turun lewat gerimis halus
di mulanya diam-diam
senyap-senyap
tak terkhabar
cinta aku sesederhana hujan
jatuhnya berani, ramai-ramai
muafakat hasil irama
denting kocaknya
mengindah pandang
cinta aku sesederhana hujan
tak tertuang semua dari langit
dihulurnya satu-satu, perlahan-lahan
tiada tamak, tiada kalut, tiada riuh
cinta aku sesederhana hujan
ke bumi datang dari Tuhan
jauh ingin merosakkan
niatnya
hanya menyuburkan
aku mahu sederhana
dalam mencinta
Allah,
Kau sebaik-baik
pemberi kurnia
-u.s-
~ I drop du'as. Not bombs ~
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment