إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..tetapi mungkin nanti..




Kaki sudah rasa macam nak tercabut. Kalau boleh, nak pergi spa sekarang ni. Biar ada orang urut sampai hilang lenguh-lenguh ni. Dah lama tak tulis blog. Macam dah berhabuk blog tu. Kalau online (bukak facebook), tak sempat nak jenguk pun my blog ni. Haiyaaaa..apa la nak jadi ni. Hari ini jari-jari mula rajin nak bergerak setelah kaki-kakiku begitu penat berkejaran. Masih lagi terfikir-fikir nak tulis entri apa kali ini.


Semalam, telah selamat kembali ke UIA. Memang mood rumah lagi ni. Sampai je bilik, dah rasa nak balik. Tapi demi subjek untuk semester ni, kena la tahan dulu. Mula-mula saya fikir, saya malas nak bercerita kat blog ni. Kononnya nak jadi mahasiswa yang berani bersuara tapi kawan saya cakap, jangan cerita benda ni kat blog. So, saya diam je la. Nanti ada pula yang bising.


Permulaan semester kali ini masih lagi perlu berkejaran. Mungkin sebab tu UIA suka guna motto ‘Taman Ilmu dan Budi’. Penggunaan taman sangat sesuai untuk aktiviti kejar-mengejar dan budi pula?? Mungkin sesuai untuk budi ‘tandatangan’ yang telah diberikan. Saya tahu, DI students paling tertekan di UIA ni. Tak ada orang yang boleh merasai apa yang DI rasakan. Anda mungkin boleh bercakap seolah-olah anda berada di tempat DI student, tetapi sampai bila-bila pun anda takkan rasa apa yang mereka rasa.


Saya tak nak cerita pasal DI selagi tak dapat approval dari pihak terlibat. Jadi, just nak cerita pengalaman hari ini. Demi mengejar subjek, untuk pertama kali dalam hidup, saya ponteng kelas pada hari pertama semester baru. Berapa banyak office saya jejak, berapa ramai orang saya terserempak (tapi nak tegur pun memang tak dan, angkat tangan je la), dan paling utama, berapa banyak muka-muka kecewa yang saya hadap. Sungguh, saya sedih dengan apa yang berlaku di sini. Saya langsung tak nampak apa relevannya sistem-sistem yang bijak pandai sudah tetapkan ini.


Paling tidak boleh diterima, bila tengok hati-hati manusia yang rasa sakit hati, kecewa, tertekan. Mungkin perkara ini tidak berlaku kepada saya, juga kepada anda tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk meletakkan diri saya di tempat mereka, sebagai pengalaman untuk saya lalui hari-hari esok. Saya sendiri perlu bersusah payah walaupun saya lebih selesa untuk mendapatkan khidmat Deputy Dean. Berurusan dengan orang atasan sangat mengubat hati saya. Apatah lagi, bila tengok Rektor. ;-)


Bagi saya, di saat tertekan dan sakit hati macam ni, kita jangan mengalah. Don’t simply say ‘ok…thank you’ but please, continue with next reasons if they ask you to go out’. Itu yang saya amalkan tadi. Saya tak peduli kalau betul kaki saya tercabut sebab kejar benda ni, asalkan saya dapat apa yang saya mahukan. Saya tak mahu biasiswa Pa & Ma itu terbazir begitu sahaja. Jangan sampai ada yang mengharamkan duitnya yang telah pihak universiti terima sedangkan mereka bersikap tidak adil kepada para pelajar. Kebenarannya, seorang kawan dah cakap pada saya tadi bahawa dia tak halalkan duit dia tu ditipu begini. Ini baru seorang, kalau ada juga yang lain berkata begitu, saya tak tahu lah.


Ok, kita tinggalkan sahaja isu tersebut. Esok masih perlu meneruskan misi. Banyak lagi perlu diperjuangkan esok. Saya tidak menerima sebarang sms ye. Tadi pun tak sempat nak pegang handphone. Kalau anda sms saya minta tolong apa-apa, saya minta maaf sangat. Saya terlalu busy minggu ni. Selagi masih perlu mngejar, selagi itu saya tak dapat nak berkepit ngan hp. Kecuali kalau betul-betul penting, saya akan reply la sms tu.


Tak tahu apa akan terjadi hari esok. Mungkin akan kecewa lagi, mungkin akan terduduk tengah-tengah jalan lagi. Mungkin juga akan tersenyum. Semoga segala kemungkinan ini akan terubat esok. Masih perlu terus berdoa dan berusaha sedaya yang termampu. Bersusah-susah hari ini, mungkin ada hikmah yang besar pada hari esok. Dan saya akan terus mengingati saat-saat di sini walaupun buat masa sekarang, tidak ada apa yang mampu buat saya rasa bahagia berada di taman ini….tetapi mungkin suatu masa nanti. ;-)






Nusrah Walfath: semalam tengok bola sorang-sorang secara online. Tak best sebab tak de geng. Time tu, terus teringat pada sesi nak berkejaran. Baru sedar bahawa bola tidak sepenting perkara yang saya kejar sekarang. Jadi, saya terus tidur membiarkan hal bola walaupun sudah pukul 4 pagi. ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...