27 Ramadhan.
16 Ogos.
Ia menjengah lagi. Ia genap setahun. Ia bukan kebetulan tapi ini adalah takdir dan ketentuan-Nya. Baik kan Allah. Dia bagi macam-macam untuk menggembirakan kita tapi adakah kita sentiasa bersyukur? Baiknya Allah. Sangat baik.
Lappy sakit tiada sihatnya.
Lappy saya masih sakit. Saya dah hantar ke hospital tapi cuma sebagai pesakit luar sebab saya belum sedia untuk bagi kebenaran dia masuk operation room. Apatah lagi nak buat pemindahan organ. Sebab saya sayang lappy putih suci ini. Namun begitu, walaupun dia cuma sebagai pesakit luar, saya telah kehilangan segala macam benda juga dalam lappy ni sebab dah format semula. Sedih.
Cuma apa yang hilang adalah kenangan baru. Gambar-gambar baru semuanya hilang. Yang lama sahaja ada. Mujur juga yang lama ada. Kalau hilang juga? Mahu sedih 2-3 minggu. Huhu. InshaAllah saya dalam proses berfikir lagi samaada mahu beli yang baru atau buat pemindahan organ. Fikir-fikir.. Sebab saya cuma ada dua long sem sahaja lagi. Heh
Kuatnya muslimah itu
Ingat tak cerita saya pasal Grand Marriage. Ingat tak entri saya mengenai saya penat tapi ada perkara yang menjadikan saya kuat? Ingat tak? Itu sebuah cerita. kisah pahit manis duka lara saya ketika menjengah Ramadhan. Tersungkur jatuh, bangun sendiri. Nak harap orang tarik tangan kita? Boleh. Tapi kita kena pandai bangun sendiri. Kalau tak, memang susah lah jawabnya.
Kalau nak tahu, apa yang menguatkan saya adalah kisah sirah wanita Syurga. Setiap khamis, saya pergi talk Heroes 2- The Chosen Women. MashaAllah talk ni memang memberi kesan di hati yang amat sangat. Takde satu pun yang saya terlepas. Semuanya saya pergi. Best. Memang best. Saya belajar dari kisah Khadijah, Asiah, Fatimah dan Maryam serta Aisyah.
In fact, saya menangis setiap kali pergi talk tu. Syahdu. Sangat syahdu. Mungkin sebab talk tu hanya untuk sisters. Jadi, penyampaiannya sangat melekat di hati. Paling memberi kesan adalah kisah Asiah. Betapa hebatnya cabaran yang dia hadapi. Nak dibandingkan dengan saya? ;'''')
Cerita Rahsia Hati
"It is the moment when you like someone even you don't know who is he"
Senyum.
Anggota wuduk dibasahkan.
Sejadah dibentangkan.
Kain putih kemas membalut aurat.
Bersih.
Suci.
Tenang.
Doa dalam rahsia.
Bila saya cerita ia bukan lagi rahsia. Bila saya cakap, ia bukan lagi rahsia. Tapi ia masih lagi rahsia ketika saya menulis ini. Ingat kisah matahari? Ingat kisah istikharah bila kita mula suka orang? Semoga kalian masih ingat. Hari ini 27 Ramadhan. Saya tidak lupa. Saya ingat. Allahu Allah ;'''')
Saya cari jawapan. Saya buntu. Saya keliru. Saya merintih. Saya berharap.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Halim Ya Hakim, tunjukkan saya jalan.
"besides GOD, i'm single but not available..=)
i've my own plan, tp kita merancang..Dia pon merancang, dan Dia adalah sebaik2 perancang..;)"
-dia cakap ini.bukan pada saya.tapi Allah tunjuk pada saya-
sedih?
hampa?
kecewa?
menangis?
Ya. Saya tak boleh tipu.
Tapi kan saya ada Allah. Saya tak hilang apa pun. Saya ada Allah.
-----------------------------------------
Allah tahu.
Allah faham.
Allah nampak.
bertabah dan bersabar lah hati.
mungkin sebab tu beberapa hari ni Allah beri saya hujan dan sorokkan matahari.
sebab Allah nak bagi saya pelangi.
saya tabah.
saya sabar.
that's my promise.
----------------------------------------
Tutup cerita.
Tutup kalam bicara.
Mungkin tidak difahami sedih hati ini.
Tapi saya tidak pernah rugi apa-apa.
Tahu sebab apa?
Kan Allah ada ;))
![]() |
this is so true. deeply in my heart. T_____T |
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment