إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Sometimes... :(



Saya baru selesai jawab exam tadi pagi. Paper Abnormal Psychology betul-betul mencabar minda. Kalau study subjek ni memang rasa aura kedoktoran. Tapi masa jawab exam ni, hurm saya rasa macam ada auro psychopath pula *na'uzubillah*

Apa-apa pun Alhamdulillah. Syukur untuk segalanya. :)

Saya ada satu cerita. Eh, bukan satu tapi dua mungkin. Pertamanya, sejak hari Ahad lalu, saya selalu mimpi. Setiap kali tidur, saya akan bermimpi. Walaupun tidur 5-10 minit atau sejam dua, ataupun 5-6 jam, saya tetap akan dihadirkan mimpi. Dan mimpi tu pula akan jadi kenyataan. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, akan terjadi sebiji macam apa yang saya mimpi. Ada juga mimpi tu yang bagi peringatan sebelum saya buat silap. Maha suci Allah yang mengizinkan semua ni. Saya selalu rasa sebak. Malah, takut pun ada. Mungkin kebanyakan mimpi saya adalah perkara yang sepertinya agak mengerikan.

Saya hanya mampu berdoa semoga baik-baik sahaja semuanya. Aameeeen. InshaAllah. :)

Kedua, masa hari Isnin lalu, lepas solat Isya', saya turun ke cafe. Hajat dihati nak beli makanan. Untuk dinner. Masuk sahaja cafe, bertembung dengan sorang kawan. Dia cakap, "ramai orang la Nusrah. Lambat lagi ni". Kemudiannya, lepas order, saya duduk di gazebo luar cafe. Kat situ saya tak tahu nak buat apa sebab handphone pun tak bawak. So, saya duduk diam-diam sambil fikir pasal exams dan assignments yang melambak. Tak lama lepas tu, saya nampak sorang kawan. Saya pun panggil dia, kot lah boleh bersembang ke sebab lama tak jumpa dia. Dalam 10 minit bersembang dengan dia, dia pun naik ke biliknya.

Kemudian, saya dah dapat makanan, terus pulang ke bilik. Sampai di bilik, hati sebak. Sedang saya study, airmata jatuh. Setitik demi  setitik ia menitis. Aduhai hati~ Sebenarnya, ada satu benda yang kawan saya cerita. Entah kenapa benda yang dia cakap tu buat hati saya hiba. Sungguh, satu perkara yang dia beritahu saya tu, buat saya belajar tentang banyak perkara.

Saya belajar tentang erti bahagia.
Saya belajar maksudnya iman.
Saya mula faham bahawa kalau kita tidak merasa sesuatu perkara, kita tidak akan dapat memahaminya.
Saya belajar erti sebenar pasrah dan redha.
Saya mula reti membezakan perasaan pentingkan diri sendiri dengan orang lain.
Saya mula tahu tentang kesusahan hidup orang.

Sungguh, terlalu banyak yang saya faham dan belajar pada malam itu.
Dan akhirnya, saya tidak dapat meneruskan study.

Segera saya tinggalkan meja belajar dan ambil wuduk. Selesai solat dua rakaat, hati saya hiba mengadu pada-Nya. Hati saya hiba memikirkan apa yang saya tahu. Hati saya hiba melepaskan segala rasa hati. Hati saya sayu dengan segalanya.

Namun, alhamdulillah, saya dapat tidur lena pada malam tu. Malah, saya lebih tenang menghadapi hari-hari seterusnya. Cerita pada malam tu betul-betul buat saya insaf.

------------------------------------------------------

"alahai. tertengok pula. sorry.." -bercakap sorang diri dengan poster

senyum. selagi boleh elak, sila elak.
selagi boleh lupa, sila lupa.

saja nak pesan dekat diri sendiri. supaya berpijak pada bumi yang nyata, pada realiti alam ini. Kerana hidup ini adalah dalam aturan-Nya. Bukan mengikut kehendak diri. Allah beri apa yang kita perlu. Bukan yang kita mahu. Dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Faham?













~ I drop du'as. Not bombs ~

Mohon doanya :)

uia kesayangan saya. dan mereka juga :)


Okeh
Saya baru lepas balut buku teks. Hurm hampir sejam juga saya terkial-kial membalut buku teks itu sebab dah berkurun tak balut buku. Masa zaman sekolah dulu yang last. Dan rasanya lebih 5 tahun dah saya tinggalkan sekolah. Huhu. Alhamdulillah selesai.

Saya tadi termenung panjang di meja belajar sambil buku-buku dan nota-nota terbuka luas. Susah nak hadam, susah nak fokus. Saya jenguk-jenguk jadual midterm, hurm memang hectic! Rasa macam boleh pecah kepala dengan jadual yang macam tu. Alahai~

Selasa: Satu exam.
Rabu: TIGA exam.
Khamis: Satu exam.

Itu belum tambah tolak kena submit esaimen, presentation or meeting lagi. heh~ memang boleh pengsan juga agaknya saya this week. Dan saya plan hujung minggu ni mahu pulang ke rumah. inshaAllah. :)

Dan saya sebenarnya tengah mengumpul semangat yang hilang dari diri. Memang susah nak fokus. Puas sudah saya pesan pada hati supaya behave. Hati saya ni agak degil la sejak tadi. Heh~ Dan  saya baru lepas bercakap dengan ayah. Ayah saya sangat comel la hari ni. Perbualan tadi sangat kelakar. Alahai ayah~ ^^,

Macam biasa, buat pembaca blog sekalian, saya mohon doa dari kalian semua. Mohon diberi kesihatan yang baik, mohon supaya dapat fokus dengan baik, mohon dipermudahkan semuanya. Aameeen. Dan terimakasih untuk itu yea ^^,

Allahumma Aameeen. :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Rindu-Doa-Kenangan



Masa takkan boleh diputar.
Kenangan takkan bisa diulang.
Yang berlalu tetap akan berlalu.

Ada suatu masa kita akan berasa rindu dengan sebuah kenangan. Saya juga begitu. Tutup buka lipatan memori, betul-betul menggamit hati saya dan membuatkan saya berfikir panjang. Jejak langkah yang telah saya hamparkan, yang telah saya isi. Betapa banyaknya kenangan yang hampir saya lupakan. Oh saya sungguh rindu! Pada segalanya.

Dan saya memang dihambat rindu.

Dah masuk 9 Zulhijjah. Hari Arafah. Kalau buka facebook, penuh status berkenaan tu. Saya pula, sempat contact insan di sana, mohon doanya. Banyak pula doa yang saya kirim. Huhu.

Dan saya bakal beraya tanpa ibu ayah di sisi. Sahabat saya semuanya tak tahu. Sengaja saya tak bagitahu pun. Takpe, sedapkan hati. Saya boleh beraya dengan baik (walaupun dah nanges banyak kali jugak).

Anyhow, I'll make my day beautiful. Promise :)










~ I drop du'as. Not bombs ~

Cerita hati Nur 4

kasut.
satu perjalanan hidup.
bermacam rencah.
perlu tabah mengharungi.


Saya ada cerita.
Ini bukan kisah Cinderella.
Bukan kisah Snow White.
Bukan kisah Rapunzel.
Bukan juga drama Nur Kasih.
Apatah lagi cerita Ketika Cinta Bertasbih.

Ini kisah seorang manusia.
Yang bernama insan.
Yang bernama hamba.
Kerana dia manusia biasa.

Saya menutup komputer riba. Ambil buku, baring dan baca. Masih banyak buku-buku yang perlu dikhatamkan. Malam itu, saya seperti biasa menyambung bacaan sebelum mata terlelap. Entah kenapa malam itu, airmata menitis satu persatu. Tersentuh dengan apa yang dibaca barangkali. Hari-hari seterusnya pun berlaku perkara yang sama. Saya baca buku, saya menangis. Saya baca buku, saya menangis. Sampai satu saat, saya terasa sesuatu dalam diri saya. Ada sesuatu yang menyentuh hati saya.

Dan akhirnya saya terduduk menangis bermuhasabah diri.
Ya Allah, kerdilnya hamba-Mu ini!

Saya ambil banyak masa juga cermin diri saya. Sampai saya ubah banyak rangka perancangan hidup saya. Boleh dikatakan saya ubah semuanya. Bukan kerana diri saya, bukan kerana ibubapa saya. Bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah. Sedikit sedih juga tapi mungkin itu yang terbaik.

Saya buka planner saya. Terkadang terlupa apa rutin saya. Terkadang lupa tarikh mana yang sudah bertanda. Sedang saya menyelak halaman di bulan Disember, saya tengok ada satu tarikh bertanda. Tarikh yang konon-konon saya target nak kahwin. Ataupun bertunang. Saya senyum. Ia tidak melukakan hati walaupun saya tidak punya sebarang calon. Yang ada hanya sebuah harapan, sebuah doa, sebuah usaha. Saya senyum sendiri. Saya nekad. Saya mahu lupakan tarikh tersebut.

Tahun depan umur saya 25. Saya sendiri fikir, 25 tahun ni tua ke kalau belum kahwin lagi? 25 tahun ni nampak macam tak laku ke kalau tak kahwin lagi? 25 tahun ni memang tahap wajib kawen ke? Saya sendiri terfikir benda ni bila ramai orang asyik tanya saya pasal kahwin. Tidak kurang pula yang cakap saya ni jual mahal dan memilih sangat. Sampai saya rasa ada satu keluhan yang sangat panjang dalam diri saya bila memikirkannya.

Takde ke orang yang Nusrah berkenan?
Siapa orang yang Nusrah suka?
Kenapa taknak terima orang tu?
Ramai tak orang ngorat?

Saya kadang-kadang penat dengan soalan sebegini. Kadang-kadang mahu saja saya jerit sekuatnya dalam hati. Mahu sahaja saya luahkan apa yang saya simpan tapi saya lupakan sahaja. Manusia ramai yang lupa, nikah kahwin bukan benda senang. Bukan benda sehari dua. Bukan nak duduk bersama seminggu dua. Ramai yang lupa itu. Sekali ada orang mendekat, semua nak suruh saya terima. Kalau saya tolak, masing-masing bising dan cakap saya jual mahal, masalahnya, yang nak kawen tu sape? Saya atau awak?

Ramai yang tidak tahu. Saya sebenarnya memang tidak punya masa untuk diri sendiri. Saya sebenarnya tak cukup masa nak consider benda-benda macam tu. Sebab tu, kalau orang approach, saya biasanya menolak. Bukan sebab tak suka, tapi saya sendiri tiada masa nak duduk dan fikir walau sekejap. Sebab apa? Sebab saya join banyak benda. Dan subjek saya pula banyak. Maka, assignment dan exam dan meeting juga banyak. Dan kerana itu, saya decide nak bersara dah dari jadi komiti-komiti ni. At least untuk final year ni, saya boleh fokus dekat subjek2 saya tu dengan baik dan ada sedikit masa untuk diluang bersama para sahabat dan diri sendiri juga famili.

Saya sudah decide, nak belajar bukak hati sikit (hurm sikit je?). Mungkin sebab saya terkesan juga dengan nasihat si baju merah tu. Selama dua hari si baju merah tu 'basuh' saya. Sampai satu saat, saya rasa gementar, saya rasa takut, saya rasa risau. Semuanya ada. Semuanya menghuni ruang hati.

"senang cakap, Nusrah suka sape?"

Diam. Senyum.
Saya suka awak. Betul. Saya tak tipu.

Saya ingat lagi ada seorang teman baik, dia pernah suka dekat orang, tapi dia taknak bagitau. Tahu sebab apa? Sampai sekarang saya ingat dia cakap, "kita orang perempuan ni ada sifat malu. Malu kita dengan orang laki ni lain. Saya taknak lah approach dulu. Sebab kawen ni sekali je seumur hidup. So, kalau boleh biarlah dia yang datang dekat kita." Yes, saya sangat terkesan dengan part malu tu. Betul cakap dia. Suka lah macam mana pun dalam hati, sifat malu perlu ada dalam diri. Perlu tebal. Jangan nipis.

Saya teringin sungguh nak jadi isteri seperti Siti Khadijah. Saya bukan nak jadi sepertinya yang melamar seorang lelaki (sebab saya belum mampu capai tahap tu), tapi saya nak jadi isteri sepertinya. Saya selalu menangis kalau baca kisah-kisah wanita Islam yang hebat terutamanya berkenaan Siti Khadijah r.a. Dan kerana itu, saya sedar bahawa saya perlu tingkatkan diri saya. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam diri saya. Saya takut satu hari nanti suami saya cakap, "saya menyesal kawen dengan awak" [na'uzubillah].

Saya selalu risau banyak benda kalau fikir pasal kawen. Saya selalu fikir perkara yang negatif. Mungkin kerana lelaki sekarang sudah tidak ramai yang boleh dipercayai. Sudah tidak ramai yang boleh saya yakini. Betul ni. Saya tidak tipu. Dan saya selalu rasa rugi je kalau orang bagi nasihat kat saya berkenaan jodoh. Sebab ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Haduhai~

Saya ini perempuan biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa pun yang istimewa. Takde lah ramai peminat pun. Takdelah hebat pun. Takdelah cantek pun. Takdelah pandai mana pun, dan bukan juga solehah sangat. Tapi saya berusaha untuk tingkatkan diri jadi baik. Kat luar sana tu, berlambak-lambak orang yang super duper baik dari saya. Saya ni banyak benda tak tahu, banyak benda juga tak reti. Dan siapalah saya ini jika tidak Allah yang beri kekuatan untuk hadapi hidup, yang beri hidayah pada saat saya tercari-cari.

Ini kisah saya. Tidak banyak yang saya dapat ceritakan.
Mungkin sebab saya suka diamkan sahaja. Kerana saya rasa diam itu cara yang paling memberi makna buat diri saya. Diam saya buat saya rasa bahagia. Diam saya terselit juga dengan usaha. Cuma saya tidak khabarkan pada sesiapa.

Ada juga rasa mahu berhenti dari segala penantian. Dari segala usaha. Ada satu waktu, saya decide untuk berhenti. Ada satu waktu, saya dikuasai dengan perasaan yang penat, lelah, letih dan putus asa. Namun, tiba satu saat saya sedar akan satu perkara. Iaitu, Allah mahu saya belajar. Allah mahu saya perbaiki diri.

Pejam mata.
Tarik nafas.
Hilangkan keluhan dalam diri.
Lega.








~ I drop du'as. Not bombs ~

Hujan Comel

hujan.
hujan comel di uia.
sempat saya snap seketika.
:)
saya suke.
bagaimana harus saya khabarkan pada dunia?




Hujan. Comel.
Bunyi hujan. Bahagia.
Titis hujan. Indah.


-ceriteralamasibajumerah-









~ I drop du'as. Not bombs ~

Perkara 1- 10



Dear heart,
I want you to be strong.

Hati,
Saya mahu awak jadi kuat.

Setiap kali susah hati, saya selalu cakap macam tu dekat hati. Setiap kali tulis blog, saya selalu pesan dekat hati supaya kuat. Sebab saya tahu, hati saya bukan lah kuat mana pun. Dalam senyum pun boleh menangis. Percayalah, andai kalian khabarkan pada dunia bahawa hati anda terguris luka, tiada siapa pun yang akan faham perasaan itu.

Minggu ini, hari ini, banyak perkara yang saya belajar. Ada yang menyakitkan, ada yang menenangkan. Semuanya saya anggap positif dan mematangkan saya.

Perkara 1: Jangan percaya sesiapa sekeliling anda. Jangan percaya. Kawan rapat pun boleh pijak anda.

Perkara 2: Dalam senyum seorang manusia, hatinya menangis hiba. Don't expect people are happy all the time though you see them smiling. Contoh, beberapa hari lepas, saya berjalan-jalan dekat gerai tudung kat UIA. Niat hati nak tengok-tengok sahaja. Tiba-tiba ada orang jerit, "Nusrah!!!" Saya pandang tepi. Oh seorang sahabat. Dia mendekat. Katanya, "lama tak jumpa Nusrah, nak peluk sikit" Kemudiannya, dia cakap, "nusrah bagi la kata-kata semangat kat kita" Saya tanya dia, "kenapa? ada masalah ke ni?" Katanya, "eh tak, saje je". Kemudiannya, saat saya memeluk dia, saya pesan macam-macam dekat dia. Saya bagi sedikit nasihat dekat dia. Lepas tu, saya panggil nama dia. Tapi dia diam. Saya usap bahu dia. Kemudiannya, dia leraikan pelukan saya. Dan saya tengok matanya basah lencun dengan airmata. Ada masalah rupanya dia. Saya pun tarik dia semula, dan pesan baik-baik. Kemudian, dia lap airmata dan senyum sambil cakap, "terimakasih Nusrah" dan berlalu pergi. Sahabat, you are so strong!

Perkara 3: Manusia lumrahnya senang dengar cakap orang yang dia suka. Tak percaya? Sila lah percaya. Manusia boleh dengar nasihat atau teguran atau pandangan orang yang dia suke. Dia senang untuk terima teguran dari orang yang dia suka. Kalau orang tu biasa-biasa sahaja dalam hidup dia, takdenya lah dia nak terkesan sangat dengan nasihat atau teguran kita. Betul. Ini yang biasa saya jumpa. Lain kali, bagi saja dekat orang yang sesorang tu suke untuk bagi nasihat dekat orang tu. Senang.

Perkara 4: Budak-budak tidak matang jangan bagi kerja dengan orang matang. Lebih-lebih lagi kalau budak-budak yang lead orang matang ni. Nanti kesian dengan orang tua sebab pening dengan budak-budak.

Perkara 5: Jagalah peribadi diri. Tak kira di mana pun dan bila. Kerana peribadi diri anda pada hari ini akan memberi kesan kepada hidup anda untuk masa akan datang. Tidak rugi. Jangan risau.

Perkara 6: Bersedia dengan kehilangan. Saya rasa seperti terjeruk rasa juga sehari dua ini. Semua orang pergi jauh dari saya. Latest, orang pergi haji. Tentu saja patut kita gembira tapi entahlah. Short message thru inbox fb buat saya rasa macam sedih. Lama dia menyepi. Tetiba khabarkan pesan, malam ni nak pergi haji. Kemudian dia tanya, "nak doa ape?" Airmata saya terus jatuh. Alahai.

Perkara 7: Tabahkan hati. Berapa banyak airmata yang jatuh pun, orang takkan kisah. Tapi kuatkan jiwa. Kerana hanya diri kita yang mampu pujuk diri kita.

Perkara 8: Saya sudah merangka plan baru. Saya harap ini adalah yang terbaik untuk masa depan saya. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik. Dan kerana saya yakin dengan Allah, sudah saya bina masa depan saya yang saya kira agak selfish. Saya pilih untuk pergi jauh. Seorang diri.

Perkara 9: Lelaki complicated.

Perkara 10: Lega. Dapat cakap dengan dia, orang jauh kesayangan saya di luar negara sana, buat saya rasa lega walaupun rasa macam mahu menangis. Semoga Allah jaga baik-baik dia di sana :)


Biarkan semuanya berlalu. Saya nak pujuk diri dulu. Semoga ada redha-Nya. :))





"You never climb the same mountain twice, not even in memory.
Memory rebuilds the mountain, changes the weather, retells the jokes,
remakes all the moves." 










~ I drop du'as. Not bombs ~

Angan-angan Nur

2013??
Aameeeen. :)


Hujan turun lagi.
Renyai-renyai.
Makin lama makin lebat.

Indah.
Bahagia.
Ya Allah, syukur alhamdulillah.

---------------------------------------------

Saya sukakan nature. Saya suka dengan keindahan semulajadi. Saya suka tengok langit. Saya suka putih suci awan. Saya suka sawah yang menghijau. Saya suka hujan turun. Semua tu saya suka. Sampai saya pernah berharap dapat kahwin dengan orang yang ada kampung dekat sawah. Nanti petang-petang boleh jalan-jalan dekat bendang. Boleh naik basikal sama-sama. Boleh naik motor keliling kampung. Semua tu impian saya. Saya selalu berangan dapat main hujan, dengar bunyi hujan menitis kat payung. Oh bahagia nya hati kalau dapat buat tu semua.

Sebab angan-angan saya yang tu, saya pernah berangan nak kahwin ngan orang Perlis. Sebab apa yang saya tahu, Perlis sangat cantik. Sawah padinya juga lawa. Sehinggalah saya pergi Induction Taaruf Week hari tu. Induction tu kat Tanjung Karang. MashaAllah, sangat cantek! Tanjung Karang pun lawa apa. Ada sawah padi. Kampung pun best. Masa tu hati saya terdetik, "tak payah nak cari orang Perlis lah. Tanjung Karang pun ada" Hehe~

Jom kita tengok beberapa keindahan alam semulajadi. Memang besssst kalau dapat tinggal dan tua bersama suami di kampung sebegini. Eheee~

cantek.
saya suke :)


indahnye sawah padi.heee


kids.
imagine your kids there :P


this is soooooo nice!

^____^


a house over there.
grow old with me? :)

And finally!! Ini satu gambar yang paling saya suke. Atiqah Nisfu dan Ahnaf Jamal. Hailaa~ saya dah la memang admire Atiqah Nisfu sangat-sangat. Tengok pula gambar kawen dia yang lawa kat Perlis ni. Lagi laaaaa saya suke. Hehe. Credit to Moon! Their photographer! Hehe :)))


tqah ngan ahnaf dah kawen lama pun sebenarnya,hehe
seronok setiap kali jumpe tqah.
sebab dia baik dan cantekkkk :P

Dan saya terus berpijak dengan realiti. Angan-angan dan impian saya itu banyak merepek juga sebenarnya. Hehe. Dari jauh jua dekat, doakan saya. Doakan sahaja yang terbaik untuk semuanya. InshaAllah :)









~ I drop du'as. Not bombs ~

Saya dan dia

-si comel hijau ni adalah sebatang pen-
-hadiah dari korea-
-adik berkereta kuning yang cari kotak untuk saya tu yang kasi-
-dia kasi banyak sangat barang-
-ini salah satu.huhu.segan-


Nusrah taknak cerita?

Geleng.

Simpan kemas-kemas.

Ia pahit.

Jangan sampai ada hati terluka.

-------------------------------------------------

Alhamdulillah 'ala kulli hal :)

Hari ini baru berpeluang untuk bernafas dengan baik. Baru berpeluang untuk menjengah blog yang sudah lama ditinggalkan. Selama tidak bercerita di sini, selama itu juga saya simpan cerita sorang-sorang. Kalau bahagia, tersenyum sendiri di jalanan, kalau derita, menangis sendirian di ruang bilik.

Kita kalau buat apa-apa, jangan harapkan balasan. Lillahita'ala. Namun, kalau kita terguris hati, tesinggung jiwa dengan manusia, itu bukan bermakna kita tidak ikhlas melakukan sesuatu perkara. Itu tidak bermakna kita tidak punya rasa sabar. Itu tandanya kita manusia biasa yang punya perasaan. Setiap kali menulis, saya cuba untuk tidak bercerita tentang perkara yang melukakan hati kerana bagi saya, cukup lah ia tajam menikam pada saat terjadi. Tidak perlu dikenang kerana ia tidak membawa apa-apa manfaat.

Rabu yang lalu, hati saya disapa bahagia. Tiada apa pun sebenarnya cuma, bahagia itu tiba-tiba sahaja datang. Ia menjengah ketika hujan turun renyai-renyai. Saya sendirian ketika itu di kaki lima menunggu kehadiran seorang sahabat. Tiba-tiba, saya terima satu sms. Satu sms itu buat saya tersenyum lebar di tengah jalanan. Tenang. Hati saya tenang melihat nama di dalam sms tersebut.

Saya dan dia.

Bukan siapa-siapa. Dia kawan saya. Teman saya. Penasihat saya. Dia selalu muncul tiba-tiba. Dia ni unpredictable. Sekali muncul, dia suka bagi nasihat. Dia suka tinggalkan nasihat yang terkadang buat saya tersenyum sendiri. Dan harga nasihat dia juga sangat mahal. Dia sahabat saya yang memang comel. :))

-----------------------------------------

Saya sebenarnya taktahu apa objektif tulis blog pada malam ni tapi saya sebenarnya...entah lah.











~ I  drop du'as. Not bombs ~

Si Baju Merah

-si baju merah-


Hujan sedang turun.
Bahagia.

Titis hujan sangat cantik jika kita amatinya.
Titis hujan sangat indah tika dunia meninggalkan kelamnya.

si baju merah datang khabarkan pesan.
si baju merah manis tersenyum menyapa.
si baju merah tegas menutur kata.
si baju merah diam memanjat doa.

sekilas si baju merah tersenyum bahagia, selamanya si baju merah terpana.

Bahagia tidak datang dengan bergolek.
Bahagia juga tidak datang dengan tangisan hiba.
Bahagia itu datang ketika Allah jadi kekuatan hati.


-simpan buat yang halal- :)




"If let say somebody propose you, paling lambat pun sem depan last sem, try la fikir habis-habis. Dah kerja, susah dah nak cari calon"
-pesan si baju merah pada sebulan yang lalu-
-what do you expect? :)-
-so, saya kena tunggu yang paling lambat la kan?hehe-
-si baju merah tak rasa rugi ke bagi nasihat pasal jodoh dekat Nusrah?-



nota hati: si baju merah selalu ada ketika hujan yang comel ;))







~ I drop du'as. Not bombs ~

12 Oktober 2012



12 Oktober 2012.

Airmata menitis.
Lama ditahan.

Ya Allah, sungguh diri ini terlalu penat. Sungguh diri ini sudah hampir kalah dengan dugaan. Grand Marriage sudah hampir tiba ke kemuncaknya. Risau, berdebar, panic, excited. Semuanya ada. Seminggu dua ini tidak ketiduran, hilang masa makan, hilang waktu rehat, cepat pula moody akibat kepenatan yang amat.

Ya Allah, hamba-Mu ini memohon dipermudahkan segalanya. Semoga ditabahkan akan hati semua para komiti yang mungkin stress akibat kena marah. Semoga segalanya berjalan lancar. Ya Allah, bantulah kami semua.

Aameeen Ya Rabb ;''')



and this is for you.
i still remember .
-have a big day-
:)







~ I drop du'as. Not bombs ~

silent note



Satu kenangan seribu bahagia.
Simpan diam.
Simpan jaga.
Simpan baik-baik.
Jangan bagi hilang.

Dia pernah menangis.
Dia pernah ketawa.
Dia pernah terluka.
Dia pernah bahagia.

terima kasih Allah kerana jaga dengan baik sekali :)

---------------------------------

"I go silent so I can write. When my tongue is wagging, my fingers are silent" :)

Dear you, don't break my heart.
This is not a warning but an advise :)




nota hati: Hati saya remuk redam sebenarnya ;''''')








~ I drop du'as. Not bombs ~

Dear Nuramirah Shahrin :)



ALLAH knows what is best for us 
So why should we complain 
We always want the sunshine 
But He knows there must be rain. 

We always want laughter 
and the merriment of cheer 
but our heart will lose their tenderness 
If we never shed a tear. 

ALLAH tests us often 
with suffering and sorrow 
He tests us not to punish us 
but to help us meet tomorrow. 

For growing trees are strengthened 
if they can withstand the storm 
and the sharpness of the chisel 
gave the marble its grace and form. 

ALLAH tests us often and for every pain 
He gives us provided we are patient 
Is followed by rich gain 
So whenever we feel that everything is going wrong 
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.

-unknown author-


----------------------------------------


Semalam: I got a call. Somebody asked me to update blog. Then I said, I need some time, some space for that. :)

Hari ini: I got a call. From the same person. I know the toughest time that she's going through. So I'm trying my best to support her, to comfort her. I wish I can be her shoulder to cry on. ;''')

Esok: I don't know what will going on. Still, I'm praying for the best. I drop du'as for you. Even in every second, I pray Allah will strengthen you. My adik, please stay strong as you can. ;''')

---------------------------------------

Hidup kita berputar. Sekejap di atas. Sekejap di bawah. Sekejap gelap. Sekejap cerah. Sekejap duka. Sekejap suka. Saya selalu percaya bahawa mereka yang pernah gagal, pernah kecewa, pernah sedih adalah mereka yang terlalu kuat hatinya, terlalu tabah jiwanya. Sebab apa? Sebab Allah akan menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya. Dan tentulah mereka ini adalah di kalangan orang yang hebat, orang yang kuat, orang yang tabah, dan imannya juga tinggi inshaAllah :))

Kalau sedih, pandang atas. Tengok langit. Allah ada bersama kita. Percaya dengan Yang di atas dan kita akan bahagia. Jangan goyah, jangan gundah. Kerana pasti disebaliknya, inilah yang terindah. :)


Jaga diri. Jaga hati.
Kerana Allah sentiasa sayang akan hamba-Nya.



a kinda of memory with her :)






~ I drop du'as. Not bombs ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...