بسم الله الرحمن الرحيم
"kalau nak doa, mana boleh cakap. nanti tak mustajab" kata akhawat semasa saya hampir menutup mata beberapa malam yang lalu.
diam sejenak.
sudah lebih seminggu saya berada di sini. Dalam sibuk membiasakan diri saya dengan keadaan, persekitaran, sistem dan juga syllabus di sini, saya rasa ada sesuatu yang menapak hati saya.
Alhamdulillah. sikit-sikit dah rasa selesa kat sini. Saya tahu, kat sini tak sama dengan uiam. Semuanya berbeza. Tapi saya tahu, ada sebab nya saya berada di sini. Bukan kah Allah sudah menuliskan yang terbaik dalam hidup kita, buat diri kita. Senyum tabah.
Untuk akhawat 1,
terima kasih sebab tolong saya, teman saya dalam masa dua hari saya menumpang di sana. terima kasih kerana bersama saya ke sana ke mari sehinggakan tertidur-tidur. terima kasih juga untuk kenangan dhuha yang awak tinggalkan kepada saya. saya sayang ukhti! =)
Untuk akhawat 2,
terima kasih kerana bagi saya pinjam itu ini, tiada berkira dengan saya. terima kasih untuk telinga yang mendengar akan celoteh saya tak kira masa. terima kasih sebab belanja makan. terima kasih sebab pergi riadhah bersama saya walaupun tak pergi daurah bersama. saya sayang ukhti banyak-banyak. lepas ni saya tak guna dah periuk ukhti untuk masak mee kerinting tu. hihi
Untuk akhawat 3,
terima kasih kerana being sooooo nice to me. walaupun baru kenal, tapi awak sangat baik dan ramah. Ukhti sorang ni punya sikap yang wajar dicontohi oleh rata-rata akhawat di luar sana. yang teman saya merepek, bercerita, berkongsi itu ini, terima kasih untuk semuanya. saya sayang sangat ukhti! ;D
Untuk 3 orang sahabat yang bersama saya pada malam hari,
yang keluar makan-makan bersama pada ketika saya sedang membiasakan diri dengan suasana baru, yang bergelak ketawa, yang tersenyum terharu bersama, terima kasih semuanya. terima kasih untuk harga sebuah kenangan. saya sayang kalian ^__^
Untuk seseorang di kejauhan sana,
Jzkk. :) Mungkin ada masanya kita sedang berteka-teki. Ada masanya kita saling memahami. Ada masanya, kita sendiri keliru. Ada masanya kita saling menguatkan. Ada masanya, kita saling risau. Ada masanya kita seperti goyah. Dan setiap masanya, semua bahasa hati saya, kamu fahami. Semoga kita terus-terusan saling mendoakan. =)
Kenangan Ramadhan 3, saya sakit terlantar. Mungkin kaffarah dosa. Doakan.
Ramadhan semakin laju bergerak, mari kita sama-sama tambah amal :))
semoga Allah redha
5.15 pagi waktu London
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment