“tahniah juga sebab bahagia sekarang”
Bahagia? Lama saya merenung sms petang Khamis lalu. Tunduk sayu. Oh saya kelihatan bahagia rupanya. Senyum. Paling tidak, saya tahu saya tak merisaukan sesiapa. Paling tidak, saya tahu yang saya bijak nak sembunyikan rasa sedih saya.
Saya bahagia?
Tanya pada diri, jawabnya tak. Banyak perkara perit yang saya tahan. Banyak yang saya cuba lalui dan belajar jadi kuat dengan sendiri. Kadang-kadang kalah dan rebah, pastu bangun sendiri. Jatuh lagi, bangun balik. Jatuh jatuh jatuh jatuh. Berapa banyak kali rebah itu, banyak tu jugak saya bangkit. Senyum. Mungkin orang nampak saya bahagia dengan keadaan begitu dan begitu.
Tanya pada hati, jawabnya ya. Saya bahagia. Walaupun mungkin banyak perkara yang buat saya jatuh tersungkur, rebah terbaring tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi tahu Allah ada bersama saya. Kawan saya yang jauh pernah pesan, “nak takut apa, kan Allahu ma’ana”. Senyum. Sampai sekarang saya masih ingat pesan dia. Jadi, setiap kali jatuh, saya boleh bangun semula. Kan Allah ada? =)
Kemudian, sms yang saya terima selepas itu memaki hamun saya. Senyum. Saya dah biasa dengan tomahan macam-macam. Senyum. Saya sudah lali dengan benda macam ni. Dulu, saya akan reply back sms tu dengan marah balik orang tu tapi sekarang saya dah tak buat macam tu. Mula-mula stress jugak bila dapat sms macam tu bila kita tengah exam. Jadi, saya off hp. Pastu terus tidur walaupun pada masa tu saya sedang study. Alhamdulillah, bila bangun saya dah okay. Lepas tu saya muhasabah diri semula. Saya guna cara baru. Saya reply mesej tu tapi saya guna cara baik. Nak ikut cara Nabi s.a.w deal ngan orang-orang yang tak suka dia. Orang buat jahat, kita balas benda baik. Bukan ke tu lagi bagus? :)
********************************
Saya pun,
ada benda yang saya inginkan keadilan, saya tidak perolehi.
Saya juga dicerca,
dan tiada pula yang mohon kemaafan dan menebus salah.
Saya juga difitnah,
dan tiada pula yang mohon kemaafan membersihkan tanggapan yang salah.
Memanglah saya bukan orang yang rapat dengan kalian,
hanya mampu berpesan: "Sabarlah, Yakinlah."
Tetapi janganlah menyangka saya tidak memahami,
apa yang kalian lalui.
Kalaulah kalian tahu apa yang saya hadapi,
apa yang saya minta dan Allah tidak beri,
pasti tangisan kalian akan terhenti.
Kerana kecilnya ujian yang kalian hadapi.
Tetapi saya masih sabar dan percaya.
terus berusaha dan berusaha.
Mengapa kalian boleh pula,
memilih untuk berputus asa?
Jangan mudah melafaz: "Allah sudah tidak sayangkan kita."
Apalah yang kalian tahu akan luas kasih sayangNya?
(Hilal Asyraf)
************************************************
“alangkah indahnya hari-hari kita bersama, susah senang, tawa duka, penat. Hari ini kita kembali ke jalan masing-masing. Tapi saya nak akak tahu akak masih ada dalam hati :) Akak buat exam baik-baik tau. Tenang-tenang dan banyakkan zikir. :) Sayang selalu. Bittaufiq wannajah fil imtihan. Asif kalau pernah buat salah”
-adik saya yang sweet :)
Comel kan mesej ni? Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati adik saya ni untuk sms saya pada saat-saat saya rasa down. Oh yea, lupa nak mention nama si pengirim sms ni. Takpe lah, biarkan rahsia dulu. Nanti saya boleh cerita dalam entri lain. Buat entri yang lebih special lagi untuk dia. kan dik? ;)
Petang tadi, saya baru selesai makan nasi goreng kampung. Macam biasa, nasi goreng kampung dah jadi feveret saya. Cuma hari ni saya terlupa nak tulis “taknak sayur” dalam order tu. Heee. So konon-konon saya berazam nak makan sayur la kan. Cuba teka berjaya ke tak? Jeng..jeng..jeng…
![]() |
nasi goreng kampung yang sedap bersama sambal belacan. Sayuran dah diasingkan ke tepi.Err..akan cuba tuk makan.hehe kita tengok lah hasilnya yea ;p |
![]() |
Hehehehe. See! Nasi licin tapi sayur diseberang tu makin bertambah-tambah.Tandanya saya tak makan pun.hehe |
Saya ada banyak lagi perkara yang nak diceritakan. Banyak. Sangat banyak. Tapi mungkin saya sambung dalam entri lain. Puas hati sebab dapat tulis blog hari ni. Dah lama teringin tapi tahan diri sebab exam. So sekarang boleh la spend sikit masa untuk blog. InsyaAllah.
~ Because in the end you can’t always choose what to keep. You can only choose how you let it go ~
No comments:
Post a Comment