Saya baru selesai jawab exam tadi pagi. Paper Abnormal Psychology betul-betul mencabar minda. Kalau study subjek ni memang rasa aura kedoktoran. Tapi masa jawab exam ni, hurm saya rasa macam ada auro psychopath pula *na'uzubillah*
Apa-apa pun Alhamdulillah. Syukur untuk segalanya. :)
Saya ada satu cerita. Eh, bukan satu tapi dua mungkin. Pertamanya, sejak hari Ahad lalu, saya selalu mimpi. Setiap kali tidur, saya akan bermimpi. Walaupun tidur 5-10 minit atau sejam dua, ataupun 5-6 jam, saya tetap akan dihadirkan mimpi. Dan mimpi tu pula akan jadi kenyataan. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, akan terjadi sebiji macam apa yang saya mimpi. Ada juga mimpi tu yang bagi peringatan sebelum saya buat silap. Maha suci Allah yang mengizinkan semua ni. Saya selalu rasa sebak. Malah, takut pun ada. Mungkin kebanyakan mimpi saya adalah perkara yang sepertinya agak mengerikan.
Saya hanya mampu berdoa semoga baik-baik sahaja semuanya. Aameeeen. InshaAllah. :)
Kedua, masa hari Isnin lalu, lepas solat Isya', saya turun ke cafe. Hajat dihati nak beli makanan. Untuk dinner. Masuk sahaja cafe, bertembung dengan sorang kawan. Dia cakap, "ramai orang la Nusrah. Lambat lagi ni". Kemudiannya, lepas order, saya duduk di gazebo luar cafe. Kat situ saya tak tahu nak buat apa sebab handphone pun tak bawak. So, saya duduk diam-diam sambil fikir pasal exams dan assignments yang melambak. Tak lama lepas tu, saya nampak sorang kawan. Saya pun panggil dia, kot lah boleh bersembang ke sebab lama tak jumpa dia. Dalam 10 minit bersembang dengan dia, dia pun naik ke biliknya.
Kemudian, saya dah dapat makanan, terus pulang ke bilik. Sampai di bilik, hati sebak. Sedang saya study, airmata jatuh. Setitik demi setitik ia menitis. Aduhai hati~ Sebenarnya, ada satu benda yang kawan saya cerita. Entah kenapa benda yang dia cakap tu buat hati saya hiba. Sungguh, satu perkara yang dia beritahu saya tu, buat saya belajar tentang banyak perkara.
Saya belajar tentang erti bahagia.
Saya belajar maksudnya iman.
Saya mula faham bahawa kalau kita tidak merasa sesuatu perkara, kita tidak akan dapat memahaminya.
Saya belajar erti sebenar pasrah dan redha.
Saya mula reti membezakan perasaan pentingkan diri sendiri dengan orang lain.
Saya mula tahu tentang kesusahan hidup orang.
Sungguh, terlalu banyak yang saya faham dan belajar pada malam itu.
Dan akhirnya, saya tidak dapat meneruskan study.
Segera saya tinggalkan meja belajar dan ambil wuduk. Selesai solat dua rakaat, hati saya hiba mengadu pada-Nya. Hati saya hiba memikirkan apa yang saya tahu. Hati saya hiba melepaskan segala rasa hati. Hati saya sayu dengan segalanya.
Namun, alhamdulillah, saya dapat tidur lena pada malam tu. Malah, saya lebih tenang menghadapi hari-hari seterusnya. Cerita pada malam tu betul-betul buat saya insaf.
------------------------------------------------------
"alahai. tertengok pula. sorry.." -bercakap sorang diri dengan poster
senyum. selagi boleh elak, sila elak.
selagi boleh lupa, sila lupa.
saja nak pesan dekat diri sendiri. supaya berpijak pada bumi yang nyata, pada realiti alam ini. Kerana hidup ini adalah dalam aturan-Nya. Bukan mengikut kehendak diri. Allah beri apa yang kita perlu. Bukan yang kita mahu. Dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Faham?
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment