Duduk bersandar
Jauh melemparkan pandangan
Lesu
Terlalu banyak yang dipendam
Bunyi burung pada petang hari
sama seperti keadaan di Korea ketika musim luruh
damai.. indah..
dan saya selalu tersenyum sendiri
"Nusrah tahu tak?"
"tahu ape?"
"Amir nak tunang."
Serentak itu tahi burung jatuh ke atas kepala. Tunduk. Terkejut. Mungkin dia tak dapat melihat riak terkejut saya pada waktu itu. Bersyukur dengan tahi burung yang selamat mendarat di kepala. Terkena tudung hijau saya pada petang hari.
"Dengan siapa?" saya menyambung
"Nusrah tak tahu ke? I thought dengan Nusrah"
"Erk..tak lah. Kite tak tahu apa-apa pun ni"
Sedih sebenarnya. Mungkin sebab saya agak rapat dengan Amir. Jadi, bila dengar dari mulut orang dan berita sebegitu pula tu, buat saya rasa macam dibaling batu. Terkejut. Sakit.
"Nanti Nusrah jangan tanya Amir pula ye"
"Oh okay2 tak"
Dan saya pun terfikir kenapa saya tak perlu tanya Amir sedangkan benda tu benda baik. Lama juga saya fikir nak tanya Amir ke tak. Akhirnya saya tanya. Tapi dia diam. Dan diamnya itu saya anggap YA. Bila dia tidak menidakkan, makanya saya faham sudah jawapannya.
*Amir bukan nama sebenar
*tunang bukan erti sebenar
--------------------------------
Kadang-kadang, kita tak perlu minta orang jauhkan diri dari kita. Sebaliknya, kita sendiri yang sepatutnya menjauhkan diri dari mereka. Jika kita tahu mereka sememangnya tidak perlukan kita. Kita bukannya tempat untuk dicari bila rasa mahu berkongsi masalah, bila rasa mahu orang mendengar. Orang sebegitu bukan sahabat yang baik. Bukan.
"kenapa Nusrah termenung tengok sudu?"
"saja. rindu"
"eh, ada ke orang rindu dekat sudu?"
"ada. Nusrah la orangnya."
"kenapa rindu dekat sudu?"
"sebab sudu tu datang sekali je dalam hidup. lepas tu tak de dah."
"peninglaaa"
"takpe, jangan cuba fahamkan. saya rindu sudu bersebab. mungkin nanti Allah akan gantikan yang lebih baik. mungkin bukan sudu but a kinda of that. saya merajuk dengan orang yang beri, sampai saya beri dekat orang lain. hmm"
"asal orang tu bahagia menerimanya, awak pun akan bahagia. ikhlaskan hati, nusrah"
Kadang-kadang teringat juga dekat sudu. Tapi saya mahu belajar erti ikhlas sampai saya berjaya lupakan sudu tu. Mungkin orang rasa pelik kenapa saya suka dan sayang dengan sudu tu. Sudu tu bukan di beli di Malaysia. Sudu tu undoubtedly memang cantik sangat. Tapi bila tengok sahabat saya bahagia, saya rasa berbaloi juga saya lepaskan sudu tu. Dan ampun maaf kepada yang hadiahkan saya sudu tu.
----------------------------
Exam masih berbaki lagi dua subjects. Singgah tulis blog sebab rasa macam nak bercerita. Duk kat bilik selalu bercakap dengan si baju hijau. Sekarang masanya nak bercerita dengan pembaca blog saya. :)
Saya buka surat cinta hijau. Tadabbur surah al-anbiya'. Betul-betul menyentuh hati. ;'''')
nota hati: ramai orang tengah suruh saya istikharah. tentunya bukan untuk jodoh. tetapi beberapa hal melibatkan masa depan.
nota hati 2: dah habis belajar nanti, saya nak tukar num fon. stop fb. private blog. agak-agak kalau tak dapat nak cari saya tu, selalu lah sedekahkan al-fatihah. saya maafkan semua orang.
nota hati 3: kalau saya menjauh, sila jangan dekat.
~ I drop du'as. Not bombs ~
No comments:
Post a Comment