إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

painful memory



بسم الله الرحمن الرحيم




Lama dah tak update blog.

Apa khabar semua?

*senyum segaris*

Alhamdulillah untuk semua yang Allah beri selama masih kita bernafas. Moga-moga tidak ada satu hari pun yang kita lupa untuk ucapkan syukur.

Tarik nafas.

Astaghfirullah.

Ya Allah moga Kau selalu beri aku kekuatan untuk hadapi segala ujian-Mu. Aameen.

Pahit.
Kelat.

Entahlah.

Saya dah penat nak sapu airmata sendiri berkali-kali. Penat juga merasa terluka. Penat nak telan segala rasa sakit, perit, pedih.

Nak diluah terasa payah. Nak di simpan terasa berat.

Tapi

Saya mohon maaf andai kali ni, entri ni tak begitu menyenangkan bacaan kamu kamu.

Kisah patah hati yang lalu, saya diamkan saja. Satu kali pun belum pernah lagi saya tulis. Mungkin pernah tapi semuanya tersimpan berhabuk dalam draft. Perasaan tercarik-carik, koyak rabak, macam orang pijak-pijak hati ini, saya diamkan sahaja.

Selama bertahun, saya simpan.

Selama bertahun, saya hadapi semua fitnah dan tohmahan orang sekeliling.
Perit. Sangat perit.

What do you expect from me?

Saya cuma manusia biasa. BIASA. Saya ada perasaan, saya ada hati.
Dan saya punya rasa terluka.

Sedih tak terungkap bila orang berkata macam-macam, sedang yang di sebelah pihak sana, hilang begitu saja, berbahagia like nothing happened.

Siapa yang perlu jelasakan perkara sebenar?
Siapa yang kena hadap segala fitnah?
Siapa yang kena hadap semua pandang sinis sekeliling?
Siapa yang malam-malam menangis sendiri dalam gelap?
Siapa?
Siapa?

Di sebalik semua tu, saya belajar menjadi kuat. Saya belajar untuk menyeka airmata.
Saya belajar untuk melawan rasa lemah. Saya belajar untuk sentiasa tersenyum.

Bukan senang.
Sirius cakap memang terlalu payah.
Tapi saya percaya, masa akan ubati segalanya.
Pahit macam mana pun, berilah saya masa untuk telan perlahan-lahan.

Doakan saya.

Sungguh, saya hanya manusia biasa.
Tak perlu letak expectation tinggi melangit.

Sungguh, segalanya berduri..

And

This place is too painful for me..



why he lied to me 







~ I drop du'as. Not bombs ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...