إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Kisah Nati Nur

Nusrah, pegi mana-mana jangan tinggal Qur'an tau.
jauh ke dakat, baca Qur'an sokmo.
^___~


"Bila akak pergi Istanbul?"

Soalan itu mematikan lamunan saya. Kami memandang pada barang-barang yang sudah di pack.
Saya tersenyum tawar.
Teringat beberapa kenangan yang kian menyapa ingatan.

Berjalan tanpa henti


Dalam hidup ini, kita akan belajar pelbagai perkara. Ketika kaki melangkah ke utara, ke selatan, ke timur, jua ke barat, kita akan belajar dari setiap perkara yang terjadi di sekeliling kita. Langit petang kelihatan indah. Merenung jendela mengimbau memori. Hari ini mengimbau, esok akan dilupakan. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah yang memberi segala nikmat. Yang mengizinkan saya pergi sejauh ini. Yang memberi laluan kepada saya menenangkan diri mencari jawapan.

Ya Allah,
terima kasih atas segala rasa ini.

Perjalanan hidup kita tidak pernah mudah dan tidak akan senang. Namun, percayalah, Allah tidak akan membiarkan kita keseorangan. Dia akan bantu kita. Saya tahu, titis airmata akan menemani tatkala hati kalian tidak lagi kuat, tapi Allah kan ada. Jangan rasa gundah. Perjuangan sememangnya pahit kerana syurga Allah itu sangat manis. Jadi, teruskan melangkah kaki dengan tabah dan kuat. Hamba-Nya perlu kuat.

Sederhana. Itu saya.

"mak ayah awak kerja apa?"

"petani dan surirumah"

Saya pun tak tahu zaman bila ayah saya kerja Petani. Tapi sejak dulu saya suka jawab macam tu. Kata roommate saya, saya ni low profile. Mungkin sebab dia sebilik dengan saya. Jadi, dia nampak saya macam mana.

"kenapa tak mintak yang pergi Korea hari tu?"

"saja.malas.."

"kenapa? bukan tak tahu kan?"

"tahu..."

"habes? kalau mintak, mesti dapat kan.."

"sebab tu taknak mintak. Jadi salah sorang yang peng-interview kan?"

"ha'ah..Nusrah ni kenapa tak mintak? boleh terus recommend.."

"taknak.  Recommend f**r* boleh?"

"dah. dia memang akan dapat."

"ok good. nanti Nusrah simpan rahsia sampai keputusan keluar.."

"Nusrah, you disappoint me.." 

"I'm sorry...tapi Nusrah betul-betul nak usaha sendiri..."

Dia menggeleng kepala. Saya tahu dia kecewa. Saya bukan taknak tapi saya ni berprinsip orangnya. Saya taknak lah dapat pergi Korea sebab ada orang dalam ke apa kan. Dan saya dah cuba promote semua adik-adik dan kenalan saya yang nak pergi Korea. Tapi sorang je yang selected. Dan saya pun tahu atas kriteria apa seseorang itu terpilih.

Kes lain. Di suatu office di universiti saya;

"Nusrah, awak pergi Bersih yea?"

"err..tak...."

"ha..jangan tipu.."

"betul ni...."

"awak tahu tak kalau pergi Bersih ni bla bla bla bla....."

Nusrah tunjuk muka bosan. Baru post macam tu sikit kat FB dah kena soal macam-macam. Minta maaf. Saya terlupa. Saya tak boleh post bukan-bukan. Bukan sebab kena jaga nama sendiri tapi saya kena jaga nama orang lain kat universiti tu. So, sekarang dah kena hati-hati sangat kalau nak post apa-apa. Saya mahasiswa pengecut? Terpulang nak cakap apa. Tapi saya tak boleh buat macam orang lain buat sebab ini melibatkan orang besar. Kang jangan la saya pecah rekod mencalarkan nama orang pulak. Habis kena ngan family nanti =,="

Saya lebih suka nampak biasa dan orang tahu saya orang biasa-biasa je. Tak payah tahu lebih-lebih pasal saya. Tak perlu tahu nama penuh saya. Saya suka begini. Dan saya suka orang kenal saya dengan nama Nusrah Skema. At least ia bagi kebebasan buat saya dan buat saya rasa bahagia. ;))

Mereka masih budak

Kadang-kadang saya nak tergelak. Bila fikir tentang apa yang berlaku semester ni. Macam-macam cerita yang saya tak expect. Kawan cakap saya ni cool sangat orangnya. Kalau tengok, macam orang takde perasaan je. Tapi saya punya perasaan tau. Entahlah. Mungkin sebab saya berkawan dengan adik-adik kot. Mereka ni masih kurang matang. Kadang-kadang buat saya rasa kelakar tengok dorang. Nak marah pun macam tak guna. So, relax je lah. Kalau dorang buat kita sakit hati pun, maafkan sahajalah. Budak-budak lagi tu. Cuma kekadang perlu diberi pengajaran dan peringatan pada mereka.

Walaupun mereka budak-budak, tapi saya suka berkawan dengan mereka dan saya sangat sayang dengan mereka. Sangat sayang tau.

Kamu semua, jaga diri baik-baik. ^^

Semester berlalu

Saya sangat suka semester ni. Banyak pahit maung yang saya tempuh. Uniknya, classmates saya semester ni sangat menarik dan best. Dorang ni boleh buat geng. Kamceng je. Kelas paling best semester ni rasanya Learning dan HR kot. Groupmate paling best pulak dalam subjek HR. Carrymark paling tinggi pulak Development dan HR. Errr..kenapa HR je yang paling best nih? haha =p

kenangan kelas Arabic.
my seat.
never change! ^^

istimewa dari G.
Classmate HR dan Psychomet.
Rapat sebab kat kelas Psychomet die dok dgn saya.
kalo saya main dlm kelas, dia pon maen jugak.
kalau saya fokus, dia akan fokus jugak.
hehehe

from Lala.
Groupmate terbaik sem ni.
Group kelas HR dan Psychomet :)
dari Murabbi tercinta :)

impian.
nak buat entri khas berkenaan ini. :)

Jauh itu tenang

Saya berada jauh. Dan ia buat saya tenang. bila duduk jauh-jauh dengan suasana damai, jauh dari hiruk pikuk kota KL, ia buat saya mampu berfikir dengan lebih rasional. As ibu asked me to pray for the answer, I do hope I can find it sooner or later. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya tak.

Saya.
Janji.
Akan.
Pulang.
Bersama.
Jawapan.

Penentu sedih dan bahagia tentunya. Saya akan terima apa sahaja pilihan yang Allah beri kepada saya dengan restu ibu bapa. Saya tidak akan kecewa. Saya janji. Semoga Allah permudahkan.

One fine day when you see me, I promise to you that you will see I'm smiling. Not a little tears. This I promise you, friends! :)


Doakan saya dari kejauhan.
Doakan saya dari hati.

Pergi membawa luka,
pulang membawa bahagia.

Kerana Allah sayang saya.


setiap kali berUsrah, saya selalu mampu memujuk hati.
saya akan merindui saat-saat tersebut.
^____~



nota hati: Doakan perjalanan saya. Doakan kesihatan saya. Doakan ketenangan saya. Moga Allah redha dan jaga kalian selalu. Saya ada banyak lagi nak post dan cerita tapi saya tak cukup masa. Jaga diri bebaik. Selamat bercuti. Selamat berpraktikal. Selamat berbakti kepada keluarga. Saya sayang kalian. :)


nota hati 2: Kalau Allah tarik nyawa saya sepanjang ketika pemergian saya, saya mohon ampun salah silap. Kalau Allah tarik nyawa saya, saya minta maaf pada semua. Kalau Allah tarik nyawa saya.... ;''')



-5:03pm bukan waktu Malaysia-







~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...