
Proses menulis blog bermula. Semalam baru sahaja selesai sesi mengejar. Jadual kelas sudah tersusun kemas walaupun masalah baru sudah muncul petang tadi. Sepanjang minggu pertama pada semester ini, banyak juga kelas yang saya tak masuk sebab tak ada venue. Haiyaaa… tadi baru dapat venue baru. Dan saya rasa saya bakal sesat untuk mencari kelas sebab tempatnya kat Econs. Belum pernah lagi geledah building KENMS tu. Kalau setakat café nya tahu la juga kan. Saya lagi suka kalau dapat kelas kat Engin or KAED, sebab dah biasa ngan tempat tu dan dekat nak balik bilik. Heeee…
Esok ada mass gathering untuk Psikologi. Kalau ikutkan hati, malas je nak pergi tapi kalau ikut akal yang waras, mesti kena pergi. Semester ni saya sangat bersemangat nak belajar walaupun tak semua subjek saya ada kawan dalam kelas tu. Malam ni saya nak sambung kemas bilik. Sikit je lagi. Sungguh, minggu ini saya terasa sangat penat. Letih dah pusing-pusing UIA ni. Dah la tu selalu sesat kat IRK walaupun pergi berkali-kali. Pelik sangat building nya. Haha..
Semester ini saya terlebih bersemangat nak belajar sebab nak declare major. Bersemangat duk depan sekali dalam kelas untuk subjek nak major ni sampai sakit leher sebab kena mendongak pandang board. Kelas saya akan habis kul 6:20 petang setiap hari. Saya dah membayangkan betapa lemah longlai nya bila balik kelas nanti. Tentu perut akan bergendang dan menyanyi lagu bermacam irama bila dalam kelas nanti. Heee..macam-macam betul.
Hari ini dalam sejarah, ada orang cakap saya nampak matang. Selalunya sepanjang di sini, orang selalu ingat saya ni umur 18-19. Wahh teramat muda. Kawan yang tiga tahun lebih muda dari saya pun, tak panggil saya kakak sebab kata mereka, saya memang nampak muda. Heee suka suka suka… tetapi umur sebenar saya bukan lah tua sangat pun. Tak cecah angka 22 lagi ni. Haha..
Sekadar mahu bercerita sikit mengenai semester 1 2010/2011 iaitu semester ketiga saya di UIA dan semester kedua di Kulliyyah, saya hari-hari menghitung senarai subjek dan credit hour. Bukan tak sabar nak masuk second year tetapi saya tak sabar nak tamat belajar walaupun saya plan nak buat minor or double degree di sini. InsyaAllah, kalau jadi, semester hadapan, saya akan mula ambil subjek yang wajib untuk minor yang saya nak tu. Kalau jayyid jidan, dapat la buat minor kos tu. Doakan saya.
Bagi saya, nak dapatkan sesuatu, kita kena usaha. Jangan jemu untuk berusaha dan jangan berhenti berusaha. Hari tu, di kalangan kawan-kawan, credit hour saya la paling sikit iaitu 2. Tetapi setelah melakukan bermacam-macam usaha, my credit hour dah lebih daripada kawan saya. Masa tu saya yakin dan sedar bahawa Allah akan sentiasa membantu kita dan takkan mensia-siakan usaha hamba-Nya. Kita boleh sahaja gagal tetapi jangan sesekali berputus asa. Percaya pada-Nya.
Semoga kawan-kawan semua bersabar dengan dugaan waktu belajar ni. Walaupun mungkin kadang-kadang kita rasa nak putus asa je, cuba bangkit kembali. Ingat satu perkara, kita masih ada banyak masa untuk melakar sesuatu kejayaan tetapi kita juga masih berpeluang untuk merasai kegagalan. Terpulang kepada kita untuk memilih jalan mana dan bagaimana untuk melaluinya. Semoga berjaya untuk semua. Saya doakan kalian. ;-)

Nusrah Walfath: Jangan cepat selesa, jangan cepat putus asa.
No comments:
Post a Comment