إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Saya Suka Dia :)

pic by; Nanako (besfren time sekolah)


“dah lama tunggu?”

Terpana.

Oh, ini dia rupanya. :)

*********************

Dia kawan saya.

Dia sahabat saya.

Dia comel.

Saya suka tengok dia. Saya suka kawan ngan dia. Saya suka dia.

Dia seorang yang sederhana. Sederhana dalam segala segi. Namun dalam kesederhanaan dia, dia begitu hebat. Dia hebat mengurus masa, dia hebat membahagikan komitmen, dia hebat dengan segala sifat yang dia tunjuk. Sahabat saya ni simple sahaja orangnya. Kalau dia pergi kelas, dia tak melawa-lawa. Dia pakai baju biasa-biasa je. Tapi dia tetap nampak comel dan kemas.Dia sangat comel dengan cermin matanya :)

Dia budak pandai. Walaupun dia join macam-macam aktiviti kokurikulum, dia masih mampu jaga result dengan baik. Bijak kan dia? teringin nak tanya macam mana dia boleh manage hidup sebagai pelajar dengan begitu baik sekali. Kalau nak tahu, saya tak pernah tengok dia putus asa. Langsung tak pernah tengok dia sedih, marah atau stress. Tak pernah. Sebab tu saya cakap dia hebat dalam kesederhanaan dia.

Dia ni tak sama kos dengan saya. Juga tak sama Mahallah. Kami juga berasal dari negeri yang berlainan. Semuanya lain. Apa yang sama dengan kami? Saya sendiri tak pasti. Mungkin kami sama comel kot =)

Dah lama rasanya saya tak sembang ngan dia. Mungkin sebab masing-masing busy dengan komitmen masing-masing. Dia dengan hidup dia dan saya dengan hidup saya. Tambah lagi saya dengan dia unfriend di facebook. Saya tak tambah dia, dia juga tak tambah saya. It’s okay. Medium lain kan ada kalau nak contact pun. Lagipun dia tu agak jarang online. So kalau ada ke takde sama je. Takde beza. :)

Dia pernah pesan kat saya, “berhati-hati mengeluarkan statement”. Pesan dia ni merujuk kepada saya yang kerap update status macam-macam hingga menimbulkan salah faham di facebook. So, sekarang ni saya dah makin baik dalam menulis status di FB. Walaupun dia tak baca tapi betul apa pesanan kawan saya tu kan. Senyum.

Saya tahu, dia mesti tak selesa kalau saya sebut nama dia dalam blog ni sebab dia kan sederhana je orangnya. Sebab tu saya suka kawan ngan dia. Bukan saya seorang sahaja yang suka kawan ngan dia tapi orang lain pun sama. Oh sekarang ni dah masuk 2012. Baru saya perasan yang saya ngan dia langsung takde gambar bersama. Cuma ada satu sahaja. Tu pun secara beramai-ramai. Takpe, mungkin satu hari nanti kita boleh ambil gambar bersama. Kan? Mungkin waktu kenduri kawen awak ke.. ^__^

Kawan saya ni pernah baca juga blog saya. Tapi saya tak sure la dia masih ikut pembacaan sampai sekarang ke tak. Tak baca pun takpe sebab satu hari nanti bila jumpa dia, saya pasti nak bercerita itu ini dengan dia. Semoga Allah izinkan hari tu dalam keadaan yang baik dan terpelihara daripada fitnah dunia.

Kawan saya tetap kekal kawan saya. Jujur, saya suka kawan ngan dia. Kesederhanaan dia membuatkan saya selesa. Saya mungkin tak punya masa bersama dia, tapi insyaAllah doa saya sentiasa bersamanya. Dia orang yang baik. Sangat baik. Sangat sederhana. Sangat menenangkan. Semoga Allah masih izinkan persahabatan kami hingga ke syurga. Ameeeeen.

Saya harap dapat main hujan dengan dia esok atau lusa :) 


kami berdua comel macam ni :)


Nota hati: Awak, jaga diri baik-baik. Jangan lupa jemput saya pergi walimah awak. Dah nak kawen kan? InsyaAllah sampai la saya ke sana nanti. Jangan risau. :)

Nota hati 2: Saya memang sentiasa doakan supaya Allah jaga awak. Sebab awak budak baik. Jadi, saya taknak ada apa-apa jadi kat awak. :)

Nota hati 3: Saya suka awak. Suka dengan kesederhanaan awak. Semoga saya boleh mencontohi awak. Serius, saya suka kawan ngan awak. :)

Nota hati 4: Kita jumpa bulan Jun nanti nak? Saya janji akan belajar rajin-rajin dan buat exam dengan baik =)


~ Kerana Allah yang mencampakkan rasa yakin ini ke dalam hati ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...