mungkin akan ada yang bertanya, apa jadi pada tangan kiri itu. senyum, diam. jangan cakap apa-apa. Doktor dah rawat dengan baik. Alhamdulillah :) |
Dari Wabishah bin Ma'bad, ia berkata: "Aku telah datang kepada Rasulullah, lalu beliau bersabda: "Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?" Aku menjawab, "Benar." Beliau bersabda: "Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu adalah apa-apa yang mententeramkan jiwa dan menenangkan hati; dan dosa itu adalah apa-apa yang meragukan jiwa dan meresahkan hati, walaupun orang-orang memberikan fatwa kepadamu dan mereka membenarkannya."
(HR Ahmad dan Darimi, hadith hasan)
Hari yang baru, hati yang baru!
-kerana hati kita Allah yang pegang. Allah minta betulkan niat. Dah banyak sangat keluar track. Dapat penampar sikit, memang sakit. Tapi itu salah satu cara nak ajar hati supaya sedar. Sedar dengan niat yang sepatutnya berlandaskan Dia, bukan manusia.
-kerana hati ini Allah yang jaga. Semahunya nak sujud tak bangun-bangun. Dengan kasih sayang Allah yang begini, hari-hari kena tampar dengan ujian pun bagus juga.
Hari yang baru, hati yang baru!
-kerana hati ini Allah yang ubatkan. Yang ditempuh mungkin seperti mimpi namun, terasa indah bila Allah berjalan bersama kita.
Saya mohon pada Allah hati yang baru.
Yang lebih mencintai-Nya
Yang lebih menginginkan-Nya
Yang selalu merindui-Nya
Alhamdulillah, Dia beri. Hati yang baru. Hati yang sungguh heartless pada yang bergelar dia.
Terima kasih, Allah. :)
Selamat menjaga hati baru. Semoga segalanya, hanya untuk Dia.
-Allah, cinta hatiku-
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment