Lama tak tulis blog.
Banyak kali tulis tapi tersimpan dalam draft.
Hati saya sayu.
Ramadhan Kareem yang saya lalui penuh liku.
Saya baru habis exam.
laptop saya pula rosak sejak hari terakhir kelas.
Sekarang menulis dengan laptop pinky kepunyaan cik adik :P
*********************
Pernah tak rasa sakit?
Pernah tak rasa tersandar pada katil hospital?
Pernah tak rasa lesu tak bermaya tetapi terpaksa buat-buat kuat?
Saya pernah.
Sepanjang Ramadhan ini, saya sebenarnya tidak larat. Tidak bermaya. Ramai juga tegur cakap saya nampak penat, saya nampak tak berdaya. Saya senyum. Geleng kepala dan cakap saya sihat. Saya sihat. Saya sihat walaupun pada hakikatnya saya rasa macam hampir pengsan. Malam-malam dekat bilik rasa macam nak menangis. Allah uji. Berat sungguh ujian Ramadhan kali ini.
Suatu petang, saya sebelum berbuka, saya sempat meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran,
"akak rasa akak dah nak mati..."
"kenapa cakap acam tu?"
"pernah dengar tak orang cakap kalau ajal dah nak sampai nanti kita akan..dot dot dot..?"
"pernah..akak rasa macam tu ke?"
"yea..." [sambil senyum walaupun saya sebenarnya rasa mahu menangis]
******************************
Saya tak dapat menipu. Juga tidak dapat nak berpura-pura. Saya sebenarnya sedang menguatkan diri dan menahan sakit yang ada. Saya cuba kuatkan hati sebab saya tahu, Allah sayang saya walaupun saya kadang-kadang goyah.
InshaAllah balik cuti raya ni saya nak rehat secukupnya. Berniat juga nak berubat. Semoga ayah mama saya tabah. Semoga ayah mama saya menjadi pendokong semangat saya yang kian luntur. Semoga kasih sayang Allah menjadikan saya tabah dan kuat menghadapi hidup.
Buat pembaca, doakan saya. Doakan kesihatan saya. Kalau nampak muka saya pucat atau penat, jangan tegur apa-apa sebab saya memang lesu tidak berdaya.
Kata matahari, "mungkin ini hadiah dari Dia pada ramdhan kali ini"
Saya berpegang dengan kata-kata matahari sambil dalam hati berdoa supaya matahari akan menjadi penyeri hidup saya sampai syurga. Jika Allah izin. Aameeen.
-suatu saat, hati kita akan lemah. Tetapi kuatkan ia dengan keimanan- :)
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Muslim (berserah diri kepada-Mu)" [7:126]
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment