إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Sila bertabah, Nusrah!



kerana Tuhan lebih menyayangi kamu, kerana itulah kamu yang diuji dengan lebih berat, berbanding ujian-NYA pada aku, pada kami.

kerana Tuhan sangat peduli keadaan kamu, kerana itulah DIA terlebih prihatin pada keadaanmu, lantas memilih kamu untuk diuji.

Bila kita yakin, Allah uji sebab Allah sayang, maka hati juga akan yakin, bahawa kita mampu, kerana kita sangat percaya pada Kalam-NYA dan Janji-NYA, bahawa ujian adalah sesuai kemampuan.


kalau kita tak mahu percaya pada DIA,
maka pada siapa lagi kita mahu percaya?
sudahlah, kesat air mata.

-tersenyum melihat langit-



Awak. 
Ya.Awak yang tengah baca ni. 
Saya tahu,jauh di sudut hati awak, 
Ada rahsia yang tersimpan. 
Ada tangisan yang tersembunyi. 
Ada harapan yang terlukis terang. 
Namun di situ, awak memilih untuk senyum. awak bertahan dalam diam. awak yakin dengan doa. 
Tapi saya percaya di sebaliknya, 
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti. 
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, 
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA. sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya. kerana hatimu teguh bersama Pencipta. =)







nota hati: harus bertabah dengan kehidupan ini. Kerana ia berjalan dengan aturan-Nya. Bukan ikut kehendak diri. Nusrah, sila bertabah! Dan kamu, selamat pengantin baru ;))

nota hati 2: Dia nak kawen. kenapa perlu saya menangis? Doakan sahaja dia bahagia. ;'')






~ I drop du'as. Not bombs ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...