. Dia yang melihat saya menangis merintih di sejadah kala hati tidak kuat. Dengan dia saya rasa seperti duduk bersama seorang ibu. Dan dia juga merupakan sahabat pertama yang melihat perubahan diri saya, penghijrahan saya. :)

Sepanjang Taaruf Week juga, dia adalah orang yang menyaksikan segala duka lara saya. Dia yang tahu perit hati nak hadapi dugaan yang macam berat. Saya ingat lagi malam tu di Mahallah Salahuddin. Masa nak tidur tu terjadi beberapa hal.. Masa tu kami berdua sama-sama dah terbaring di katil dan bantal yang sama;

"Nusrah, tidurlah..."

"Kita rasa nak nangis.." [tapi airmata tak turun pun]

"Awak sabar yea.."

"Tapi kenapa dia buat macam tu? Kita tak faham..."

"Mungkin bla..bla..bla....dah, tidur jom. Jangan fikir sangat dah.."

"Okaylah. Takpe, tidur je lah..." [walaupun sebak yang menggunung dalam hati]

"Esok pagi, mesej la f***i tu. Since dia boleh tenangkan awak.."

"Ok. esok mesej dia..jom lah tido.."

"Jom.. selamat malam, Nusrah. Jangan sedih, eh..."

"Ok tak.." [terus pejam mata dan airmata pun mengalir laju]

***************************

Lela selalu bawak saya jalan-jalan. Selalu teman saya makan. Selalu tenangkan diri saya. Dia kan tak pernah jemu pun dengar cerita saya. Dia sangat baik dengan saya. Baik buruknya dia, dia tetap kawan yang hebat di mata saya. Terlalu hebat. Tahniah kepada ayah dan ibu Lela sebab melahirkan anak perempuan sebaik dia. Anak perempuan solehah yang inshaAllah membawa ke syurga.

Saya sayang Lela.
Sangat sayang.
Kalau jadi apa-apa dekat dia, saya rela tukar dengan nyawa saya.

I would rather protect her than myself.
She is so precious to me.

Lailatussa'adah, saya sayang awak sangat sangat sangat.
Mari berpimpin tangan menuju syurga Allah.
^______^

Semoga Allah jaga Lela dengan baik. Aameeeen ;)))


susah payah juga curi snap picture ni.
hehe :)



"Awak, minta maaf zahir batin ye kalau ada buat salah / tersinggung kata dekat awak. All the best exam esok. Syg awk ;-) " 
- Lela Comel [SMS yang saya terima sebelum paper terakhir]










~ I drop du'as. Not bombs ~

Jangan hidup dalam kenangan



Beberapa hari lalu saya mengemas barang. Banyak pula benda lama-lama yang saya jumpa. Mungkin sebab saya dah lama tak check barang-barang kot. Lepas tu saya jumpa plan masa hadapan saya. Masa mula-mula masuk UIAM dulu. Saya jumpa perancangan masa hadapan berkaitan pelajaran, hidup dan macam-macam juga. Juga terjumpa wishlist saya kat UIAM ni. Sampai saya tergelak bila baca. Tak sangka saya plan macam tu. Itu semua kenangan.

Ada orang, dia akan simpan banyak benda lama sebab dia sayang nak buang.
Ada orang, dia akan simpan segala benda yang kekasih lama dia bagi.
Ada orang, dia akan simpan semua berkaitan benda berkaitan dengan orang yang dia suka.
Ada orang, dia akan simpan segala apa yang dia rasa dia mahu simpan.

Saya juga mungkin termasuk di kalangan orang-orang tersebut.

Apa yang saya nampak di sini ialah, ramai orang dia cakap nak lupakan perkara tu, perkara ni. Ramai orang cakap dia nak lupakan dia tu dan dia ni. Sejauh mana kita mahu melupakan semua tu? Sejauh mana? Saya bagi contoh. Kita cakap kita nak lupakan si A. Kita dah taknak ingat apa-apa dah pasal dia. Jadi, kita dah jauhkan diri dari  dia. Itu bagus sebab ada effort. Tapi yang problemnya, semua benda yang si A beri, kita simpan. Semua yang related ngan dia, kita tak buang. Bila bercerita, selalu kita cakap pasal dia. Adakah itu salah satu usaha kita nak lupakan si A? Tidak! Ia bukan usaha.

Kalau belajar theory of Forgetting dalam Psychology, salah satu sebab kita lupa adalah Repression. Which means, kita yang takmahu ingat perkara tu. Kita yang sendiri nak lupakan benda tu. Jadi, kalau betul kita mahu melupakan, kalau betul kita berhenti berharap, buanglah segala kenangan. Buang segala benda berkaitan dengan orang tu. Buang memori yang tidak sepatutnya kita ingat. Dan yang lebih utama, berhenti bercakap tentang orang tersebut.

Ketika anda mengatakan, "saya nak lupakan dia.." Sebenarnya kalian tak cuba pun nak lupakan dia. Selagi asyik cakap, "saya nak lupakan dia," selagi tu anda masih mengingatinya. Sebab mana mungkin kita nak lupakan orang tu tapi kita asyik sebut-sebut pasal orang tu. Isn't it? Faham?


Saya.
Sudah tinggalkan banyak kenangan. 
Masa berlalu sangat pantas.
Rupanya sangat banyak perkara saya sudah lupa. 
Alhamdulillah.
Yang perit, yang manis, yang indah, yang sedih,
semuanya saya sudah hapuskan dari ingatan.
Bilamana saya nampak ia tidak memberi kesan yang baik pun dalam hidup saya.

Sekali lagi,
saya hidup berpijak dengan realiti.
Fantasi dan angan-angan mungkin boleh menjadi realiti suatu hari nanti.
Tapi tidak kenangan.
Kenangan adalah sesuatu yang telah berlalu.
Ia masa lalu.
Bukan masa hadapan.


Nasihat saya, jangan hidup dalam kenangan. Bergeraklah ke arah masa hadapan yang lebih indah. Sebab Allah telah sediakan sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup kita. Allah ada hadiah untuk kalian. Cuma dengan syarat, berusahalah!

Jangan hidup dalam kenangan.
Jangan bersedih dengan apa yang berlalu.













~ I drop du'as. Not bombs ~

Cinta Parenting Class



Hari ini hari Sabtu.

Apa ada pada hari Sabtu?

Bahagia. ^^

Sepanjang semester ni, hari Sabtu adalah antara hari yang paling saya suka. Sebab saya ada kelas Parenting. Setiap hari Sabtu saya dapat bangun seawal jam 4pagi secara konsisten. Setiap hari Sabtu, saya pergi ke kelas dengan rasa gembira. Setiap hari Sabtu, saya bahagia dengan tazkirah ibu. Setiap hari Sabtu, saya selalu punctual. Setiap hari Sabtu, saya berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai Class Rep. Setiap hari Sabtu, saya dapat nasihat free dari Madam. Setiap hari Sabtu, saya dapat jumpa classmate yang dari bermacam-macam kos dan bermacam-macam ragam. Seronok, kan? Alhamdulillah ^^

Mungkin kalian ingat lagi entri saya yang masa first day masuk kelas tu. Boleh baca yang ni kalau belum baca. Selepas 10 minggu pergi kelas Parenting, sejujurnya terlalu banyak perkara yang saya belajar. It's not all about Parenting. It's about Family Management & Parenting which started at the moment we gonna choose our spouse. I still remember, madam pernah cakap, mana mungkin kita mampu bentuk anak kita dengan sikap kita yang buruk. Kita perlu perbaik diri kita. Macam mana kita mahu anak kita jadi, macam tulah kita patut jadi. Even dalam teori Psychology pun ada cakap, children learn best through imitation and modelling. Bukan setakat tu, dalam al-Quran pun ada menyebut berkenaannya. Cuba selak Quran tu. Bukak surah al-Maidah ayat 31. Bagaimana Qabil belajar dari seekor burung. [Islam&Psyc]


Class Representative

Tentu masih ingat kisah saya angkat tangan nak jadi Class Rep tu kan? Mula-mula saya gusar. Tapi disebabkan saya jadi Class Rep ni lah, saya bangun awal pagi. Malah, memang konsisten. I manage to do it. Alhamdulillah. Setiap Sabtu, jam 7.30 pagi saya dah ready nak gerak. Biasanya tepat jam 7.35 baru jalan. Sebab saya kena make sure saya sampai depan CCAC tu paling lewat jam 7.50 walaupun CCAC selalu buka lagi lambat dari saya sampai. Huu~

Orang kat CCAC tu semua dah tahu saya adalah orang pertama yang akan sampai kat situ. Malah, dalam rekod buku yang ambil kunci tu, memang selalu nama saya je lah yang paling atas. Hehe ^^ Ada kawan tanya, how I managed to do so? Jawapannya senang. Saya guna teknik psikologi. Saya imagine bahawa saya adalah seorang isteri kepada seseorang. Saya adalah ibu kepada beberapa orang anak. Saya perlu bangun pagi menyiapkan breakfast untuk family. Dan kalau saya gagal sebagai Class Rep, saya anggap saya gagal sebagai sebagai seorang ibu, seorang isteri. That's how it motivates me. Funny? Isn't it? Ada kawan saya, dia gelak bila saya bagitahu ni, tapi katanya dia tak sangka. And she said, "that's good actually.."

Sebab tu ada satu hari tu, saya macam malas sangat nak bersiap awal. Pagi tu, tengah mesej dengan seorang kawan. Dia tanya saya, nak dia tolong ke. Pastu saya memang rasa macam nak jawab nak lah sebab entah kenapa hari tu saya memang malas semacam. Tapi tetiba saya teringat yang kalau dia tolong saya, means saya gagal dengan tanggungjawab saya. Terus saja saya bersiap dengan segera walaupun masa tu saya dah agak terlambat. In fact, jam 7.50 juga saya sampai depan CCAC. Pastu tengok-tengok CCAC dah buka. Aduhai masa saya lambat, awal pula dia buka. Pastu abang tu cakap kat saya,


"awal hari ni dik.." [haha.perli ke apa?]

Pastu saya jawab,


"awal bukak hari ni.." [saya yang lambat ke abang yang awal?]

Cuma, dalam pandangan saya dari sudut yang lain, saya rasa kalau saya minta pertolongan orang pada satu hari tu, it doesn't mean that I'm FAILED. Sebab saya percaya, semua isteri di luar sana akan ada masanya datang mood letih, penat, dan mahu dilayan seperti permaisuri. Dan ketika ni, suami perlu lah bijak memainkan peranan. Sekali sekali, hulurkan bantuan. Sekali sekali ajak breakfast kat luar. Sekali sekala bagi isteri berehat. Ok saya dah mula bercakap macam saya ada pengalaman sebagai seorang isteri pulak dan saya tak tahu mana relevannya dengan kisah saya sebagai Class Rep. Heee

Kelas terakhir

Mungkin kalian tak tahu betapa sedihnya saya bila pergi kelas terakhir Parenting. rasa macam teramat-amat sedih. Kelas terakhir tu buat saya rasa macam sebak je. Dan kami melalui kelas terakhir dengan sangat seronok. Madam buat kuiz doa. Madam akan soal doa-doa yang related dengan kehidupan kita. Dari simple sampai lah doa-doa yang panjang. Madam cakap, dia nak tengok sejauh mana kami semua mengamalkan hidup sebagai seorang Mukmin.

Pengakhirannya, madam meninggalkan bergunung-gunung nasihat. Tersentuh hati saya. Saya sayang madam ni sangat-sangat. Rasa macam nak bagi anugerah Lecturer Terbaik pun ada. Hari terakhir tu juga, madam bagi hadiah kat semua orang. Madam bagi buku doa kat kami semua. Saya sangat suka. Dan dengan izin Allah, pada hari tu, saya dapat 3 hadiah. Satu sebab madam bagi kat semua satu kelas, satu lagi hadiah sebab saya jadi wakil kelas [really surprise], dan satu lagi sebab Wedding Card terbaik [ni double surprise]. Saya sangat tersentuh hari tu. Kalau madam tak kasi hadiah pun takpe. Saya takde lah kisah mana. Sebab duduk dalam kelas madam dah bagi banyak sangat manfaat kat saya.

ini semua hadiah dari madam.
terima kasih, my dear madam ;)

Sampai lah saat terakhir dalam kelas, semua orang bersalam dengan madam. As usual, saya adalah orang terakhir yang akan keluar dari kelas. Sebaik bersalam dengan madam, madam pun cakap,

"Nusrah, I have something for you".

Err..dalam hati, madam nak kasi apa lagi? huu. Saya pun ikut madam ke arah begnya.

Dan dia keluarkan sesuatu. Sesuatu yang memang amat berharga untuk saya. Rasa macam mahu menangis. Dan madam cakap lagi,

"I never give this to my students back but for you, YES. Because I know how worth it is for you"

Saya speechless. The only thing that I can said is, "thank you, madam" dengan muka terharu.

Kemudiannya we are having a small chat after class. Sampai di pengakhirannya, saya salam, cium dan peluk madam dan cakap, "I love you, madam" and she replied, "I love you too, Nusrah"

-kalau saya takmalu tentu saya dah nangis time tu-

Sebelum berlalu, madam menambah, "I write something for you inside it" ;))

Hadiah cinta

Tahu apa yang madam bagi kat saya yang bernilai sangat tu? Madam pulangkan balik Wedding Plan saya. Kalau masih ingat, saya kan ada minta nak wedding plan tu dalam entri yang ni. Dalam tu, madam tulis doa dia. Dia doakan untuk saya. Agaknya madam ingat saya betul-betul dah nak kawen dengan orang dalam Wedding Plan tu kot. Eheh~

Dengan Wedding Plan di tangan, dengan doa Madam, dengan perasaan terharu, ia buat saya rasa macam nak kawen ngan nama yang saya tulis tu. In fact, saya tak pernah pun bercakap dengan dia. Jadi, anggaplah saya merepek dan itu semua kisah dongeng. Dan saya memang tak tunjuk dekat sesiapa pun Wedding Plan yang 100% siap tu. Kecuali seorang. Itupun sebab dia tak kenal siapa lelaki tu dan sebab dia classmate Parenting yang selalu dok sebelah saya. Dia juga rakan sekelas Arab. Dia juga rakan komiti masa Taaruf. Dia juga kawan dekat facebook. Tapi dia tak sama kos dan tak sama Mahallah dengan saya. Heee

Saya.
Hidup dengan berpijak pada realiti.
Cuma kadang-kadang fantasi boleh jadi realiti.
Angan-angan juga boleh jadi realiti.
Percaya tak?
Cuma,
Semuanya dengan usaha dan doa.
Semua orang selalu berdoa
tapi tak semua yang berusaha.

Sama macam saya.




tulus dari hati









~ I drop du'as. Not bombs ~

First Time

gambar ni.
ayah kepada anak saya.
remember?
dalam satu gambar ni cukup untuk menjelaskan semua.
dia.
gambar yang membawa seribu satu makna.

That's the first time.

I saw you looking at me.

With your cold eyes.

That's the first time.

I heard you talking.

But not to me.

With your lower tone.

That's the first time.

I know about you.

With your faith towards Allah.



Dear you,
I am sorry from the bottom of my heart.
If I can really talk to you,
I really wanna say, I am sorry.



Alhamdulillah.
Thank you Allah for 2 hours plus minus moments.
It really means to me.
At least for forever.


Dia.
the one who always says "Insyallah"
^____~

what do you expect?







~ I drop du'as. Not bombs ~

Saya Bahagia ^^

gambar ni.
punya sentimental value kat diri saya.
salah satu reason yg pernah buat sy bahagia dulu2
heeee
but I'm living with my new life
new hope
new happiness
in silent
^___~


Pernah rasa bahagia?

Ini pertama kali saya rasa bahagia yang macam ni.

Perasaan ni tak de masa saya habis jawab exam Social hari tu.

Ya Allah,

Alhamdulillah.

Bahagia.

That's all I can said.



"tengok kamu buat saya rasa bahagia.terimakasih."












~ I drop du'as. Not bombs ~


Kursus kawen dan saya



"Kak Nusrah, jom pergi kursus kawen"

Teringat.

Ajakan adik saya sebelum final exam bermula. Memang saya ada lah terfikir nak pergi tapi tak sangka pulak ada orang nak ajak pergi. Walaupun dia ajak-ajak ayam je kot. Tak pun dia ajak saya sebab dia nak ajak orang lain sebenarnya. Haha. Ok maaf. Saya jahat. Sengaja nak merapu dulu.

Saya sebenarnya time tu tak allocate pulak duit untuk pergi kursus kawen. Jadi, ketiadaan duit lah nak bayar yuran kursus kawen. =p Boleh sahaja cuba mintak ngan ayah tapi macam entahlah. Sekali sekala guna duit sendiri untuk urusan masa depan, apa salahnya kan? Padahal duit sendiri tu datang dari parents jugak. Heee. Takpelah, mungkin bukan rezeki saya nak gi kursus kawen kali ni. Lagipun, saya takde teman lah. Bukannya boleh duduk sebelah menyebelah ngan adik saya ni pun. Haha. Agak-agak nanti ada lagi sekali tak before saya grad? huu~

Saya kan, pernah lah kunun2 berangan nak gi kursus kawen dengan future husband. Tapi nak tunggu pergi dengan future husband ni, entah zaman bila lah. Entah-entahfuture husband saya tu nanti tak perlu ambil kursus kawen pun sebab dah ada SMU. Hah~ so, baik jangan tunggu future husband yang belum pasti siapa tu. Heee.

Saya ni, jumpa calon suami pun belum, pergi kursus kawen pun belum. Jadi, tak payah lah tanya saya bila saya nak kawen yea. Sila-sila lah tanya pada mereka yang dah pergi kursus kawen tu. It means they are ready enough and on their way to get married with the whom they loved. Of course not me. ^^

Pernah tak rasa penat dah nak cari dan usaha? Pernah tak rasa macam dah malas nak fikir? Pernah tak rasa macam nanti mesti mati dulu sebelum sempat kawen? Saya pernah rasa itu semua.

Ok. itu sahaja.

Saya dah habes study Islam & Psyc. Tinggal nak mengulang baca beberapa kali lagi.

Mengantuk.

Sebab tu saya tules entri ni. Sebab masa saya study tadi, saya teringat kat Kursus Kawen tu dan teringat pulak dekat orang yang ajak saya tu yang sedang berhempas pulas jawab exam Separation =p


sem ni takde subjek sama hari.
main gilir-gilir jawab exam lah pulak =p




nota hati: cerita nikah kawen jodoh tunggu cari apa semua tu takkan habes selagi kamu tak kawen wahai Nusrah. =,="









~ I drop du'as. Not bombs ~

Islam & Psychology


On my way.

To study Islam & Psychology for tomorrow morning.

And my last exam would be on the day after tomorrow.

I can see how time flies.

With sweet memories in here and there.

With he, she, you and them.

********************

Me.

In love.

with

......................................

********************


Lets study hard and smart and pretty =p

Islam & Psychology would not be easy

coz, this is one of the subject that I can't falling in love

So,

Lets study and fall in love with it.

You won't regret ^^









~ I drop du'as. Not bombs ~

Developmental Psychology


reverse psychology.
dengan saya selalu berhasil.
^^


Buku-buku ditutup.

Kertas-kertas nota disimpan.

Developmental Psychology selesai.

Berakhir pada petang 4 Jun 2012.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

**************************

Secebis kenangan lalu pendorong impian.

Saya kan, sejujurnya memang lah tak berapa gemar dengan subjek ini. Entah kenapa sejak awal, saya langsung tak tertarik dengan subjek ni. Walaupun pada mulanya saya pernah buat teori bahawa saya akan lulus dengan cemerlang subjek ni berbanding subjek Learning. Tahu sebab apa? Sebab kedua-dua subjek ni adalah sama dengan subjek masa saya belajar zaman Diploma dulu. Yang bezanya adalah tajuk dan contents nya lebih mendalam dan banyak.

Dulu subjek saya tu namanya Learning in Young Children dan lagi satu Child Development. Masa zaman diploma saya, child development ni adalah subjek yang paling digeruni oleh para pelajar. Malah, seniors semuanya cakap subjek ni susah. Jadi, saya cabar diri saya untuk skor subjek ni. Lagi orang kata susah sesuatu subjek tu, lagi la saya suka nak berusaha untuk skor. Dan dengan izin Allah, saya memang sangat cemerlang dalam subjek ni. Sejak midterm, kuiz, assignment, memang markah penuh je.

Untuk subjek Learning in Young Children pulak saya kurang minat. Memang lebih menarik dan best tapi tak tahu lah kenapa subjek tu kurang masuk dengan jiwa saya. Akhirnya, bila dapat result, memang dapat A- sahaja. Berbeza dengan zaman saya di UIA ni, saya lebih berminat dan tertarik dengan subjek Psychology of Learning berbanding Developmental Psychology. Apa yang saya rasa hairan, selalunya bila saya tak minat dengan mana-mana subjek, mesti saya dapat markah banyak dalam subjek tu. Termasuklah Developmental ni. Hehe

Dugaan belajar Develomental.

buku dan reward :)

 Tak tahulah kenapa. Semester ni, subjek Development paling banyak dugaanya masa saya study. Sejak midterm sampailah final exam. Dahsyat rasanya perasaan belajar subjek ni. Kalau masih ingat post saya pasal cerita coklat yang lepas, haa time tu saya study subjek Development lah. Subjek ni terlalu banyak benda nak kena baca. Memang sangat banyak. Tak dapat nak menafikan kebanyakkan silibus subjek ni. Huu~ Sampai lah saya paksa diri saya dengan reward untuk subjek ni.

Kalau habes study, saya dapat coklat. Saya beli coklat yang sama masa belajar time midterm dulu. Kononnya nak reward lepas habes cover beberapa chapter, tapi sebab saya tak puas hati dengan prestasi saya, so, saya tahan je dulu reward tu. Sampai la keesokan harinya. Sampai khatam semua chapter saya memang tak usik langsung coklat tu. Sebab saya tahu, saya baca without understanding and it's not good for me. Sampai lah siang sehari sebelum exam..

Tengahari tu, saya nak turun belikan makanan kat rumet saya (nak pujuk dia), tetiba sakit kepala menyerang. Terlalu sakit sampai terus terbaring kat katil. Nak amik hp, tapi ada atas meja belajar. Beberapa minit lepas tu, terus saya tak sedar apa-apa dah. Sampai lah lepas asar, saya terjaga. Bangun dan solat. Malamnya pula, kepala masih berdenyut-denyut. Sakit. Sangat. Saya paksa jugak diri tuk study sebab esoknya dah nak exam.

Malangnya, saya tak mampu duduk kat meja study. So, terbaring lesu di katil bersama buku-buku dan nota-nota. Dalam keadaan macam tu, saya dah tak mampu nak study cara biasa, so, terpaksa tukar cara baru. Mujur lah saya belajar banyak teknik belajar dalam subjek Learning tu. Dapat jugak saya praktik. Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak agak membantu, walaupun saya terpaksa belajar dalam keadaan berbaring. Dengan izin Allah, saya baru dapat faham subjek ni dengan baik. Baru saya dapat pecahkan point-point penting ke dalam notes. Dan sebanyak 12 chapters tu, saya dapat buat mind map dalam 4 muka surat sahaja. Syukur sangat pada Allah yang mempermudahkan urusan saya.

physical changes at all stages of dev ^^

social changes.
yang jadi 4pages sebab lagi dua tu untuk cognitive and personality.
it is soooo easy when we divided it into sub-cat :)


Malam tu juga, disebabkan kepala masih berdenyut, saya amik wuduk dan solat. Sujud dengan lebih lama supaya sakit kepala tu berkurang. Nikmat. Nikmat ketika sujud dalam keadaan kepala sakit, memang tak tergambar rasanya. Bangun dari sujud, usai solat, saya mampu nak sambung study dan akhirnya saya dapat reward diri saya dengan coklat tu. =) Dan oh yea, malam tu juga, saya terima hadiah special dari seseorang. Comel sangat. Eheh~ tapi tak snap picture la pulak. Hehe

Tiba hari exam

Tengahari tu perut berbunyi-bunyi. Memang silap saya tak makan dulu. Agak kuat juga perut berbunyi-bunyi. So, saya buat air je lah. Dah malas sangat nak turun beli makanan. Tiba-tiba selesai solat zohor, tengah kemas alatulis, saya baru perasan yang matric card saya tak de. Ya Rabb, cemasnya saya time tu memang tak tergambar. Saya dah panik yang amat. Macam mana lah nak jawab soalan exam dengan keadaan takde matric card. Time tu risau pula takut termasuk dalam kotak buku yang ayah saya dah ambil.

Cari punya cari, akhirnya saya jumpa juga matric card tu kat dalam pocket jacket. Baru teringat, saya pakai jaket tu masa pergi office Mahallah beberapa hari lepas. Huu~ memang terasa cemas betul. Pergi exam, masuk hall, duduk, tengok kertas soalan. Senyum. Tengok lagi sekali, cuak. Dalam hati, "ok, soalan nya memang agak susah" -walaupun ada yang kebanyakannya di dalam jangkaan saya. Kalau sesape tak baca, memang confirm lah tak dapat jawab.

Dan sampai lah habes masa menjawab, saya masih beriak tenang. Nak kata yakin 100% memang tak. Tapi saya tahu saya dah letakkan usaha di tahap yang maksimum. Saya dah curahkan segala yang saya belajar, segala yang saya tahu, segala yang saya usahakan pada kertas jawapan tersebut. Selebihnya, berserah kepada Allah. Doakan semoga lecturer saya lembut hati masa tanda kertas jawapan saya dan kawan-kawan yang lain. Doakan.

Apa yang saya belajar.

Daripada pengalaman saya sepanjang study Development tu, saya sedar dengan beberapa perkara. Iaitu;


"lapang sebelum sibuk"
"sihat sebelum sakit"


Sangat amat penting untuk kita menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Jangan cuba delay atau bertangguh dalam study atau apa-apa pun. Masa free yang banyak tu, silalah penuhi dengan perkara yang bermanfaat. Dan ketika kepala saya sakit tu, saya teringat akan masa saya sihat. Masa kepala sakit tu lah saya sedar akan pentingnya kita hargai masa sihat kita. Lakukan segala perkara ketika tubuh badan sihat sebab bila dah sakit, susah kita nak buat benda lain. Tu belum Allah tarik nikmat kaki, tangan, atau yang lebih teruk or severe. Kan?

Cuma, nasihat saya, andainya kalian diuji seperti itu atau lebih dari itu, jangan sesekali berputus asa. Jangan mencipta alasan. Sakit kepala macam mana pun, usahakan lah sehabis daya. Yakin dengan yang di atas sana. Dia akan bantu kita, inshaAllah. Sebab tu penting untuk kita ingat Allah dalam setiap keadaan. tak kira susah atau senang. Kena ingat Dia selalu. Dan jangan lupa usaha. USAHA.

Sekian.

Hari semalam berakhir dengan baik. Dengan kad undangan perkahwinan yang sangat menarik. Malamnya, saya terus sambung study subjek Arab yang telah pun saya selesai jawab pagi tadi. Nanti saya cerita kisah Arab ni pulak yea ^^

Saya masih ada dua subjek lagi untuk ditempuhi. Semoga dipermudahkan :)


nampak?
Jemputan.
dari Tengku Masyitah.
yang bakal bernikah dengan Hilal Asyraf :)
~to be continued~



nota hati: Family datang 'beramai' hari tu. Meninggalkan kisah indah dan semangat kepada saya. Mama cakap anak dia dah makin kurus. Errkk =,="











~ I drop du'as. Not bombs ~

Ada cerita






Ada cerita

Simpan dulu.

Kena belajar.

Tunggu.












~ I drop du'as. Not bombs ~

Social vs Developmental



Saya.

Rindu.

Dengan.

Social Psychology.

:'''')

Penat.

Baca.

Developmental Psychology.

Asyik mengantuk sahaja.

Developmental, tolong behave boleh tak?









~ I drop du'as. Not bombs ~

Fakta: Saya stress!


This is a fact.

I am stress.

So stress.

Tengah study HR. Saya ada 13 chapter nak cover and rasa tension sebab saya baru berjaya study 3 chapter. Dengan keadaan belum study untuk Development yang ada terlaluuuuu banyak stages and terms yang nak kena ingat dalam 18 CHAPTERS! Dengan subject Arabic yang masih belum saya jenguk sepenuhnya.Itu belum fikir subjek Islam yang ada lagi 2 chapters je saya belum tengok. 

Allah...

Banyaknya! =,="

Rasa macam mahu menangis dengan jadual exam kali ni. Sedih. Sangat sedih. Saya hilang momentum sekarang ni. Taktahu kat mana nak cari. T__________T

When they are sleeping and I am studying, it makes me feel stress and lonely.

Nusrah,
You have to be strong.
You have to study alone.
Nobody accompanies you.
But you have Allah.
Do remember that.

Nusrah, 
This is for your future.
Don't you remember?

Nusrah, 
You have to be realistic.
Focus one by one.
Pay attention.
Stop dreaming.

Nusrah,
You have to do this.
Can you?

-sometime reverse pyschology adalah cara terbaik. sometime premack principle dah tak berkesan-

Kenapa macam ni?
Sebab takde yang bagi semangat macam dulu.

*********************

Belajarlah sorang-sorang Nusrah.
Esok lusa orang tu kawen dengan gadis idaman kalbu dia takde lah dia nak teman study dah.
Mungkin patut cari suami sekarang.
Buat teman study, tolong hilangkan stress.
Tapi nanti lagi bertambah stress agaknya.
Ok saya merepek.

*********************

Belajar

Belajar

Belajar

Belajar











~ I drop du'a. Not bombs ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...