إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Eccedentesiast


بسم الله الرحمن الرحيم




In silent.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah untuk segala nikmat yang telah Engkau beri.
Tidak terhitung dan jarang sekali disyukuri.

Saya sekarang ni dah off dari social media.

No whatsapp.
No instagram.
No iMessage.
No facebook.
No telegram.
No twitter.

My phone only for call and text (sms). Semua tu saya dah uninstall dari phone. In fact, saya dah deactivate facebook.

Kadang kadang terlalu bahagia bila kita menyepikan diri.
Kata Ruh, "hanya orang yang betul betul nak cari kita je yang akan cari thru phone call or sms"
Betul sangat katanya tu.

Dua minggu. Dan saya masih struggle. Saya masih cuba bertahan untuk senyum. Masih cuba menjadi kuat. Masih cuba menjadi gagah. Masih cuba menjadi hamba-Nya.

Sebenarnya penat juga sorok airmata. Penat juga simpan sedih. Penat juga pujuk diri. But that's the only thing I can do. Kita takkan tahu sejauh mana kita ni kuat selagimana kita terpaksa menjadi kuat. Untuk rasa kehilangan yang ada ini, saya harap saya tabah dan sentiasa redha. Saya harap saya cekal dan sentiasa sabar. Walaupun kadang-kadang airmata jatuh bila bersendirian.

Dua minggu yang ada ini juga saya belajar melepaskan dan memaafkan.
Payah.
Tapi saya belajar.
Sukar.
Tapi saya cuba.

Kadang-kadang saya rasa saya sudah kuat. Tapi saya boleh menangis dengan sendiri dalam gelap. Saya masih ingat pada malam Ruh cakap, "yah tutup lampu eh.." Sebaik saja dia tutup lampu, airmata saya mengalir laju. Terasa terlalu berat untuk tahan segala pedih. I just cry because I want to feel okay. At least I can reduce my sadness a bit. Although a bit.

Saya sentiasa yakin bahawa Allah akan kabulkan setiap permintaan kita. Sebab Dia Maha Mendengar. Dia dengar segala isi hati. Dia tahu segala-galanya. Tapi kadang-kadang saya akan jadi lemah dengan tiba-tiba, Saya jadi goyah dengan tidak semena-mena.

Tuhan, saya mohon hati yang kuat.
Saya mohon hati yang sabar.
Saya mohon hati yang memiliki segala kecintaan pada-Mu.

Kabulkanlah ya Allah ;'')

Untuk kamu yang saya sentiasa ingat dalam doa, semoga Allah beri kamu bahagia.
Saya sudah belajar melepaskan.
Saya sudah belajar memaafkan.
Saya sudah belajar meninggalkan.
Saya sudah belajar melupakan.

Kalau orang tak bahagia dengan kita, jangan paksa dia untuk terus bersama kita. Kerana kelak nanti kita sendiri merana.

Kerana melihat dia bahagia adalah kebahagiaan saya.
Kerana melihat dia senyum adalah senyuman saya.

Tarik nafas.
Pandang langit.
Serasa Tuhan sedang memeluk.
Air mata menitis.

Tuhan, aku tenang dalam dakapan-Mu.
Terima kasih untuk jawapan dari-Mu.













*Eccedentesiast= someone who hides pain behind a smile.













~ I drop du'as. Not bombs ~



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...