Untuk awak yang sedang membaca
Untuk kamu yang sedang menjenguk
Untuk dia yang sedang menziarah
Untuk mereka yang sedang mengintai
blog ini tentunya :)
Terima kasih kerana sudi meluangkan seminit dua untuk membaca coreta cerita hati. Mungkin bukan semua namun, saya tetap berasa terharu dan mahu berterima kasih kepada semua. Walaupun kamu semua cumalah silent readers.
Kita semua melalui jalan hidup yang berbeza.
Terkadang saya bahagia, kamu berduka. Terkadang saya menangis hiba, kamu pula bahagia memanjang. Jalan cerita kita tentunya tidak serupa. Namun, kita semua melalui rutin hidup yang sama. Di sapa dengan ujian dan suka duka silih berganti.
Andai duka itu merobek hatimu, menangislah. Airmatamu bukan kerana dirimu lemah, bukan kerana dirimu berputus asa dengan rahmat Tuhan, bukan kerana kamu bersendirian tetapi kerana kamu sudah terlalu kuat dan mahu mengutip kekuatan yang masih bersisa.
Saya.
Akan terus berdoa
kepada semua yang saya kenal
malah kepada semua pembaca blog saya
saya masih dan akan terus panjatkan doa buat semua.
tiada yang terkecuali.
kerana saya
sayangkan semua kenalan saya
biarpun saya mungkin dibenci
mungkin tidak disukai oleh hatimu
namun saya
sayang dengan kalian semua
:)
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment