إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Di sebalik gelang besi


بسم الله الرحمن الرحيم


kenangan PGG! :D


"Nusrah, kak Syu suruh Nusrah tarbiyyah budak tu"

Tersentak.

"Boleh tak?"

Err...buntu.

"Boleh la eh? nanti Itrah letak nama dia dengan Nusrah.."

Aduh. Susah ni.

Dan akhirnya, budak tu memang digandingkan dengan saya. Mula-mula terfikir juga, mereka ni nak saya tarbiyyah budak tu dengan cara yang macam mana. Huhu.

Tambah tolak, dalam satu semester juga lah ber'pasangan' dengan budak tu. Nak kata nakal, yes, dia nakal tapi dia sebenarnya budak baik. Dia sangat menghormati saya. Mungkin kerana saya kakak, mungkin kerana dia assistant saya. Mungkin juga kerana dia memang hormatkan saya. Mungkin.

Melihat dia sekarang, saya menjadi kagum sendiri.

"dah jadi manusia jugak dia sekarang"

Dan saya lihat dia berjaya. Dengan cara dia.

Mungkin saya perlu berterima kasih kepada Itrah dan Kak Syu kerana beri saya peluang untuk tarbiahkan dia biarpun sebenarnya tak ada apa sangat yang saya buat dekat dia.

Cuma mungkin kerana masa. Masa yang ketika slot kami, kami duduk berkongsi cerita. Cerita yang tidak perlu digali, tidak usah dikorek. Dia dengan sendirinya bercerita tentang diri dia. Dan saya tahu, dia semakin menuju perubahan yang positif.

Saya perempuan. Dia lelaki.
Saya seorang bertudung labuh. Dia pula, ada gelang besi ditangan.

Tapi disebalik gelang besi di tangannya, dia bukan lah seorang yang jahat. Dia baik. Dia tidak kasar. Dia sangat menghormati orang. Manakan mungkin manusia bisa berubah 100% dalam sekelip mata. Dia perlu diberi ruang dan peluang, Dan saya yakin akan potensi dirinya.

Pernah sekali saya bercerita tentang dia kepada mushrif saya oleh kerana mushrif saya pun kenal akan dia. Malah, mushrif saya pun bersetuju bahawa budak tu bukan lah teruk mana. Dia baik. Dan saya yakin sekali, andai ada tangan yang menarik dia ke jalan dakwah, dia akan menjadi seorang da'ie yang hebat kerana sifat dan personaliti luar biasa yang ada pada dia.

Semoga dia, yang sudah saya anggap seperti adik saya, menjadi insan dan manusia yang berguna. Menjaga hubungan dengan Allah, dengan ibu-bapa serta manusia di sekeliling. Semoga.

Dan.

Saya pun tidak tahu kenapa saya menulis ini. Mungkin kerana saya terkenangkan PGG. Mungkin.

Senyum dalam hati.











~ I drop du'as. Not bombs ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...