Sunyi
Sepi
Dari kejauhan
Saya rindu
Tak tahu mana nak hitung. Tak tahu mana nak letak. Tak tahu mana nak cerita. Tak tahu mana nak sembunyi. Tak tahu mana nak tahan. Tak tahu. Saya memang tak tahu.
Cerita Satu: Saya takut nak tidur. Tahu kenapa? Sebab sekarang ni semua mimpi saya jadi kenyataan. Sejak dua tiga minggu lalu, semua yang saya mimpi jadi betul. Mimpi siang atau malam, semuanya jadi nyata. Takut pula rasanya.
Cerita Dua: Saya rindu dia. Dua kali dia datang, dua kali juga saya tak sempat jumpa dia. Dia dah grad, Beberapa minggu lagi, dia nak fly. Sambung belajar. Dia grad sem lepas. Dia grad dengan first class degree. Pointer 3.9. Pandainya dia. Dia minta hantar sampai airport. Saya harap saya dapat pergi sebab saya memang rindu dengan dia. Dia tak naik pentas konvo tahun ni. Dia pesan, suruh bantu mak dia nanti. InshaAllah. I will.
Cerita Tiga: Taaruf kali ni best. Tapi saya tak rasa ia adalah the best taaruf sebab saya pernah rasa satu detik yang lebih indah berbanding yang ni. Cuma yang saya perasan, setiap kali taaruf berakhir, petang tu mesti hujan. Hujan damai. Tersimpan satu cerita lama dan baru.
Cerita Empat: Dia curi gambar saya. Takpernah ada orang amik gambar saya macam tu :( Nanti, tolong delete ya gambar tu. Jangan lah sebar kat mana-mana ;''')
Cerita Lima: Saya rasa saya tak sesuai dengan seorang arkitek. Hurm. Sebab? Malas nak tulis sini. Walaupun adik saya suka cakap, "ayah kita kan arkitek" Mungkin saya patut jawab, "ayah dan suami adalah dua subjek yang berbeza"
Cerita Enam: Kaki saya dah makin pulih. Tidak sepenuhnya tapi alhamdulillah much better than before.
Cerita Tujuh: Saya simpan matahari jauh-jauh. Mungkin sebab matahari itu arkitek? Oh saya merepek.
Cerita Lapan: "kak Nusrah, saya mimpi kak Nusrah kawen."- seorang adik sampaikan pada saya pada suatu pagi. Saya tanya, "sape laki tu?" Katanya, "Saya tak nampak tapi dia tinggi". Kalau macam tu, aminkan sahaja. "Aameeeen" ^^
Cerita Sembilan: Awak, kalau baca post ni kan, (walaupun saya tahu awak tak baca), saya harap awak jangan buat bising sangat. Saya tahu awak belajar kira-kira, ukur-ukur, tapi saya tak biasa berkeadaan bising macam ni T____T
Cerita Sepuluh: Saya sedih. Tapi simpan sahaja. Sebab tak tahu kat mana nak campak rasa sedih ni supaya saya gembira. Nusrah, sila jangan menangis boleh? Seminggu tahan. Tapi tumpah juga setitik dua airmata selepas bai'ah ceremony. Dear awak, yang teman dan pujuk saya di belakang sudut sana, terima kasih. Sudah saya petik kekuatan di balik senyuman awak.
Cerita Akhir: Saya sekelas lagi dengan dia. Taksuka sebenarnya tapi dia pun graduating, saya pula final year. Takkan lah nak drop subjek, kan?
Di suatu sudut di setiap cerita satu hingga akhir, saya selalu percaya Allah ada sebab jadikan itu ini. Allah tahu akan baik buruknya sesuatu perkara. Disebalik semua cerita di atas, ada hikmah yang tersembunyi. Sentiasa yakin dan percaya dengan yang di atas. Allah kan sayang kita. :)
-simpanrasahati.sembunyidalamdalam-
~ I drop du'a. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment