Pernah tak rasa macam hati dicarik-carik tapi tak tahu pun apa puncanya?
Meniti hari-hari terakhir di UIAM terasa seperti meniti detik-detik akhir di dunia ini. Mungkin. Terkadang bahagia, terkadang berduka. Terkadang keliru. Terkadang juga berdebar. Hidup ini bermacam dugaan. Bermacam ujian. Bermacam cabaran. Semuanya kita perlu tempuh. Tetapi ia juga terpulang kepada bagaimana cara kita melaluinya.
Apa perasaan nak habis belajar?
Zahirnya, mereka melihat saya gembira. Namun, jauh di sudut hati, saya rasa berdebar. Memikirkan cabaran yang akan di lalui di luar sana, hati saya merasa degup jantung yang bukan seperti dulu. Jantung berdegup pantas, seolah-olah malaikat sedang menanti untuk mengambil nyawa pada esok hari.
Menginjak dewasa. Terasa pelik. Bermacam soalan menyapa. Soalan yang berbaur kedewasaan yang membuatkan saya diam membisu. Tidak mampu menzahirkan jawapan.
"nusrah ada berkenan dekat sape-sape tak?"
Diam.
Diam.
Lama.
Saya takut.
Kisah Fatimah dan Azzam memberi pengajaran yang besar buat saya.
"nusrah, sampai bila nak jadi macam ni?"
Sampai bila-bila.
Sehingga saya rasa terbuka, rasa tenang, rasa lega.
"saya carikan untuk kak Nusrah, ye?"
Jangan.
Pesan saya jangan.
Untuk seseorang yang saya tidak kenal, tidak pernah bercakap, tidak pernah bertentang mata, jujurnya bukan pilihan saya. Kerana ini bukan zaman P.Ramlee, bukan zaman pak pandir, bukan zaman harga roti 5 sen. Bukan.
Maka, saya pilih untuk berhati-hati. Semoga Allah jaga selalu. Selalu. InshaAllah.
Tutup cerita kedewasaan. Buat sementara.
Dia ada dalam ramainya manusia. Dia ada tersenyum dalam gelak tawa mereka. Dia ada. Cuma dia tidak bersuara. Dia berkata-kata namun tiada terkhabar. Dia ada. Saya tahu.
~ I drop du'as. Not bombs ~