![]() |
uia kesayangan saya. dan mereka juga :) |
Okeh
Saya baru lepas balut buku teks. Hurm hampir sejam juga saya terkial-kial membalut buku teks itu sebab dah berkurun tak balut buku. Masa zaman sekolah dulu yang last. Dan rasanya lebih 5 tahun dah saya tinggalkan sekolah. Huhu. Alhamdulillah selesai.
Saya tadi termenung panjang di meja belajar sambil buku-buku dan nota-nota terbuka luas. Susah nak hadam, susah nak fokus. Saya jenguk-jenguk jadual midterm, hurm memang hectic! Rasa macam boleh pecah kepala dengan jadual yang macam tu. Alahai~
Selasa: Satu exam.
Rabu: TIGA exam.
Khamis: Satu exam.
Itu belum tambah tolak kena submit esaimen, presentation or meeting lagi. heh~ memang boleh pengsan juga agaknya saya this week. Dan saya plan hujung minggu ni mahu pulang ke rumah. inshaAllah. :)
Dan saya sebenarnya tengah mengumpul semangat yang hilang dari diri. Memang susah nak fokus. Puas sudah saya pesan pada hati supaya behave. Hati saya ni agak degil la sejak tadi. Heh~ Dan saya baru lepas bercakap dengan ayah. Ayah saya sangat comel la hari ni. Perbualan tadi sangat kelakar. Alahai ayah~ ^^,
Macam biasa, buat pembaca blog sekalian, saya mohon doa dari kalian semua. Mohon diberi kesihatan yang baik, mohon supaya dapat fokus dengan baik, mohon dipermudahkan semuanya. Aameeen. Dan terimakasih untuk itu yea ^^,
Allahumma Aameeen. :)
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment