Masa sihat kita berlari-lari ke sana sini.
Masa sakit kita terlantar sepi di katil.
Masa sihat seringkali membuah lalai kepada kita.
Masa sakit seringkali mendatangkan insaf dibenak kita.
Cerita demam saya.
Pagi itu saya bergegas bersiap. Bergerak ke kelas dengan harapan yang menggunung. Pagi itu saya sudah mula batuk-batuk. Gayanya seperti tidak berapa sihat. Tapi saya buat-buat tak endah. Mungkin sekejap saja batuk ini. Petangnya, hidung pedih dan perit semacam. Petanda mahu selesema. Saya terpaksa menolak ajakan sahabat-sahabat untuk keluar pada malam tersebut kerana berasakan badan saya tidak berapa baik.
Keesokannya, kawan saya yang lain pula ajak keluar. Juga terpaksa ditolak oleh saya dengan cara baik kerana saya sudah mula selesema. Saya dah rasa badan saya tidak enak semacam. Lidah pula rasa kosong. Tapi saya masih dengan kedegilan untuk berpuasa.
Hari Khamis menjengah. Di sini lah bermulanya kemuncak cerita saya pada semester ini. Selesema saya makin teruk. Perit hidung. Sukar bernafas. Segalanya mengganggu tumpuan saya dalam kelas. Saya masih ingat, pada hari itu, ramai yang tegur saya. Kata mereka, saya kelihatan 'sakit', tidak bermaya. Tiada keceriaan pada wajah. Saya senyum sahaja.
Lebih berat lagi bila saya ada 3 meeting pada hari tersebut. Saya sudah berkira-kira nak skip meeting sebab badan yang tidak bermaya tetapi disebabkan ada yang sudah remind saya, saya terpaksa juga pergi. Petang itu, jam5, saya pergi meeting PGG dengan niat sekadar 'tunjuk muka'. Taktahu pula dalam meeting ni nama saya naik untuk jadi PM suatu program dan juga mainboard untuk tenure PGG yang baru. Masa tu, saya tolak cara baik. Mungkin faktor demam menyebabkan saya enggan menerima tanggungjawab yang berat. Syukur pada Allah kerana mainboard PGG pada kali ni dipegang oleh Aleya - seorang yang saya sangat kagumi. :)
Petang itu juga, saya sempat inform pada ketua saya pada satu program lain, bahawa saya terpaksa tarik diri daripada menjadi sebahagian komiti. Tidak dapat dinafikan bahawa demam saya ini menyebabkan saya rasa macam nak berhenti dari semua perkara. Penat. Itu yang ada dalam fikiran saya. Melepaskan sesuatu yang sudah digenggam adalah bukan perkara yang senang tapi bila ada kemahuan, disitulah letaknya pendirian kita.
Malamnya pula, saya sudah rasa seperti tidak mampu untuk bersiap ke meeting GM. Saya cuba gagahkan diri kerana saya rasa saya perlu pergi meeting malam itu supaya pada hari Sabtu nanti saya dapat excuse. Dengan lemah longlai, berserta baju sejuk dan semua kelengkapan, saya mula melangkah nak gi meeting. Buka sahaja pintu bilik, hujan turun. Lebat. Saya merenung sahaja hujan. Mengenangkan badan yang lemah, diri yang sememangnya demam, saya melangkah semula masuk ke bilik. Niat dihati mahu tunggu hujan berhenti namun, saya capai hp dan bagitahu my PM berkenaan keadaan saya. Kemudian saya terlelap dengan keadaan bertudung macam tu.
Saya terjaga jam 12.30 malam ketika ustazah Asifah datang memegang dahi. Dia suruh makan ubat. Saya geleng kepala. Degil. Bagaikan seorang ibu, dia datang bercakap-cakap, mengurut-urut saya. Dia letakkan towel basah di kepala saya. Saya ingat lagi kata-kata dia, "mungkin Nusrah rindu dekat Dilla kot sampai demam. Dengan izin Allah, demam rindu pun boleh jadi juga.." -syahdu. sayu. Saya memang rindu dekat Dilla. Malam sebelumnya, saya menangis sebab rindukan dia. Mungkin juga saya demam sebab rindu atau demam sebab penat bertaaruf week.
Pagi ini, saya bangun dengan badan yang lebih sihat. Selesema pun sudah beransur. Rasa macam ajaib. Syukur pada Allah. Kata Asifah, "sebab Nusrah puasa, jadi Allah bantu Nusrah. Allah tolong Nusrah.." Sudah lama rasanya saya tak demam. Terima kasih untuk Asifah sebab menjaga saya dengan baik sekali. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Terima kasih segalanya ketika diri ini layu tidak berdaya. Buat Nadilla, kakak awak ni sangat rindu dekat awak. Tak boleh nak bayang kalau esok lusa lepas cik adik ni fly, kakak ni jatuh demam lagi ;''')
Cerita kaki saya
Saya sentuh kaki. Sakit. Awak tahu kaki saya sakit? Tak tahu, kan? Ini cerita 8tahun yang lalu. Saya masih ingat lagi. That's the worse condition that I ever had. Masa mula-mula kejadian, saya tak boleh bangun berjalan. Sedih. Masa tu macam terkejut juga. Masa tu merasa keadaan berjalan dipapah orang. Masa tu, kaki sangat fragile. Takboleh nak pakai seluar. Kena pakai kain je sebab kaki takleh nak angkat. Takboleh nak lari-lari. Nak jalan macam selalu pun dah tak boleh. Sampai suatu saat, saya rasa putus asa nak berjalan. Saya jalan macam kura-kura. Lambat sangat. Sedih. Masa tu saya cuba kuatkan diri. kuatkan hati. kuatkan semangat.
Cerita kaki saya pada 8tahun lalu memberi kesan yang mendalam sampai hari ini. Mungkin sebab 2x kaki saya terkena keadaan yang perit masa tu. Sampai sekarang, saya sangat berhati-hati menjaga kaki. Sehinggalah pada hari raya yang lalu. Malam tu saya tertidur di tilam. Tiba-tiba mummy datang kejutkan saya kerana dia nak betulkan tilam. Dalam keadaan mamai saya bangun dan tiba-tiba.."dum!" Saya jatuh terduduk.
Mummy terkesima. Saya masih lagi mamai. Masa tu saya rasa kaki saya sakit tapi saya bangun berjalan ke luar. Tak lama lepas tu, saya melangkan ke ruang tamu. Saya merasakan kaki saya sangat sakit. Tiba-tiba sahaja kaki saya tak dapat nak jejak ke lantai dengan baik. Berjalan pun terhencut-hencut. Rupanya-rupanya, jari-jari kaki terseliuh dan membengkak. Sakit. Malam tu, atuk sapu minyak dan urut kaki saya. Sakitnya teramat-amat. Rasa macam nak menjerit je. Malam tu saya tidur lena selepas diurut oleh atuk.
Keesokannya saya tengok kaki saya membiru. Bengkak dan jadi biru. Takboleh nak sarung kasut. Sakit. Lama juga kaki saya sakit sampai lah tibanya hari induction taaruf. Disebabkan saya masih tidak mampu berjalan dengan baik, saya rasa macam nak tarik diri dari jadi komoti taaruf. Rasa macam perlukan rehat buat seketika. Saya sampaikan pada Nusaibah. Katanya, nanti dia takde kawan nak mengadu :) Dari dia juga saya dapat tahu saya dalam biro PC. Setelah berlapang dada dan berfikir berkali-kali, saya buat keputusan untuk pergi induction pada hari kedua.
Dengan bermacam risiko, saya gagahkan juga melangkah ke uia pada pagi selepas subuh. Mungkin tiada siapa yang perasan, saya pergi induction dengan memakai sandal. In fact, masa explorace tu, kaki saya terlalu sakit disebabkan lari-lari apa semua tu. Walaupun Fahmy dan Azwan juga tahu tentang kaki saya tu, hanya Nusaibah yang yang tahu bahawa kaki saya belum sihat. Setiap masa, dia akan tanya, "kak Nusrah ok tak?" "Kaki kak Nusrah ok?". Saya hanya mampu menjawab dengan gelengan kepala sambil menahan airmata sebab kaki saya memang sakit.
Sebenarnya sampai sekarang kaki saya masih lagi sakit. Masih lagi ada sisa-sisa bengkak. Saya pejamkan mata sahaja masa jadi PC Hall sepanjang taaruf. Saya pernah tanggalkan kasut dalam hall sebab tak tahan. Saya kuatkan hati baca macam-macam doa supaya saya tabah. Kaki adalah pemberian Allah. Kalau hilang, saya takboleh nak cari ganti kat mana-mana shopping complex. Kalau rosak, saya takboleh nak bawak pergi mana-mana bengkel. Sebab tu saya sayang kaki saya.
Sama macam usaha untuk jaga diri, jaga iman, jaga hati, macam tu juga kena jaga kaki. Nanti kalau dah takde kaki, macam mana nak melangkah pergi masjid? Macam mana nak melangkah pergi kelas? Macam mana nak melangkah pergi majlis-majlis ilmu? Macam mana nak bawa mak ayah berjalan suatu hari nanti? Kalau fikir dalam-dalam dan lama-lama, pasti bergenang airmata.
Alhamdulillah 'ala kulli hal :)
Walaupun demam, puasa 6 berjaya juga dihabiskan. Syukur pada Allah yang memberi nikmat ini.
Ketika saya sakit, saya sedar akan beberapa perkara tentang diri saya;
1. Saya ni degil.
2. Saya tak suka orang paksa saya.
3. Saya kurang rasional bila sakit.
4. Saya suka berehat secukupnya walaupun kerja tak siap ketika sakit.
5. Saya mudah stress bila orang bagi kerja last minute kat saya.
6. Saya tak sukakan jawatan yang tinggi-tinggi
7. Saya suka jadi yang sederhana.
8. Saya tidak manja.
9. Saya terlalu berdikari.
10. Saya perlukan perhatian ketika demam.
-saya ini memang macam-macam. heh~
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment