بسم الله الرحمن الرحيم
Beberapa minit sebelum melelapkan mata, terkesima sebentar dengan mesej yang masuk.
Diam.
Perlahan-lahan airmata menitis.
Terharu.
"salam Nusrah.. welcoming another little Nusrah in this world..hi aunt nusrah, my name is Nusrah Hanim bt Najman Hariz.."
and she attached with a picture.
After that, she said to me,
"so dear, u'll be in my memory till end of my life"
Saya speechless sungguh-sungguh.
Dia. Sahabat saya. Mengenalinya sejak sekolah rendah, walaupun sebenarnya berlainan sekolah. Tidak pernah bertegur sapa. Tapi saya kenal dia dan dia kenal saya. Sehinggalah masuk sekolah menengah. Kami sekelas, malah jadi geng pulak tu.
Sehinggalah kemudiannya saya berpindah. Mula-mula masih tetap berhubung tapi lama kelamaan saya dan dia menyepi. Mungkin sebenarnya saya yang diam menyepi. Heh.
Masa berjalan. Terus pantas berjalan.
Dia mendirikan rumahtangga dan mengikut suaminya ke Itali (kalau tak silap saya. hehe). Dan saya masih tetap setia mengikuti perkembangan dia. Sehinggalah dia melahirkan anak sulungnya.
Alhamdulillah.
Dan terasa gembira dengan kebahagiaan seorang sahabat. Bahagia yang sukar dirungkai.
Dan malam tadi, ketika dia inbox saya dengan perkhabaran yang simple tapi bermakna, betul-betul menyentuh hati saya. Dia sahabat yang baik. Sepanjang saya mengenalinya, walaupun dia sedikit 'ganas' hehe tapi hati dia terlalu tulus murni. Dia tak sombong walaupun dia budak pandai. Dia terror English. Bukan calang-calang orangnya tau. Heee
Ketika saya accident zaman sekolah dulu, suara dia lah yang kali terakhir saya dengar menjerit panggil,
"Nusrahhhh!!!". Dia caring. Kalau nampak macam sakit, pasti dia akan risau dan suruh pergi hospital. haha. Comeel kan sahabat saya yang seorang ni. Siti Nurfateen, you are too nice. And you're so beautiful in your own way :) I love you, and miss you. ;'')
Dan bercerita berkenaan nama. Nama yang diberikan oleh dia kepada anaknya, sedikit sebanyak buat saya rasa terharu. Saya bukan lah manusia yang baik. Serta punya banyak kekurangan diri. Banyak. Tapi jauh-jauh, saya doakan supaya little Nusrah ni menjadi anak yang solehah, cantik, pandai, bijak, baik, dan membahagiakan hati ibu dan ayah. Aameeen. Aameeeen.
Mohon doakan juga ye.
Teringat pula saya pada semester akhir di UIAM. Seorang sahabat menegur saya. Pertama bersua dengan dia pada semester pertama lagi. Dan kali ini dia bercerita pada saya tentang anak saudaranya. Tiba-tiba dia berkata,
"Nusrah, saya namakan anak saudara saya tu Nusrah.."
Err. Terpegun.
"Ingat tak kita kenal waktu first sem dulu? masa tu, saya tengok awak, saya rasa..cantiknyaa...baik pulak tu..so alang2 kakak saya nak letak huruf N, saya bagi la nama Nusrah"
Dummm. Macam kena bom.
Mungkin nampak seperti sebuah pujian. Tapi jauh disudut hati, saya rasa macam em..macam teguran dari Tuhan. Untuk saya perbaiki akhlaq saya dari masa ke semasa. Dari hari ke hari. Perlu perbaiki.
Dan nama saya ini cumalah pinjaman. Bukan milik saya. Tapi saya berbangga dengan nama saya. Kerana bagi saya ia memberi makna yang istimewa untuk diri saya. Ya, istimewa.
Buat dua anak kecil yang diberi nama Nusrah, semoga kamu menjadi muslimah solehah. Menjadi penyejuk mata ibu ayah. Menjadi penolong agama yang tekad dengan semangat juangnya. Menjadi pembantu yang setia kepada ummah. Menjadi pendorong terindah buat masyarakat sekeliling. Aameeen. Aameeeen.
Nusrah = Pertolongan. (pembantu, penolong, sokongan or Helpful)
Mohon doakan ye. Terima kasih banyak-banyak.
Senyum sampai ke telinga sambil kesat airmata.
nota hati: saya ada printscreen conversation kami. tapi tak dapat nak upload pulak. huhu. but ada dalam intagram. hehe. :D
~ I drop du'as. Not bombs ~